PORTAL
Bab 1
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 18 Februari 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
378

Bacaan






Syafiq mula berjalan melalui denai hutan. Sesekali dia menepuk lengannya yang dikunjungi nyamuk. Syafiq tidak tahu di mana dia berada sekarang. Tapi dia yakin bahawa dia berada di hutan. Melihat rimbunan tumbuh-tumbuhan yang tumbuh melata serta kesegaran udaranya menambahkan keyakinan Syafiq bahawa dia kini berada di hutan. Persoalannya, kenapa dan bagaimana?

Syafiq hanya berjalan terus ke hadapan tanpa ada niat untuk memesongkan arah ke kiri atau ke kanan. Hanya terus ke hadapan. Dia berharap dengan cara itu dia dapat keluar dari hutan itu secepat mungkin. Dia terus melangkah dan melangkah. Namun secara tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi semak yang bergoncangan. Langkahan kaki terhenti. Semak di hadapannya bergoncangan ibarat ada sesuatu yang mahu keluar daripada semak itu. Air liur ditelan rengkungan. Kasar.

Syafiq mula dilemuri peluh menanti apa yang bakal melompat keluar daripada semak. Pandangan mata ditancap tepat ke arah semak. Mulut dikunci rapat. Tidak membiarkan sebarang suara melatari suasana. Biar suara hutan yang terus bergema. Kebimbangan mula meracuni hati. Membejatkan otak lalu gagal memberikan arahan kepada tubuh badan. Syafiq yang tadinya memasang niat untuk beredar mula melupakan niatnya. Kakinya tidak mahu berkerjasama. Syafiq terus menanti dalam debar.

Beberapa ketika berlalu. Daun-daun kelihatan berguguran. Perlahan-lahan jatuh terhempas ke tanah.

Penantian Syafiq berakhir dengan kehampaan apabila semak itu berhenti bergoyang. Tiada apa-apa yang kelihatan melompat dan menerkamnya. Mungkin dia cuma penat lalu otaknya berhalusinasi perkara yang sebenarnya tidak terjadi. Syafiq meraup telapak tangannya ke wajah. Pernafasan cuba diperbaiki agar lebih teratur. Otaknya memerlukan oksigen untuk berfikiran waras. Syafiq mula bertenang. Kebimbangan telah berjaya diusir jauh-jauh.

Syafiq yang masih mengatur pernafasannya terganggu apabila telinganya menangkap bunyi yang aneh. Seakan-akan bunyi bergeseran. Kemudian, bunyi hentakan tapak kaki yang kuat menghentak ke tanah. Rusuhan perasaan takut mula kembali menghantui. Tanah di sekelilingnya mula bergegar. Jantung Syafiq mula pantas mengepam darah ke seluruh badan meskipun getaran tanah tidaklah sekuat gempa bumi kecil. Syafiq mula kembali memfokuskan retina matanya ke arah semak itu.

Tiba-tiba Syafiq merasakan dadanya kuat dihentak. Tubuhnya melompat ke belakang hasil daripada impak hentakan yang kuat itu. Kepalanya terlanggar batang pokok. Kelihatan seekor cerpelai melompat keluar dari semak kemudian berlari ketakutan.

Perlahan-lahan kesedaran Syafiq teragut keluar. Sempat juga dia melihat satu kelibat berlari melintasi dirinya. Kelibat yang berselubung kegelapan di bawah sinaran bulan yang malap.

Apa yang dirasai Syafiq ketika itu hanyalah tubuhnya berguling-guling menuruni cerun. Kesakitan yang menjalar begitu berbisa menjalari urat saraf tubuh. Sesekali tubuhnya disapa batu-batu keras dan dahan pokok dengan kasar. Syafiq mendarat tepat di atas tanah. Nyaris-nyaris kepalanya menghentam seketul batu. Batu itu terletak tidak jauh di hadapan kepalanya.

Dari jauh, Syafiq masih dapat melihat kelibat berselubung hitam itu berlari.

Syafiq memusatkan perhatiannya ke dada langit. Seketul bulan kelihatan baru nak merajai langit. Merampas kuasa daripada sang mentari. Kepala Syafiq terasa kuat berpusing. Badannya juga terasa kuat digoncangkan. Syafiq hanya diam membiarkan.

Kelopak mata Syafiq dikatup rapat. Kesedaran dibiar terbang meninggalkan dirinya.

Aduh!

***

Aduh!

"Bangun peq... bangun!"bahunya kuat digoncang oleh sepasang tangan.

Kelopak mata dibuka perlahan. Meninggalkan alam mimpi yang tadinya menguasai keseluruhan minda. Syafiq mula berasa geram apabila bahunya masih kejap dalam genggaman sepasang tangan, menggoncang kuat turut menghayunkan badan. Syafiq dalam keadaan mamai mula melepaskan genggaman tangan di bahunya. Dengan mata kuyu seperti penyu, wajah empunya sepasang tangan ditatap.

"Hhmm..."reaksi Syafiq apabila mendapati sengihan seperti kerang busuk dilayangkan kepadanya.

"Kau ni dah kenapa?"

"Haa... ni aku ada story nak cerita kat kau. Baik kau dengar bro."keluhan berat dihembus. Syafiq mula bangkit daripada baringannya di atas katil. Sendi-sendi badannya yang lenguh dipulihkan dengan beberapa regangan.

"Aahh leganya."nafas penuh kelegaan dihela.

Luke yang mula mendapati minat rakannya, Syafiq untuk mendengar ceritanya mula mencebik. Bibirnya kini sama sahaja seperti itik. Mencebik tak ubah lagaknya seperti perempuan. Syafiq hanya memberikan senyuman ringkas melihat reaksi teman sebiliknya. Syafiq lalu melabuhkan punggungnya di atas katil, duduk berhadapan dengan rakannya, Luke.

"Hhmm... yelah. Kau nak cerita apa ni?"perhatian yang didamba diberikan. Kawannya yang seorang ni perlu dilayan.

"Haa... ni aku nak cerita kat kau. Tadi aku saja lepak main paintball dengan classmate aku. Aku fight macam nak gila bro. Kau tahu tak? Aku aim semua boek kot. Ada sorang tu aku tersasar tembak buntut dia. Tepat bro. Haa.. ni ada lagi satu benda aku nak cerita..."Syafiq yang mula tersasar tumpuannya mula kembali memberikan tumpuan. Entah kenapa hatinya tergerak untuk mengetahui leih lanjut.

"Tapi sebelum tu, team aku tadi patutnya dah menang dah weh! Aku aim punyalah boek apa semua tapi still kalah bro,"Syafiq mula kebosanan. Telefon pintarnya dicapai. Aplikasi instagram dibuka. Luke diabaikan.

"Heh!"balas Luke melihat balasan rakannya itu.

Luke yang mendapati Syafiq terlalu leka dengan telefonnya turut mengeluarkan telefon pintarnya dari kocek seluar. Skrin sesentuh dibelek jari dengan lembut. Aplikasi whatsapp dibuka dengan satu sentuhan. Perbualannya dengan seorang rakan dibuka menampilkan perbualan sebelum ini. Luke tergelak kecil melihat mesej terakhir rakannya itu. Kepalanya digeleng perlahan.

Kau ni kenapa tak tido lagi? Lancap ke apa?

Dafuk!

Luke mula menaip satu mesej ringkas. Setelah kesemua perkataan disusun pada panel menulis mesej, ditemani sebuah senyuman kecil di bibir jari menekan butang send. Mesej dihantar. Tanda tick kelihatan di permukaan skrin sesentuhnya. Luke hanya menunggu reaksi balas. Wajah Syafiq ditatap menanti dengan sabar.

Selepas beberapa saat kedengaran bunyi notifikasi telefon Syafiq. Luke tersenyum melihat kerutan di dahi Syafiq. Pandangan mata mereka saling bertembung buat seketika. Wajah Syafiq kini sedikit kelakar membuatkan Luke tergelak kecil. Muka minta penjelasan Syafiq memang lawak.

"Kau merepek apa ni?"soalan diajukan.

"Dah kau taknak dengar tadi. Aku wassap jelah. Yang kau buat muka cencorot tu kenapa?"gurauan Luke dibalas hambar oleh Syafiq.

"Tadi aku nak cakap yang geng kita ajak kita pergi camping trip. Dalam hutan. Mesti best kan? Bolehlah kau try ngorat dia nanti. Tunjuk ketarzanan kau tu, mesti dia terpikat kan?"gurauan Luke dibalas dengan satu cubitan tepat di pinggang. Syafiq mula dirusuhi geram.

"Ada-ada je kau ni. Dahlah aku nak pergi mandi. Nanti solat maghrib jemaah jom!"Syafiq mengutarakan pelawaan solat berjemaah. Solat yang ganjarannya digandakan sebanyak 27 kali oleh Allah berbanding solat bersendirian. Solat yang lebih afdal, terutamanya buat kaum Adam.

Syafiq mula mencapai tualanya yang tersidai di ampaian dalam bilik. Telefon miliknya dilontar ke atas katil. Perlahan-lahan dia mula menapak ke bilik mandi untuk mandi. Meninggalkan Luke keseorangan di dalam bilik.

Luke pula hanya menghantar pemergian Syafiq ke bilik mandi dengan sorotan pandangan matanya. Setelah bunyi pintu dihempas tutup kedengaran di corong telinganya, Luke mula membuka satu lagi perbualan menerusi whatsapp. Status offline dipandang sayu. Perbualan sebelum ini menggamit emosinya. Luke perlahan-lahan menitiskan air mata daripada kelopak matanya. Menuruni sehingga ke dagu dan menitik terus ke lantai.

Tiba-tiba, Luke mengesat linangan air mata dengan lengannya. Kasar.

Takpe, segalanya akan berubah! Aku akan pastikannya berlaku.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab PROLOG | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku