Keranamu, Hidayah
Bab 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 19 Februari 2017
“Hadirmu... merubah dunia dan hatiku.”
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
454

Bacaan






FIKRI menoleh ke kanan. Melihat permandangan di luar teksi yang dinaikinya ketika ini. ‘Malaysia tak banyak yang berubah. Masih sama macam dulu. Yang berubahnya... cuma satu bagi aku. Hidayah. Ye, Hidayah. Hubungan aku dan Hidayah yang berubah.’ Satu keluhan berat dilepaskan.

“Kenapa bang?”

Fikri menoleh ke arah suara.

“Ada yang menganggu fikiran abang ke?”

Senyuman nipis ditarik oleh Fikri untuk gadis yang duduk di sisinya. Kepalanya digelengkan. “Tak ada apa la.”

“Kalau tak ada apa, kenapa abang mengeluh? Abang fikir apa sebenarnya ni, hm?” Gadis di sisi Fikri menagih jawapan. Dia tidak puas hati dengan jawapan yang Fikri berikan sebentar tadi. Tak ada apa. Kalau benar tiada apa yang menganggu fikiran lelaki itu, mengapa jejaka itu mengeluh secara tiba-tiba? Bukankah ini yang Fikri tunggu selama ini? Pulang semula di samping keluarga setelah hampir lima tahun merantau di negara orang.

“Abang tetiba teringat pada dia,” luah Fikri akhirnya. Tiada guna dia menafikan apa-apa. Gadis di sisinya ini sudah tahu semua tentang dirinya. Tiada satu pun perihal dirinya yang gadis di sisinya itu tidak tahu.

Gadis di sisi Fikri mengukir senyuman. Dia tahu siapa ‘dia’ yang dimaksudkan. Sudah agak, pasti itu yang bermain di fikiran Fikri. Lelaki di sisinya ini pasti akan bersikap sebegitu sekiranya dia teringat kepada Hidayah, bekas isteri Fikri.

“Entah dia sihat ke... tak ke, masih hidup ke... atau sebaliknya, abang tahu.” Bagi Fikri, sekiranya ketika ini dia dengan orang lain, pasti dia akan terus mendiamkan diri apabila diasak dengan soalan sebegitu. Berbeza dengan gadis di sisinya ketika ini. Dia senang meluahkan isi hatinya. Dia tenang setelah bercerita dengan gadis ini.

“Sekiranya dia dah tak ada, abang sedekahkan Al-Fatihah. Moga rohnya tenang di sana.”

Fikri mengangguk perlahan.

“Tapi sekiranya dia masih ada, berdoalah. Jangan putus asa. Satu hari nanti insya-Allah, Allah pasti mengizinkan abang untuk berjumpa semula dengannya.”

“Abang... tak akan tenang kalau abang tak dengar khabar yang dia dah maafkan abang, Finaz.”

“Benda dah lama lepas, bang. Mungkin dia dah pun maafkan abang.” Syafinaz atau nama pendeknya Finaz, meluahkan pendapatnya. Baginya benda yang dah berlalu, pasti orang sudah lupakan dan memaafkan. Lagipun, Fikri sudah terlalu banyak berubah. Berubah ke arah kebaikan.

“Hati orang kita tak tahu melainkan kita tanya tuan punya badan. Abang akan rasa tenang kalau Hidayah sendiri yang cakap dan ucap kata tu depan abang. Bukan perantaraan, jangkaan apatah lagi sangkaan abang sendiri. Abang dah terlalu banyak menyiksa dia. Kalau abang di tempat dia, abang sendiri tak akan dapat memberi kata maaf tu, Finaz.”

Syafinaz mengangguk perlahan.

“Abang menyesal sangat dengan apa yang abang dah buat enam tahun lepas. Abang ceraikan dia, halau dia dari rumah sehelai sepinggang. Abang siap beri ugutan pada ahli keluarga abang lagi, kalau mereka tolong Hidayah abang akan halau mereka keluar dari rumah. Abang sendiri... pernah nak halau mak kandung abang sendiri, Finaz. Betapa teruknya abang.” Air mata Fikri menitis bila teringat kejadian lalu. “Dia tengah mengandung masa tu. Kesian dia. Ya Allah... kejamnya abang, Finaz.”

“Abang, jangan terus salahkan diri sendiri dengan apa yang dah berlaku. Apa yang dah lepas, biarkan. Ambil sebagai pengajaran,” nasihat Syafinaz. “Dan jangan ulang lagi kesalahan tu.”

Tangan Fikri membelai rambut budak lelaki kecil yang lena dibahu Syafinaz. “Abang... rindu sangat dengan anak abang. Teringin sangat nak jumpa dia, nak jaga dia.”

“Insya-Allah, Allah akan makbulkan permintaan abang tu.”

“Amiin.”

“Lepastu... Rayyan dapatlah kawan. Tak la dia sunyi lagi, kan?”

Fikri tersenyum memandang Syafinaz. Kemudian dia menurunkan kepalanya, mencium ubun Rayyan yang lena tidur. “Papa sayang Rayyan.”

“Abang papa yang baik,” puji Syafinaz. Dia suka melihat layanan Fikri terhadap Rayyan. Meskipun Rayyan bukan anak kandung Fikri, namun layanan yang diberikan oleh Fikri seolah-olah Rayyan itu anaknya sendiri.

Fikri mengggeleng. “Tak, Finaz. Dulu, bila abang dapat tahu Hidayah mengandung... abang suruh dia gugurkan kandungan. Abang tak nak bertanggungjawab. Tapi takdir Allah tak ada yang dapat melawan, abang berkahwin jugak dengan dia. Tapi kejamnya abang ni Finaz... kami dah kahwin pun abang tergamak paksa dia buat benda terkutuk tu. Bunuh anak sendiri.”

Syafinaz memandang lama wajah Fikri. Biarpun Fikri sudah beribu kali Fikri bercerita hal yang sama, namun baginya biarlah Fikri luahkan selama mana dia mahu. Dia tidak mahu Fikri tertekan. Lagipun apa yang dilakukannya sekarang, adalah sebahagian dari tugasnya.

“Abang terfikir... agaknya anak abang tu... boleh tak terima abang sebagai papa dia?”

“Kenapa abang boleh fikir macam tu?”

Air mata Fikri menitis. “Sebab abang pernah nak dia mati, Finaz.”

“Tapi itu dulu. Sekarangkan dah lain.” Syafinaz menghulur tisu kepada Fikri.

Fikri menyambut huluran tersebut.

“Abang, abang kan dah berubah. Finaz yakin, anak abang sayang abang. Abang kan papa dia.”

“Papa dalam segi darah, tapi dalam Islam...” Fikri menggeleng perlahan. Tawa kecil terkeluar dari bibirnya. “Abang bukan papa dia. Nama dia pun tak boleh dibin atau bintikan dengan nama abang.”

Syafinaz terdiam seketika.

*****

SUMAYYAH menolak daun pintu perlahan-lahan. Kedua bebola matanya meliar memandang ke arah katil yang ada di dalam bilik. Berkerut dahinya melihat keadaan katil itu. Bersepah, itu sudah semestinya. Yang peliknya... dimana penghuni bilik ini sedang berada?

Pintu bilik dibuka luas sedikit untuk masuk. Langkah kaki diatur masuk ke dalam sambil tangannya perlahan-lahan menutup semula pintu. Dipandang kiri dan kanan bilik. Sehinggalah tiba di kawasan katil.

Senyuman mekar terukir di bibir saat matanya melihat susuk tubuh kanak-kanak berusia lima tahun di sisi kanan katil. Menyorok agaknya, sebab itu dari muka pintu dia tidak dapat melihat tubuh itu. Kaki menapak mendekati si kecil itu. “Ha, buat apa tu?” sergah Sumayyah.

“Umi!” marah si kecil. Mukanya dimasamkan. Tangannya menekap kertas lukisan di dadanya. Tidak mahu uminya melihat apa yang sedang dia lakukan sebentar tadi.

“Lukis apa tu?” Sumayyah bertanya sambil tangannya cuba menarik sedikit kertas lukisan di dada anaknya untuk melihat.

“Tak boleh tengok!”

“La... boleh la,” pujuk Sumayyah.

Budak kecil itu menggeleng laju. “Tak boleh!”

Sumayyah ketawa kecil melihat reaksi anaknya. Tangannya mengusap kepala si kecil penuh kasih sayang. “Nur Masyitah Abdullah... boleh la. Ye?” Sengaja Sumayyah menyebut nama penuh anaknya kerana dia tahu dengan menyebut nama penuh Masyitah, hati Masyitah akan lebih lembut.

No!”

“Amboi... cakap orang putih ye dengan umi. Please, umi nak tengok.”

Masyitah menjeling uminya. Wajahnya masih masam mencuka.

“Kenapa muka masam ni? Marah umi ye?”

Masyitah mengangguk laju.

“Kenapa anak umi marah umi pagi-pagi ni?” Sumayyah membetulkan posisi duduknya di hadapan anaknya. “Sebab nak tengok lukisan Masyitah ke?” duga si umi.

“Tak. Bukan sebab tu.” Intonasi nada suara Masyitah sudah lembut.

“Habis... sebab apa?”

“Sebab umi buat tite (kita) terkejut tadi.”

“Maafkan umi ye?”

Masyitah menggelengkan kepalanya.

“La... maafkan lah umi.”

“Tak nak.”

“Umi dah mintak maaf, kan? Tak baik macam ni sayang.”

Masyitah memandang wajah Sumayyah. “Ngadu dengan abi.”

“La... sayang. Sayang janganlah mengadu dekat abi. Nanti abi marah umi. Kesian umi.” Sumayyah membuat muka sedih.

“Tak kesian dekat umi pun.”

“Sampai hati dia.” Sumayyah membuat nada suara sedih. “Sedih hati umi tau.” Sumayyah meletakkan kedua tapak tangannya di dada. Tanda terlalu sedih.

Masyitah menunjukkan jari kelingkingnya di depan Sumayyah. “Janji dulu, umi tak buat lagi.”

“Umi buat apa?”

“Masuk bilik tak ketuk pintu.”

Sumayyah mengerutkan dahinya.

“Kan abi ajar... kita nak masuk bilik orang, kena ketuk pintu dulu. Masuk pun lepas orang bagi izin tau. Umi lupa ye, apa abi ajar?” Masyitah menggerakkan jari telunjuk kanannya berkali-kali. Gayanya seakan sedang memberi amaran kepada orang sahaja. Tidak padan dengan kecil.

Sumayyah menggeleng kepala. Tawa kecil keluar dari mulutnya. Lucu rasanya mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Masyitah pagi-pagi seperti ini. “Anak umi ni... sama je macam abi dia.” Dicuit hidung Masyitah. “Geram umi.”

“Mestilah sama. Tite sayang abi.”

“Umi? Tak sayang umi?”

Masyitah mengigit hujung bibirnya. Matanya memandang wajah lembut milik Sumayyah. “Hm...”

“Tak sayang tak apalah. Sapalah umi ni kan. Orang tu sayang abi je.” Sumayyah berlakon seolah-olah dia sudah jauh hati dengan anaknya. Siap buat-buat untuk bangun dan keluar dari bilik lagi. Walhal, itu cuma lakonan.

Masyitah terus menarik tangan uminya ke bawah. Tidak mahu si umi keluar dan jauh darinya. “Ala... umi. Jangan cedih (sedih), tite sayang umi jugak la.”

Sumayyah duduk semula. “Betul?”

Masyitah mengangguk laju.

“Kalau sayang, kiss umi.” Sumayyah menunjukkan pipi kanannya. Jari telunjuknya diarah kesitu. Mahu Masyitah mencium pipinya.

Masyitah terus menghadiahkan ciumannya di situ. “Mmmuah. Dah.”

“Busuknya anak umi. Tak mandi ye?”

Masyitah ketawa kecil. Kepalanya digeleng.

“Haih... baru nak puji sebab hari ni dia bangun awal. Tapi... tak jadilah.” Sumayyah pantas bangun.

Masyitah menarik kain jubah Sumayyah yang sudah berdiri. “Umi...”

“Ye.” Sumayyah memandang wajah Masyitah.

“Nak kena puji,” pinta Masyitah.

Sumayyah mengecilkan matanya. Dia duduk seperti duduk di antara dua sujud di depan anaknya. “Tak mandi, macam mana umi nak puji?”

Masyitah terdiam.

“Ni kenapa hari ni rajin bangun awal? Selalu... payah umi dengan abi nak kejut dia.” Tangan Sumayyah mula bermain di rambut Masyitah.

Masyitah tersenyum. “Hari ni kan istimewa.”

“Istimewa?”

“Ye la. Hari ni kan hari jadi abi. Umi lupa hari jadi abi ye?” Masyitah memandang tajam wajah uminya.

Sumayyah terdiam seketika. Berfikir sesuatu.

“Beritahu abi... umi lupa birthday abi,” ugut Masyitah.

“Amboi... nak mengadu je dia ye? Suka tengok umi kena marah dengan abi ye? Nak kena ni.”

Masyitah pantas belari naik ke atas katil. Kertas lukisan yang dipegangnya, terjatuh. “Tak dapat, tak dapat.”

“Masyitah....” Sumayyah mendengus perlahan sebelum dia menghampiri si anak yang berdiri di atas katil.

“Tak dapat!” Masyitah pantas turun dari katil apabila kedua bebola matanya melihat uminya mahu naik ke atas katil. Kakinya laju menuju ke pintu.

Tetiba pintu terbuka dari luar. “Abi dengar bising-bising dekat dalam bilik. Kenapa?”

Masyitah yang terleka dan tidak sedar pintu terbuka, terus terjatuh di depan pintu.

“Ya Allah...” Mukhriz menghampiri Masyitah yang terjatuh. “Kenapa lari? Kan dah jatuh?” soal Mukhriz dengan lembut. Tangannya memeriksa tubuh kecil si anak. “Sakit tak?”

Masyitah menggeleng.

Mukhriz tersenyum. Dia mencium kepala Masyitah. “Sayang anak abi.”

“Sayang abi jugak.”

“Kalau sayang abi, jangan buat lagi. Sedih hati abi kalau tengok anak abi ni...” pipi Masyitah diusap. “Sakit.”

“Abi sayang anak je ke? Uminya?” Sumayyah berpeluk tubuh di atas katil sambil memandang suaminya.

Sebenarnya Masyitah bukanlah anak kandung dirinya mahupun suaminya. Tapi darah yang mengalir di dalam tubuh Masyitah, mempunyai darah keluarga Mukhriz. Bukan itu sahaja, dia sendiri sudah menyusukan Masyitah.

Kehilanggan kedua-dua orang anak dalam kemalangan jalan raya bertahun yang lalu, memberi episode duka dalam rumah tangganya. Mereka diuji lagi apabila dia disahkan oleh doktor bahawa rahimnya rosak teruk kerana kemalangan itu dan terpaksa dikeluarkan.

Hampir dua tahun lebih, dia dan suaminya hidup dalam kesedihan. Mujurlah anak-anak buah suaminya ada. Dapatlah dia menumpang kasih. Dia sangat bersyukur dikurniakan Mukhriz sebagai suami. Meskipun mereka tidak akan mempunyai zuriat di masa akan datang, suaminya tetap setia di sisinya.

Kerana itu mereka sangat menghargai kehadiran Masyitah. Kehadiran anak kecil yang tidak berdosa, yang lahirnya tidak dipinta dan diingini itu dalam hidupnya dan suami, benar-benar mengembirakan hati mereka. Hari-hari mereka lebih ceria dan gembira berbanding dahulu.

Mukhriz ketawa kecil mendengar kata si isteri. “Sayang... umi merajuk dengan abi la,” ujar Mukhriz kepada Masyitah.

Masyitah mengangguk, setuju.

“Jom kita pujuk umi, nak?”

“Nak!” Masyitah menaikkan kedua tangannya ke atas. “Nak dukung.”

Mukhriz pantas mendukung tubuh kecil Masyitah. “Beratnya anak abi ni.”

“Dah besar, mestilah berat. Kan, umi?”

Sumayyah hanya tersenyum.

Mukhriz dan Masyitah dan mendekati Sumayyah di katil. Diletak si anak di tengah-tengah katil.

“Abi... umi kan... tak ingat hari jadi abi...”Masyitah sudah memulakan aduan tak rasminya sebaik sahaja dia duduk di atas katil.

Mukhriz membulatkan matanya. Dipandang wajah Sumayyah. “Sampai hati umi tak ingat hari jadi abi.”

Sumayyah ketawa kecil. “Abang ni, ingat balik siapa wish dulu? Sayang ke... anak kita?”

Mukhriz memandang Masyitah semula. “Umi dah wish awal-awal la sayang. Umi tak lupa hari jadi abi.” Mukhriz tersenyum.

“Ye ke? Tipu la.”

“Betul. Abi sendiri dah cakap kan. Mana umi tipu. Dia yang tak ingat,” ujar Sumayyah.

Masyitah menggeleng laju. Kemudian dipeluk erat tubuh Mukhriz. “Tite sayang abi. Mana tite lupa.”

“Abi pun sayang dia jugak.”

Masyitah tersenyum mendengarnya. Dia suka sekali apabila umi dan abinya mengungkap kata sayang kepadanya.

“Cepatlah cakap dengan abi.” Sumayyah bersuara.

Masyitah mengangguk. “Happy birthday abi,” ucap Masyitah sambil mencium pipi kiri Mukhriz.

Mukhriz membalas ciuman tersebut di pipi si kecil. “Terima kasih, bidadari kecil abi.”

“Sama-sama.”

Mukhriz menghulur tangannya. “Nak hadiah.”

“Hadiah?”

Mukhriz mengangguk.

Masyitah turun dari katil dan mendapatkan lukisannya yang terjatuh semasa dia berlari dari Sumayyah tadi. Dihulur kepada Mukhriz.

“Kotak ni...” Jari Mukhriz diletak kepada gambar seakan kotak yang ada di dalam lukisan Masyitah. “Gambar apa sayang?” soal Mukhriz.

“Tu...” Masyitah menunding jarinya ke arah gambar Kaabah yang ada di biliknya.

Mukhriz dan Sumayyah tersenyum sesama sendiri.

Mukhriz pantas menaikkan tubuh si anak agar duduk di atas katil semula. “Nak pergi sana?”

Masyitah mengangguk. “Dengan umi dan abi.”

“Insya-Allah... nanti kita pergi ye?” Mukhriz membelai rambut Masyitah.

“Janji?” Masyitah menghulurkan jari kelingkingnya di hadapan Mukhriz.

Mukhriz menyambut dengan memaut jari kelingking si anak dengan jari kelingking miliknya. “Insya-Allah,” tekan Mukhriz. Kepala si anak diusap. “Dah, pergi mandi... siap... pakai cantik-cantik. Kita nak pergi jumpa granny.”

“Yeay!”



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Prolog | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku