Kupilih Hatimu
Bab 37
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
569

Bacaan






BAB 37

Megat memakai jaket kalis peluru yang dibekalkan oleh pihak polis kepadanya. Mereka takut penjenayah bertindak diluar jangkaan mereka sekiranya mereka bersenjata. Jadi keselamatan Megat amat dititik beratkan dalam usaha mereka menyelamatkan Daniel. Ain membutangkan satu persatu butang baju Megat. Air matanya tidak berhenti mengalir mengenangkan Daniel dan nasib yang akan menimpa suaminya selepas itu. Megat menyeka airmata Ain.

"Sayang jangan nangis. It's will be fine soon. Abang janji akan bawa balik Daniel." Megat mengucup dahi Ain.

"Ain nak ikut abang." Ain meminta. Separuh merayu.

"Jangan. Duduk rumah je. Take care of our baby." Megat tidak membenarkan.

"Encik Megat. Kita gerak sekarang." Inspektor Zahrin memberitahu.

Megat mengangguk.

Mereka menaiki kereta Megat dengan diringi beberapa orang anggota skuad penembak hendap bersama mereka. Rencananya ialh untuk membuat penculik tersebut percaya Megat datang sendirian sebelum mereka menggempur masuk.

Perjalanan dari rumah Datuk Ahmad ke arah gudang yang dimaksudkan oleh penculik mengambil masa sejam. Gudang yang terletak jauh dari kawasan bandar sangat sesuai dijadikan tempat perjumpaan mereka.

"Kau diamlah!" Seoarang perempuan menjerit seperti histeria terhadap Daniel yang sedang menangis.

Seorang lelaki cuba menenangkan Daniel.

"Kalau kau tak diam, aku tembak kau." Perempuan itu mengacukan pistol kepada Daniel.

"Kau gila ke. Kau dah culik budak ni, kau nak bunuh pulak. Kau dah janji dengan bapak budak tu kan nak bagi anak dia hidup-hidup kan." Lelaki itu cuba mengingatkan.

"Kau suruh budak tu diam. Bisinglah." Perempuan itu merengus marah. Badannya yang sedikit gempal akibat mengandung dihempaskan ke atas sofa usang di dalam gudang tersebut. Ditenungnya tajam ke arah rakan subahatnya yang sedang menenangkan Daniel.

Ain tidak senang duduk di rumah. Dia setia menunggu berita dari pegawai polis yang menunggu di rumah itu yang akan memaklumkan sebarang berita dari Inspektor Zahrin. Kesemua ahli keluarga dirinya dan Megat sudah berkumpul di rumah Datuk Ahmad untuk sama-sama menunggu berita dari pihak Megat.

Beberapa orang wartawan dari stesen televisyen negara berkumpul dihadapan rumah Datuk Ahmad untuk mendapatkan berita eksklusif dari pihak Ain. Masing-masing cuba mendapatkan komen dari pihak keluarga yang keluar masuk dari rumah tersebut namun hampa kerana masing-masing menolak untuk ditemu bual.

Datuk Ahmad mencadangkan agar mereka solat hajat agar keselamatan Megat dan Daniel sentiasa dilindungi. Bercucuran airmata Ain disaat doa dibacakan oleh Datuk Ahmad sebagai imam mereka hari itu. Sedih dihatinya tidak tertahan. Untuk hilang kedua-duanya adalah perkara yang akan menjadi mimpi buruk buatnya. Suasana pilu menyelubungi keluarga itu disaat sujud terakhir mereka. Mendengar esak tangis dari bait-bait doa yang keluar dari mulut Ain sudah cukup memilukan hati yang mendengarnya. Datin Natrah menenangkan anaknya.

Kereta yang dipandu Megat berhenti dihadapan sebuah gudang lama ditengah kawasan hutan. Suasananya sunyi sekali. Tiada tanda-tanda kehadiran sesiapa disitu. Megat menunggu isyarat dari Inspektor Zahrin sebelum masuk ke dalam gudang tersebut. Perlahan-lahan pintu gudang tersebut ditolak sebelum dirinya melangkah masuk. Kelihatan dari jauh Daniel berbaring dilantai gudang tersebut sambil menangis kuat.

Hati Megat pilu melihatnya dan berlari mendapatkannya. Megat mendapatkan Daniel dan menenangkannya. Tangis Daniel semakin perlahan disaat dirinya berada dalam dakapan Megat.

"Kau bawa apa yang aku suruh?" Satu suara bergema di dalam gudang tersebut.

Megat memerhati sekeliling seketika sebelum berkata.

"Aku ada bawa duit yang kau nak." Megat memberitahu.

"Cukup sepuluh juta?" Suara itu bergema lagi.

"Cukup. Semua ada dalam beg ni." Megat menunjuk ke arah beg yang berada diatas lantai gudang.

"Bagus." Suara itu bergema diikuti dengan tawanya.

"Kalau macam tu, lepaskan anak aku. Aku dah bagi apa yang kau nak." Megat merayu.

"Belum lagi." Suara itu kedengaran seakan mengejek.

"Apa yang kau nak lagi?" Megat meninggikan suaranya.

Ain duduk diruang tamu bersama keluarganya. Menunggu berita. Dalam penantiannya itu, telefon bimbit ditangannya berdering. Panggilan dari Tengku Melissa yang berada di London waktu itu.

"Akak. Mel ada berita penting nak cakap dengan akak. Mel harap akak duduk sekarang ni." Suara Tengku Melissa kedengaran sangat serius.

"Apa dia Mel?" Ain menunggu perkhabaran penting dari Melissa.

"Kawan Mel baru Whatsapp dengan Mel bagitahu yang Sofea dah lari dari hospital dan diorang syak Sofea yang culik Daniel. Diaorang jumpa diari Sofea yang cakap yang dia akan culik Daniel dan akan bunuh abang Megat dan Daniel." Tengku Melissa memberitahu.

Ain tidak mampu menjawab lagi. Airmatanya tidak berhenti mengalir. Jantingnya terasa direntap kuat. Apa yang ditakutinya benar-benar terjadi. Dia hanya mampu menangis mengenangkan nasib Megat dan Daniel. Dirinya terasa tidak berupaya untuk menghalang apa yang akan berlaku. Jiwanya benar-benar mati.

Ya Allah. Kau selamatkan suamiku dan anakku Ya Allah.

"Sofea!" Megat melihat kearah Sofea.

Ternyata orang yang telah merancang penculikkan Daniel dan hampir mengorbankan nyawa Ratna ialah Sofea. Tapi bukankah Sofea berada di hospital mental sekarang. Bagaimana dia boleh bebas. Seorang lelaki keluar dari arah sudut yang sedikit gelap. Menghampiri Sofea.

"Terkejut." Sofea bersuara.

"You buat apa dekat sini?" Megat melihat ke arah keduanya.

"Kan i dah cakap. Kalau i tak dapat you. Orang lain pun takkan dapatkan you." Sofea ketawa kecil.

"Sofea. Sudahlah. Semua ni dah berakhir. I dah bagi apa yang you nak." Megat berkata.

"No. Itu tak cukup. I nak tengok perempuan tu menderita macam mana i menderita selama ni. Macam mana ya kalau you dengan anak you mati. Mesti dia akan gila jugak kan." Sofea ketawa galak.

"Sofea. Jangan buat benda yang bukan-bukan. You tak kesian ke dengan baby dalam perut you tu." Megat memujuk.

"Sebab you tak nak bertanggungjawab dengan baby nilah, hidup i menderita. Apa lebihnya perempuan tu dari i? Sampaikan you sanggup tinggalkan i" Sofea meninggikan suaranya.

"Kalau you bertanggungjawab masa i jumpa dengan you hari tu. I takkan jadi macam ni." Sofea merengus marah.

"Macam mana i nak bertanggungjawab kalau tu bukan anak i. You yang cari masalah sendiri, lepastu you nak i bertanggungjawab dengan baby yang i tak tahu siapa bapa dia." Megat memberitahu.

"Hei. Aku tak kisah. Yang penting sekarang ni. Aku nak kau pilih. Kau dulu yang mati ke atau anak kau." Sofea bergilir-gilir mengacu pistol ke arah Megat dan Daniel.

"Sofea. Please. Baby ni tak bersalah. Kalau you nak, bunuh i je. Jangan libatkan anak i." Megat merayu.

"Aku tak kisah. Lepas aku bunuh kau. Aku boleh bunuh dia." Sofea ketawa besar seperti orang yang sudah mencapai kejayaan.

"Sofea." Megat merayu lagi.

"Diamlah!" Sofea menjerit. Amarahnya dilepaskan.

Beberapa das tembakkan dilepaskan oleh Sofea. Salah satunya telah mengenai Megat hingga ia rebah ke lantai gudang. Inspektor Zahrin memberi arahan agar anggotanya membuat serangan balas. Sofea dan rakan subahatanya tidak menyangka bahawa pihak polis juga terlibat dalam hal tersebut.

Siri tembak menembak berlaku hebat dalam pertempuran antara pihak polis dengan pihak penjenayah. Masing-masing berbalas tembakkan. Megat terbaring dilantai gudang sambil memeluk Daniel. Darah dari luka tembakkan tidak berhenti mengalir. Penjenayah telah dapat ditumpaskan termasuk Sofea yang cedera parah akibat terkena beberapa das tembakkan setelah dirinya cuba menembak Megat semula.

Megat dikejarkan ke hospital. Sofea telah meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan bayi dalam kandungannya juga tidak dapat diselamatkan. Rakan subahat Sofea iaitu teman lelakinya juga telah diberkas oleh pihak polis setelah menyerah diri kepada mereka.

Ain yang mendengar berita dari Inspektor Zahrin akan hal itu terus bergegas ke hospital unutk bertemu Daniel dan suaminya. Daniel berada dalam jagaan pihak polis setibanya mereka di hospital. Ain memeluk erat anaknya. Syukur kepada Allah SWT kerana anaknya tidak diapa-apakan.

Megat masih dirawat akibat tembakkan yang terkena pada bahunya. Mujur sahaja dia memakai jaket kalis peluru ketika itu. Jika tidak pasti peluru yang melekat pada jaket kelis peluru akan menembusi tubuhnya.

Ain mengusap perlahan wajah suaminya. Dikucupnya perlahan bibir Megat yang masih terlena akibat ubat bius yang digunakan semasa pembedahan untuk mengeluarkan peluru dari bahunya. Megat membuka perlahan matanya.

"Abang." Ain memanggil lembut. Dikucupnya beberapa kali bibir Megat.

Megat mengukir senyumnya tatkala melihat Ain disampingnya.

"Sayang. Sorry buat sayang risau." Megat bersuara perlahan.

"Semuanya dah selesai sekarang. Yang penting abang dan Daniel selamat. Itu je yang penting." Ain berkata dengan lelahan airmatanya.

"Jangan nangis sayang. Tak sukalah. Buruk." Megat bergurau.

"Abang ni. Sakit-sakitpun sempat juga nak usik Ain." Ain memukul perlahan lengan Megat.

"Aduh sayang. Sakitlah." Megat pura-pura sakit.

"Abang. Sorry. Ain tak sengaja. Kat mana sakitnya." Ain kelihatang menggelabah takut terkena luka selepas pembedahan Megat.

"Dekat sini." Megat memuncungkan bibirnya.

"Abang ni. Nakallah." Keduanya ketawa bersama.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku