I LOVE YOU, Miss Hilang Ingatan!
BAB 5
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 19 Februari 2017
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
340

Bacaan






TOK TOK TOK!!

“Cik Muda… dah tiba untuk makan malam. Cik Muda?,” ketuk butler Sophiea dengan perlahan.

Kaki Sophiea menguit sedikit tatkala mendengar ketukan di pintu biliknya. Dia masih membatukan dirinya di sebalik selimut tebal.

“Cik Muda? Cik Sophiea?,” kejut butler itu lagi di hadapan pintu. Muka Sophiea berkerut sedikit. Dia cuba untuk membuka sebelah matanya.

“Cik Muda… sudah waktunya untuk makan malam,” kejut butler itu yang masih setia di muka pintu.

Sophiea mengeluh keras. Matanya lantas terarah ke jam meja yang terletak tidak jauh darinya. Ah! Sudah pukul 8:00. Sophiea menggeliat seraya menutup mulutnya yang menguap. Sejurus itu, pandangannya tajam melihat daun pintu yang bewarna perang itu.

“Kejap lagi saya turun. Awak turun dulu. Jangan tunggu saya,” arah Sophiea dengan keningnya yang berkerut.

“Baik Cik Muda,” patuh butler tersebut lalu mula melangkah meninggalkan bilik Sophiea.

Sophiea mendengus kecil. Dia menarik selimut yang menyelimuti tubuhnya dengan kasar. Kemudian, dia mula turun dari katilnya dan menyarung selipar berupa singa yang berada betul-betul di bawah katil. Kemudian, dia melangkah perlahan menuju ke tandas yang sememangnya berada di dalam biliknya itu. Tidak sampai lima minit, dia keluar dari tandas dan mula melangkah keluar dari biliknya. Kakinya mula mengatur perlahan langkah menuruni anak-anak tangga yang berkarpet biru itu. Baru tiba tangga yang ketiga, tiba-tiba sahaja muncul figura Ryan di hadapannya. Langkah Sophiea terhenti. Matanya membulat melihat wajah orang kesayangannya itu.

“Ab… Abang Ryan!,”

“Sophie!,” panggil Ryan disertakan senyuman yang amat manis. Senyuman Ryan sangat berbahaya. Senyumannya itu terlalu manis sehinggakan orang boleh menghidap diabetes. Itu senyuman yang membunuh.

Tidak tunggu lama, Ryan mula melangkah gembira mendekati Sophiea yang masih berada di atas tangga.

“Sophie! Sorry, abang lambat ambil Melah hari ni. Ada emergency matter tiba-tiba berlaku masa dalam discussion tadi. Hmmm… Melah mana? Dia ada susahkan Sophie tak?,” tanya Ryan dengan matanya yang bersinar-sinar.

GULP! Sophiea menelan liur. Mata bundarnya semakin membesar melihat wajah ceria Ryan. Secara tidak langsung, peluh dingin mula merenik keluar di dahinya. Tubuhnya tiba-tiba menjadi seram sejuk. Kedua-dua tangannya digenggam erat.

“Sophie? Are you okay? Sophie demam ke? Kenapa berpeluh-peluh ni?,” tanya Ryan dan cuba mengelap peluh yang sudah terbit di dahi Sophiea. Cepat-cepat Sophiea menghalangnya. Dia menundukkan sedikit kepalanya lalu menelan sekali lagi liurnya buat kali kedua.

“Ab… Abang Ryan…,” mata bundar Sophiea terus menikam anak mata Ryan.

Yes?,”

“Seb… sebenarnya… Melah… Melah…,”

“Kenapa dengan Melah? Melah ada buat apa-apa dekat Sophie ke?,”

Sophiea melepaskan keluhan nipis. Wajahnya jatuh ke tangga.

“Sebenarnya…,” wajah Sophiea mula berkerut.

“Hish, siapa suruh si Melah tu buat masalah. Kalau Melah tak buang najis dia dekat atas katil Sophie, tak adanya Sophie buang Melah dekat tempat macam tu…,”

What?!,” jerit Ryan terkejut. Matanya membuntang memandang wajah bujur Sophiea.

“Tak! Sophie bukan buang dia. Sophie cuma tinggalkan dekat tempat macam tu je. Itu untuk pengajaran bagi dia supaya nanti dia taklah buang najis merata-rata lepas ni. Sophie tak…,”

What Sophie?! Sophie buang Melah?,” Ryan tidak keruan. Dia mula mengetap gigi menahan geram.

“No! Sophie tak buang. Sophie cuma tinggalkan je. Abang Ryan, Sophie…,”

Stop it, Sophie! How could you do this to me. Haish! Sophie tahu kan yang Melah tu ibarat nyawa Abang Ryan. Sophie tahu kan?!,” jerit Ryan. Dan jeritan Ryan telah menyebabkan seisi banglo tersebut berkumpul menyaksikan adegan di antara Sophiea dan Ryan. Semua pembantu termasuk butler dan pemandu berlari ke tempat tersebut setelah mendengar jeritan daripada Ryan. Masing-masing hanya ternganga dan membatukan diri sahaja melihat perselisihan kecil di antara majikan mereka itu.

Wajah Sophiea telah berubah. Kulit mukanya telah berubah merah menahan malu dan rasa bersalah. Dia hanya mampu menundukkan mukanya sahaja. Mukanya tercemik-cemik menahan kemarahan yang dihambur Ryan.

I’m sorry Abang Ryan…,”

No!,” mata terjegil Ryan menikam tepat wajah kecil Sophiea.

By hook or by crook, Abang Ryan nak Sophie cari Melah sekarang juga. Abang Ryan tak kira. Sophie tak boleh balik selagi Sophie tak jumpa Melah!,”

“Tapi, Abang Ryan. Dekat luar hujan tengah lebat. Takkan Sophie…,”

I DON’T CARE! No excuses. Abang nak Sophie cari Melah sekarang juga! Now!,”

“Tapi…,”

Jari telunjuk Ryan terangkat tegak tepat di hadapan muka Sophiea. Sophiea terdiam tatkala melihat jari telunjuk yang berada tepat di mukanya itu.

Go!,” arah Ryan dengan mukanya yang dingin.

Bahu Sophiea terangkat. Dalam terpaksa tanpa rela, dia terpaksa juga menuruti kemahuan Ryan itu. Bukannya dia tidak kenal dengan Ryan Shauqie. Orangnya lembut tetapi tegas. Pantang arahannya dibantah, pasti dia akan memaksa orang tersebut mengikut arahannya walau dengan apa cara sekalipun. Sekeras-keras Sophiea, dia tidak berpeluang membantah arahan Ryan. Ini kerana, Ryan tidak pernah sekali-kali memberi peluang kepada Sophiea untuk membantah. Dalam erti kata lain, hanya Ryan sahaja yang dapat mengawal ego dan sikap angkuh Sophiea.

Dengan langkah yang berat, Sophiea keluar dari banglo tiga tingkat miliknya. Langkahnya mati di hadapan banglonya. Dia berpaling dan melihat pintu utama yang tertutup rapat itu. Kemudian, dia melihat hujan yang semakin lebat tumpah ke bumi. Tanpa diberi pilihan, Sophiea melangkah dan menuju ke arah kereta Mercedez Benz miliknya yang terparkir elok di garaj banglonya.

“Encik Ryan. Tolong maafkan Cik Muda, Encik Ryan. Mungkin tadi dia tak berfikir panjang buat semua tu. Tolong maafkan dia Encik Ryan,” pujuk Mak Jenab perlahan.

“Tak! Saya tak dapat maafkan dia atas apa dia buat dekat Melah. Bukan dia je, sesiapa yang buat Melah saya macam tu, saya tak dapat nak maafkan orang tu,” jawab Ryan teguh dengan pendiriannya.

“Hah, kalau macam tu, Mak Jenablah salah dalam semua ni. Mak Jenablah punca semua ni. Encik Ryan maafkanlah Cik Muda. Encik Ryan hukumlah Mak Jenab,” pujuk Mak Jenab lagi.

“Tak! Mak Jenab tak perlu jadi kambing hitam untuk menutup kesalahan Cik Muda Mak Jenab tu. Biar dia rasa atas perbuatan yang dia lakukan tu,”

“Tapi Encik Ryan…,”

“Mak Jenab, dah. Saya tak nak dengar apa-apa alasan lagi,”

“Tapi kasihan Cik Muda. Hujan tengah lebat dekat luar tu. Malam-malam macam ni, saya risau kalau ada apa-apa berlaku pada Cik Muda nanti,” Mak Jenab cuba menyuarakan kerisauan yang bertamu di hatinya itu. Mukanya sudah berkerut-kerut menahan kerisauan yang amat sangat. Ryan hanya membisu. Kelihatan dia menelan sedikit liurnya. Tanpa memberi sebarang kata, kakinya langsung melangkah menuju ke ruang tamu di tingkat dua. Mak Jenab semakin tidak keruan.

“Aduh, bukannya nak cakap apa-apa, malah dia pergi macam tu je? Macam mana ni? Ya ALLAH, apa yang tak kena dengan Encik Ryan ni ya ALLAH. Cik Muda… mana Cik Muda pergi ni?,” omel Mak Jenab sambil menggaru-garu kepalanya tanda risau.


KEDENGARAN kilat sambung-menyambung di luar sana. Hujan pula turun dengan lebat dan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Nampaknya hujan akan turun lebat sepanjang malam ini.

Setelah menadah air hujan akibat bocor di beberapa tempat di dalam rumah, Saiedon mula berlalu ke bilik Nek Miah untuk menjenguk sebentar keadaan neneknya itu. Pintu bilik dikuak perlahan. Saiedon menyelak sedikit langsir di muka pintu tersebut. Kelihatan dari jauh figura Nek Miah sedang nyenyak tidur di dalam kelambu. Bibir Saiedon tersenyum tatkala melihat wajah yang sedang lena itu. Dengan perlahan, Saiedon mula melangkah mendekati katil Nek Miah. Katil Nek Miah tidaklah sebesar mana. Cukuplah sekadar untuk dia seorang sahaja yang tidur di atasnya. Tilamnya pula sudah lusuh. Banyak tahi lalat yang terbentuk di tilamnya itu. Selimutnya sudah lusuh. Banyak ditampal sana-sini. Tidaklah tebal malah kecil pula tu. Cukuplah sekadar menghangatkan sedikit tubuh tuanya.

Saiedon menelan liur. Perlahan-lahan dia bersimpuh di sebelah katil Nek Miah. Tangan Nek Miah diambil perlahan lalu menciumnya. Setiap kali Saiedon ingin masuk tidur, pasti akan dijenguk dahulu neneknya. Dan setiap kali dia melihat neneknya tidur dalam keadaan seperti ini, pasti air matanya mahu tumpah. Yalah, tidur dalam serba kekurangan, ditambah dengan kedinginan hujan lagi, pasti tubuh tua neneknya itu tidak menahan akan kesejukan malam ini. Pasti neneknya itu tidur dalam kesejukan. Tak mengapalah nek, esok Idon belikan nenek selimut baru ye. Tilam baru. Biar nenek tidur dengan lebih lena lagi. Bisik Saiedon setiap kali melihat figura neneknya yang sedang lena itu.

Saiedon meletakkan kepalanya di atas tangan Nek Miah. Perlahan-lahan kenangan semasa zaman kecilnya muncul di tubir mata.

Nek Miah… Nek Miahlah selama ini yang menjaga Saiedon sejak dia berumur tujuh tahun lagi. Nek Miahlah tempat Saiedon menumpang kasih selama ini. Nek Miahlah ibu, Nek Miahlah bapa. Saiedon tiada waris lain. Hanya Nek Miahlah waris yang dia ada. Menyingkap kenangan pahitnya dulu, hati Saiedon pasti akan terluka. Mana tidaknya, melihat sendiri mayat kedua ibu bapanya di hadapan mata membuatkan hati Saeidon terobek. Mana tidaknya, pagi itu, sebelum dia pergi ke sekolah, wajah riang kedua ibu bapanya pasti dilihatnya dulu. Dia tidak menyangka bahawa itu kali terakhir dia melihat wajah riang itu. Setelah dia pulang dari sekolah, wajah riang yang dilihatnya pagi tadi telah bertukar pucat. Wajah itu sudah tidak bernyawa. Saiedon tidak percaya. Dia tidak menangis. Ya, dia tidak menangis. Cuma dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya kini.

Kedua ibu bapa Saiedon meninggal dunia akibat lemas. Mereka berdua lemas ketika menangkap ikan di sungai. Entah apa cerita sebenarnya, semua tidak tahu. Tahu-tahu sahaja mayat mereka telah dijumpai oleh penduduk kampung. Selepas kejadian tersebut, Saiedon hanya menumpang kasih kepada neneknya sahaja. Hanya Nek Miahlah tempat Saiedon mengadu. Hanya Nek Miahlah Saiedon bermanja. Saiedon tiada sesiapa. Hanya ada Nek Miah.


KERETA Mercedez Benz milik Sophiea berhenti di bahu jalan. Dia menarik handbreak dan mematikan enjin keretanya. Mukanya yang sedikit berkerut melihat sekeliling di kawasan sunyi tersebut. Tempat inilah dia meninggalkan Melah petang tadi. Inilah tempatnya.

Sophiea mula menarik muka. Gara-gara seekor kucing, dia terpaksa lakukan ini semua. Abang Ryan memang gila! Tak berhati perut! Sumpah Sophiea. Tidak tunggu lama, Sophiea mengambil payung yang berada di bawah seat di sebelah penumpang. Dengan perlahan, dia membuka pintu kereta lalu membuka payung yang bewarna merah itu. Sejurus itu, kakinya mula melangkah keluar dari kereta tersebut. Pintu kereta ditutup kasar. Matanya mula meliar mencari kucing berbulu putih itu.

“Melah! Melah!,” jerit Sophiea diselangi dengan bunyi petir. Dia mula mencari-cari Melah di sekitar kawasan gelap itu.

“Melah!,”

Tiada. Kucing itu sudah tiada. Sophiea mengetap bibir. Mata bundarnya membulat panik. ‘Hish, tak boleh jadi ni! Kalau tak jumpa juga Si Melah ni, tak boleh balik aku,’ bisik Sophiea.

Dia tiada pilihan. Kali ini dia teruskan pencariannya di sebelah jalan berdekatan dengan sungai. Kakinya mula melangkah laju untuk melintas ke seberang.

“Me…,”

PIN PIN!! Tiba-tiba kelihatan ada satu cahaya terang menyuluh wajah Sophiea. Sophiea tergamam. Kakinya terpaku. Seperti ada kenderaan besar sedang meluru ke arahnya.

PIN!!

Mata Sophiea membulat. Dan…

BAMM!! Tubuhnya tiba-tiba melayang ke udara. Telinganya tiba-tiba berdengung. Matanya tiba-tiba menjadi balam.

Bushh! Payung merah di tangannya terjatuh ke tanah. Tubuh Sophiea terjatuh ke tebing dan menggelungsur ke dalam sungai. Dlam sekelip mata tubuhnya terus tenggelam ke dalam sungai tersebut. Pandangannya semakin kelam. Nafasnya semakin lemah. Sophiea tidak dapat bertahan lagi. Adakah ini pengakhiran bagi hidupku? Daddy, mommy… Tolong! Sophie perlukan mommy dan daddy! Tolong Sophie. Sophie tak nak mati! Abang Ryan!

Lama-lama pandangannya semakin kelam. Sophiea tidak nampak apa lagi. Tubuhnya sudah jauh tenggelam ke dalam sungai. Matanya perlahan-lahan tertutup. Sophiea tidak nampak apa-apa lagi. Pandangannya gelap. Hitam!

Lori simen yang melanggar Sophiea tadi berhenti di bahu jalan. Pemandu lori tersebut melihat tubuh Sophiea yang tidak timbul-timbul dari sungai terus melarikan diri. Dia takut jika ada sesiapa nampak kejadian yang baru berlaku sebentar tadi. Ini kerana dia takut bertanggungjawab untuk semua ini. Dia takut akan undang-undang. Dia tidak mahu bertanggungjawab. Dengan muka yang pucat dan bersalah, pemandu lori tersebut menurunkan handbreak, lalu tidak teragak-agak memandu laju lorinya meninggalkan tempat kejadian.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
SINOPSIS | BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | BAB 4 | BAB 5 | BAB 6 | BAB 7 | BAB 8 | BAB 9 | BAB 10 | BAB 11 | BAB 12 | BAB 13 | BAB 14 | BAB 15 | BAB 16 |
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku