I LOVE YOU, Miss Hilang Ingatan!
BAB 6
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 19 Februari 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
231

Bacaan






KELIHATAN dari jauh dua figura warga kampung sedang berjalan menyusuri sungai dalam keadaan hujan yang masih lebat. Sedang mereka berdua berjalan menyusuri sungai tersebut, tiba-tiba salah seorang dari mereka ternampak sesuatu objek sedang terapung tidak jauh dari mereka. Dengan riak yang terkejut, lelaki itu menunjuk objek tersebut kepada rakannya.

“Eh, apa tu?,” tunjuk lelaki itu.

Rakannya lantas menoleh dengan muka yang berkerut.

“Macam… macam orang je!,” ucap rakannya dengan mata dikecilkan demi melihat objek tersebut dengan lebih jelas.

“Jom, kita pergi tengok,” ujar lelaki itu lalu berlari anak mendekati objek yang sedang terapung itu. Rakannya juga tidak tunggu diam, dengan larian yang kecil, dia mula berlari mengikuti langkah lelaki itu.

Lelaki itu mula turun ke sungai. Disebabkan hujan yang agak lebat, aras sungai tersebut agak tinggi. Dengan kekuatan yang ada, lelaki tersebut mula menempuh air sungai yang separas pinggang itu demi melihat lebih dekat objek yang disangka manusia itu.

“Eh, oranglah! Tak tahu hidup ke tak,” laung lelaki tersebut dalam kelebatan hujan.

“Tarik dia naik atas!,” balas rakannya yang setia di tebing sungai. Tidak tunggu lama, lelaki tersebut langsung menarik tubuh Sophiea yang telah timbul di permukaan air. Dengan kudrat yang ada, lelaki tersebut menarik tubuh Sophiea sehingga ke tebing sungai.

Setibanya mereka di tebing sungai, tubuh Sophiea langsung dibaringkan di atas tanah. Lalu, salah seorang dari mereka terus memeriksa nadi Sophiea di lehernya.

“Hidup lagi! Tapi lemah. Kita bawa dia ke hospital! Lekas!,” ucap rakan lelaki tersebut. Lelaki tersebut hanya mengangguk. Lalu, tubuh Sophiea diangkat menuju ke kereta mereka yang diparkir tidak jauh dari situ.


SAIEDON merebahkan tubuhnya di atas katil. Kepalanya dipangku dengan kedua-dua lengannya. Matanya mula terkebil-kebil memandang atap biliknya. Malam ini hujan terlalu lebat. Tetapi matanya berat untuk terlelap. Entah kenapa, malam ini sukar bagi dia untuk melelapkan matanya itu. Selalunya cepat sahaja matanya terlelap. Pantang kepala terletak di atas bantal, pasti automatik matanya terus terpejam. Tapi malam ini… alahai! Saiedon termangu seketika.

Sedang dia melayan matanya untuk terlelap, tiba-tiba ingatannya terus berputar ke kejadian pagi tadi. Seperti filem lama, kejadian pagi tadi terus berputar di tubir matanya itu. Tiba-tiba sahaja bibirnya tersenyum nipis. Mungkin dia masih pelik dan tertanya-tanya, masih wujud lagikah perempuan yang panas baran seperti itu? Siap pakej baling kasut batunya ke kepalanya lagi. Saiedon menggeleng perlahan kepalanya. Benjul di kepalanya masih lagi kelihatan. Mujurlah benjulnya di belakang kepala. Kalau di dahinya? Pasti sudah mirip dengan ikan flowerhorn sekali pandang. Huhh… Saiedon mengeluh nipis. Tangannya langsung meraba-raba sesuatu di bawah katil. Dalam beberapa saat, kasut tumit tinggi milik Sophiea diambil lalu dibeleknya.

“Hailah kasut. Kasihan kau dapat tuan macam tu. Agaknya tuan kau tu ada masalah mental kot,” Saiedon tersenyum sinis. Matanya masih lagi merenung kasut tumit tinggi tersebut.

Agak-agaknya siapa pemilik bagi kasut batu ni? Kalau dia berjumpa dengan pemilik kasut ini, pasti dia akan mengucapkan ribuan terima kasih kepadanya kerana telah menyebabkan kepalanya benjul dan berdenyut-denyut bagai ingin pecah rasanya. Nasib baik dia masih waras lagi. Kalau tidak, kasihan Nek Miah dapat cucu tiga suku tiba-tiba.

Saiedon menyimpan semula kasut tumit tinggi tersebut di bawah katilnya. Lalu, dia menarik selimut hingga ke paras dada dan mula melelapkan matanya itu.

*****

MAK JENAB sudah ke hulu ke hilir menahan resah yang menggelodak di hatinya. Wajahnya yang sedikit berkerut jelas melukiskan kerisauan yang amat sangat tatkala memikirkan keselamatan Cik Mudanya di luar sana. Sesekali matanya melirik ke arah jam yang tersangkut di dinding ruang tamu itu. Kemudian, dia mendesah lalu ke hulu ke hilir menunggu kepulangan Cik Mudanya. Butler dan pembantu-pembantu rumah yang lain hanya berdiri membatukan diri masing-masing. Mungkin mereka juga turut risau atas apa yang terjadi kepada Cik Muda mereka.

“Sudahlah tu Jenab. Pusing kepala aku lihat kamu ke hulu ke hilir kayak gini. Duduklah,” ujar Wak Surijo perlahan.

“Macam mana aku tak risau Surijo, Cik Muda tak balik-balik lagi. Dah pukul berapa ni? Dah pukul 1:30 pagi, Cik Muda tak balik lagi. Dahlah dekat luar tu hujan lebat, dia belum makan lagi. Manalah Cik Muda ni pergi?,” ucap Mak Jenab risau.

Tiba-tiba sahaja langkahnya terhenti. Serentak itu, dia berpaling dan memandang wajah Wak Surijo yang berdiri tidak jauh darinya.

“Surijo!,” langkahnya diatur laju mendekati Wak Surijo. Wak Surijo tayang muka pelik tatkala melihat Mak Jenab tergesa-gesa mendekatinya.

“Kau pergilah cari Cik Muda. Aku risaulah Surijo. Entah apa yang terjadi pada dia dekat luar sana,” cadang Mak Jenab dengan mukanya masih berkerut-kerut.

“Lor, kok aku? Kalau Encik Ryan marah gimana? Aku juga yang kena. Nggak mahu ah!,”

“Surijo!,” bahu Wak Surijo dipukul Mak Jenab. Terjerit kecil Wak Surijo tatkala bahunya dipukul tiba-tiba oleh Mak Jenab.

“Kenapa sih kamu ni? Pukul-pukul orang nggak ada sebab,” berkerut-kerut dahi Wak Surijo menggosok bahunya yang dipukul Mak Jenab.

“Kaulah! Pergilah cari Cik Muda. Tu Cik Muda kita tau. Kalau terjadi apa-apa pada dia, siapa yang susah? Kita! Kalau tuan dan puan besar tanya pasal Cik Muda siapa yang susah?,”

“Kita…,” jawab Wak Surijo perlahan.

“Dah tu, pergilah cari Cik Muda cepat!,”

Wak Surijo terkebil-kebil memandang lantai. Dia menelan liur. Seketika kemudian, pandangannya tepat jatuh ke muka Mak Jenab.

“Aku mahu cari di mana? Mana aku tahu Cik Muda pergi ke mana,” ujar Wak Surijo dengan muka kurang kepastian.

Lor… Mak Jenab menunduk. Matanya turut terkebil-kebil memandang lantai.

‘Benar kata Surijo. Nak cari di mana? Bukannya mereka tahu dekat mana Cik Muda mereka berada. Kusut macam ni!,’ gumam Mak Jenab.

“Kenapa ni?,” tanya Ryan tiba-tiba. Mereka semua serentak memandang figura Ryan yang sedang berdiri di beberapa anak tangga bahagian bawah. Ryan memandang wajah mereka satu persatu. Kemudian, pandangannya mati di wajah Mak Jenab. Dengan langkah yang perlahan, dia mula mendekati figura Mak Jenab.

“Mak Jenab, kenapa ni?,” tanya Ryan dengan pandangan redupnya.

Mak Jenab menelan liur. Perlahan-lahan matanya memandang wajah bermata redup itu.

“Cik Muda… dia belum balik lagi,” ucap Mak Jenab sedikit bergetar. Mata Ryan terus membuntang. Keningnya mula berkerut.

“Hah?!,”

Mak Jenab menunduk. Dia tidak berani melihat wajah Ryan yang sedang terkejut itu. Ryan memandang semua yang berada di situ. Kemudian, matanya teralih memandang jam yang tersangkut di ruang tamu tersebut.

‘1:30 pagi! Sophie tak balik lagi! Mana dia pergi?,’

“Kamu… tolong ambil kunci kereta saya dekat bilik tetamu,” arah Ryan kepada salah seorang butler yang berada di situ. Butler itu hanya mengangguk. Lalu, dengan lantas langkahnya laju diatur menuju ke bilik tetamu. Sudah menjadi kebiasaan bagi Ryan untuk menginap sementara di situ sekiranya kedua ibu bapa Sophiea tiada di Malaysia. Ini telah menjadi tanggungjawab Ryan. Tetapi, Ryan tidak selalu menginap di situ. Sepanjang ketiadaan kedua ibu bapa Sophiea, dia hanya tinggal di situ hanya beberapa hari sahaja. Itupun kadang-kadang tidak tidur di banglo tersebut. Setelah memeriksa keadaan Sophiea, Ryan terus pulang ke rumahnya. Sementara menunggu Sophiea pulang, Ryan akan menginap di bilik tetamu sehingga dia memastikan Sophiea pulang dengan selamat. Tetapi kali ini, Sophiea belum pulang memandang jam telah menunjukkan telah masuk waktu pagi. Kemana Sophiea pergi? Ryan mula mendesah.

“Mak Jenab tahu tak Sophie pergi mana?,” tanya Ryan dengan risau.

Mak Jenab hanya menggeleng. Dia sendiri pun tidak tahu ke mana perginya Cik Mudanya sejak dari tadi. Jika dia tahu, sudah lama dia menyuruh Surijo mencarinya.

Ryan meraup mukanya dengan kasar. Keluhan yang agak keras dilepaskan.

“Kemana perginya Sophiea ni?,” tanya Ryan kepada dirinya sendiri.

“Encik Ryan. Ini kunci kereta Encik Ryan,” kunci kereta Ryan dihulur dengan penuh sopan. Ryan melihat kunci kereta tersebut lalu mengambilnya.

“Terima kasih. Mak Jenab… saya pergi dulu ye. Kalau Sophiea dah balik, telefon saya,” ujar Ryan.

“Baiklah. Hati-hati Encik Ryan,” jawab Mak Jenab yagn masih lagi menahan kerisauan.

“Baiklah,” Ryan mengangguk lalu kakinya mula diatur ke keluar banglo tersebut. Dengan langkah yang pantas, dia mula mendekati keretanya lalu memandu laju keretanya keluar dari perkarangan banglo tersebut.


RYAN SHAUQIE mula memandu keretanya dengan tidak tentu arah. Dia tidak tahu ke mana lagi arah yang harus dia tuju. Dia tidak tahu ke mana Sophiea pergi. Dia tidak dapat agak ke mana Sophiea telah meninggalkan Melah. Sophiea pergi tanpa membawa apa-apa. Dompet, telefon pintar, semuanya ditinggalkan di banglonya. Sophiea keluar dengan sehelai sepinggang. Ingin mengesan melalui GPS, dia tidak dapat mengetahuinya memandangkan Sophiea tidak membawa sebarang peranti bersamanya.

Ryan menghentikan keretanya di bahu jalan. Lampu kecemasan dihidupkan. Kepalanya disandar ke stereng. Berkali-kali kepalanya dihantuk di stereng tersebut. Dia sudah buntu. Dia tidak tahu ke mana lagi dia harus mencari Sophiea di dalam kepekatan malam dan kelebatan hujan ini. Ia seperti mencari jarum di jerami. Semakin dia mencarinya, semakin hilang jejak jarum tersebut.

Kepala Ryan disandar ke kerusi. Mukanya diraup kasar. Keluhan keras dilepaskan. Semua ini salah dirinya. Jika dia tidak mendesak Sophiea untuk mencari Melah, pasti keadaan ini tidak akan berlaku. Jika dia menurunkan sedikit egonya, pasti Sophiea tidak hilang seperti ini.

Bagaimana jika Sophiea benar-benar hilang? Bagaimana jika Sophiea tidak dijumpai sampai bila-bila? Apa yang patut dia jawab sekiranya kedua-dua ibu bapa Sophiea balik dan bertanya berkenaan itu nanti? Apa harus dia jawab? Sudah terang lagi bersuluh ini salahnya,

pasti semua hukuman akan jatuh ke atas bahunya. Pasti ibu bapa Sophiea menyalahkan dirinya seratus peratus. Pasti dia akan dicop sebagai lelaki tidak bertanggungjawab. Tidak berguna!

Haish! Stereng keretanya ditumbuk kuat. Kedua-dua tangannya memegang dahi.

“Sophie… mana Sophie pergi ni?,”


PUKUL 6:00 pagi… Pintu utama banglo tiga tingkat itu dibuka. Perlahan-lahan figura Ryan masuk ke dalam banglo tersebut dengan muka yang lesu. Baju loose bewarna merah yang dipakainya sedikit basah. Mungkin dia kebasahan di dalam hujan semasa mencari Sophiea. Semua ahli yang berada di banglo tersebut tersentak lantas berdiri melihat Ryan. Begitu juga Mak Jenab yang setia dari tadi menunggu kepulangan Ryan dan Cik Mudanya. Dia terlalu berharap agar Ryan membawa pulang Cik Mudanya itu. Tetapi, melihatkan Ryan pulang bersendirian menyebabkan harapannya punah serta-merta.

Ryan menutup pintu. Dengan langkah yang perlahan, dia mula mendekati anak tangga.

“Err… Encik Ryan,” panggil Mak Jenab takut-takut.

Langkah Ryan terhenti. Lalu, dia berpaling sedikit demi melihat figura Mak Jenab yang sedang berdiri di belakangnya.

“Macam mana dengan Cik Muda?,” tanya Mak Jenab antara dengar dan tidak.

Ryan menunduk. Beberapa ketika, dia berpaling semula.

“Kita buat report polis. Lepas saya siap-siap, saya akan buat report polis,” jawab Ryan. Lalu, kakinya mula mendaki satu-persatu anak tangga tersebut.

Mak Jenab melepaskan nafasnya dengan perlahan. Wajahnya yang sudah tua berkerut risau.

‘Ya ALLAH, KAU selamatkanlah Cik Sophiea. Di manapun dia berada, KAU lindungilah dia ya ALLAH!,’ doa Mak Jenab di dalam hati.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
SINOPSIS | BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | BAB 4 | BAB 5 | BAB 6 | BAB 7 | BAB 8 | BAB 9 |
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku