Keranamu, Hidayah
Prolog
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 19 Februari 2017
“Hadirmu... merubah dunia dan hatiku.”
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
582

Bacaan






PINTU bilik dibuka perlahan-lahan dari luar. Kedua bebola mata milik si jejaka terus mencari kelibat si isteri. Matanya meliar memandang sekeliling bilik. Tangannya perlahan-lahan menutup semula pintu bilik.

“Eee... geramnya kita!”

Satu senyuman terukir di bibir si suami tatkala mendengar suara rungutan itu.

“Eee...”

Satu tawa kecil keluar dari mulutnya. Kepalanya digeleng perlahan mendengar rugutan yang keluar dari mulut comel cinta hatinya. “Apalah yang membuatkan dia merungut ni ye?” Kaki diatur mara ke depan.

“Benci, benci, benci!”

Langkah si suami sudah berhenti di depan satu muka pintu gelas yang ada di dalam bilik. Senyumannya semakin melebar melihat si isteri yang merungut tidak habis-habis di depan komputer riba. Entah apa lah agaknya yang membuatkan isteri kesayangannya jadi begitu.

Si isteri yang setia duduk di meja belajar, tidak sedar akan kehadiran si suami yang sudah pun pulang dari pejabat. Kedua tangannya menongkat kepalanya. Matanya tidak lepas memandang Microsoft Word yang masih putih bersih. Tanda tiada apa ditulis disitu.

Sebenarnya, tadi dia ada menulis sesuatu. Namun tidak sampai beberapa minit dia terus menekan backspace sehingga skreen komputer riba yang sudah ditaip beberapa muka surat, kembali kosong. Berulang-ulang kali dia lakukan hal yang sama sahaja, sehingga dia kebosanan sendiri.

Satu keluhan dilepaskan oleh si isteri. Perlahan-lahan kepalanya direbahkan di depan komputer riba miliknya. Jari-jemarinya mulai menekan papan kekunci sesuka hati. Sekadar menekan.

“Tulis cerita apa tu?”

Si isteri terus mengangkat kepala dari atas meja dan menoleh ke belakang. “Abang.” Mulutnya muncung ke depan. Tangannya menolak kerusi ke belakang sedikit.

“Kenapa ni?”

Si isteri menoleh ke arah skreen komputer ribanya. “Tak ada idea la, abang.”

Si suami meletakkan kepala lututnya ke lantai. “Pandang abang.”

Si isteri menurut.

Close your eyes.”

Si isteri pantas menutup kedua kelopak matanya.

“Jangan bukak mata sampai abang suruh bukak. Okey?”

“Okey.”

“Tarik nafas.... lepas...” Tersenyum si suami melihat isterinya menurut katanya. “Tarik lagi, kali ni lama sikit. Lepas tu lepas perlahan-lahan.”

Si isteri menarik nafas dalam-dalam dan dilepas perlahan-lahan.

Feel better?”

“Yup.”

Si suami memegang tangan kanan si isteri. Diletakkan tapak tangan kanan si isteri betul-betul di atas dada isterinya. “Now, abang nak sayang dengar apa yang abang nak cakap. Okey?”

Si isteri mengangguk laju.

“Sayang, tulis lah apa yang sayang rasa.”

“Tenang?”

“Tak, bukan yang itu maksud abang. Tulis apa yang sayang betul-betul rasa dalam hati ni.”

“Tak faham la, abang,” ujar si isteri. Matanya masih ditutup rapat.

“Sayang tulis, apa yang dekat di hati sayang.”

“Dekat di hati?”

“Ye, dekat di hati.”

“Ookey.”

“Bukak mata.”

Si isteri membuka matanya perlahan-lahan. Terkebil-kebil dia memandang wajah si suami.

“Apa yang sayang nampak? Something yang sayang nak tulis tentangnya.”

Si isteri memandang meja belajarnya. Matanya menangkap satu bingkai gambar yang ada tidak jauh darinya. Diambil bingkai itu lalu dibawa rapat ke arahnya. Kemudian dia memandang si suami yang menanti jawapan darinya.

“Nak tulis tentang kisah ni?” soal si suami. Dia yakin, pasti isterinya mahu menulis kisah itu.

Si isteri tunduk, memandang bingkai gambar yang ada ditangannya.

“Cuba lah. Mana tahu sayang dapat banyak idea ke nanti bila tulis cerita ni.”

Si isteri mengangguk laju. “Terima kasih, abang.”

Si suami mencium ubun si isteri. “Sama-sama. Abang nak mandi dulu, sayang buatlah kerja ye. Lepas selesai... siapkan assignment. Jangan asyik nak menulis je sampai lupa kerja seorang pelajar universiti.”

“Baiklah abang.” Si isteri pantas mengambil buku catatannya. Ingin mencoret sesuatu di dalamnya sebelum dia mula menulis.

*****

LANGKAH si suami terhenti betul-betul di sisi si isteri yang sudah terlelap di depan komputer riba. Matanya memandang skreen, sudah ada beberapa perengan di situ. Bebola matanya membaca satu-satu perkataan yang ada. Kedua matanya membulat tatkala membaca nama-nama watak tersebut.

Fikri... Hidayah... Medina...

Berdebar dadanya membaca setiap ayat yang tertera di situ. ‘Ini...’ Bebola matanya menoleh ke arah si isteri yang enak dibuai mimpi. Lama dia memandang wajah yang sedang tidur itu.

Kali ini baru dia perasan isterinya sedang memeluk gambar perkahwinan mereka. Dibawah bingkai gambar itu ada buku. Dia tahu itu buku apa. Buku catatan idea menulis milik isterinya.

Isterinya memang gemar menulis sejak kecil lagi. Menulis merupakan terapi bagi isterinya. Kehidupan yang dilaluinya dan isterinya selama ini, membuatkan isterinya suka meluahkan rasa dalam bentuk cerita.

Sayang seribu kali sayang. Tiada satu cerita yang ditulis isterinya menemui pembaca dalam bentuk novel. Semuanya disimpan buat bacaan peribadi ahli keluarga dan rakan mereka yang terdekat sahaja. Ada juga penerbit menawarkan untuk menerbit cerita yang ditulis isterinya, namun si isteri menolak.

Tangannya menarik bingkai gambar perkahwinan yang dipeluk oleh isterinya. Lama dia memandang gambar itu. ‘Sayang, sayang betul-betul nak tulis kisah ni ke?’ soal hati kecil si suami.

Setelah puas menilik gambar itu, tangannya menarik kerusi yang diduduki isterinya ke belakang sedikit. Ingin mengendong tubuh si isteri untuk tidur di atas katil. Biar tidur isterinya lebih lena.

Sampai sahaja di katil, dia merebahkan tubuh wanita kesayangannya dengan penuh berhati-hati. Bibirnya mendarat di dahi si isteri setelah dia menyelimutkan tubuh isterinya ke paras dada. “I love you, so much,” bisik si suami di telinga kanan isterinya.

I love you too, abang,” jawab si isteri sebelum memusingkan badannya ke kanan. Tangannya memeluk erat bantal peluk. “Thank you... angkat sayang.”

Si suami hanya tersenyum.

*****

“ABANG...” Si isteri membuka kedua matanya. Berkerut dahi si isteri tatkala dia melihat tempat tidur di sebelahnya, kemas. Tidak terusik. “Abang.” Tangannya menolak gebar ke tepi. Kaki diturun ke bawah. Ingin mencari suaminya.

“Mana abang ni?” soal si isteri sendirian. Satu keluhan dilepaskan. Kakinya melangkah untuk turun ke ruang tamu. Dia yakin, pasti suaminya ada di situ.

Sampai sahaja dia di anak tangga, dia melihat suaminya sedang menatap satu bingkai gambar. Langkah kaki terus terhenti di atas anak tangga. Bingkai gambar di tangan suaminya diletak di atas meja sebelum suaminya itu bangun dan menuju ke pintu gelongsor. Memandang halaman rumah di waktu malam.

Langkah kaki yang terhenti tadi, diteruskan ke tempat duduk si suami. Tangannya mengambil bingkai gambar yang dipandang oleh suaminya sebentar tadi. Berubah riak wajahnya melihat gambar itu. Dadanya mulai berombak. Sedih rasa hatinya. Cemburu! Air matanya mulai bergenang. Gambar di tangan, diletak di atas sofa yang berdekatan. Langkah kaki diatur mendekati si suami.

I love you,” ujar si isteri sambil memeluk erat pinggang suaminya. “Sepenuh hati sayang,” tambah si isteri sambil menitiskan air matanya.

Tersenyum si suami mendengarnya. “I love you too.” Tangan si isteri yang melingkar dipingangnya dipegang dan dilonggarkan sedikit pelukan isterinya. Dipusingkan tubuh badannya ke belakang, memandang wajah si isteri.

“Ye ke?”

“Ye la. Kalau tak kan, abang tak kahwin dengan perempuan depan mata abang ni.” Tangannya mengusap air mata yang mengalir dari tubir mata si isteri. Sayu hatinya melihat wanita itu menangis.

Do you still love her?”

Terhenti laku si suami mendengar soalan yang keluar dari mulut isterinya.

Do you?”

Si suami menggelengkan kepalanya. “Itu kisah lama. Sekarang ni, kisah baru. Kisah baru abang kali ini.... abang sangat cintakan sayang.”

Si isteri hanya mendiamkan diri.

“Sayang... janganlah macam ni.”

“Kalau abang cintakan sayang, kenapa pandang lagi gambar dia?”

Satu keluhan dilepaskan oleh si suami. “I’m sorry sayang. Abang... abang...”

Air mata si isteri mengalir.

Pantas si suami memeluk erat tubuh wanita kesayangannya.

I hope, really hope that your love for me... lebih besar dari cinta abang untuk dia.”

“Ye sayang. Sangat. Percayalah kata suamimu ini.”

“Boleh ke... kalau sayang tak percaya?”

“Tak boleh.”

“Kenapa?”

“Sebab...” Pelukan dilonggarkan. Si suami memandang anak mata milik isterinya. “Abang cuma cintakan sayang.”

“Tipu.”

“Betul. Tak percaya ke?”

Si isteri mulai menyilangkan tangan ke dada.

“Nak bukti?”

“Nak.”

Si suami mendekatkan dahinya dengan dahi isterinya. “Sayang, sayang, sayang....”

“Hm.”

“Sayang sayang sayang sangat tau.”

Si isteri tersenyum.

“Jangan ingat atau fikir apa-apa lagi. Itu semua kisah lama.”

Si isteri mengangguk.

“Kenapa tulis cerita tu?”

“Sebab itu cerita yang dekat di hati sayang.”

“Dekat di hati kita.” Si suami mencuit hidung isterinya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Prolog | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku