Kupilih Hatimu
Bab 40
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
527

Bacaan






BAB 40

Usai solat Subuh bersama suami tercintanya, Ain ke kamar mandi untuk membersihkan badannya. Sejak kebelakangan ini, dia gemar mandi selepas solat Subuh supaya tubuhnya tambah segar dan tidak terlalu penat. Megat tidur semula bersama Daniel diatas katil setelah anak itu bangun untuk meminta susu setelah keduanya selesai solat Subuh bersama. Ain keluar dari bilik air dan memandang ke arah dua insan yang dikasihi tidur lena sambil berpelukkan. Ain pantas mendapatkan telefon bimbit untuk mengambil gambar keduanya. Lena sekali keduanya hingga tidak sedar gambar diambil.

Ain bersiap-siap lalu turun ke dapur rumah Datuk Ahmad. Dilihatnya Susanti sedang menyediakan bahan-bahan untuk memasak sarapan pagi buat keluarga itu. Kak Shahida tidak ada kerana pulang ke kampung selama beberapa hari untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya.

"Awalnya cik Ain bangun. Matanya tidak mahu tidur lagi?" Susanti bertanya dalam pelat Indonesia.

"Taklah. Saya rasa nak buat sarapan pagi hari ini. Lagipun lama dah saya tak jenguk dapur rumah ni awal pagi sejak saya pindah rumah." Ain berkata.

"Benar tu cik Ain. Kalau dulu, ada sahaja cik Ain nolong saya sama kak Shahida masak sarapan pagi buat keluarga ini." Susanti mengiakan.

"Kamu masak apa?" Ain bertanya.

"Masak nasi goreng sama telur dadar. Tapi kalau cik Ain mahu saya masak makanan lain, bilang aja. Nanti saya siapkan." Susanti berkata.

"Takpe. Kamu buat sahaja sarapan tu. Saya akan sediakan sarapan pagi saya sendiri. Mi untuk digoreng ada tak?" Ain bertanya.

"Ada. Nanti saya sediakan bahannya. Cik Ain tinggal masak sahaja." Susanti memberi cadangan.

Pagi itu meja makan rumah Datuk Ahmad dipenuhi dengan makanan. Masing-masing sudah mengambil tempat dimeja makan termasuk Megat dan Daniel. Aidil sudah bersiap untuk berangkat ke Pulau Pinang apabila dilihat keluar dari biliknya sambil menjinjit sebuah beg galas ditangan.

"Pukul berapa abang berangkat?" Ain bertanya kepada Aidil yang sedang menjamah mi goreng sebagai sarapan paginya.

"Lepas ni." Aidil menjawab pendek sambil menghabiskan sisa mi di dalam pinggannya.

"Jangan lupa kirim salam dengan bakal kakak ipar Ain nanti ya." Ain mula mengusik Aidil.

"Amboi. Perli abang ea." Aidil tersenyum. Sudah biasa dengan adegan usik mengusik antara dirinya dan Ain.

"Mummy. Abah. Aidil gerak dulu. Nanti kalau sampai sana Aidil call." Aidil meminta izin untuk memulakan perjalanannya.

Dia akan mengambil Aryana di rumahnya. Mereka akan berangkat bersama setelah itu.

"Hati-hati. Nanti apa-apa call mummy okey." Datin Natrah memeluk anaknya itu.

"Awak ni. Budak tu pergi dua hari je. Bukannya pergi setahun." Datuk Ahmad menggeleng kepala melihat sikap isterinya itu.

"Kirim salam dengan Aryana nanti ya. Jaga anak orang tu baik-baik." Datuk Ahmad menyampai pesannya pula.

Kereta yang dipandu Aidil sudah menghilang dari pandangan mata mereka semua yang berdiri dihadapan pintu. Setelah itu, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Ain dan Megat masuk ke dalam bilik mereka untuk menguruskan Daniel yang belum lagi mandi pagi itu. Megat diberi tanggungjawab untuk memandikan Daniel memandangkan dirinya belum mandi juga. Ain mengemaskan katil mereka dan menyiapkan pakaian yang akan digunakan oleh Daniel nanti.

"Meh sini anak mummy. Wanginya. Seronok mandi dengan daddy." Ain mencium anaknya.

"Mestilah seronok. Mummy tu mandi awal sangat. Kalau tak boleh mandi sama-sama." Megat menjawab sambil mengeluarkan pakaiannya dari dalam almari.

"Mengade daddy kamu tu." Ain ketawa kecil.

"Kalau masa awal-awal kawin dulu, hari-hari mandi sama-sama. Sekarang ni dah jarang-jarang dah." Megat duduk berbaring disebelahan Daniel yang sedang dipakaikan lampin oleh Ain.

"Rindu ke?" Ain mengjongket kedua-dua belah keningnya.

"Rindulah. Ada orang tolong gosokkan belakang." Megat memandang ke arah isterinya.

Ain hanya senyum.

"Sayang. Apa kata kita pergi honeymoon nak?" Tiba-tiba Megat memberi cadangan.

"Honeymoon? Nak pergi mana?" Ain bertanya.

"Ikut sayang. Paris, London, Korea ke?" Megat berkata lagi.

"Larat lagi ke sayang nak flight jauh-jauh. Tengoklah dulu keadaan isteri awak ni. Empat bulan lagi tau nak lahirkan baby dalam perut ni." Ain memandang mengambil tempat disebelah Megat setelah selesai menguruskan Daniel.

"Kalau tak nak pergi jauh-jauh, kita pergi dekat aje. Asal dapat spending time sama-sama aje." Megat memberi cadangan semula.

"Tengoklah." Ain menjawab.

"Janganlah main tengok aje. Jomlah. Abang rindulah nak spend time dengan sayang. Lagi-lagi lepas apa yang dah berlaku dengan kita. Lagi buat abang membuak-buak rasa rindu nak spend time dengan sayang." Megat memadang ke arah Ain untuk meraih rasa simpati isterinya itu.

Ain berdiam diri seketika. Hanya memandang ke arah Megat.

"Sayang." Megat memanggil Ain.

"Okey. Kita pergi honeymoon." Akhirnya Ain akur dengan cadangan Megat.

"Whats! Nak pergi honeymoon? Takde-takde. Mummy tak izinkan. Dengan keadaan Ain sekarang ni. Mummy tak izinkan. No!" Datin Natrah membantah cadangan anak dan menantunya apabila mereka menyatakan hasrat untuk berbulan madu lagi.

"Awak ni. Biarlah diaorang nak pergi. Bukannya Ain tu nak beranak esok pun. Awak ni. Suka sangat campur dengan hal budak-budak." Datuk Ahmad tidak mahu menyokong bantahan isterinya.

"Hai. Anak kita ni mengandung. Saya risaukan keselamatan dia." Datin Natrah menjelingkan ke arah suaminya.

"Alah mummy. Kitaorang bukannya nak pergi jauh pun. Dekat-dekat sini aje." Ain memujuk kembali.

"Betul tu mummy. Lagipun kitaorang lama dah tak spend time sama-sama." Megat menambah. Memohon simpati dari mertuanya itu.

"Kamu berdua nak pergi mana?" Datin Natrah bertanya.

"Bukit Fraser." Ain menjawab.

"Berapa hari?" Datin Natrah bertanya lagi.

"Tiga hari." Megat pula menjawab.

"Baiklah. Mummy izinkan. Tapi. Jaga diri baik-baik. Ingat sikit kamu tu tengah mengandung. Jangan buat aktiviti yang bahaya." Akhirnya Datin Natrah beralah.

"Bila kamu hendak berangkat?" Datuk Ahmad pula bertanya.

"Esok abah. Lagipun kena kemaskan barang-barang dulu. Budak kecil ni lagi. Barang dia mahu dua tiga buah beg nak kena bawa." Megat memaksudkan Daniel yang akan dibawa bersama nanti.

Walaupun keduanya mahu meluangkan masa bersama, tetapi Daniel adalah sebahagian daripada hidup mereka juga. Jadi Daniel juga akan dibawa bersama untuk mengukuhkan lagi hubungan antara mereka.

Keduanya rasa gembira sekali kerana rancangan untuk berbulan madu mereka akan terlaksana. Hari esok mereka akan berangkat ke Bukit Fraser dan akan menginap disana selama tiga hari. Sebelum malam menjelang, Ain sudah sibk mengemaskan barang yang akan dibawa bersama lebih-lebih lagi barang-barag kepunyaan Daniel yang melebihi barangnya dan Megat.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku