Kupilih Hatimu
Bab 39
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
368

Bacaan






BAB 39

Ain membuka pintu rumah Datuk Ahmad. Tangannya dan Megat sentiasa terjalin erat berjalan seiringan masuk ke dalam rumah. Mereka berdua menuju ke ruang tamu untuk berjumpa dengan ahli keluarganya.

"Aryana. Buat apa dekat sini?" Ain bertanya kepada Aryana setelah melihat kehadiran Aryana di rumah keluarganya.

"Bos. Bos apa khabar?" Aryana kelihatan sedikit acuh tak acuh menanya persoalan kepada Ain.

"Kan pagi tadi awak dah call saya. Siap tanya khabar lagi. Nak tanya soalan yang sama lagi." Ain mengerutkan dahinya.

Aryana tersengih sendiri. Terasa terperangkap dengan soalannya sendiri.

"Ain. Apalah layan tetamu macam tu. Duduklah dulu. Kesian dengan baby dalam perut tu." Datin Natrah mencelah.

"Macam mana dengan bahu kamu tu Megat. Dah okey?" Datuk Ahmad bertanya kepada anak menantunya.

"Okey sikit bah. Nasib baik tak kena tulang. Kalau tak, lambat lagilah dia nak sembuh." Megat menjawab sambil bermain dengan Daniel dihadapannya.

"Yana. Kenapa tak bawa sekali mak dengan ayah kamu. Kalau tak, boleh kami bincang lebih banyak lagi." Datin Natrah bertanya kepada Aryana.

Ain memandang pelik mendengar soalan ibunya. Bincang apa pula. Bila masa pula si Aryana ni bawa mak dengan ayah dia jumpa dengan mummy dan abah pula.

"Mak dengan ayah dekat Pinang sekarang ni. Ada kenduri dekat rumah mak long. Yana pun nak berangkat ke sana esok." Aryan memberitahu.

"Sayang pergi dengan siapa?" Tiba-tiba Aidil mencelah perbualan mereka. Dia mengambil tempat bersebelahan Aryana sambil memangku Daniel yang mahu bersamanya.

Ain bertambah pelik dengan situasi tersebut. Lebih-lebih lagi apabila Aidil memanggil Aryana dengan perkataan 'sayang'.

"Seorang je. Sebab yang lain semua dah pergi awal. Tinggal sayang seorang je lagi belum pergi sana." Aryan memberitahu.

"Abang ikutlah." Aidil memberi kata putus.

"Baguslah. Dapatlah Aidil kenal-kenal dengan keluarga kamu nanti kalau pergi sama-sama." Datin Natrah bersetuju dengan anaknya.

"Kejap." Ain tiba-tiba bersuara setelah lama memerhati.

Semua mata tertumpu padanya.

"Apa semua ni. Why abang Aidil panggil Aryana 'sayang' and Aryana call abang 'abang'. Ada siapa-siapa nak bagitahu dulu." Ain bertanya sambil matanya silih berganti memandang Aryana dan Aidil.

Aryana dan Aidil saling berpandangan dan tersenyum. Mula tarik tali untuk memberitahu hal sebenar kepada Ain.

"Ni bakal isteri abang." Akhirnya Aidil membuka mulut.

Aryana tersenyum malu apabila Aidil memperkenalkan dirinya kepada Ain sebagai bakal isteri Aidil atau lebih tepat sebagai kakak ipar majikannya sendiri.

Ain membuntangkan matanya. Seakan tidak percaya apa yang didengarinya keluar dari mulut Aidil.

"Sejak bila?" Ada ketawa kecil keluar dari mulut Ain.

Manakan tidaknya. Aidil akan berkahwin dengan perempuan yang selama ini bergelar setiausahanya selama ini.

"Sejak kami jumpa dekat rumah lama bos. Masa tu kan bos suruh saya ambilkan dokumen dekat rumah tu. Masa tulah saya jumpa Aidil." Aryana memberi penerangan saat pertama kali dia bertemu dengan Aidil.

"Ya Allah! Kenapa saya tak perasan selama ni." Ain tersenyum gembira.

Gembira akhirnya Aidil akan menamatkan zaman bujangnya dengan perempuan yang Ain kenali hati budinya.

"Mana kau nak perasan. Kau sibuk dengan keluarga kau sendiri. Dah jarang-jarang balik rumah ni. Mana kau nak tahu perkembangan abang kesayangan kau ni." Aidil mengangkat kedua-dua belah keningnya.

"Aryana. Saya nak dengar semua dari awak nanti. Saya tak nak ada yang tertinggal." Ain memberitahu.

"Dahlah. Asyik berbual je. Jemputlah minum. Kesian Aryana kena soal siasat." Datin Natrah bersuara.

AIN berbaring disisi Megat. Mahu sahaja dipeluknya erat. Tapi saiz perutnya yang sudah semakin membesar menyukarkan dia melakukan hal itu. Ditatapnya lama wajah Megat. Lantas dikucupnya bibir Megat penuh kasih sayang. Diusapnya rambut Megat perlahan.

"Kenapa ni." Megat berkata perlahan.

Ditatapnya erat wajah Ain.

"I love you so much." Ain berkata.

"I know sayang. I love you more." Megat membalas.

Megat tidak dapat menahan rasa rindunya. Tidak berhenti bibir Ain menerima ciuman darinya. Andai waktu bisa dihentikan. Inilah saat paling indah dalam hidupnya.

"Rindu sangat ke ni?" Ain ketawa apabila diperlakukan seperti itu.

"Rindu sangat-sangat." Megat mengulangi perbuatan yang sama.

"Ni kena buat ibadahlah jawabnya." Ain tersenyum nakal.

"Faham pun." Megat tersenyum manja.

"Bahu tu tak sakit." Ain sengaja bertanya.

"Kalau dah tengok muka sayang. Semua sakit hilang." Megat membelai rambut isterinya.

"Ada-ada je." Ain mengukir senyum.

Hatinya berbunga. Saat itu hanya tuhan yang tahu perasaannya. Rasa takut kehilangan suami tercintanya itu amat terasa sekali disaat mendapat panggilan telefon dari pihak polis yang menyatakan suaminya berada di hospital akibat terkena tembakkan. Terasa separuh daripada jiwanya mati saat mendengar perkhabaran itu. Dia tidak sedia untuk kehilangan Megat apatah lagi dengan keadaannya yang sedang mengandungkan zuriat hasil cinta suci mereka.

Tapi ianya telah berakhir. Kini mereka bisa hidup bersama dan bahagia. Membina keluarga sakinah mereka. Hidup dalam redha Allah SWT. Saling melengkapi antara satu sama lain. Moga Kau lindungi keluargaku Ya Allah.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku