LOVE YOU, Miss Hilang Ingatan!
BAB 2
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 19 Februari 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
981

Bacaan






“WAK!Cepat kejar dia wak! Tu ha dia! Cepat wak! Kejar dia cepat! Cepat!!,” arah Sophiea sambil memukul-mukul kepala kerusi di bahagian Wak Surijo. Kelihatan Wak Surijo tidak senang duduk memandu kereta tersebut. Kejap-kejap ke hadapan, kejap-kejap kebelakang. Pokoknya, rasa terseksa memandu dalam keadaan terdesak seperti itu.

“Wak, cepatlah! Kejar dia tu cepat!,” desak Sophiea lagi.

“Waduh-waduh non. Janganlah dipukul-pukul kerusi wak. Pusing kepala wak drivemacam ni,”

“Wak, cepatlah kejar mamat senget tu! Saya peduli apa kalau kepala wak pusing ke terbalik ke. Yang penting saya dapat tangkap makhluk hodoh tu. Cepat wak! Kenapa lambat sangat wak bawa ni? Berapa km/j wak bawa ni?,” marah Sophiea tidak puas hati. Mukanya sudah cemberut seperti singa tidak makan setahun.

“Waduh non. Gimana wak nak bawa laju non. Jammed keras ni non. Kalau mobil ni bisa terbang, wak dah terbangkan mobil ni. Tenang ya non,” pujuk Wak Surijo. Sesekali kelihatan dia mengerutkan mukanya bagi menghilangkan peluh yang menitik di dahinya itu.

“Tenang-tenang! Saya tak boleh tenang. Pokoknya, saya kena juga tangkap mamat senget tu. Kalau tak, hidup saya tak tenang! Cepatlah wak!,” desak Sophiea.

Tiba-tiba kelihatan kereta miliknya terhenti di tengah jalan. Kiri kanannya sesak dengan kereta yang tidak bergerak. Dahi Sophiea berkerut. Matanya yang bulat itu melihat meter kereta.

“Eh, eh. Kenapa wak berhentikan kereta ni? Saya suruh kejar mamat senget tu. Bukan suruh berhentikan kereta,”

“Waduh non, jammed keras ni non. Nggak bisa gerak lagi non,”

“Apa?!,”

Bibir Sophiea diketap. Matanya cuba menangkap pergerakan Saiedon. Jika berterusan seperti ini, nampaknya dia tidak dapat menangkap mamat senget yang diinginkannya itu.

Tanpa berfikir panjang dia lantas membuka pintu kereta lalu keluar dari kereta tersebut. Dia mengangkat sedikit skirt labuhnya lalu berlari mengejar Saiedon dari belakang. Giginya diketap kuat. Urat mukanya sudah tersembul keluar. Matanya mengunci tepat figura Saiedon yang berlari tidak jauh darinya. Dia tidak kira! Walau apa pun berlaku, Saiedon harus jatuh ke dalam tangannya juga. Harus!

“Eh, eh non! Non mau gimana tu? Non!,” jerit Wak Surijo apabila menyedari tindakan Sophiea.

“Waduh non. Gimana ni?,” Wak Surijo menggaru kepala yang tidak gatal. Dia mati akal untuk mengawal tindakan Cik Mudanya itu lagi. Jika Tuan dan Puan besarnya tahu, boleh masak jadinya.


“ADUH, dia kejar aku lagi ke? Apa masalah perempuan ni sebenarnya? Kejar-kejar orang tak tentu pasal. Gila ke?,” omel Saiedon sambil berusaha gigih melarikan diri dari Sophiea. Sesekali kelihatan dia menoleh memandang ke belakang.

“Fulamak! Dia kejar pakai kaki pula. Tadi guna kereta, ni guna kaki pula. Gawat ni!,”

Saiedon sudah naik gelabah. Dia menyeberangi jalan yang penuh sesak dengan kesesakan lalu lintas. Dia sudah tiada pilihan. Nak tak nak, dia harus menyeberangi juga ke lorong sebelah.

Sophiea semakin laju mengejar Saiedon. Matanya masih lagi tidak lepas memandang Saiedon.

“Kau nak lari mana hah? Kau ingat aku tak boleh kejar kau ke hah? Siap kau!,”

Kakinya terhenti di bahu jalan. Dia mendengus kasar. Matanya membuntang melihat Saiedon selamat menyeberangi jalan yang penuh sesak itu. Dia cuba untuk mengikuti jejak Saiedon. Tetapi malangnya tiada tanda-tanda kereta yang lalu di situ akan berhenti.

“Hish!,” dengusnya kasar.

Tanpa ragu-ragu, dia membuka kasut tumit tingginya itu. Tangannya diangkat tinggi bersedia untuk membaling kasut tersebut tepat ke arah Saiedon. Matanya dikecilkan dan mengunci pergerakan Saiedon. Locked! Giginya diketap kuat. Kakinya sudah dipasang kuda-kuda. Gayanya ketika ini seperti pelempar bola softball yang profesional.

“Ambik ni mamat senget!!,”

Dengan lantas kasut setinggi tujuh inci itu dibaling laju tepat ke kepala Saiedon. Dush! Tepat! Sophiea tersenyum senget. Yess!

“Adui!,” Saiedon tersungkur jatuh di atas jalan. Tangannya menggosok-gosok kepalanya yang agak perit itu. Muka Saiedon sudah berkerut sejuta. Dia mengambil kasut tumit yang bewarna merah itu lalu membeleknya.

“Ni kasut ke batu? Sakitnya!,”

“Woi, mamat senget! Kau ingat kau dapat lari ke hah? Makhluk hodoh! Jangan harap kau dapat lari daripada aku!,” jerit Sophiea antara dengar dan tidak. Suaranya itu telah sebati dengan bunyi deruman enjin-enjin kereta yang lalu-lalang di situ.

Saiedon menoleh ke arah figura Sophiea. Mukanya berkerut. Dia cuba untuk mendengar patah demi patah perkataan yang dikeluarkan oleh Sophiea. Tetapi bunyi deruman enjin telah menghilangkan sedikit suara perempuan sewel yang membaling kasut ke kepalanya itu.

“Hah? Apa perempuan sewel ni nak hah? Dahlah baling aku pakai kasut batu dia ni. Lepas tu melalak sorang-sorang. Sah sewel. Baik aku lari,” tanpa membuang masa Saiedon mengambil kasut tumit tinggi Sophiea lalu membawa lari kasut tersebut.

Membuntang mata Sophiea melihat tindakan drastik Saiedon itu. Marahnya semakin meluap-luap. Asap di telinganya sudah berkepul-kepul keluar.

“Woi! Jangan lari!,”

Sophiea cuba melintas jalan yang penuh sesak itu. Tetapi gagal. Tiba-tiba kereta yang dipandu Wak Surijo berhenti tepat di hadapannya itu.

“Non! Waduh non. Udah-udahlah tu non. Malu dilihat orang ni. Ayuh kita pulang non. Muka non pun udah jadi jeruk basi. Bau nggak enak. Ayuh kita pulang ya non,” pujuk Wak Surijo.

“Wak! Saya tak akan balik selagi saya tak tangkap mamat senget tu!,”

“Tapi non… non lihat diri non tu. Non udah rupa orang gila non. Udahlah tu non. Malu orang lihat non. Udah ya non. Kita pulang ya,” pujuk Wak Surijo lagi.

Sophiea melihat dirinya itu. Benar kata Wak Surijo. Dirinya sudah serupa dengan orang gila. Serupa sangat. Sisa makanan kucing masih lagi melekat di kepala dan badannya. Baunya… masha Allah! Boleh termuntah orang yang lalu di sebelahnya itu.

Sophiea tiada pilihan. Dia terpaksa juga mendengar kata-kata pemandunya itu. Dia sendiri sudah tidak tahan dengan bau dan rupanya itu. Dengan perlahan, dia melangkah masuk ke dalam kereta. Wak Surijo yang melihat kelakuan Sophiea tersenyum nipis. Alhamdulillah, akhirnya Cik Mudanya itu makan saman juga orangnya. Tanpa membuang masa, dia membolos masuk ke dalam kereta lalu membawa pula Cik Mudanya itu pulang ke rumah.

Sophiea membuang pandangannya ke luar tingkap. Bibirnya diketap. Amarahnya masih lagi belum reda. Tak pe! Esok lusa masih ada lagi. Kalau aku jumpa kau, siap kau mamat senget!

*****

KELIHATAN dari jauh tubuh Saiedon terhuyung-hayang melangkah masuk ke dalam perkarangan rumahnya. Dengan perlahan, Saiedon menaiki satu-persatu anak tangga rumah neneknya. Secara tidak semena-mena, tubuhnya jatuh tersembam mencium lantai papan rumah neneknya itu. Badannya bergetar-getar sedikit.

“Ya Allah Saiedon! Apa kena dengan kau ni? Kena sawan ke?,” jerit Nek Miah lantas mendekati tubuh cucunya itu. Nek Miah cuba memusingkan badan Saiedon. Kelihatan mata Saedon sudah naik ke atas. Badannya masih lagi bergetar dan kejang.

“Ya Allah, cucu aku! Sejak bila kau ada sawan ni Idon!,” jerit Nek Miah lagi sambil menepuk-nepuk kuat pipi cucunya itu.

“Aduh nek! Sakitlah Idon. Nenek pukul kuat sangat ni. Mana nenek dapat tenaga kuat macam ni? Nenek minum tongkat ali ea?,” seloroh Saiedon lantas duduk bersila berhadapan dengan neneknya.

“Hish, budak ni! Dia main-main pulak. Kita risau dia kena sawan betul-betul, dia boleh main-main pulak. Nasib baik tak gugur jantung nenek ni,” marah Nek Miah sambil memukul-mukul Saiedon.

“Aduh, nek! Sakit-sakit! Sorry nek, Idon main-main je tadi. Ouch! Sakit nek,”

Saiedon memegang kepalanya yang benjol itu. Nek Miah sedikit berkerut melihat kelakuan cucunya itu.

“Kenapa dengan kepala kau tu Don?,” soal Nek Miah sambil melihat-lihat kepala Saiedon itu.

“Ni ha nek. Saiedon kena baling dengan minatang ni nek. Aduh, sakit tak terkata kepala Idon ni,” ujar Saiedon lantas menunjukka kasut tumit tinggi milik Sophiea. Nek Miah kelihatan pelik tatkala melihat kasut perempuan yang dipegang cucunya itu. Matanya beralih memandang Saiedon.

“Siapa yang baling kau dengan kasut ni? Kau buat masalah ea Idon?,”

“Nek, tak baik tuduh-tuduh Idon macam tu tau. Idon ni baik budaknya. Tak pernah buat masalah dekat orang lain tau,”

“Dah tu, kenapa kasut ni boleh tercacak dekat kepala kau?,” soal Nek Miah geram. Saiedon mula mencebik. Matanya menjeling.

“Mana Idon tahu. Tiba-tiba ada minah sewel mana ntah kejar Idon, siap bagi pakej baling kasut ni dekat kepala Idon lagi. Minah tu psikolah nek. Dahlah kasut dia ni macam batu. Dia baling tepat pulak tu dekat kepala Idon. Idon geram, Idon bawa balik kasut ni. Padan muka dia balik berkaki ayam sebelah,” cerita Saiedon bersungguh-sungguh.

“Hish, hish, hish, sungguh sadis cerita kau ni Don. Lepas tu, apa jadi?,”

Saiedon memandang wajah tua Nek Miah. Eh, eh macam main-main pulak nenek aku ni. Bisiknya.

“Lepas tu, Saiedon balik rumah. Tup-tup nenek pukul-pukul Idon. Tamat. Habis cerita,” ujar Saiedon menamatkan ceritanya yang sadis itu.

Nek Miah menggeleng-geleng kepala.

“Hish, hish, boleh buat novel cerita kau ni Saeidon. Ni, nenek nak tanya. Kau dah solat zuhur ke belum?,”

Saiedon mencebik. Dia menunduk lantas menggeleng kepalanya.

“Belum nek,” jawabnya perlahan.

“Dah tu, yang duduk lagi dekat sini kenapa? Pergi solat cepat! Zuhur dah nak habis dah ni,”

“Tapi nek…,”

“Cepat!,” marah Nek Miah.

“Baik nek,”

Dengan segera, Saiedon mengangkat punggung lantas berlari masuk ke dalam bilik. Nek Miah hanya menggeleng melihat gelagat cucunya itu. Haih, Saiedon, Saiedon.


SOPHIEA melangkah masuk ke dalam rumahnya dalam keadaan marah. Mukanya mencuka persis badak sumbu sumatera. Kakinya dihentak seperti anak gajah yang baru masuk dari rumah. Dengan keadaan marah, Sophiea menuju naik ke biliknya.

Mak Jenab yang sedang sibuk mengemas rumah terkaku seketika tatkala melihat wajah Cik Mudanya itu. Dengan lantas, dia mendekati Wak Surijo seraya memandang figura Cik Mudanya yang sedang naik anak tangga itu.

“Surijo! Surijo! Kenapa dengan Cik Muda tu? Dia terjatuh dalam loji najis ke?,” tanya Mak Jenab kalut.

“Hish, kau ni. Non muda kita tu kena simbah dengan makanan kucing,”

“Hah? Macam mana boleh kena simbah dengan makanan kucing? Macam mana boleh jadi macam tu?,” soal Mak Jenab ingin tahu.

“Itu… nanti sajalah aku cerita. Aku banyak kerja mau disiapkan ni. Aku pamer dulu,” ujar Wak Surijo lantas meminta diri.

“Eh, eh nantilah dulu Surijo. Ceritalah dulu,” desak Mak Jenab seraya mengikuti langkah Wak Surijo.

“Ah, nanti ajalah,”

“Alah, cerita jelah!,”


SETELAH berendam di dalam bilik mandi selama satu jam, Sophiea memakai jubah mandinya lalu keluar dari bilik tersebut. Rambut panjangnya yang basah hanya disanggul menggunakan tuala.

Sophiea meregang-regangkan badan serta lehernya. Terasa sungguh lega dan selesa tatkala dapat membersihkan dirinya itu. Sudahlah wangi, bersih pula tu. Tidak seperti tadi. Busuk dan selekeh. Haish!

Sophiea mendekati katilnya. Tiba-tiba hidungnya menangkap bau yang tidak enak. Dia cuba mencari bau tersebut. Terkemut-kemut hidungnya mencari punca bau yang agak menusuk kalbu itu. Matanya cuba mengikut arah bau yang dihidunya. Dan secara tidak langsung matanya lantas menangkap sebentuk pepejal yang berwarna keemasan yang sedang bertepek di atas katil Queennya.

Anak matanya semakin membulat. Darahnya serta-merta mendidih dan naik ke kepala. Jari-jemarinya digenggam erat. Dadanya sudah berombak kencang. Ini benar-benar menjadikan dia sewel tahap kronik!

“Arghhhhhhhhhhhhh!!!!,”



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
SINOPSIS | BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | BAB 4 | BAB 5 | BAB 6 | BAB 7 | BAB 8 | BAB 9 | BAB 10 | BAB 11 | BAB 12 | BAB 13 | BAB 14 | BAB 15 | BAB 16 | BAB 17 | BAB 18 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku