Keranamu, Hidayah
Bab 7
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 19 Februari 2017
“Hadirmu... merubah dunia dan hatiku.”
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
268

Bacaan






“ARFA, aku mintak maaf.” Humairah mengukir senyuman paling manis buat sahabatnya itu. Moga-moga angin marah temannya ini kurang sedikit melihat senyumannya yang manis itu.

Arfa mengeluh kasar. Tangannya laju menyumbat alat tulis dan buku nota ke dalam beg. Langsung tidak dipedulikan teman baiknya.

“Arfa, aku cakap dengan kau ni.” Humairah menyambar tangan Arfa yang sedang bergerak laju itu. “Dengar tak?”

“Maira, stop it.” Arfa menarik tangannya yang dipegang kuat oleh Humairah. Dia bangun dari kerusi dan menyangkut beg di bahu. Langkah kaki diatur ke arah meja pensyarah. Tangan pensyarah yang baru selesai mengajarnya itu, diambil dan dicium penuh hormat. Kemudian dia terus keluar dari kelas. Tidak pedulikan Hafiz dan Humairah.

“Arfa!” Humairah menjerit kecil. Langkah kakinya laju mengikut rentak kaki Arfa. “Tunggu la. Dengar dulu apa aku nak cakap ni.”

Arfa makin melajukan langkahnya. Meninggalkan Humairah yang cuba berjalan seiring dengannya.

“Arfa.” Humairah memberhentikan langkahnya. Tahu, dia pasti tetap akan gagal melembutkan hati temannya itu. Matanya memandang sahaja kelibat Arfa yang semakin mengecil di pandangan matanya.

“Kenapa ni? Tetiba je. Maira buat apa sampai Arfa jadi macam tu?” soal Hafiz bertalu-talu. Dia berdiri di sisi anak saudaranya. Pelik dia melihat dua teman baik ini. Habis sahaja kelas, ada pula adegan kejar-mengejar. Ingat ni acara larian ke?

Humairah mengeluh panjang. Mulutnya dipenuhkan dengan angin. Matanya dilirikkan memandang wajah bapa saudaranya yang berdiri di sisinya. “Pasal partner assignment la.”

Kening Hafiz terangkat.

“Maira partner dengan orang lain. Arfa merajuk la sebab mana pernah kami tak satu group assignmentselama ni,” Humairah menjelaskan hal sebenar.

Walhal, dia sengaja mencari orang lain untuk berpasangan dengannya untuk tugasan kali ini. Biar Arfa dengan Hafiz bekerjasama untuk menyiapkan tugasan. Dia yakin, Arfa tidak akan menolak sebab hanya dirinya dan Hafiz sahaja teman baik Arfa di kolej ini. Arfa pasti mengikut. Dia yakin dan pasti!

Sudah acap kali dia cuba agar bapa saudaranya itu satu kumpulan dengan Arfa, namun sering kali usahanya menemui kegagalan. Cuma sekali, dia, Arfa dan Hafiz berjaya menjadi satu kumpulan. Tapi itupun rasa macam tak membawa apa-apa makna pada Hafiz mahupun Arfa.

“Kenapa tak dengan Arfa?” soal Hafiz dengan serius.

Humairah terengih. “Saja.”

Hafiz menggelengkan kepalanya. “Arfa tu kan berjiwa sensitif, kenapa buat dia macam tu? Korang kan dah kawan sejak kecil. Tak baik tau buat macam ni.”

“Ala... pak su kan ada.” Humairah mengerlipkan matanya berulang-kali.

Hafiz mengerutkan dahinya. Tidak faham dengan apa yang anak saudaranya cuba sampaikan.

Humairah tersenyum-senyum. Tangannya mula bergerak mengambil fail dari tangan Hafiz. “Mesti beratkan fail ni. Biar Maira bawakkan, ye?”

Something fishy.”

Humairah mengemam kedua bibirnya. Senyuman masih kekal di bibirnya. “Pak su... tolong Maira... boleh? Please...” Humairah sudah mula mengada-ngada.

Sekali dilihat orang, pasti tiada yang menyangka mereka ni bapa saudara dengan anak saudara. Maklumlah dah la sebaya, cara percakapan Humairah kepada Hafiz pula mengada-ngada semacam. Seperti kekasih yang minta dimanjakan.

“Tolong apa?” Pelik Hafiz dengan Humairah. Lain macam sangat anak saudaranya ini hari ini. Selama ini, tidak pula Humairah akan bersuara gedik, manja sebegitu dengannya di depan umum.

“Tolong... jadi partner Arfa. Untuk assignment yang puan bagi tadi. Pak su, tak ada partner lagi, kan?”

Hafiz mengecilkan kedua kelopak matanya. Dia dapat rasakan Humairah ada niat lain. Niat yang tersembunyi.

“Boleh la...”

“Maira sengaja, kan?”

Humairah mengangguk laju. “Ha’ah. Tak salah, kan? Lagipun... Arfa kan kawan Pak su jugak.” Humairah menayang gigi putihnya.

Hafiz mengeluh.

“Tak baik kan buat kawan kita sejak kecil macam tu?” Humairah sengaja memulangkan ayat bapa saudaranya sebentar tadi. “Arfa kan rapat dengan kita. Pak su jadilah partner dia.”

“Humairah, Humairah. Hm...” Kepala Hafiz digelengkan beberapa kali.

“Boleh ke tak?”

Hafiz diam.

“Pak su...” Lengan Hafiz digoncangkan.

“Ye!” Hafiz merampas failnya dari tangan Humairah.

Yes!”

Call Arfa. Balik.”

Call la sendiri. Kenapa nak suruh Maira pulak?”

Hafiz tersengih. “Nak pak su jadi partner Arfa ke tak?”

Humairah membalas dengan jelingan. “Fine!” Tangannya mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar. Kemudian dia tersenyum lebar.

“Kenapa?”

Humairah menggeleng. Jari telunjuknya digerak-gerak di hadapan muka Hafiz. Kiri dan kanan. “Tak boleh balik lagi. Sorry... Maira ada discussion jap kat library.”

Hafiz menjeling anak saudaranya.

“Gunakanlah masa ni, tuk discuss dengan Arfa pasal assignment ye.” Humairah mulai menjauhi Hafiz. “Bye... Dah habis nanti Maira call.” Humairah mengenyitkan mata kanannya. “Jangan nakal-nakal.” Laju langkahnya menuju ke perpustakaan sebaik sahaja meninggalkan pesan tersebut.

“Humairah.” Hafiz bersuara geram.

*****

MEDINA pantas bangun dari tidur petangnya. Niat awalnya, dia tidak mahu tidur pada petang, cuma mahu berbaring sambil menonton drama petang sahaja. Tanpa sedar, akhirnya dia terlelap. Ditambah pula dengan cuaca sejuk di luar, lagilah membuatkannya enak untuk terus tidur. Dalam enak dia tidur, dia mimpi.

Nafasnya dibetulkan. Tarik... lepas. Tarik... lepas.

Matanya memandang ke arah skreen televisyen yang masih menayangkan drama melayu yang dia sendiri tidak tahu tajuk apa. Laju dia mengambil alat kawalan di atas meja dan menekan punat off untuk menutup siaran.

Badan disandar ke belakang. Termenung, memikirkan suara yang dia dengar dan lihat di dalam mimpinya sebentar tadi. Bagai pita rakaman pula otaknya ketika ini, memutarkan balik adegan-adegan yang hadir di dalam mimpinya.

“Jadi walid yang baik tau.”

Medina mengerutkan dahinya. Memikirkan kata dari suara itu.

‘Tu... suara aku, kan? Au cakap dengan siapa dan untuk apa ye?’ bisik hati kecil Medina.

Otaknya kini cuba untuk mengingati wajah yang hadir di dalam mimpinya tadi. Namun, gagal. Dia hanya mendengar suara. Wajah pula, dia hanya melihat wajah lamanya sahaja.

Kemudian dia teringat sesuatu. Di dalam mimpi tadi dia ada mencium bayi.

‘Anak siapa yang aku cium tu? Ini, betul ke... atau khayalan semata?’

Tetiba hatinya menjadi sayu. Rasa mahu menangis.

Tangannya diletakkan di atas dada. “Aku rasa, aku rindukan sesuatu. Tapi apa?”

*****

“KAT sini rupanya dia.”

Arfa mengangkat wajahnya ke atas. Dia cuba membalas senyuman yang diukir oleh Hafiz untuknya. Namun susah benar dia mahu tersenyum ketika ini meskipun untuk lelaki yang sudah terlalu lama dia menyimpan perasaan suka dalam diam.

“Boleh duduk?” Tangan Hafiz menunjuk ke arah sebelah Arfa.

Arfa mengangguk.

Hafiz melabuhkan punggungnya di sisi Arfa. Namun ada jarak antara mereka. Tangannya meletak fail di tengah-tengah. Antaranya dengan Arfa. Adalah jarak dalam setengah depa.

“Kenapa ni? Masih marah dengan Maira?” soal Hafiz sambil memandang Arfa.

Arfa menggelengkan kepalanya.

“Maafkanlah anak saudara saya tu, ye?”

Arfa mengangguk. Apabila dia berdua dengan Hafiz seperti ketika ini, sudah untuknya bercakap. Kata-katanya bagai tersekat di kerongkong. Tidak mahu keluar pula.

“Hm... saya tak ada partner untuk assignment tadi.”

Arfa pantas menoleh ke arah Hafiz.

Hafiz tersenyum. “Wanna be my partner?”

Arfa mengigit hujung bibirnya. “Ustaz... tak kisah ke partner dengan saya?” Arfa menundukkan wajahnya. Malu!

Nope.”

Arfa mengukir senyuman dalam diam.

“Awak kan kawan saya. Tak kan saya nak biarkan kawan saya sorang-sorang pulak, kan? Saya fikir awak partner dengan Maira tadi. Tak sangka, Maira dengan orang lain. Jadi... rasanya tak salah kalau kita partner, kan?”

Arfa hanya diam.

“Sudi ke tak?”

‘Alahai... rasa macam kena lamar la pulak bila ustaz ni kata sudi ke tak? Hihi...’ Arfa bermonolog sendiri.

Perkenalan yang sudah terjalin lama antaranya dengan Hafiz, menyebabkan dia sudah terbiasa memanggil Hafiz, ‘ustaz’. Panggilan yang dia gunakan sejak kali pertama mereka berjumpa lagi. Ada dari kalangan teman-teman sekuliahnya bertanya mengapa memanggil Hafiz sebegitu. Tapi dia hanya diam sebab teringat janjinya dengan Hafiz yang tidak mahu orang tahu bahawa Hafiz merupakan salah seorang ustaz di Madrasah Mutiara.

“Arfa.”

Arfa tersentak. Cepat-cepat dia membetulkan kedudukan fail di ribaannya, agar tidak jatuh ke bawah.

Hafiz ketawa kecil melihat Arfa kelam kabut. “Nak tak?” soal Hafiz lagi.

Arfa mengangguk.

“Hai merpati dua sejoli!” Humairah menghampiri Hafiz dan Arfa. Entah dari mana dia muncul pun, Arfa dan Hafiz tidak perasan. Dia mengambil fail milik Hafiz di tengah-tengah dan melabuhkan punggungnya di situ.

“Salam mana?” soal Hafiz.

Humairah mencebik. “Macam abi la pak su ni.”

Hafiz sudah memebri jelingan maut.

Arfa tersenyum melihat tingkah Humairah dan Hafiz. Kelihatan somel sekali di matanya.

Humairah memandang wajah Arfa. “Arfa... sorry tau. Bukan tak nak partner dengan kau, tapi... dah ada orang nak. Aku terus setuju je la. Lepas tu, aku teringat pak su aku kan ada. Boleh jadi partner kau.” Humairah tersenyum ke arah teman baiknya.

Arfa tersenyum malu.

“Okey, jom balik.” Hafiz mengangkat beg sandangnya dan dipakai elok di bahu.

“A... sekejap.” Humairah menarik tangan bapa saudaranya untuk duduk semula di sisinya.

“Maira.”

“Pak su, dengar la dulu.”

“Maira, penat ni. Jom balik.”

“Mama call tadi. Suruh kita balik.”

“Ha, memang nak balik pun, kan?”

Arfa setia menjadi pendengar antara dua saudara itu.

“Ye. Tapi... kita kena bawak Arfa sekali.”

Bulat mata Arfa mendengarnya. Kepalanya digeleng laju. “Tak nak la. Segan.”

“La... nak segan apa. Macam kau tak pernah jumpa mama dengan papa aku. Abi aku pun, kau jumpa kan terkadang kat madrasah? Apa nak segan?” soal Humairah.

Arfa terus menggeleng. “Tak nak. Hantar aku balik. Nanti kakak aku marah balik lambat. Tak nak, tak nak.”

“Maira boleh tak jangan paksa Arfa?” Hafiz menyampuk.

Humairah mencebik. Dia menghadiahkan jelingan buat bapa saudaranya itu sebelum kembali memandang wajah Arfa. “Boleh la. Granny aku nak jumpa kau. please...” rayu Humairah.

Arfa terus menggeleng. “No!”

Pleaseeeeeeeee..........”

Arfa mengeluh.

“Sekejap je. Makan malam je. Boleh la ye?”

Arfa mengecilkan kedua kelopak matanya. “Kau ni. Suka paksa aku.”

“Boleh ye?” Humairah menolak sedikti tubuh Arfa. “Boleh la.”

“Okey!” Akhirnya Arfa memutuskan.

*****

HUMAIRAH menarik tangan Arfa agar masuk ke dalam rumah Puan Sarah. “Jom la, masuk. Tak payah segan. Jom.”

Arfa mengeluh. Dia mengikut sahaja.

Hafiz menggeleng.

Nabila yang seronok bersembang dengan suaminya, mengukir senyuman tatkala matanya menangkap kehadiran si anak menghampirinya di ruang tamu. “Eh, Arfa pun ada.”

Arfa mengukir senyuman mendengar apa yang Nabila katakan.

“Meh sini. Makan petang.” Nabila mengajak Hafiz, Arfa dan Humairah menyertainya makan petang bersama suaminya di ruang tamu.

“Yang lain mana, ma?” soal Humairah setelah mengambil tempat duduk di sisi Arfa.

“Abi, Umi Su dan Pak Su Fik kamu, ada kat atas. Dalam bilik. Masyitah dan adik-adik kamu ikut Umi Sya keluar sekejap. Granny kat dapur,” jawab Nabila dengan senyuman manis.

Humairah mengangguk. Tangannya mengambil kuih yang dihidangkan di atas meja. “Eh, Arfa. Makan la. Mama aku suruh makan, kan?”

Arfa mengangguk.

“Siapa ni, Maira?” soal Puan Sarah setibanya dia di ruang tamu.

Humairah pantas berdiri sambil tersenyum-senyum. Ditarik lengan Arfa yang masih duduk agar lebih dekat berdiri dengannya. Dipeluk bahu temannya itu. “Ni... kawan baik Maira dengan Pak Su Hafiz.” Matanya melirik memandang bapa saudaranya yang sedang meneguk air jus.

Puan Sarah mengangguk, faham. Dia mengambil tempat duduk yang kosong.

“Bakal Mak Su Maira dan adik ipar mama!” sambung Humairah dengan terujanya.

Tersedak Hafiz mendengarnya. Matanya dilarikan memandang wajah anak saudaranya.

Bulat mata Arfa mendengarnya. Merah sudah mukanya. Malu. Dipukul lengan teman baiknya itu. “Maira!”

“Humairah.” Hafiz bersuara geram.

Humairah tersengih menayang gigi putihnya. “Kalau mama, papa dengan granny nak tahu... Arfa dengan Pak Su Hafiz kan...”

Arfa pantas menekup mulut sahabatnya itu. Bimbang nanti keluar cerita yang tidak benar pula nanti. “Tak ada apa, kan Maira?” Perlahan-lahan Arfa menurunkan tangannya yang menutup mulut Humairah setelah dia rasa yakin temannya itu tak akan bercakap yang bukan-bukan.

“Kalau tak ada apa, kenapa takut?” soal Humairah dengan selamba.

Nabila dan Syed Amirul berpandang sesama sendiri.

Arfa mengigit hujung bibirnya. Malu!

“Arfa segan la sebab Maira kan suka buat sketsa tambahan. Benda tak betul pun nak cerita,” tambah Hafiz. “Pak su nak naik, mandi. Suruh Arfa bersihkan diri jugak sebelum kita hantar dia balik.”

“Kenapa? Arfa ada rumah, kan?” Humairah menjawab.

“Kesian la dia. Badan melekit. Nak solat tak selesa nanti,” jawab Hafiz sambil melangkah naik ke tingkat atas.

“Prihatinnya.”

Hafiz menjeling anak saudaranya. Tahu sangat dah perangai Humairah itu. Membesar bersama-sama membuat dirinya arif dengan sikap anak saudaranya yang seorang itu. Suka menyakat dirinya!

“Okey!” Tangan Arfa ditarik agar mengikut langahnya. “Jom mandi.”

“Tapi...”

“Tak ada tapi-tapi. Baju dalam rumah ni banyak. Pilih je mana-mana. Tak cukup... suruh husband-to-be kau ni beli,” ujar Humairah sambil menjeling bapa saudaranya yang masih berdiri di atas anak tangga.

Merah muka Arfa mendengarnya.

“Betul cakap Maira tu. Tak ada baju yang awak berkenan, nanti kita keluar date, beli,” ujar Hafiz sambil meneruskan langkahnya. Malas mahu melayan karenah Humairah. Ada-ada saja mahu mengenakannya.

Muka Arfa yang sudah merah diusik Humairah, bertambah merah lagi mendengar jawapan selamba dari Hafiz.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Prolog | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku