PORTAL
Bab 2
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 18 Februari 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
345

Bacaan






Syafiq kini sedang menyarung t-shirt polonya ke tubuh. Wajahnya di hadapan cermin ditatap. Buah-buah persoalan mula timbul dalam kepalanya. Pantas, dia membuka t-shirtnya sehingga ke paras dada. Pandangan matanya mencerun.

"Takde... "tiada sebarang kesan daripada kejadian yang dialami petang tadi. Benar-benar mimpi ke? Terasa benar sungguh.

Syafiq masih lagi dapat merasakan kekuatan hentakan kaki di dadanya. Dadanya diusap perlahan. Gigi diketap perlahan. Persoalan dan prasangka mula bersarang di minda.

Camping tripnanti adakaitanke?Atauhanyasatukebetulan?

Takmungkin!

Lagipun, dalam mimpinya tiada apa yang sebegitu penting. Hanya satu kelibat berselubung dalam kegelapan yang tak sengaja(atau sengaja) menendang tepat ke dadanya. Selepas melompat melepasi semak dan melarikan diri. Semakin kuat Syafiq cuba untuk mengimbas mimpinya sekali lagi. Semakin jelas visualisasi mimpinya. Syafiq cuba mencari apa-apa sahaja poin-poin penting.

Aha!

Syafiq kini mula perasan akan sesuatu. Kelibat itu sempat mencuri pandang ke atas, ke arah langit. Syafiq makin kuat mencuba untuk mengingati setiap detail mimpinya. Perlahan, Syafiq mula teringat sesuatu. Malam itu, bulan masih baru lagi terbit. Bila diperhalusi lagi, jelas kelihatan seakan kelibat itu seperti berlari daripada bulan. Dengan gaya seakan menyorok daripada terkena pancaran sinaran bulan malap.

Syafiq mula merangka persoalan dalam kepala. Mimpi kali ini berbeza berbanding mimpi sebelumnya. Mimpi kali ini seperti, hidup.

Dialaridaripadabulan?Ataudiaperlusampaidisuatutempatlebihpantasdaripadabulan?Logik?Entahlah.

Untuk apa seseorang perlu menjadi lebih pantas daripada bulan? Atau ada sesuatu yang besar di sebalik semua ini. Sesuatu yang sangat besar.

Kreek...

Syafiq memalingkan kepalanya ke arah daun pintu sejurus selepas telinganya disapa bunyi daun pintu ditolak. Syafiq kemudiannya tersenyum kecil. Luke masuk ke dalam bilik dengan selamba. Tubuhnya sedikit basah terutamanya di bahagian kepala. Nampaknya Luke sudah selesai mandi.

"Kau malam ni ada plan pape ke? Biasa malam-malam kau pakai baju melayu. Nak jumpa awek eh?"tergelak kecil Syafiq mendengar pernyataan terakhir yang terbit dari mulut Luke. Luke pula hanya tersengih melihat reaksi Syafiq.

"Takdelah. Karang lepas solat aku ingat nak pergi beli buku jap kat Popular. Awek? Kau perli aku kan?"Syafiq membalas pertanyaan Luke sambil tangannya ligat menari di kepala. Pomade dirapikan di rambut. Sebelum sikat turut sama menari, menjadikan kepala sebagai lantai tari.

Lelaki memang menjaga penampilan rambutnya. Kalau tak macam mana awek nak lekat?

"Eh eh abang sorang ni betul ke taknak jumpa awek? Hensem je hias rambut tu. Mahal pomade?"Luke tersengih kecil menimbulkan lesung pipit di sebelah kiri bibirnya.

"Pala bana kau! Suka hati je duk bahan aku. Haa, nah!"Syafiq melontarkan pomade miliknya ke arah Luke. Dia tahu Luke juga mahu menggunakan pomade miliknya.

"Peq peq... Kau ni memang kawan sejatilah bro. Aku sayang kau. Hehe."Luke hanya tertawa kegirangan melihat hasratnya untuk mengenakan pomade di kepala tercapai. Pomade Peq!

Syafiq hanya nenggelengkan kepala. Hampir setiap malam sebenarnya Luke 'meminjam' sedikit pomade miliknya. Syafiq cekal menunggu Luke berpakaian sepenuhnya. Telefon Samsung J2 Prime blue gray miliknya menjadi peneman.

Tiba-tiba satu mesej whatsapp masuk. Ting! Notifikasi telefon berbunyi.

Nantijumpa eh?

Syafiq mengambil 2 saat untuk memberikan mesej balas. Tempat berjumpa ditetapkan. Janji untuk berjumpa diungkap.

"Ok. Jom solat bro."Luke mengajak Syafiq untuk solat berjemaah sambil dia membentangkan sejadah.

"Kau imam."Syafiq hanya mengangguk perlahan. Sekali lagi Samsung miliknya dilandingkan di atas katil.

"Aik? Sejadah kau je? Aku punya mana?"tanya Syafiq dengan kerutan yang terbentuk di dahi.

"Sendiri bentanglah~"balas Luke selamba sambil mengemaskan kopiah di kepala. Dengan nada sedikit berlagu.

"Ceh! Inilah kawan."

Setelah semuanya bersedia, takbir diangkat. Diri diletakkan serendah mungkin menghadap Tuhan. Masalah dunia dilupakan seketika. Mereka perlu khusyuk.

"Allahuakhbar."

***

Syafiq kini berdiri di hadapan toko buku terkenal di Malaysia. Popular seperti namanya. Banyak buku yang boleh didapati di sini dengan harga yang tidaklah melampau sehingga mencekik darah. Hanya harga biasa dengan buku yang kadang biasa tapi penuh dengan buku yang berbaloi dibeli dan dibaca. Popular merupakan toko buku kegemaran Syafiq.

Syafiq rajin membaca dan support lokal. Syafiq baik. Jadilah seperti Syafiq.

Kaki melangkah masuk ke dalam toko buku Popular. Putih matanya menyaksikan pilihan buku yang dihidang di hadapannya. Ikutkan nafsu, satu kedai dia borong. Namun apa dayanya apabila dirinya bergelar mahasiswa, duit lebih diperlukan dalam pelajaran. Sejak dia melangkahkan kaki ke dalam menara gading, dia jarang membaca buku untuk bersantai. Dia lebih banyak membaca buku ilmiah yang dapat memudahkannya bagi menyiapkan assignment. Jika dompet tak mengizinkan, dia akan melepak di perpustakaan kampus sahaja.

Ingat senang hidup sebagai mahasiswa? Banyak assignment dan tesis bertimbun yang perlu disiapkan. Tidak dilupakan deadline yang sering mengejar. Mengehadkan masa untuk enjoy apabila peraturan sedikit longgar. Kekangan dan pantauan sudah tiada di saat menggelarkan diri seorang siswa atau siswi. Assignment bukannya semudah abc tahu?
Syafiq menghampiri rak yang menempatkan novel. Dia berniat untuk membawa sekurang-kurangnya satu bahan bacaan santai ke perkhemahan. Mungkin boleh dijadikan peneman sebelum tidur? Jauh lebih baik berbanding memenuhkan rongga mulut dengan asap.

Satu-persatu buku yang terdapat di rak dibelek, diperhalusi blurb yang ada mencari dari satu rak ke rak yang lain mencari bacaan sesantai mungkin. Hanya satu novel yang mampu dibelinya. Meskipun menggunakan pomade, tak semestinya duit di dalam dompet berkepuk. Setelah beberapa minit berlalu dengan keterujaan melihat pelbagai novel yang seronok dibaca, Syafiq mencapai sebuah novel. Novel itu kelihatan menarik dan santai seperti tajuknya, KOTEJ. Oh, kisah penyiasatan. Menarik...

Buku terbitan Buku Fixi dibawa terus ke kaunter. Dalam beberapa minit menunggu, akhirnya Syafiq berjaya sampai ke meja kaunter. Menyerahkan buku kepada receptionist untuk diimbas sebelum duit bertukar tangan. Dengan sebuah senyuman, Syafiq berlalu pergi meninggalkan kedai buku Popular. Jam di tangan dikilas sebentar.

Setengah jamlagi...

Syafiq mengatur perjalanannya menuju ke surau. Dengan niat untuk mengerjakan solat Isyak sebelum bergerak ke aktiviti seterusnya.

Usai sahaja solat ditunaikan, kedua-dua telapak tangan disatukan. Dengan penuh merendah diri, Syafiq memohon kepada Allah Tuhannya yang satu. Yang tiada dapat ditandingi. Yang tidak beranak dan tidak diperanakkan. Memohon agar kedua-dua ibu bapa tercinta dilimpahi rahmat. Memohon agar arwah ayah ditempatkan bersama dengan golongan hamba yang beriman. Tidak lupa kesejahteraan buat rakan-rakannya.

Perlahan-lahan telapak tangan diraupkan ke wajah, memgharap agar doanya diperkenan. Sebagai hamba dia hanya berdoa dan berharap, yang menentukan tetap Tuhannya yang satu.

Tiba-tiba bunyi dentingan notifikasi kedengaran di cuping telinga. Satu pesanan ringkas menanyakan keberadaan dirinya. Syafiq tersenyum kecil sebelum menyatakan dia dalam perjalanan.

Dengan itu, Syafiq berangkat meninggalkan surau. Kaki digerakkan ke arah suatu destinasi untuk berjumpa dengan seseorang. Panggung wayang menjadi destinasi pertemuan.

Syafiq semakin jauh meninggalkan rumah ibadat di belakangnya. Langkah demi langkah menjauhi.

Malangnya, dia terlupa untuk mendoakan perkhemahannya berjalan dengan lancar. Tanpa sebarang gangguan yang mungkin melibatkan... nyawa?

Siapa tahu mungkin Syafiq benar-benar memerlukannya.


Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab PROLOG | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku