Keranamu, Hidayah
Bab 2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 19 Februari 2017
“Hadirmu... merubah dunia dan hatiku.”
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
216

Bacaan






“KETAWA pulak kau ye?”

Medina menutup mulutnya dengan kedua tapak tangannya. Kelakar dia melihat teman serumahnya itu membebel dan marah kepadanya.

Macam mana temannya ini tidak mengamuk di pagi hari kalau dia sendiri yang mulakan dahulu? Temannya itu baru sahaja mahu bertolak ke tempat kerja, tapi terkejut melihat ruang tamu rumah yang bersepah bagai tidak pernah dikemaskan langsung! Televisyen, lampu terpasang sejak malam tadi, tidak ditutup. Dia pula terbongkang tidur di sofa kerana terlalu letih. Mengamuk la temannya.

You’re so funny.”

Terbeliak gadis yang sudah berpakaian pejabat itu mendengar apa yang Medina katakan. Kedua tangannya mencekak pinggang. Matanya tajam merenung Medina yang masih duduk bersenang-lenang di atas sofa. “Nur Medina Hidayah Abdullah!”

“Dah keluar dah gaya mak tiri dia.” Medina cepat-cepat mengambil beg plastik yang ada di atas meja di ruang tamu. Tangannya mula mengutip sampah di atas meja.

“Medina!”

Medina terus ketawa.

“Eee... boleh sakit jiwa aku bila bercakap dengan kau tahu?”

Medina menggelengkan kepalanya. “Tak tahu. Kecuali bila kau bagi tahu. Masa tu barulah aku tahu yang kau sakit jiwa layan aku.”

“Budak ini kan...”

“La, kau ni bebel non stop. Tengok jam pukul berapa sekarang?” Medina menunding jari ke arah jam di dinding. “Lambat masuk kerja kena buang nanti... padan muka.” Medina menjulur lidahnya. Langkah kaki diatur ke dapur, membuang sampah.

Satu keluhan berat dilepaskan oleh gadis yang masih setia berdiri di ruang tamu. Jam tangan dipandang sekilas. Laju dia mengambil beg tangan dan briefcasenya yang diletakkannya di sisi sofa tempat duduk Medina.

“Dah lambat la tu,” perli Medina sebaik sahaja dia memasuki ruang tamu semula.

Shut up!”

“Pergi kerja la nenek!” Medina mengambil tempat duduk di sofa tempatnya tidur semalam.

Gadis yang Medina gelar ‘nenek’ membuat muka geram. ‘Nenek dipanggilnya aku!’ marah gadis itu dalam hati.

“La... Cik Aulia kita dah marah la. Nampak berasap dah kepala dia. Ada asap keluar dekat telinga dengan hidung dia dah. Sebab apa erk?” Medina mengherotkan bibirnya. Berlakon seolah-olah sedang memikirkan jawapan mengapa wajah Aulia ketika ini kelihatan geram. “Ha... sebab aku panggil dia nenek. Hihi...”

Aulia pantas memutar kunci pada grill. Mahu cepat-cepat keluar dari rumah. Bukan sahaja lambat untuk bekerja nanti, tapi boleh jadi kacau bilau jiwa raganya kerana melayan karenah Medina ketika ini. “Malas nak layan.”

“Kalau malas, jangan layan.”

“Kunci pintu. Aku nak pergi kerja dulu,” ujar Aulia sambil melangkah mendekati kereta Myvi miliknya yang diparking elok di halaman rumah teres dua tingkat yang disewanya.

“Tahu kau nak pergi kerja. Tak perlu nak buat annocement.” Medina mendekati pintu rumah. “Kalau nak buat jugak, pergi pinjam microphone masjid tu.”

Aulia mengigit hujung bibirnya. Geram! Tangannya membuka pintu tempat duduk pemandu setelah meletakkan barangnya di tempat duduk penumpang, di belakang.

“Nenek! Balik tengah hari tau. Belikan aku nasi bungkus. Aku lapar,” rengek Medina di depan muka pintu.

“Amboi. Beli la.”

“La... aku mana ada kenderaan. Dekat rumah ni... kau dengan adik kau je ada kenderaan. Tak kan aku nak pinjam motor adik kau pulak? Dia nak pergi kelas macam mana pulak nanti kalau aku dah rembat motor dia?”

“Suruh la... sapa ni... ala... manager kau belikan ke.”

Medina menggelengkan kepalanya. “Tak suka la dia datang sini.”

“Dah tu.... lapar kan? Ha, masak la.”

“Barang dapur habis la nenek. Magie pun tak ada dah!”

“Kau ni... sejak bila aku jadi nenek kau, ha? Suka sangat gelar aku nenek. Nak sangat ke aku jadi ‘nenek’ kau?”

“Kalau kau sanggup kahwin dengan atok aku, aku okey je terima kau sebagai nenek aku. Terima dengan rela hati, lapang dada.” Medina tersenyum lebar.

Aulia menggelengkan kepalanya.

“Itu pun... kalau aku ada atok la,” suara Medina mulai kendur. “Masalahnya... aku ni atok pun tak ada. Ye la... aku kan anak tak sah taraf. Tinggal pun dengan keluarga angkat yang dah lama tak ada. Sekarang ni kan... aku sebatang kara.”

Aulia memandang wajah Medina yang sudah bertukar muram. Sedih dia melihat temannya sebegitu. Segeram atau semarah mana pun dia kepada Medina, dia tetap sayang akan Medina. Sejak kali pertama mereka ditemukan lagi, dia sudah jatuh sayang dengan gadis malang itu.

Lima tahun lalu, ketika dia sedang bercuti dengan abangnya di Terengganu dia ditakdirkan untuk berjumpa dan bertemu dengan Medina. Keadaan Medina ketika itu sangat menyedihkan. Wajahnya ketika itu, cedera parah. Sehingga terpaksa melakukan pembedahan plastik. Dan kereta yang dinaiki Medina ketika itu, meletup. Mujurlah dia dan abangnya sempat menarik Medina ke tempat yang lebih selamat sebelum membawa gadis itu ke hospital.

Empat bulan Medina koma. Sedar sahaja gadis malang itu dari koma, Medina mengalami hilang ingatan. Separuh ingatannya dari kotak memorinya, hilang. Mujurlah namanya, ahli keluarganya masih disimpan kemas dalam kotak memori. Perkara terakhir yang Medina ingat, dia melangkah masuk ke dalam kolej. Hanya itu!

Dia, ahli keluarganya dan pihak berkuasa cuba menjejaki waris keluarga Medina sejak gadis itu koma lagi. Namun menurut jiran yang tinggal di rumah keluarga Medina, ayah dan neneknya sudah lama meninggal dunia kira-kira enam tahun yang lepas. Bermakna sebelum Medina kemalangan, gadis itu sudah hidup sebatang kara.

Mata Medina lama memandang wajah Aulia. “Kau tahukan, aku ni... dah dekat lima tahun hilang ingatan. Keluarga aku dah tak ada pun, aku tak ingat. Aku...”

“Dah, stop it.” Aulia bersuara. “Hentikan drama pagi kau ni. Aku nak pergi kerja dah. Jaga rumah elok-elok. Nak keluar, mesej aku dulu.” Kunci rumah di tangan Aulia digunakan untuk menunjuk ke arah Medina. “Jangan terus keluar. Tak pasal-pasal aku hampir gila pulak nak cari kau hilang entah kemana.”

Medina memeluk besi-besi pada grill sambil tersenyum. Dia tahu Aulia risaukan dirinya. Lebih-lebih lagi sejak dia mula menceburi dunia permodellan dan lakonan. Biarpun penglibatannya dalam dunia itu, hanya sekadar suka, namun dia tidak lari dari sering diperhatikan pihak media.

“Tengah hari nanti... kalau aku tak balik, mesej je si Arfa belikan kau makanan.” Aulia mulai memasukkan dirinya ke dalam perut kereta. “Sebab dia ada kelas petang ni. Jadi mesti dia keluar beli makanan.”

Thanks nenek! Love you! Mmuah!”

Aulia membuat muka menyampahnya. Ditoleh ke belakang. “Kalau lapar sangat, beli dekat simpang depan rumah ni. Tapi... hati-hati la. Aku tak nak jadi apa-apa kat kau pulak nanti.”

“Ye nenek! Dah pergi kerja,” halau Medina.

Takecare.” ujar Aulia sebelum dia menjulur lidah kepada Medina dan tangannya menarik pintu tempat duduk pemandu.

Medina membalas perbuatan Aulia.

Macam budak-budak! Walhal masing-masing sudah berusia 26 tahun.

Bye nenek! Hati-hati bawak kereta.” Medina melambai teman serumahnya.

*****

RAYYAN membontoti langkah Fikri dan Syafinaz masuk ke dalam kawasan halaman rumah. Matanya terkebil-kebil melihat rumah di hadapannya. Besar! Halaman rumah pula sangat luas. Rumah di depan matanya ini, jauh lebih besar dan luas dari rumahnya dengan Fikri di Australia. Maklumlah Fikri cuma tinggal di apartment sahaja sepanjang hidup di negara orang.

Rayyan memandang mama dan papanya yang sedang berborak dengan seorang pengawal di depan pondok pengawal. Sesekali ada tawa keluar dari mulut mereka yang sakan berborak. Matanya beralih memandang segelinap kawasan rumah besar itu. Sehinggalah perhatiannya terhenti ke satu tempat.

Terpegun dia melihat seorang budak perempuan kecil yang sedang bermain bola bersama dengan dua budak lelaki di situ.

Masyitah menyepak bola di depannya. Bola yang disangka akan pergi ke arah abang susuannya iaitu Fauzan, bergolek jatuh ke bawah. Dan seterusnya ke kawasan parking kereta, di hadapan rumah. Masyitah mulai mengejar bola itu.

“Adik jangan lari!” ujar Fauzan. Risau dia melihat Masyitah berlari ke bawah untuk mengambil bola. Pantas dia memandang seorang gadis yang duduk di atas buaian sambil bermain telefon bimbit. “Kak Maira.”

Humairah menjatuhkan telefon bimbit yang dipegangnya, memandang wajah Fauzan. “Kenapa?”

“Adik pergi parking kereta,” sampuk Fauzi, kembar Fauzan.

Humairah memanjangkan lehernya ke tempat parking kereta. Ada seorang budak lelaki kecil di situ. ‘Anak siapa tu?’

Dia telah diarahkan oleh Mukhriz, Sumayyah, Nabila, Syed Amirul, Aisyah dan Ustaz Syed Saiful untuk memerhatikan adik-adik susuannya bermain di halaman rumah. Maklumlah halaman rumah Puan Sarah ini luas. Bimbang apa-apa terjadi pula nanti.

“Kakak pergi tengok, korang jangan pergi mana-mana,” ujar Humairah sebelum turun dari buaian dan mendapatkan Masyitah di tempat parking kereta.

Selain dari Sumayyah, Masyitah turut menyusu dengan Nabila; mama kepada Humairah. Tidak terkecuali dengan Aisyah juga; umi kepada Fauzan dan Fauzi. Meskipun mempunyai ramai mak dan ayah susuan, Masyitah lebih rapat dan akrab dengan Mukhriz dan Sumayyah berbanding yang lain.

Rayyan menunduk dan menangkap bola yang sudah berhenti bergolek di depannya.

“Nak bola,” pinta Masyitah. Tangannya dihulur kepada Rayyan.

Rayyan terkebil-kebil. Tangannya dikemaskan memegang bola di tangan.

Masyitah mendengus marah. Tidak suka dengan sikap Rayyan yang mendiamkan diri. Dirampas bola dari tangan Rayyan. “Ini tite punya!”

Tanpa ucapan terima kasih, Masyitah memusingkan badannya ke belakang. Ingin pergi dari situ. Baru sahaja beberapa tapak dia melangkah, dia menoleh semula ke arah budak lelaki yang masih bardiri di kawasan hadapan rumah grannynya.

Rayyan memandang sahaja wajah budak perempuan yang bertudung di depan matanya.

“Awak capa (siapa)?” soal Masyitah.

Rayyan hanya diam.

“Macam mana awak masuk cini (sini)?”

Rayyan diam sahaja. Tidak memberi apa-apa reaksi kepada soalan yang dilontarkan oleh Masyitah.

“Awak orang jahat erk?”

Berkerut-kerut dahi Rayyan mendengar apa yang budak kecil itu katakan kepadanya.

“Tite tanya la! Cakap la! Bisu ke!” marah Masyitah.

“Ya Allah... Rayyan.” Tubuh Rayyan dipeluk erat oleh Safinaz. Pelukan dilepaskan. Syafinaz memandang anak mata bulat milik Rayyan. “Mana Rayyan pergi? Risau tau mama.” Syafinaz mencium kedua pipi Rayyan.

Risau Syafinaz sebentar tadi apabila dia menoleh ke belakang, Rayyan sudah tiada. Rupanya Rayyan berdiri di tempat parking kereta, tidak jauh darinya. Mujurlah Rayyan berada di dalam kawasan rumah mummy Fikri. Cuba di tempat lain? Tak dapat dibayangkan.

Rayyan mengalihkan perhatiannya ke arah Masyitah. Wajah Masyitah sudah masam mencuka. Pasti marah dengannya.

Syafinaz turut memandang Masyitah.

“Rayyan pergi mana? Kan papa dah pesan, jangan jauh dari mama dan papa,” ujar Fikri. Dia tunduk membetulkan baju dan rambut Rayyan agar lebih kemas.

“Pak cik ni capa?” soal Masyitah kepada Fikri.

Fikri menoleh. Dia mengukir senyuman. “Comelnya dia. Anak siapa?” soal Fikri. Di dalam kepalanya hanya ada dua kemungkinan sahaja. Anak Nabila ataupun anak Aisyah. Mustahil budak kecil ini anak Sumayyah dengan abang sulungnya. Ini kerana dia tahu, kakak iparnya itu sudah tidak boleh mengandung lagi.

“Anak abi la!”

“Abi?” ulang Fikri. “Mukhriz?”

Masyitah mengangguk laju.

‘Bukan ke... sekejap. Akhi kahwin lain ke?’ soal Fikri dalam hatinya.

‘Lima tahun kau tak balik, Fik. Banyak perubahan dalam keluarga pun kau tak tahu,’ ujar hati kecil Fikri.

“Adik.” Humairah menghampiri Masyitah yang berdiri di depan Syafinaz, Rayyan dan Fikri. Tidak perasan dia dengan kehadiran Fikri di situ. Sampai sahaja di hadapan adik susuannya, dia merendahkan dirinya. “Buat apa kat sini?”

“Ambik bola la, kakak,” jawab Masyitah.

Fikri memandang wajah Humairah. “Maira.”

Humairah mengangkat wajahnya ke atas saat mendengar suara itu. “Pak Su.”

Fikri tersenyum dan mengangguk.

“Ya Allah!” Humairah menutup kedua mulutnya dengan tapak tangan. Tidak percaya dia, insan yang dirindui oleh semua ahli keluarganya sudah berdiri di depan matanya. “Pak Su!”

“Maira dah makin dewasa dan semakin cantik.”

Humairah menitiskan air matanya. Betapa rindunya dia dengan bapa saudaranya ini. Dia mendekati Fikri dan dicium tangan Fikri. “Miss you.”

Fikri mengelap air mata anak saudara yang paling rapat dengannya. “Bila menangis, dah tak cantik lagi dah.”

Humairah mulai tersenyum. “Mana Pak Su pergi? Kami semua rindukan Pak Su tahu tak?”

Fikri tersenyum. “Granny ada?”

Humairah mengangguk. “Semua ahli keluarga kita ada kat dalam. Umi Sya... semua ada.”

Fikri menarik nafas dalam-dalam.

“Jom masuk, Pak Su.” Humairah menarik tangan Fikri dengan tangan kanannya. Tangan kirinya pula memegang tangan kecil Masyitah. “Jom masuk, adik.”

Masyitah mengangguk.

“Adik Maira ke?” soal Fikri.

Humairah mengangguk. “Adik susuan. Anak susuan abi tapi mama dan Umi Sya pun susukan dia jugak.” Dipandang wajah Masyitah. “Salam. Ni Pak Su. Adik abi.”

Masyitah mencium tangan Fikri.

Bagai terkena kejutan elektrik Fikri rasakan saat bibir Masyitah mencium lembut tangannya. Ditarik tangan budak kecil itu agar rapat dengannya. Dipeluk tubuh itu. Air matanya mengalir.

“Kenapa nangis?” soal Masyitah.

Fikri merengangkan pelukan. Dia memandang setiap inci wajah milik Masyitah. ‘Ya Allah... wajahnya... wajahnya... sama dengan Hidayah!’

“Pak Su, okey tak?” soal Humairah.

Fikri mengangguk. Tangannya memegang kedua bahu Masyitah. “Nama siapa?”

“Masyitah,” jawab Masyitah.

“Nama penuh?” soal Fikri lagi.

Masyitah mengigit hujung bibirnya. Dia memandang wajah Humairah, minta bantuan. Dia sebenarnya sering lupa nama penuhnya.

“Nama penuhnya... Nur Masyitah binti Abdullah, Pak Su,” jawab Humairah dengan lancar.

Fikri terpanar mendengarnya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Prolog | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 |
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku