Kupilih Hatimu
Bab 36
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
473

Bacaan






BAB 36

Megat perlahan-lahan menuruni anak tangga rumahnya setelah keluar dari bilik tidur. Hari ini dia bercadang untuk menyediakan sarapan pagi buat isteri tercintanya itu. Semenjak usia kandungan Ain mencecah enam bulan ini, isterinya selalu kepenatan terutama sekali pada waktu pagi. Setiap pagi ada sahaja sesi muntah-muntah dan mengurut belakang Ain selepas isterinya itu puas mengeluarkan setiap sisa makanan yang berada dalam perutnya.

Megat memecahkan beberapa biji telur ke dalam mangkuk sebelum menggorengnya. Bahan-bahan untuk membuat sup juga dicampak ke dalam kuali dan air ditambah selepas bahan-bahannya naik bau.

Ain bangun perlahan-lahan. Bau masakan Megat menyapa deria baunya. Dia turun perlahan dari katil dan berjalan perlahan menuju ke pintu. Dia mendapatkan Megat yang sedang sibuk menyediakan sarapan di dapur.

"Abang..." Ain memanggil Megat sambil mendudukkan dirinya di atas kerusi.

"Eh. Sayang. Bila sayang bangun." Megat memandang Ain sebentar sebelum fokus semula kepada masakannya.

"Baru je. Tercium bau masakan abang sampai ke dalam bilik. Sebab tu sayang turun tengok." Ain berkata.

"Sedapkan bau dia." Megat mula menghidangkan sarapan pagi diatas meja.

"Em... Sedapnya bau dia." Ain menarik nafasnya untuk menghidu bau-bauan yang dihasilkan oleh makanan dihadapannya.

Selesai menikmati sarapan pagi mereka, Ain dan Megat bersiap-siap untuk menjemput Daniel di rumah Ratna. Mereka harus menjemput Daniel kerana Jeffery tiada di rumah kerana ada hal kecemasan di hospital dan Ratna tidak dibenarkan memandu.

Ain duduk bersebelahan Megat di dalam kereta. Perutnya yang semakin besar menyukarkannya untuk duduk selesa di dalam kereta tersebut. Megat membantu Ain menggunakan tali pinggang keledar. Tiba-tiba Megat tersenyum sendiri.

"Kenapa senyum?" Ain hairan melihat suaminya itu.

"Sayang ni abang tengok makin hari makin comel." Megat berkata sambil mula menekan pedal minyak untuk memulakan perjalanan.

"Abang cakap saya gemuk ye?" Ain memalingkan wajahnya ke arah Megat. Lengan Megat dicubitnya.

"Sakitlah sayang. Mana ada abang cakap sayang gemuk. Chubby sikit je." Megat mengusik.

"Tengok tu..." Ain memucungkan mulutnya apabila diusik Megat.

"Jangan merajuk. Sayang cantik tau. Walid pernah cakap yang perempuan sangat cantik bila dia mengandung." Megat memujuk semula.

"Betul ke?" Ain menduga.

"Tak." Megat ketawa apabila berjaya mengusik Ain semula.

"Benci betullah." Ain pura-pura merajuk sebelum turut ketawa bersama Megat.

Kereta yang dipandu Megat diberhentikan di hadapan rumah Ratna dan Jeffery. Megat keluar terlebih dahulu untuk mendapatkan Ain. Ain mengemas-ngemaskan bahagian baju dan tudungnya. Keduanya berdiri sebentar di hadapan rumah tersebut sebelum berjalan beriringan menuju ke pintu utamanya.

"Assalamualaikum." Megat memberi salam sebelum menekan lonceng rumah itu.

Tiada suara yang menyahut.

"Assalammualaikum." Giliran Ain pula memberi salam. Lonceng pula ditekan beberapa kali.

Masih juga tiada suara yang menyahut.

Ain dan Megat saling berpadangan.

Ain mengeluarkan telefonnya untuk menghubungi Ratna sekiranya Ratna tiada di rumah. Tetapi yang menghairankan keduanya, hanya kereta Jeffery sahaja tiada di hadapan rumah. Kereta Ratna masih ada di tempatnya. Ain cuba menghubungi Ratna tetapi tiada yang menyahut panggilan tersebut.

"Shhh. Sayang cuba sayang call sekali lagi." Megat mengamati sesuatu bunyi.

"Sayang dengar tak bunyi telefon dekat dalam rumah." Megat berkata.

Ain mengangguk tanda bersetuju.

Megat mula mengesyaki sesuatu sedang berlaku apabila pintu rumah tersebut tidak berkunci. Perlahan-lahan ditolak. Apabila keduanya masuk ke dalam didapati suasananya sunyi sepi seperti tinggalkan orang.

"Ratna. Daniel." Ain memanggil nama keduanya.

Ain berjalan ke ruangan dapur. Mungkin Ratna berada di dapur dan tidak mendengar panggilan mereka.

"Tolong..." Kedengaran suara tersekat-sekat meminta pertolongan.

Ain tergamam. Dihadapannya adalah Ratna yang terbaring berlumuran darah dilantai dapur.

"Abang tolong!" Ain memangku Ratna yang kelihatan tidak bermaya akibat kehilangan terlalu banyak darah.

"Ya Allah!" Megat melihat ke arah Ratna. Dengan pantas tangannya mendail nombor kecemasan.

"Ain. Daniel Ain." Ratna tersekat-sekat.

"Daniel mana Ratna?" Air mata sudah membasahi pipinya.

"Dia culik Daniel." Ratna mencuba sedaya upaya berkata.

"Siapa culik Daniel?" Ain berdebar-debar. Dunianya seperti gelap seketika. Perkara itu tidak pernah terlintas difikirannya untuk terjadi.

Ratna yang cedera teruk akibat tikaman dibahagian perutnya dikejarkan ke hospital menggunakan ambulan. Tikaman yang tepat pada bahagian perutnya itu ditakuti mengenai bayi dalam kandungannya. Jeffery juga telah dimaklumkan akan hal itu oleh Megat sejurus sahaja perkara itu berlaku.

Dalam beberapa ketika, rumah itu telah menjadi tumpuan pihak polis untuk menyiasat mengenai kes penculikkan Daniel dan serangan ke atas Ratna. Ain duduk diruang tamu sementara menunggu Megat berurusan dengan pihak polis untuk bercerita mengenai apa yang telah berlaku.

Megat yang sudah selesai berurusan dengan pihak olis mendapatkan isterinya.

"Sayang okey?" Megat memeluk bahu Ain.

"Abang tanya sayang okey. Anak kita kena culik. Abang faham tak." Ain menggeletar apabila mengenangkan hakikat bahawa Daniel telah diculik.

"Sayang sabar okey. Everything will be fine. Pihak polis akan usaha untuk cari siapa yang culik Daniel." Megat menenankan isterinya.

"Sayang sanggup buat apa saje asalkan Daniel selamat. Mintalah berapa banyak pun duit sayang sanggup bagi. Pulangkan Daniel semula." Ain menangis dalam pelukkan Megat.

"Daniel akan selamat sayang. Sekarang ni kita balik rumah mummy. Apa-apa nanti pihak polis akan call abang." Megat memberitahu.

Chris Adam telah dimaklumkan akan hal itu termasuk Tok Ba dan Tok Ma di kampung. Keduanya tiba bersama Chris Adam pada petang itu jua. Setakat ini belum ada sebarang informasi daripada. Terdapat beberapa orang pegawai dari unit siasatan telah berada di rumah Datuk Ahmad untuk menunggu sekiranya ada panggilan dari penculik. Mereka telah memasang penjejak dalam telefon Megat dan Ain sekiranya salah satu daripadanya menerima panggilan daripada penculik tersebut.

"Sabar Ain. Semuanya akan okey. Pihak polis dah buat pencarian. Insya Allah kita akan jumpa Daniel balik." Tengku Balqis memujuk Ain yang masih berada dalam keadaan trauma disisinya.

"Macam mana penculik tu bunuh Daniel. Ain tak sanggup terima semua ni." Ain menangis teresak-esak.

"Jangan cakap macam tu. Semuanya akan baik." Giliran Datin Natrah pula menenangkan anaknya.

Dalam kekalutan tersebut telefon bimbit Megat berdering. Masing-masing menumpukan perhatian terhadap panggilan tersebut. Megat menunggu isyarat dari Inspektor Zahrin untuk menjawab panggilan tersebut. Ini supaya mereka dapat menjejaki panggilan tersebut dibuat dari mana.

"Hello." Megat menjawab panggilan tersebut setelah mendapat syarat dari Inspektor Zahrin.

Megat mengangguk-angguk seperti mendengar arahan yang diberikan. Inspektor Zahrin memberi arahan supaya Megat bertanya lagi untuk melamakan lagi waktu panggilan supaya mereka dapat menjejaki si pemanggil tersebut.

"Aku nak dengar suara anak aku. Kalau tak aku takkan percayakan kau." Megat bertanya.

"Baik. Ini anak kau." Suara pemanggil kedengaran sedikit garau.

Suara tangisan Daniel kedengaran dalam talian. Pilu hati Ain mendengar suara anaknya itu. Tentu sekali anak itu lapar kerana waktu sudah hampir malam dan mesti penculik itu tidak memberinya makanan mahupun susu.

"Daniel. Ini daddy sayang." Megat memanggil nama Daniel.

"Dah. Aku nak kau, datang dekat gudang tu pagi esok. Bawa apa yang aku nak." Pemanggil itu mengingatkan kembali sebelum talian dimatikan.

"Hello! Hello!" Megat kelihatan sedikit kesak kerana talian tersebut telah dimatikan.

Hatinya risau mengenanangkan Daniel.

Inspektor Zahrin berbincang bersama-sama beberapa orang anggotanya. Seorang anggota Inspektor Zahrin sedang sibuk menghadap komputer seperti meneliti sesuatu.

"Dah. Dah dapat." Pegawai tersebut menepuk tangannya tanda dapat mengesan lokasi pemanggil melalui jejak telefon yag digunakan.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku