LOVE YOU, Miss Hilang Ingatan!
SINOPSIS
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 19 Februari 2017
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1297

Bacaan






“Ros! Maaflah, abang lambat datang jenguk Ros! Ros sihat? Ros ada sakit dekat mana-mana tak?,” – Saiedon.

“Ro… Ros?,” – Sophiea Adelline.

Akibat satu kemalangan yang hampir meragut nyawa, Sophiea Adelline diselamatkan oleh penduduk kampung yang tidak dikenali. Hampir semalaman Sophiea tidak sedarkan diri dan apabila sahaja terjaga tup tup…

“Siapa saya?,”

Sophiea hilang ingatan! Saiedon kebetulan mengenali Sophiea mula berlakon bahawa dia waris Sophiea setelah beberapa hari Sophiea di hospital tanpa ada waris yang menjenguknya. Atas dasar dendam dengan apa yang telah dilakukan Sophiea terhadap dirinya, Saiedon sanggup menipu orang kampung bahawa Sophiea adalah keluarga angkatnya.

“Siapa kau?,” – Sophiea.

“Saiedon! Abang angkat kau,” – Saiedon.

“Saiedon? Nama apa tu? Peliknya!,”

Sophiea terus tinggal di kampung tersebut dengan menggunakan identiti lain. Dia hidup seperti biasa. Semakin lama, semakin gembira dia tinggal di situ lebih-lebih lagi Saiedon telah menjaganya dengan baik. Dari niat untuk membalas dendam, niatnya itu terus berubah. Melihat kegembiraan dan kebahagiaan di wajah Sophiea membuatkan Saiedon terus melupakan dendamnya itu. Pada masa yang sama, perasaan aneh mula meracuni hatinya itu. Perasaan aneh? Cintakah itu? Saiedon cuba menafikan semahu-mahunya.

Kegembiraan Sophiea di kampung itu tidak lama setelah munculnya Ryan Shauqie, tunang dan penyebab kemalangan yang berlaku di atas Sophiea. Dia bertemu Sophiea semasa Sophiea sedang menjual durian di tepi jalan. Di saat itu, dia mula mengenali gadis seperti Sophiea itu. Jika benar gadis itu adalah tunangnya, pencariannya selama ini akan berakhir. Penyeksaan terhadapnya selama ini akan tamat!

Tetapi, Saiedon mula menyedari kehadiran Ryan. Dan dia tahu itu adalah waris sebenar Sophiea. Adakah dia akan menghalang Ryan dari bertemu Sophiea? Adakah dia akan menceritakan perkara sebenar kepada Sophiea? Bagaimana pula hatinya yang mula diracuni dengan virus cinta itu? Saiedon berperang dengan dirinya sendiri.

Teruskan membaca I LOVE YOU, Miss Hilang Ingatan! Karya saya yang seterusnya. Terima kasih!

Spreads of Love;

Aimie Izzati



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
SINOPSIS | BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | BAB 4 | BAB 5 | BAB 6 | BAB 7 | BAB 8 | BAB 9 | BAB 10 | BAB 11 | BAB 12 | BAB 13 | BAB 14 | BAB 15 | BAB 16 | BAB 17 | BAB 18 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku