PORTAL
Bab 3
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 18 Februari 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
517

Bacaan






Kelibat itu berjalan menyusuri denai hutan. Kelibat itu meneruskan langkah hanya dengan menjadikan matahari sebagai kompas. Dia berjalan mengekori arah matahari terbit. Sama sahaja seperti sebelum ini. Kelibat itu melangkah hanya sedepa ke hadapan cahaya mentari yang baru terbit.

Apabila cahaya mentari semakin pantas menyuluh bumi, semakin pantas dan besar langkah kaki kelibat itu. Kelibat itu tetap mengekalkan keberadaan dirinya dalam bayangan. Hutan terus diredah sehinggalah kelihatan lantai hutan yang terbuka. Tidak dilindungi oleh mana-mana pokok di bawah bayangan namun tidak pula tumbuh sebarang tumbuhan selain rumput-rumput di kawasan yang paling dilimpahi cahaya matahari. Sama sahaja seperti sebelum ini, sebuah binaan yang merupakan portal menyeberang dimensi alam. Suatu teknologi hasil gabungan kepintaran pelbagai ilmuwan daripada pelbagai makhluk. Dari manusia, jin sehinggalah ke bunian. Tiga bangsa makhluk yang mempunyai dimensi tempat tinggal yang saling bertindih.

Dimensi-dimensi ini dipisahkan daripada keupayaan penglihatan manusia. Mata manusia hanya mampu mengeksperiasi 3 dimensi tanpa dapat mengalami lebih daripada itu. Berbeza dengan bangsa makhluk yang berkebolehan mengalami kehidupan lebih daripada 3 dimensi. Manusia yang pada mulanya menggunakan portal sprititual untuk berhubung dengan bangsa jin mula mencari cara lain yang lebih mudah. Portal lain yang mampu menampung jumlah manusia yang lebih ramai untuk merentas dimensi.

Kebiasaannya manusia akan menggadaikan jiwa dan nyawanya agar rohnya boleh diangkat bertemu dengan jin. Pelbagai jalinan kerjasama dibentuk. Manusia sanggup menggadaikan maruah demi mengecapi nikmat dunia sejak dahulu lagi. Untuk mencapai keabadian dan kuasa dalam kehidupan misalnya, manusia bekerjasama dengan jin untuk menjalankan upacara wong menyak yang bertapak di tanah jawa. Atau dikenali sebagai upacara orang minyak oleh penduduk Tanah Melayu. Namun, jalinan kerjasama bukan hanya dibuktikan dengan adanya upacara wong menyak. Masih banyak lagi upacara melibatkan alam mistik bak kata manusia moden yang belum dikupas dan diperhalusi. Sejarah berkenaan dua bangsa makhluk ini sangat luas jika dibentangkan.

Idea mencipta teleportal asalnya daripada buah fikiran bunian. Sejarah manusia dengan bunian bermula dengan kehilangan sebilangan kecil manusia di hutan ketika meneroka. Kemudian apabila dijumpai semula sebilangan kecil manusia itu, mereka bercerita tentang keindahan sebuah tempat yang dipenuhi teknologi yang terlalu jauh lebih moden berbanding teknologi manusia. Manusia mengakui akan kepintaran makhluk yang gemar dikenali sebagai bunian(di Tanah Melayu). Pernah terjadi satu peristiwa dalam lipatan sejarah, apabila raja kerajaan bunian menghadiahkan sebuah motor yang menjadi asas kenderaan bermotor kepada manusia. Buktinya, di zaman moden manusia menjadi teknologi motor yang berasal sebelum daripada penciptaan motor untuk kenderaan dan industri.

Manusia pada asalnya menggunakan jambatan kayu untuk merentas ke alam bunian. Ini kerana portal spiritual tidak diperlukan untuk manusia ke alam bunian seperti mana ke alam jin. Benteng pemisah antara alam manusia dan bunian tidak seampuh benteng antara alam manusia dan bunian. Waktu paling mudah buat manusia menjejakkan kaki ke alam jin khusus pada malam yang dikenali sebagai malam jumaat keliwon. Malam di mana bulan purnama mengambang gah di dada langit merapuhkan benteng pemisah alam. Jin dibenarkan berkeliaran lebih bebas di alam manusia. Menjalin kerjasama sesama mereka dalam bentuk kontrak. Situasi win-win diaplikasikan. Namun kebiasaannya pihak jin mendominasi perjanjian. Padah kerap ditimpakan pada manusia yang lupa akan kewujudan Pencipta.

Dalam revolusi manusia, Tuhan menghantar hidayah kepada hambanya untuk menyampaikan seruan ke seluruh umat manusia. Kala ini golongan beragama menonjolkan diri. Dengan gelaran Nabi dan Rasul yang bertanggungjawab, mereka berusaha mengekang manusia daripada melampaui batas. Namun apakan daya, sedangkan anak manusia pertama juga menjadi yang pertama melampaui batas, apatah lagi cicitnya. Menjadikan jin dan syaitan sebagai penasihat yang berbisik di hati.

Oleh kerana manusia mula menyedari keterlampauan mereka, portal ke alam jin yang meliputi fizikal manusia dikunci dengan mantera dan simbol pengunci. Golongan manusia yang kala itu berpegang pada kepercayaan animisme mereka meletakkan tanggungjawab menjaga portal pada alam semulajadi. Ini kerana tidak hidup selamanya. Alam jauh lebih lama jangka hayatnya. Sehingga hari penghabisan bergelar kiamat tiba, kala itulah alam menghembuskan nafasnya yang terakhir. Seiring dengan tiupan sangkakala.

Seiring dengan kemodenan revolusi manusia, manusia mula bertindak mengabaikan sebarang perkaitan dengan alam mistik. Portal ke kedua-dua dimensi alam diabaikan. Namun tetap ada golongan manusia yang masih tunduk bawah penguasaan jin. Meskipun jin tidak lagi boleh menjelma sepenuhnya di alam manusia, bisikan mereka tidak pernah berhenti untuk menambahkan jumlah pengikut mereka untuk sama-sama menikmati neraka.

Namun kini kelibat ini sudah mengetahui akan rahsia kewujudan portal merentas dimensi. Kelibat ini cuba untuk berkuasa. Kelibat ini bagaimanapun merupakan sebahagian daripada kita. Kelibat ini merupakan sebahagian daripada umat manusia.

Binaan itu secara tiba-tiba membentuk satu pusaran di tengah-tengahnya. Daripada pusaran itu, muncul sesusuk lagi kelibat bukan manusia. Sayap di belakang badan dikibas penuh gah. Membentuk sedikit pergolakan udara di sekitar. Menerbangkan daun-daun di udara.

Kelibat bersayap itu menunjukkan sekujur tubuh manusia dalam rangkulan tangannya.

Kedua-dua kelibat itu kemudiannya saling berbalas senyuman.

"Masa untuk fasa seterusnya."

***

Beberapa jam sebelum itu...

"Ampun tuanku. Patik bawakan seorang lelaki yang mengatakan dia mahu mengadap tuanku."hulubalang istana berkata sambil seorang lagi berada di sisinya. Kedua-dua mereka dalam posisi merafak sembah.

"Baiklah, kamu boleh beredar. Biar beta selesaikan urusan beta dengan tetamu ini."Raja Indera menitahkan perintah.

"Ampun tuanku."dengan itu beredarlah hulubalang istana itu meninggalkan balairung seri. Membiarkan baginda sultan bersendirian dengan tetamu baginda. Tidak termasuk dayang-dayang istana.

"Apa urusan kamu dengan beta? Kamu ini siapa? Tidak pernah sesekali beta melihat orang seperti kamu di sinu. Lagi satu, apa ini yang kamu pakai? Tidakkah kamu tahu peraturan di sini. Kamu cuba mempersendakan beta ya,"kata sultan itu sambil menudingkan jari telunjuknya ke arah kelibat manusia yang berpakaian serba gelap.

"Ampun tuanku. Patik khuatir sekiranya terlalu banyak persoalan yang diajukan bakal membaham diri tuanku kelak suatu masa nanti. Buat masa ini, biarlah identiti patik kekal rahsia. Kita bukan berdua. Patik bimbang ada yang bocor."

"Apa kamu kata berkenaan dayang-dayang cantik beta?"Raja Indera kelihatan sedikit tidak berpuas hati.

"Lagi satu, tidak mungkin patik berniat mempersendakan tuanku. Lagi pula, satu jari menuding ke arah patik berbeza dengan empat lagi jari. Apa tuanku sendiri yang mempersendakan diri tuanku?"kelibat itu terus berkata-kata. Tiada sekelumit pun perasaan takut akan kekuasaan raja kayangan bertempat di hatinya. Senyuman sinis dilayangkan pada Raja Indera.

"Kamu memang biadap! Cakap saja apa urusan kamu atau beta humban keluar dari istana ini. Cakap!"Raja Indera mula hilang kesabaran. Dayang-dayang istana kelihatan sedikit pucat wajah mereka. Kelibat berselubung ditenung kasar.

"Jadikan patik nujum diraja. Nescaya akan patik bentangkan cara agar tuanku menjadi lebih berkuasa."

Raja Indera tercengang seketika mendengar madah bicara kelibat berselubung itu. Entah kenapa, hatinya tertarik untuk mengetahui lebih lanjut.

Kelibat berselubung itu tersenyum. Dengan memanipulasi pemikiran raja, jeratnya mengena.

Apabila seseorang ditunggangi nafsu, hanya kata-kata manis menjadi umpan. Pulangannya pasti lumayan.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab PROLOG | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 |
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku