Kupilih Hatimu
Bab 42
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2486

Bacaan






BAB 42

9 bulan kemudian.

Ain berjalan perlahan menuruni anak tangga rumah Datuk Ahmad. Suasana meriah kedengaran jelas ditelinganya. Manakan tidaknya, abangnya iaitu Asraf dan Aidil akan dinikahkan serentak dalam majlis yang sama. Ain mencari-cari kelibat Megat. Semenjak mencapai usia kandungan sembilan bulan ini, Ain tidak mahu berjauhan dengan Megat. Apatah lagi dirinya yang sedang menunggu sahaja masa untuk bersalin anaknya itu.

"Sayang. Hati-hati jalan tu." Megat memapah Ain untuk duduk dikerusi yang terletak disudut rumah tersebut.

"Daniel mana? Tak nampak pun." Ain bertanya apabila tidak melihat Daniel bersama Megat.

"Daniel tidur dekat bilik Asraf. Kak Yati jaga." Megat memberitahu.

Ain duduk perlahan-lahan dikeusi. Rasa mengah apabila berjalan turun dari tangga terasa. Kalau dulu, siap boleh berlari turun naik atas tangga. Tapi sekarang, terpaksa ambil masa untuk turun disebabkan keadaan fizikalnya yang semakin memberat. Ain menarik nafasnya. Rumah Datuk Ahmad sudah dipenuhi dengan tetamu yang datang. Jeffery dan Ratna bersama anak mereka juga turut datang untuk meraikan sama-sama meraikan hari bahagia untuk keluarga Datuk Ahmad.

"Sayang okey?" Megat kelihatan risau apabila melihat keadaan isterinya itu.

"Sayang okey. Abang janganlah risau sangat. Muka tu senyum sikit." Ain mencubit manja pipi Megat.

Megat hanya tersenyum. Ain yang dijangka akan bersalin tiga hari yang lalu masih belum menunjukkan tanda-tanda hendak bersalin lagi. Doktor meminta Ain untuk berehat di rumah terlebih dahulu kerana bayinya masih menunggu tarikh yang sesuai untuk berjumpa dirinya dan Megat.

"Hai kak Ain!" Tengku Melissa memeluk Ain dengan erat.

"Bila Mel boleh jumpa dengan anak saudara Mel ni?" Tengku Melissa mengusap perlahan perut Ain.

"Belum lagi. Dia tengah tunggu tarikh sesuai untuk jumpa kita semua." Ain dan Tengku Melissa ketawa bersama.

"Mel nak pergi tengok bakal pengantin dulu. Nak jumpa Daniel juga. Rindu dengan budak kecik tu." Tengku Melissa meninggalkan Ain lalu menuju ke bilik Asraf dan Yati.

Ain memandang sekelilingnya. Para tetamu keluar dan masuk dari rumah keluarganya. Tidak lama selepas itu Tok Kadi datang dan majlis akad nikah diadakan. Ain duduk bersama Megat di sofa yang sama. Megat seperti biasa tidak mahu berjauhan dari Ain. Sentiasa memikirkan kemungkinan yang akan berlaku kepada isterinya yang sedang sarat mengandung itu.

AIN tidak senang berbaring pada malam itu. Dilihatnya jam pada telefon bimbit menunjukkan pukul tiga pagi. Dia tiba-tiba mengalami sakit pinggang dan sakit dibahagian bawah perutnya. Dia cuba menyandar dikepala katil untuk melegakan sakit pinggangnya itu. Masih tidak hilang walaupun sudah duduk. Ketika itu, Ain merasakan satu kesakitan yang belum pernah dirasainya selama sembilan bulan itu.

"Abang. Bangun." Ain mengejutkan Megat yang sedang lena disebelahnya.

Megat terkejut apabila dibangunkan secar tiba-tiba oleh Ain. Dia menggosok-gosok matanya dan melihat ke arah isterinya didalam samar-samar malam itu..

"Kenapa sayang?" Megat bertanya dalam keadaan separuh sedar.

"Baby is coming." Ain menjawab.

"Hmm..." Megat mengangguk-angguk. Masih berada dalam keadaan separuh sedar.

"Baby is coming. Apa!? Sayang dah nak bersalin ke?" Megat terus sedar apabila mengingati kembali apa yang dikatakan oleh Ain sebentar tadi.

"Dah keluar air ke? Baby?" Megat mula menggelabah.

"Abang. Janganlah gelabah. Kejutkan yang lain. Lepas tu kita ke hospital." Ain cuba menenangkan Megat.

Rumah Datuk Ahmad terang benderang sekali pada pukul tiga pagi apabila Megat memberitahu bahawa Ain akan bersalin. Daniel diletakkan dibawah jagaan Asraf dan Yati sementara Datuk Ahmad dan Datin Natrah pergi ke hospital bersam-sama Ain dan Megat.

Ain berbaring dikatilnya. Masih menunggu masa untuk dimasukkan ke dalam wad bersalin. Megat sentiasa berada disisi Ain selama mana diperlukan. Terbit rasa sedih dihatinya apabila melihat Ain menanggung kesakitan untuk melahirkan anaknya.

"I love you sayang." Megat mencium dahi Ain.

"Okey. Dah buka sembilan centimeter. Kita boleh mula sekarang." Doktor Salmah memberitahu.

Megat mundar mandir dihadapan bilik bersalin yang dimasuki isterinya. Dia menunggu-nunggu jururawat memanggilnya masuk ke dalam. Perasaannya bercampur baur.

"Duduklah dulu." Tengku Rais berkata. Pening kepalanya melihat Megat mundar madir dari tadi.

"Um. Encik Megat. Boleh masuk sekarang." Seorang jururawat muncul dibalik pintu memanggil Megat ke dalam untuk bersama Ain.

"Okey puan Ain. Dalam kiraan tiga, puan push kuat-kuat okey. Satu, dua, tiga. Push." Doktor Salmah memberi arahan.

Ain menggengam erat tangan Megat disebelahnya.

"Okey. Kepala baby dah nampak." Doktor Salmah memberi tahu.

"Sikit lagi sayang." Megat memberi kata-kata semangat kepada Ain.

JAM menunjukkan pukul lima pagi disaat Ain sedang bertarung nyawa melahirkan amanah Allah ke dunia ini. Tangan Megat digenggamnya erat setiap kali dia merasa kesakitan untuk melakukan penolakkan supaya bayi boleh keluar. Megat disisinya mengalirkan airmata melihat kesakitan yang ditanggung Ain. Andai sakit itu boleh dipindahkan kepadanya. Dia sanggup menanggungnya.

Azan Subuh berkumandang dan saat itu lahir seorang lagi khalifah di bumi Allah SWT. Puteri kepada Ain dan Megat yang dinamai Aisyah Hulya. Nama yang dicadangkan oleh Megat. Disaat itu, ada sesuatu keajaiban dirasai bagi setiap ibu yang mengandung termasuk Ain iaitu apabila mereka dapat mendengar tangisan sekecil yang telah dikandungkan selama sembilan bulan itu. Ain menangis semahunya.

Megat menitiskan air mata disaat Aisyah Hulya diserahkan kepadanya. Anak itu menangis tetapi suaranya agak halus untuk didengari. Ditunjuknya kepada Ain anak mereka. Anak yang masih kelihatan sedikit pucat kerana belum dibersihkan. Ain mengucup anaknya. Ada rasa bangga kepada ibunya yang telah melahirkan dirinya. Bagaimana sakitnya melahirkan seorang anak membuatkan Ain terkenangkan ibunya.

"Assalammualaikum Aisyah Hulya." Ain mencium beberapa kali anaknya setelah ia diiqamatkan oleh Megat. Anak itu bergerak sedikit. Memaling-malingkan kepalanya. Seperti mancari sesuatu.

Ain seperti faham. Tentu anaknya mahu menyusu. Nyata telahannya benar.

"Comelnya adik Daniel ni." Tengku Melissa memuji. Daniel yang berada didukungan diletakkan diatas katil Ain.

"Tengok daddy dialah. Comel." Megat memuji diri sendiri.

"Eh... Perasan. Aisyah ambil muka auntie Mel dialah. Comel" Tengku Melissa berkata.

"Engkau lagi perasan." Megat membalas.

"Baby." Tiba-tiba Daniel yang duduk bersila disebelah Ain sambil melihat Ain menyusu Aisyah berkata.

Semua mata memandang Daniel sebelum ketawa.

"Ya sayang. Ni baby. Adik Aisyah Hulya." Ain memberitahu kepada Daniel.

Daniel mengangguk seperti faham apa yang dibicarakan oleh ibunya.

"Ya." Daniel menyebut hujunh nama Aisyah Hulya beberapa kali.

"Hulya sayang." Ain ketawa membetulkan perkataan yang disebut Daniel.

                                                             ****

Benar kata orang. Sekiranya kita ikhlas dalam perhubungan semuanya akan berakhir dengan bahagia. Walaupun dugaan mendatang, tempuhilah ia dengan sabar dan sentiasa memohon perlindungan daripada Allah SWT. Jangan akhiri sebuah perhubungan dengan perpisahan tetapi cubalah untuk perbaiki agar ia terus bertahan. Lengkapi pasangan masing-masing dengan kebahagian dan kejujuran agar ia menjadi sebuah memori terindah untuk dikenang. Kebahagian setiap pasangan adalah kerana kejujuran dan keikhlasan. Peganglah ia sebagai tali pengukuh hubungan agar ia membawa kebahagian hingga akhir hayat.

                                                          TAMAT



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku