Kupilih Hatimu
Bab 41
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
489

Bacaan






BAB 41

Kereta yang dipandu oleh Megat memasuki sebuah villa yang bakal diinapi oleh mereka sekeluarga. Villa itu adalah milik salah seorang kawan rapat Megat yang kebetulan menjadikan villa tersebut sebagai tempat persinggahan keluarga mereka apabila mereka pulang ke Malaysia. Sekarang ini kawan Megat itu menetap di London bersama isteri serta anak-anaknya. Jadi Megat telah menelefon dirinya untuk meminta kebenaran menetap disitu sepanjang tiga hari tersebut.

Reka bentuk villa tersebut lebih memperlihatkan pengaruh Inggeris dan hiasan dalamnya juga bercirikan Inggeris. Ain sangat menyukai villa tersebut. Sangat selesa dan sesuai untuk bulan madu mereka.

Ketiganya disambut oleh penjaga rumah tersebut iaitu pak cik Amit. Pak cik Amit telah diamanahkan untuk menjaga rumah tersebut sepanjang ketiadaan tuan rumah tersebut. Dia akan berkunjung ke sana seminggu sekali untuk membersihkan kawasan rumah tersebut.

"Tuan. Ini kunci rumahnya. Pak cik dah sediakan bilik untuk tuan sekeluarga di tingka atas. Biliknya betul-betul berdepan dengan tangga utama. Saya harap tuan selesa berada di sini." Pak cik Amit berkata sambil menyerahkan kunci rumah kepada Megat.

"Tak payahlah panggil saya tuan pak cik. Panggil Megat aje. Terima kasih pak cik. Susahkan pak cik aje sebab kena kemaskan rumah ni semata-mata untuk kami." Megat berkata.

"Tak apa. Pak cik dah biasa. Dah memang kerja pak cik. Pak cik balik dululah ya. Assalammualaikum." Pak cik Amit meminta diri.

"Waalaikumsalam." Megat berjabat tangan dengan pak cik Amit sebelum matanya menghantar pak cik Amit yang menaiki motor meninggalkan rumah itu.

Megat membuka satu persatu bagasi mereka untuk memudahkan mereka mengambil barang mereka nanti. Dia juga turut membancuh susu untuk Daniel yang sudah merengek kehausan kerana perjalanan yang jauh. Ain pula sudah tertidur. Penat kerana perjalan yang memakan masa empat jam itu membuatkan dia terlelap diatas katil.

Megat duduk bersebelahan Ain diatas tilam sambil memangku Daniel yang sedang menyusu dipangkuannya. Ain terjaga apabila merasa pergerakkan Megat diatas tilam. Ain menyandar dikepala katil menyandarkan kepalanya dibahu Megat.

"Sayang okey?" Megat bertanya.

"Okey. Penat sikit je." Ain berkata.

"Kesian. Sayang rehatlah. Malam nanti kita makan dekat restoran yang abang dah tempah. Sekarang ni sayang rehat okey. Kesian baby dalam perut tu kalau mummy dia penat nanti." Megat mengucup bibir Ain disebelahnya.

Ketiganya tidur bersama. Penat yang terasa menambahkan lagi lena mereka. Hampir sahaja Ain dan Megat tidak menyedari hari yang sudah waktu Asar. Daniel masa lena diatas tilam sewaktu keduanya selesai mengerjakan solat Asar. Ain dan Megat kembali berehat dan menyertai Daniel diatas tilam. Langsung keduanya berbual sesama sendiri sambil bermesra.

"I love you sayang." Megat mengusap perut Ain yang semakin membulat itu.

"I love you too abang." Ain membalas.

Keesokkan harinya, mereka bertiga berjalan disekitar taman rekreasi yang berdekatan dengan tempat mereka menginap. Keadaannya persis seperti di Cameron Highlands. Cuacanya yang sedikit sejuk membuatkan Ain memakai bagu yang agak tebal untuk mengelak cuaca sejuk itu. Masing-masing memimpin tangan Daniel dan berjalan beriringan. Kebetulan di taman itu terdapat mini zoo yang menempatkan haiwan yang boleh menarik minat pengujung disitu.

Daniel tidak melepaskan peluang untuk mengejar arnab-arnab yang dibiarkan bebas di taman tersebut. Seronok sekali anak itu. Ain dan Megat duduk dibangku yang telah disediakan sambil memerhati Daniel yang sedang memberi makanan kepada arnab-arnab tersebut sambil ditemani pekerja disitu.

"Mummy!" Daniel berlari ke arah Ain sambil memegang sebatang lobak merah ditangannya.

"Ye, sayang." Ain mencium dahi Daniel yang duduk diatas paha Megat.

"Carrot." Daniel mencuba sedaya upaya menyebut lobak merah dalam bahasa inggeris. Pelat bayinya sangat comel sekali.

"Betul. Pandai anak mummy." Ain menghadiahkan ciuman dikedua-dua belah pipi Daniel.

"Daniel je ke? Daddy dia tak bagi kiss juga." Megat mula mengusik Ain.

"Daddy malam nantilah. Gelojoh betul." Ain ketawa kecil.

"Malam ni kita makan dekat luar ya. Abang dah tempah restoran seafood yang sayang nak pegi tu." Megat menggengam erat tangan Ain yang sudah menyandar dibahunya. Matanya tidak lepas dari memerhati Daniel yang sedang sibuk bermain dihadapan mereka.

"Thanks abang." Ain tersenyum gembira kerana niatnya untuk makan disana akan tercapai. Sudah lama dirinya itu teringin untuk menikmati makanan laut di restoran tersebut.

"Perkara kecil je tu kalau nak dibandingkan dengan perut sayang." Megat mengusap perut Ain.

"Abang nak cakap Ain gemuklah." Ain mencubit pinggang suaminya.

"Mana ada. Sayang sejak mengandung ni. Makin cantik abang tengok. Makin chubby." Megat terus mengusik.

"Tengok tu." Ain memuncungkan mulutnya.

"Alalala. Jangan merajuk. Abang gurau je. Senyum sikit sayang." Megat cuba mengambil hati Ain semula.

"Tak nak." Ain memalingkan tubuhnya.

"Sayang. Okey. Abang minta maaf. Memang sayang makin chubby." Ketawa Megat meledak.

Ain yang pada mulanya mahu meneruskan rajuknya turut ketawa bersama. Ada-ada sahaja akalnya untuk membahagiakan hari-hari yang dilalui oleh Ain sebagai isterinya.

Megat mengurut kaki Ain yang kelihatan sedikit bengkak itu. Mungkin kerana berat dari kandungannya yang menyebabkan bengkak dikaki isterinya itu. Ain mengaduh kecil apabila Megat menekan-nekan telapak kakinya. Rasa lega bila mendapat urutan dari suaminya sendiri. Daniel sudah lama terlena semenjak mereka pulang dari makan malam di restoran seafood yang terletak tidak jauh ari villa penginapan mereka. Penat agaknya.

"Abang. Kalau Daniel dapat adik perempuan, kita nak bagi nama apa?" Ain mengajukan pertanyaan kepada Megat.

"Aisyah Hulya. Cantikkan." Megat memberi cadangan.

"Cantik. Aisyah Hulya. Sayang suka. Insya Allah akan lahir puteri yang solehah buat kita. Yang berbakti kepada orang tuanya dan taat kepada agama." Ain mengangguk setuju.

Ain tidur dalam pelukkan suaminya. Bermimpi ingin ke syurga bersama. Menggapai syurga yang mereka bina dan menjaganya dengan kehadiran malaikat kecil dalam kehidupan mereka tika ini. Hanya Allah yang tahu betapa dia rindu akan hangat tubuh itu tatkala mereka berjauhan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa gerun dirinya untuk kehilangan suaminya itu.

AKU MENCINTAIMU SUAMIKU.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku