NIHIL
Bab
Genre: Alternatif
Kategori: Puisi
Paparan sejak 18 Februari 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)
311

Bacaan







Nihil,

Maknanya sifar,

Tiada apa-apa maksudnya nihil,

Adakah kita nihil?


Dasar nihil,

Kau belajar setitis air lautan,

Merasa seperti sudah sedunia engkau tahu,

Kau tak tahu asal usulnya,

Gurumu tidak engkau selidik latar belakangnya,

Bagaimana jika kau disesatkan?

Dasar!


Biadap!

Hanya agama untuk ditunggang,

Tidak engkau amalkan,

Tidak engkau fahamkan…

Kalam petunjuk jalan yang benar,

Malah memperlekeh,

Bermatian pula kau pada kajian…

Dari orang yang dulunya nihil,

Sedang dia memijak kau yang menjunjung,

Menjadilah engkau nihil,

Bertambah nihil!

Dasar nihil,


Manja?

Tidak aku manja,

Dengan kehidupan pancaroba,

Kasih sayang yang ku cari,

Cis, dasar!

Geleng nafi akan faktaku,

Geneng kau aku pasti,

Manja sombong,

Belajar tidak, kecam ya,

Dasar nihil!

Kosong!

Sifar!


Atau…

Perlukah aku berkasar?

Kepada kau,

Wahai hatiku yang gelap,

Bodoh,

Jahil,

Aku samakan kau,


Wahai hati yang nihil,

Dasar nihil!

Apa lagi aku perlu marah,

Kepada kau hatiku sendiri,


Ya,

Akulah nihil,

Memang dasarnya aku nihil,

Maka bantulah aku,

Kau juga tidak mengajarku,

Kau juga tidak memenuhiku,

Kau juga tak mempercayaiku,

Kau juga nihil!

Mana usaha kau?

Membantu aku yang juga hatimu juga?

Dasar!


Sudah!

Wahai hati dan jasad,

Bantulah sesama sendiri,

Bukan berkelahi menuding jari,

Gunakan aku,

Apa gunanya aku selain untuk membimbingmu,

Fikirkan…



#ayatmuhasabahdiri #supportmynovel #bahteraseluaslautan

Please komen kalau ada salah… maaf jika ada yang marah.. ini ayat muhasabah saya…hehe



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku