LOVE YOU, Miss Hilang Ingatan!
BAB 1
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 19 Februari 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
870

Bacaan






NAMA aku Sophiea Adelline Binti Dato’ Mursyidd. Satu-satunya puteri tunggal Dato’ Mursyidd. Pewaris segala harta yang akan ditinggalkan oleh papa aku nanti. Aku ada segalanya! Banglo besar siap swimming pool dalam dan luar rumah. Kereta, wang, segala-galanya!

Hidup aku dimanja dengan wang. Kasih sayang aku berupa limpahan harta yang melimpah ruah. Hari-hari aku bahagia dengan kemewahan yang aku miliki.

Bangun pagi, sarapan sudah tersedia di hadapan mata. Baju aku sudah digosok rapi. Kasut aku sudah digilap kilat. Senang cerita aku tak perlu buat apa-apa dalam hidup ini. Segalanya telah tersedia di hadapan mata. Jari-jari aku hanya disimpan untuk dijaga. Tak perlu susah-susah lakukan segalanya seperti orang kelas bawahan. Huh!

Sophiea mengambil bantal busuknya lalu berpusing-pusing seperti seorang puteri raja. Bantal yang terpampang gambar tunangnya dipeluk erat. Bibirnya yang bewarna merah jambu terukir dengan senyuman yang bahagia. Lesung pipit semerta terlekuk di pipinya tatkala dia tersenyum seperti itu.

“Wah… bahagianya hidup!,” kedua-dua tangannya didepang. Kepalanya mendongak ke atas. Senyumannya semakin melebar. Ketawa kecilnya mula memenuhi ruang kamar. Hik hik hik…

Miow!!

“Ocopott!,”

Tiba-tiba seekor kucing jenis parsi melayang jatuh ke atas mukanya lalu berlari bersembunyi di bawah katil.

“Huargh! Apa ni? Mak Jenab! Oh, Mak Jenab!,” jerit Sophiea seakan hilang akal.

“Mak Jenab! Hish, mana orang tua ni?,” jeritnya lagi.

Tidak sampai beberapa minit, kelihatan figura perempuan separuh abad terpacul di muka pintu. Kelihatan wajahnya agak pucat menahan lelah akibat menaiki tingkat yang ketiga banglo tersebut. Wajahnya yang agak berkedut berkerut sedikit. Matanya pula memandang redup wajah cik mudanya.

“Ye Cik Muda,”

Sophiea berpaling dengan perasaan marah yang meluap-luap. Giginya diketap kuat. Urat mukanya sudah kelihatan.

“Mak Jenab! Ni kucing kurap mana yang masuk bilik saya tiba-tiba? Mak Jenab kan tahu saya tak suka kucing. Benci tahu tak!,” marah Sophiea seraya kakinya menguis-nguis seakan-akan menghalau kucing tersebut yang setia berada di bawah katilnya itu.

“Err… tu kucing,”

“Melah! Dekat sini rupanya awak,” ujar seseorang seraya meluru mendapatkan kucing parsi bewarna kelabu itu.

Mata Sophiea membuntang. Bibirnya diketap. Kakinya serta-merta terkaku. Alamak!


“NENEK, hari ni nenek nak makan apa? Idon masakkan khas untuk nenek,” ujar Saiedon seraya mengurut-urut kaki tua neneknya itu. Bersungguh benar dia mengurut kedua-dua kaki neneknya.

Nek Miah tersenyum. Matanya terkebil-kebil memandang cucunya itu.

“Suka hati kaulah Idon. Nenek tak kisah. Apa yang kau masak, itulah yang nenek makan,”

“Alah, nek. Nenek cakaplah nenek nak makan apa hari ni. Idon masakkan. Nenek cakap dengan Idon nenek nak makan apa. Chicken chop? Lamb chop? Beef chop? Rabbit chop? Semua chop Idon boleh masakkan untuk nenek,” kata Saiedon bersungguh sambil membilang menu tersebut dengan jari.

Kelihatan dahi Nek Miah berkerut sedikit tatkala mendengar nama-nama masakan yang disebut Saiedon. Sungguh asing bagi pendengarannya mendengar nama-nama tersebut.

“Alah, kau ni! Tak payahlah kau nak masak chop-chop tu untuk nenek. Nenek ni tekak orang kampung. Mana makan benda aneh-aneh tu. Kau masaklah macam biasa. Ikan goreng dengan kangkung goreng pun boleh Don. Tak payahlah kau masak benda aneh-aneh macam tu. Bukannya nenek makan pun,”

“Nenek ni, baru Idon nak masak menu special untuk nenek hari ni,” ucap Saiedon kecewa.

“Dah, tak payah buat muka sememeh depan nenek. Ni, tak pergi dusun ke?,” soal Nek Miah memandang tepat muka cucunya.

“Hmm… hari ni Idon tak pergi nek. Idon nak pergi bandar kejap lagi. Ada urusan sikit dengan bank. Tapi Idon pergi lepas masakkan untuk neneklah. Boleh tak nek?,” soal Saiedon seraya menaik-naikkan kedua-dua keningnya itu.

“Hish, pergilah! Kau tu dah besar. Tak payah minta izin nenek pun tak pe,”

“Eh, mana boleh. Idon ada nenek sorang je tau. Neneklah nenek Idon. Idon dah tak ada siapa-siapa selain nenek tau,” ucap Saiedon seakan-akan sayu.

“Alah, kau ni. Pura-pura sedih pula. Dah, bila nak pergi ni? Asyik mengurut kaki nenek je kerjanya. Bila kau nak gerak?,”

“Hish, nenek ni. Kan Idon cakap lepas masak untuk nenek, Idon pergilah. Nenek lupa ea?,” kata Saiedon seraya tersengih.

“Err… mana ada. Nenek saje nak uji ingatan kau tu. Dah, pergilah masak. Nanti lambat pula kau nak pergi ke bandar tu. Dahlah tu urut kaki nenek,” usir Nek Miah.

“Alah, nek. Nantilah. Nenek nak suruh Idon urut mana lagi. Sini? Sini?,” ujar Saiedon seraya bersungguh-sungguh mengurut betis neneknya itu.

“Hish, kau ni. Dahlah. Nenek cepuk karang kau ni,” geram Nek Miah.

“Hehehe, relakslah nek. Chill! Jangan marah. Nanti tak cantik,” loyar Saiedon. Nek Miah hanya menggeleng. Hish, Saiedon, Saiedon!


“ERR… Abang Ryan!,” sebut Sophiea gagap.

Ryan Shauqie, tunang kepada Sophiea. Sejak dari kecil mereka berdua telah ditunangkan. Hal ini kerana orang tua Sophiea dan Ryan adalah kawan baik. Klise kan. Tetapi, itulah yang selalu terjadi dalam golongan orang-orang berada ini. Dan ini adalah kenyataannya.

“Melah! Sini. Kenapa lari-lari masuk bilik orang ni Melah? Tak elok tau,” Ryan mengambil kucing parsi bewarna kelabu itu lantas menciumnya. Muka Sophiea mencebik tatkala melihat perlakuan Ryan itu. Sungguh sanggup Ryan mencium haiwan berbulu itu. Sophiea sungguh geli dengan haiwan berbulu apatah lagi menciumnya.

Mata Ryan merenung wajah putih Sophiea. Bibirnya turut terukir senyuman.

“Sophie, maafkan Melah ye. Dia tak sengaja masuk bilik Sophie,” ucap Ryan memohon maaf.

“Eh, takpe. Sophie tak kisah Me… Melah nak masuk bilik Sophie. Dia nak guling-guling pun tak pe. Melah tak kisah. Eh, Sophie tak kisah,” sela Sophiea seraya tersengih menampakkan sebaris giginya yang putih itu. Mak Jenab yang berdiri tidak jauh dari mereka hanya mencebik. Sungguh berpura-pura Cik Mudanya itu.

“Kalau macam tu…,” Ryan memberi Melah kepada Sophiea. Sophiea yang agak bingung dengan kejadian itu lantas mengambil Melah dengan terangak-agak.

“Sophie tolong abang jaga Melah untuk hari ni ea. Satu hari ni je. Abang ada meeting dengan client abang. Pembantu abang yang jaga Melah secara kebetulan cuti pula hari ni. Jadi tak ada sesiapa yang jaga Melah. Sophie tolong ye,” ucap Ryan tersenyum manis.

Sophiea cuba untuk tersenyum. Tangannya sudah menggigil memegang kucing tersebut. Ingin sahaja dia mencampak Melah ke atas lantai. Tetapi di hadapan Abang Ryannya, dia sanggup berpura-pura memegang kucing kesayangan Ryan itu.

“Err… boleh! Sure! Abang Ryan pergilah. Pergilah jumpa client abang tu dengan hati yang gembira,” bohong Sophiea. Mak Jenab sudah menepuk dahi. Adeh, pasti tidak lama lagi dirinya akan menjadi mangsa menjaga kucing gebu itu nanti.

“Betul ni? Thanks Sophie! Abang tahu Sophie sayang dekat Melah. Kan Melah? Melah jangan nakal-nakal dekat sini tau. Saya pergi tak lama. Sayang Melah!,” ucap Ryan sambil mengusap-usap kepala kucingnya itu.

Sophiea hanya tersenyum plastik. Nampak benar senyumannya itu pura-pura. Siapa tahu di dalam hatinya sedang menyumpah-nyumpah kucing yang dipegangnya itu.

“Okey, Sophie. Abang pergi dulu. Thanks for helping,”

No matter. Take care Abang Ryan!,”

“Okey swetty. Bye!,”

Bye!,” balas Sophiea dengan senyumannya yang melebar.

Kelihatan figura Ryan semakin jauh. Senyuman di bibirnya pula semakin mengecil. Semakin lama mukanya semakin mencuka. Dia memandang wajah Mak Jenab.

“Mak Jenab, nah! Jaga kucing ni. Jangan bagi dia lari sana sini. Nanti dia berak sepah-sepah siapa yang susah? Saya juga nak menahan bau busuk tu,” Melah diberi kepada Mak Jenab. Mak Jenab mengambilnya dengan terpaksa. Kan, dah agak dah. Pasti dirinya akan menjadi mangsa kepada Cik Mudanya itu.

“Tapi Cik Muda. Ryan kan suruh Cik Muda yang jaga Melah ni, bukan…,”

“Shh… jangan banyak bunyi. Saya nak keluar. Suruh Wak Surijo sediakan kereta. Lagi 10 minit saya turun. Bawa kucing ni turun sekali. Alergik saya tau,” arah Sophiea lalu duduk di hadapan meja soleknya.

Mata Mak Jenab naik ke atas. Dia mengeluh kecil.

“Baik Cik Muda,” akur Mak Jenab seraya membawa sekali kucing milik Ryan keluar dari bilik.


AKU suka jaipong, kau suka disko! Oh! Oh! Oh!... Aku suka singkong, kau suka keju! Oh! Oh! Oh!,”

Mak Jenab menggeleng kepala melihat Wak Surijo yang syok sendiri berkaraoke sambil mengelap kereta. Sungguh sumbang nyanyiannya itu. Sudahlah sumbang, kuat pulak tu. Mahu pecah gegendang telinga mendengarnya.

“Surijo! Surijo!,” panggil Mak Jenab.

“Eh, Jenab. Sejak kapan kau berdiri di situ? Eh, ini kucing siapa? Setahu aku kau nggak bela kucing kok,” ujar Wak Surijo menggaru-garu kepala melihat kucing parsi yang berada di tangan Mak Jenab.

“Ni kucing Encik Ryan. Dia suruh Cik Muda kita jagakan sekejap. Dia ada urusan dekat luar. Tup-tup, aku pula yang kena jaga kucing ni. Haduh!,” omel Mak Jenab.

“Dah gitu, kau jaga sajalah. Kau bukan tak tahu non muda kita gaya gimana. Sungguh cemberut, garang, dingin gitu. Eii!,” cebik Wak Surijo.

“Tahu pun kau,” sokong Mak Jenab.

“Eh, yang kau datang sini panggil-panggil aku kenapa? Ada benda pentingkah kau nak ngomong?,”

“Eh, astaghfirullahalazim. Ini… Cik Muda suruh siapkan kereta. Dia nak keluar kejap lagi,”

“Waduh-waduh! Dia mau gimana pagi-pagi gini?,” soal Wak Surijo dengan hidungnya yang kembang itu.

“Mana aku tahu! Kau siapkan jelah kereta tu. Hish, banyak songel pula orang tua ni,” marah Mak Jenab. Melah yang berada di dalam dakapan Mak Jenab terayun sedikit dek impak dari kemarahan Mak Jenab itu.

“Hah, iya-iyalah. Aku siapkan segera mobil ini,”

Dengan lantas dia berlari untuk menuju ke tempat pemandu untuk menghidupkan enjin.

“Wak Surijo!,” jerit Sophiea yang baru keluar dari rumah.

“Ya astaghfirullahalazim. Ya non!,” jawab Wak Surijo kaget. Mak Jenab yang terkejut mendengar jeritan Sophiea lantas berlari masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur. Lebih baik dia melarikan diri dahulu sebelum dibuli Sophiea lagi.

“Wak dah siapkan kereta belum? Saya nak pergi ambil Angelo ni,” soal Sophiea sambil mencekak pinggang.

“U… udah non!,”

“Hah, kalau macam tu jom kita pergi sekarang,”

“Ba… baik non!,” ucap Wak Surijo lantas membuka pintu di bahagian belakang untuk Sophiea. Sophiea menaiki kereta Mercedez Benznya dengan angkuh. Setelah Sophiea selamat masuk ke dalam kereta tersebut, Wak Surijo menutup pintu lalu berlari menuju ke bahagian pemandu. Dengan tergopoh-gapah dia membolos masuk ke dalam kereta lalu menekan minyak dan memandu keluar kereta tersebut dari kawasan banglo tiga tingkat tersebut.

*****

KELIHATAN kereta Mercedez Benz milik Sophiea terparkir di tepi sebuah klinik haiwan. Sementara Wak Surijo mengambil Angelo, seekor iguana miliknya, dia menunggu Wak Surijo di dalam kereta sambil melayan media sosialnya.

Sedang dia khusyuk melayan media sosial di dalam telefon pintarnya, tiba-tiba ekor matanya tertancap ke arah cermin kereta di bahagian tempat duduknya. Sophiea menelan liur. Dahinya berkerut sejuta.

“Apa tu?,” bisiknya dengan matanya yang membulat. Dengan lantas dia menoleh ke arah tingkap yang berada di bahagian tempat duduknya. Matanya yang sedia bulat semakin membulat. Bibirnya diketap kuat. Urat mukanya juga semerta kelihatan.

Kelihatan Saiedon sedang mencungkil giginya di hadapan cermin kereta milik Sophiea. Memandangkan cermin kereta Sophiea gelap, Saiedon tidak sedar bahawa ada orang yang sedang memerhatikannya dari arah dalam kereta tersebut. Dia fikir kereta tersebut tiada orang yang duduk di dalamnya. Jadi, dengan selambanya dia membuka besar mulutnya lalu mencungkil sisa makanan yang terlekat di celah-celah giginya itu.

Mulut Saiedon semakin terbuka luas sehingga menampakkan anak tekaknya itu. Tangan kanannya pula masih gigih mencungkil sisa daging yang terlekat di celah gusinya. Sungguh degil sisa tersebut hendak keluar sehinggakan Saiedon terpaksa membuka mulutnya seluas mungkin. Disebabkan mulutnya ternganga dengan luas, hidungnya yang agak mancung turut sekali terkena impaknya. Mukanya sudah kelihatan berkerut seribu. Hidung mancungnya menjadi pesek. Matanya pula dikecilkan. Fuhh! Sungguh seksa hendak keluarkan sisa daging ni.

“Makhluk hodoh mana yang terlekat dekat cermin kereta aku ni? Hish, pengotor! Siap kau? Aku kerjakan kau. Mana ek,” mata Sophiea meliar mencari sesuatu untuk dijadikan senjata. Tiba-tiba matanya tertancap ke arah sekotak pizza yang berada di sebelahnya itu. Semerta itu, bibirnya lantas terukir senyuman jahat.

“Siap kau makhluk hodoh!,”

Sophiea membuka kotak tersebut lalu mengambil sepotong pizza. Bibirnya masih lagi mengukir senyuman yang jahat. Matanya yang tajam merenung pizza tersebut.

“Eh, tepi-tepi!,” Saiedon yang tiba-tiba mendengar amaran tersebut lantas mengalihkan tubuhnya dari kereta Sophiea. Kelihatan seorang pak cik tua yang sedang membawa sebakul makanan basah bagi kucing hampir jatuh tersembam tepat ke arah kereta Sophiea.

Sophiea menekan butang bagi menurunkan cermin gelap keretanya itu. Pizza sudah tersedia di dalam tangannya untuk dilempar ke muka Saiedon.

“Matilah kau!,”

Burshhh! Pepejal makanan kucing tersebut tersimbah tepat ke muka Sophiea. Sophiea terkedu. Mukanya berkerut. Badannya menggigil menahan marah. Pizza yang berada di dalam tangannya digenggam kasar.

‘Alamak!,’ dengan lantas Saiedon melarikan diri dari tempat kejadian. Dia tidak sangka ada orang di dalam kereta tersebut. Sungguh nikmat dia mencungkil giginya itu sehingga tidak sedar kewujudan Sophiea di dalam kereta itu. Lebih baik dia cabut dulu sebelum semakin teruk keadaannya nanti.

“Arghhhhhhhhhhhhhh!,” Sophiea menjerit dengan sekuat hati sehinggakan bandar tersebut turut bergegar dek jeritannya itu.

Kelihatan dadanya telah berombak kencang. Hidungnya yang kecil kembang-kempis menahan marah. Mukanya yang telah disalut makanan kucing berubah merah. Ini benar-benar gila! Ya, Sophiea telah naik gila.

“Waduh-waduh non. Kok non boleh mandi dekat dalam mobil ni? Di luar terik saja non. Gimana non boleh basah kuyup gaya gini? Bumbung bocor ya non?,” soal Wak Surijo yang baru meletakkan Angelo ke dalam kereta.

“Wak! Masuk dalam kereta sekarang! Kejar mamat senget tu! Cepattt!,” jerit Sophiea marah.

“Ba… ba… baik non!,” dengan kaget Wak Surijo masuk ke dalam kereta lalu duduk di sebelah Sophiea. Sophiea mengetap bibirnya lantas merenung tajam wajah Wak Surijo.

“Yang wak duduk sebelah saya ni kenapa? Siapa yang nak bawak kereta?!,” jerkah Sophiea.

“Oh, iya. Ma… maap non. Wak kaget,”

Dengan segera, Wak Surijo membuka pintu lalu berlari masuk ke dalam tempat duduk pemandu. Enjin dipaksa hidup. Minyak ditekan hingga mencecah lantai. Stereng digenggam erat.

“Non, siap ya non,”

“Cepatlah wak! Kejar mamat senget tu cepat!!,” tuding Sophiea dengan matanya yang tajam mengunci figura Saiedon yang sedang melarikan diri dari arah jauh.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
SINOPSIS | BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | BAB 4 | BAB 5 | BAB 6 | BAB 7 | BAB 8 | BAB 9 | BAB 10 | BAB 11 | BAB 12 | BAB 13 | BAB 14 | BAB 15 | BAB 16 | BAB 17 | BAB 18 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku