PORTAL
Bab PROLOG
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 18 Februari 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
311

Bacaan






Suatu kelibat kelihatan menyusuri denai-denai hutan dengan sangat pantas. Daun-daun berguguran di sepanjang jalan yang yang dilalui kelibat itu. Kelibat itu berlari pantas dalam kegelapan tanpa membiarkan walau seinci pun tubuhnya terdedah pada cahaya. Cahaya bulan di malam hari gagal mendedahkan rupa kelibat itu. Kelibat itu sungguh cekap berlari sambil dipayungi bayang-bayang tumbuhan besar di sekitarnya. Sesekali kelibat itu menancapkan pandangan matanya ke arah bulan.

Kelibat itu menghentikan lariannya tepat di hadapan sebuah kawasan terbuka. Pokok-pokok di hutan tidak satu pun tumbuh di kawasan itu. Membiarkan kawasan rata itu ditumbuhi rumput-rumput kecil. Sebuah binaan terletak di tengah-tengah kawasan terbuka itu kelihatan samar-samar dari tempat kaki kelibat itu dipacakkan. Kelibat itu melangkah ke hadapan selangkah. Cahaya bulan mula perlahan-lahan mengikuti. Perlahan-lahan berlalu melalui batang tubuh kelibat itu. Menampakkan sebahagian tubuh kelibat itu manakala sebahagian tubuh masih lagi dipayungi bayangan kegelapan. Kali ini tidak mencuba melindungi sebahagian dirinya yang terdedah, malah membiarkannya.

Pandangan mata kelibat itu ditancapkan pada sebuah binaan di tengah kawasan itu sambil ekor matanya menyaksikan cahaya bulan perlahan-lahan mencecah binaan. Bermula dari kaki binaan itu, cahaya bulan mula menunjukkan rupa keseluruhan binaan itu. Binaan itu kelihatan teguh di tengah cahaya bulan yang telah memenuhi keseluruhan kawasan lapang yang terbuka itu. Binaan itu teramat besar sehinggakan bayangnya sahaja mampu menelan keseluruhan tubuh kelibat itu apabila kelibat itu meletakkan dirinya di dalam bayangan.

Kelibat itu mula berjalan perlahan-lahan menapak ke dalam cahaya bulan. Memancarkan bayangan dirinya yang tertancap ke tanah. Saat bayang-bayangnya mula mencecah kaki binaan itu, kelibat itu berhenti serta-merta. Untuk beberapa ketika, kelibat itu menekuni setiap ukiran simbol pada binaan itu. Setelah kesemua simbol dilakar di minda dengan kemas, kelibat itu mengangkat tangan kanannya ke hadapan. Membiarkan tangan itu terawang-awang di udara sambil bibirnya terkumat-kamit. Otaknya menterjemah kesemua simbol yang ada sebelum hasilnya dilafazkan meniti di bibir terus ke sekitar.

Perlahan-lahan sebuah lingkaran cahaya berwarna hijau mengelilingi lengan kanannya. Lingkaran cahaya berwarna hijau itu terukir simbol-simbol pada binaan itu padanya. Sama sahaja tanpa ada yang kurang atau lebih.

Dari lingkaran itu terkeluar satu jalur cahaya merangkak terus ke tapak tangan. Cahaya itu mula bertukar menjadi terang. Bibir kelibat itu masih meneruskan proses menterjemah simbol-simbol itu kepada gelombang bunyi yang dipancarkan di bibir. Dengan satu helaan nafas, sejurus selepas proses terjemahan selesai.

Cahaya kecil itu digenggam!

Dengan itu, binaan itu mula merekah! Rekahan itu mula perlahan-lahan membentuk jurang kecil di tengah-tengah binaan itu sebelum suatu bunyi krakk kedengaran. Lalu jurang itu bertambah besar dan membentuk sebuah lubang. Binaan itu kini berlubang di tengah!

Pecahan binaan itu yang kelihatan seperti bata itu mula disedut masuk ke dalam binaan itu sedikit demi sedikit. Sebelum satu angin kencang mula menarik apa sahaja masuk ke dalam binaan itu. Suatu seliratan akar yang selama ini berada di bawah sorokan rumpu-rumput mula tertarik ke arah binaan itu sebelum membentuk suatu pusaran. Kelibat itu mula terjelepuk jatuh apabila kakinya tersadung akar itu. Akar itu kekal berpusar di tengah-tengah binaan. Kelibat itu mula bangkit semula sebelum tersenyum apabila melihat ke arah pusaran akar itu. Simbol terakhir!

Di tengah-tengah pusaran akar yang mula bertukar kemampatannya menjadi gas timbul satu simbol terakhir. Simbol yang akan menghidupkan binaan itu apabila diungkapkan dalam perkataan.

Kelibat itu mula mengukuhkan pacakan kaki ke tanah. Kedua-dua telapak tangannya disatukan. Cahaya kekuningan mula terpancar di celahan ciuman tapak tangan kelibat itu. Mulutnya mula mengungkapkan terjemahan simbol yang asal sebelum diakhiri dengan simbol terakhir nanti. Kerudung kepala kelibat itu terbuka apabila disapa angin kencang daripada binaan itu. Jantina kelibat itu mula terdedah. Dia seorang manusia.

"....kum"

Sebaik sahaja ungkapan terjemahan simbol terakhir itu dilafazkan, pusaran mula terhenti. Suatu keajaiban mula berlaku. Senyuman di bibir kelibat itu semakin mekar. Hasratnya sudah tercapai untuk menghidupkan binaan purba itu. Kini, matlamat utamanya sudah semakin hampir. Sudah tiba masanya untuk dia memulakan langkahnya.

Perlahan-lahan kelibat itu mula berjalan ke arah binaan itu sebelum meloloskan diri sepenuhnya ke dalam. Angin kencang di persekitaran mula melatari suasana. Jasad kelibat itu hilang ditelan. Dengan senyuman penuh bangga, dia berjaya memasuki teleportal itu.

Ya, dia berjaya membuka dan melalui teleportal itu.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab PROLOG | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku