Kupilih Hatimu
Bab 38
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
554

Bacaan






BAB 38

Ain mengemas barang-barang Megat ke dalam beg yang dibawanya bersama dari rumah tadi. Aidil menyorong kerusi roda yang diduduki oleh Megat untuk keluar dari biliknya. Kesan dari tembakkan dibahunya masih terasa lagi. Tapi dia memilih untuk pulang ke rumah kerana dirinya tidak betah untuk duduk lama disitu. Mereka bertiga menuju ke arah sebuah bilik sebelum berangkat pulang ke rumah.

Ratna yang kebetulan dirawat di hospital yang sama sangat gembira menerima kedatangan Megat, Ain dan Aidil. Jeffery juga turut bersama Ratna sambil mengendong bayi mereka yang sedang didodoikan oleh ayahnya.

"Ratna. Syukur semuanya selamat." Ain memeluk Ratna dengan eratnya.

"Megat. Macam mana dengan bahu tu. Dah okey?" Jeffery bertana kepada Megat.

"Sikit. Nanti baiklah dia." Megat mengusap perlahan bahunya.

"Anak kamu lelaki ke perempuan?" Megat menghulurkan sebelah tangannya untuk meminta bayi dalam dokongan Jeffery.

"Perempuan. Namanya Aisyah Marissa." Jeffery menyerahkan bayinya perlahan kepada Megat. Takut-takut Megat tergerakkan tangannya yang masih belum sembuh itu.

"Hello Aisyah. Nanti uncle bawa jumpa abang Daniel ya." Megat mencium perlahan ubun-ubun Aisyah Marissa.

"Bila boleh keluar?" Ain bertanya kepada Ratna.

"Dua tiga hari lagi." Ratna memberitahu.

"Nasib baik pisau tu tak kena baby Aisyah. Kalau tak, tak tahulah apa yang akan jadi." Ain mengeluh perlahan. Bulu romanya menegak mengingati kejadian tempoh hari.

"So. What's happen actually?" Megat mengutarakan pertanyaannya kepada Ratna. Ingin tahu kisah disebalik apa yang telah berlaku hingga menjebakkan mereka semua dalam perhitungan Sofea.

                                                               ****

"Abang pergi dulu ya. Kalau ada apa-apa terus call abang. Jaga diri baik-baik." Jeffery mencium dahi isterinya sebelum keluar dari rumah.

"Iye. Jangan risaulah. Danielkan ada." Ratna tersenyum kepada suaminya. Dia tahu suaminya itu sangat risau akan dirinya yang hanya menunggu hari untuk melahirkan anak mereka.

"Daniel jaga ibu baik-baik ya. Ayah mahu ke hospital dulu. Nanti kita jumpa lagi ya sayang." Jeffery mencium kedua-dua belah pipi Daniel sebelum keluar rumah.

Ratna menyalami Jeffery dan hanya berganjak dari pintu itu setelah kereta yang dipandu suaminya tidak kelihatan lagi.

Ratna kelihatan sangat sibuk menyediakan makanan buat Daniel dan dirinya menjelang tengahari itu. Daniel yang masih terlena di dalam kereta sorong bayinya. Tidak ambil endah dengan bauan dari masakkan yang dimasak oleh Ratna. Sesekali Ratna memalingkan pandangannya ke arah Daniel. Takut-takut anak itu terjaga tanpa disedarinya.

Dalam kesibukkannya di dapur, tiba-tiba lonceng rumah tersebut kedengaran beberapa kali. Ratna menyangka itu Megat dan Ain lalu dibawanya bersama Daniel yang berada didalam kereta sorongnya untuk membuka pintu. Langkahnya sedikit perlahan kerana kandungannya yang sudah mencecah sembilan itu menyukarkan dirinya unutk bergerak terlalu pantas.

Lonceng rumah terus ditekan tanpa henti. Ratna mula berfikir barangkali itu bukan Ain dan Megat yang datang untuk menjemput Daniel. Ratna berdiri dihadapan pintu. Perlahan pintu rumah dibuka dan dijenguknya sedikit kepalanya keluar untuk melihat tetamu yang datang. Dengan tidak semena-mena pintu rumah tersebut ditolak dengan kuat.

Tubuh Ratna yang berada disebalik pintu terpelanting ke lantai. Menggeletar seluruh badannya apabila melihat dua orang yang tidak dikenalinya menceroboh masuk ke dalam rumahnya. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Ratna cuba bangkit untuk mendapatkan Daniel tetapi salah seorang dari mereka telah menendang perutnya untuk menegah Ratna mendekati Daniel.

"Apa kamu nak? Tolonglah jangan apa-apa kami. Kalau kamu hendak duit. Saya akan bagi. Jangan apa-apakan anak saya." Ratna merayu dalam kesakitan. Kelihatan darah membuak deras dari celahan kelangkangnya.

"Hye. Kau ingat aku hadap sangat ke dengan duit kau. Pergi mampuslah!" Perempuan itu meolak kepala Ratna hingga dia jatuh tersebam ke lantai semula.

"Kita nak buat apa dengan budak ini?" Lelaki yang bersama perempuan tersebut bertanya.

"Kau bawa dia masuk dalam kereta." Perempuan itu memberi arahan.

"Kau?" Lelaki itu bertanya semula.

"Aku ada hal nak diselesaikan." Perempuan itu tersenyum sinis memandang ke arah Ratna yang sedang menanggung kesakitan yang amat perit ketika itu.

"Baik. Jangan lama sangat. Nanti jiran-jiran dia tahu pula." Lelaki itu sempat memberi peringatan sebelum keluar membawa Daniel bersama.

"Daniel..." Ratna merintih memanggil Daniel. Pandangannya berbalam-balam.

"Hye perempuan. Nasib kaulah hari ni. Aku tak nak tinggalkan bukti hidup. Biar ada yang mati hari ni." Perempuan itu mengheret Ratna menuju ke dapur.

Dalam kesakitan yang ditanggungnya itu, Ratna menurut kehendak perempuan tersebut. Dalam hatinya tida berhenti doa-doa dititip kepada yang Maha Esa agar diri dan anak dalam kandungnya dilindungi. Ratna ditinggalkan dilantai dapur sementara perempuan itu mengambil pisau yang berada diatas meja dapur.

"Tolonglah. Jangan apa-apakan saya." Ratna merayu.

Perempuan itu tersenyum gembira seolah-olah terhibur melihat Ratna yang berada dalam kesakitan itu.

"Kau dah salah pilih orang. Kau tahu. Sebab budak sial tulah aku jadi macam ni. Megat sanggup pilih betina tak guna tu dari aku. Nasib kau memang jahanam perempuan." Perempuan itu merentap kuat tudung yang dipakai oleh Ratna.

"Kesian aku tengok kau. Tak pasal-pasal jadi mangsa aku." Perempuan itu ketawa besar. Seronok kerana bisa menyakiti Ratna.

Pisau ditangannya dipegang erat dan...

"Allahuakbar!" Ratna memegang perutnya yang membuakkan darah setelah ditusuk dengan pisau oleh perempuan tersebut.

Perempuan itu tanpa belas kasihan meninggalkan Ratna dalam kesakitan. Sempat juga dia tersenyum senis memandang ke arah Ratna yang berlumuran dengan darah. Dendamnya belum terbalas. Dia akan meneruskan perancangan yang selebihnya selepas ini.

Ratna yang terbaring lemah melihat perempuan itu keluar dari rumahnya. Badannya sangat lemah. Mulutnya tidak henti-henti berdoa memohon perlindungan dari Allah SWT. Airmatanya mengalir deras mengenangkan Daniel yang dibawa pergi dan anak dalam kandungannya.

"Allahuakhbar..."



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku