LOVE YOU, Miss Hilang Ingatan!
BAB 7
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 19 Februari 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
451

Bacaan






“DADDY! Daddy dah balik! Daddy, tengok ni! Sophie lukis muka Daddy, Mummy dan Sophie. Daddy tengoklah ni!,” ucap Sophiea terkinja-kinja mengikuti langkah daddynya yang sedang menuju ke pejabat rumahnya. Dato’ Mursyidd yang ketika itu sedang sibuk bercakap di telefon bimbitnya hanya mengendahkan sahaja kehadiran Sophiea. Langkahnya terus masuk ke dalam pejabat di rumahnya. Sophiea yang masih berumur enam tahun itu hanya mengikut sahaja langkah ayahnya sambil mulutnya tidak henti-henti meminta ayahnya melihat hasil kerja tangan darinya.

Langkah Dato’ Mursyidd mati apabila dia tiba di meja kerjanya. Telefon bimbitnya dimatikan setelah perbualan dengan rakan perniagaannya tamat. Kemudian, dia berpaling melihat Sophiea yang masih setia dengan menunjukkan hasil kerja tangannya itu.

“Daddy, tengoklah lu…,”

Lukisan tersebut diambil dari tangan Sophiea. Dato’ Mursyidd melihatnya sekilas lalu meletakkan lukisan tersebut di atas mejanya.

“Cantik! Sophiea pergi main dekat luar ea. Daddy banyak kerja ni. Sophiea pergi main dengan Mak Jenab. Jangan kacau daddy. Okey,” ucap Dato’ Mursyid sambil mengusap-usap kepala Sophiea.

Muka Sophiea mencuka. Mahu tidak mahu dia hanya menganggukkan sahaja kepalanya.

“Bagus. Pergi main dekat luar,” ujar Dato’ Mursyidd lagi lalu dia melabuhkan punggungnya di atas kerusinya yang empuk. Fail dibuka satu-persatu. Kerjanya diteruskan tanpa mempedulikan kehadiran Sophiea di situ.

Sophiea melihat wajah ayahnya dengan sayu. Niat untuk bermanja dengan ayahnya hanya dimatikan sahaja. Dengan hati yang sedikit merajuk, Sophiea melangkah perlahan meninggalkan pejabat ayahnya itu.


“MUMMY! Daddy! Sophie nak ikut mummy dan daddy! Jangan tinggalkan Sophie! Sophie nak ikut!,” jerit Sophiea sambil cuba melepaskan dirinya dari pelukan Mak Jenab. Sedaya-upaya dia cuba melepaskan dirinya. Tetapi apakan daya, kudrat budak perempuan berumur enam tahun tidak sekuat kudrat orang dewasa. Tetapi Sophiea tidak mengalah. Dia tetap cuba melepaskan dirinya daripada pelukan pembantu rumahnya itu.

“Mummy! Daddy! Jangan tinggalkan Sophie! Mummy!,”

Kelihatan ayah dan ibu Sophiea tidak mendengar jeritan daripada anak perempuannya itu. Mereka berdua hanya asyik berbual di antara satu sama lain tanpa mempedulikan Sophiea yang sedang merintih di luar sana. Dalam beberapa ketika, kereta yang dinaiki Dato’ Mursyidd dan Datin Rasyiqah mula bergerak. Mata Sophiea yang telah basah dengan air mata membuntang. Dengan tenaga yang masih bersisa, dia menggigit tangan Mak Jenab dan berlari keluar dari pelukan Mak Jenab. Mak Jenab mengaduh kesakitan. Dengan lantas, Mak Jenab mengarahkan beberapa butler mengejar Sophiea yang telah lari dari pelukannya itu.

Sophiea tidak mengalah. Dia terus berlari mengejar kereta yagn dinaiki oleh ibu dan ayahnya. Mulutnya tidak henti-henti menjerit memanggil kedua ibu bapanya itu. Tetapi mereka berdua tidak mengendahkan Sophiea, malah hanya membiarkan kanak-kanak itu mengejar mereka sehingga ke pintu pagar. Nasib baik butler yang mengejarnya sempat menangkap Sophiea dari terus berlari sehingga ke luar kawasan banglo tersebut. Dengan tangisan yang kuat, Sophiea meronta-ronta di dalam pelukan butler tersebut.

“Mummy! Daddy!!,”

Mata Sophiea terbuntang besar. Nafasnya berombak turun naik. Kelihatan beberapa jururawat dan doktor sedang mengelilinginya. Sophiea mula panik. Dia memandang sekeliling dengan mata yang masih membuntang.

“Cik, dah sedar?,” soal doktor lelaki dengan senyuman yang agak manis.

Sophiea bangun dari baringnya. Matanya masih lagi memandang sekeliling dengan perasaan yang takut.

“Dekat mana saya ni? Kenapa saya ada dekat sini?,” tanya Sophiea.

“Cik ada dekat hospital. Ada orang selamatkan cik dari sungai malam tadi. Cik ada rasa sakit dekat mana-mana ke?,” tanya doktor lelaki itu dengan sopan.

Muka Sophiea mula berkerut mendengar kata-kata doktor tersebut. Matanya perlahan-lahan melihat wajah tenang doktor tersebut.

“Saya jatuh ke dalam sungai? Bila? Macam mana ia berlaku?,” tanya Sophiea. Doktor tersebut telah berkerut dahi. Dia memandang jururawat yang berada di sisinya.

“Err… Cik tak ingat apa-apa ke malam tadi? Macam mana cik boleh jatuh? Apa yang terjadi pada cik?,” tanya doktor itu lagi.

Sophiea termangu seketika. Dahinya berkerut-kerut cuba mengingati sesuatu. Dalam beberapa saat, dia menggeleng-geleng kepalanya. Doktor tersebut agak terkejut melihat respons yang diberikan Sophiea. Lalu, dia cuba bertanyakan soalan yang lain pula.

“Err… siapa nama cik? Dekat mana cik tinggal? Kalau boleh, saya nak hubungi keluarga cik dan menyatakan cik berada di sini,”

Sophiea mengetap bibir. Bebola matanya meliar ke kiri dan kanan.

Nama? Siapa nama aku? Siapa aku? Mana aku tinggal? Siapa sebenarnya aku?

“Err… cik,” panggil doktor itu dengan lembut. Sophiea tersentak. Mata bundarnya memandang muka doktor lelaki tersebut dengan riak yang panik.

“Siapa saya?,” tanya Sophiea panik. Doktor lelaki itu terkejut. Begitu juga jururawat yang berada di situ. Mereka saling berpandangan. Lalu, wajah Sophiea ditatap mereka dengan perasaan yang terkejut.


LORI berkepala putih milik Saiedon berhenti betul-betul di hadapan rumah Mail. Setelah enjin dimatikan, Saiedon lantas membuka pintu dan keluar dari lori buruknya itu.

“Assalammualaikum, Mail! Kau buat apa tu?,” tegur Saiedon sejurus pintu lorinya ditutup kuat.

Mail yang sedang menyiram pokok bunga ibunya mula tersengih-sengih melihat figura Saiedon yang baru turun dari lori tersebut.

“Waalaikummussalam! Abang Idon! Mail tengah siram bunga mak ni ha. Abang Idon buat apa datang sini? Kita kena masuk kebun ke hari ni?,” tanya Mail dengan sengihan yang masih terlekat di bibirnya.

“Eh, tak adalah. Aku datang sini sebab nak ajak kau turun ke pekan. Kau nak ikut tak?,” pelawa Saiedon.

“Pekan? Nak! Nak! Mail nak ikut!,” jawab Mail teruja.

“Hah, kalau macam tu, kau pergilah siap-siap dulu. Aku tunggu kau dekat sini,”

“Baiklah! Abang Idon tunggu ye. Mail pergi siap-siap kejap,” jawab Mail lalu menutup pili air. Kemudian, dengan terujanya dia mula memasuki rumah. Mak Biah yang baru tiba di muka pintu mula memandang pelik dengan sikap teruja yang ditunjukkan Mail. Kemudian, dia berpaling dan memandang figura Saiedon yang masih tercegat di luar rumahnya.

“Eh, Saiedon. Bila sampai? Tak masuk ke?,” tanya Mak Biah yang berkoyok di kepalanya.

Saiedon tersenyum. Dia menggeleng perlahan kepalanya.

“Baru je sampai Mak Biah. Tak pelah, Mak Biah. Saya tunggu Mail dekat sini je. Saya nak ajak dia keluar pergi pekan hari ni. Boleh tak Mak Biah?,” tanya Saiedon.

Mak Biah batuk sedikit. Kemudian, dia mengangguk sambil tersenyum nipis.

“Boleh. Mail pun tak buat apa-apa dekat rumah ni. Pergilah,” ujar Mak Biah dengan senyuman yang masih terlekat di bibirnya.

Saiedon tersenyum. Kemudian, dia mengangguk.

“Terima kasih Mak Biah,”

“Sama-sama,” jawab Mak Biah diselangi batuk-batuk.

Dahi Saiedon berkerut-kerut melihat Mak Biah. Dari tadi orang tua ini batuk-batuk. Mukanya kelihatan pucat. Kepalanya pula ditampal dengan koyok. Sakitkah dia? Tidak sihatkah Mak Biah?

“Err… Mak Biah,”

Mak Biah yang masih lagi terbatuk-batuk cuba memandang Saiedon.

“Ye?,” jawab Mak Biah diselangi dengan batuk-batuknya.

“Mak Biah tak sihat ke?,” tanya Saiedon prihatin.

Mak Biah tersenyum nipis. Kepalanya digeleng-geleng perlahan.

“Tak adalah. Batuk-batuk sikit je ni. Mungkin cuaca tidak menentu sekarang ni. Mak Biah sihat je,” jawab Mak Biah tenang.

Saiedon memandang Mak Biah beberapa ketika untuk memastikan kata-kata Mak Biah itu.

“Betul ke ni Mak Biah? Kalau Mak Biah tak sihat, Mak Biah cakap dengan Idon. Nanti Idon hantarkan Mak Biah pergi klinik,” pelawa Saiedon.

Kepala Mak Biah menggeleng. Baru sahaja dia ingin bercakap, batuknya mula menyerang semula. Dalam beberapa ketika, barulah batuknya reda. Mata tuanya memandang wajah anak muda di hadapannya.

“Tak pelah Saiedon. Mak Biah elok je ni. Saiedon jangan risau ye,” jawab Mak Biah cuba menenangkan Saiedon. Saiedon hanya tersenyum. Dia mengangguk perlahan.

“Yelah. Mak Biah pun jaga diri baik-baik ye,”

Mak Biah hanya mengangguk dia tersenyum nipis. Tidak lama kemudian, kelihatan Mail muncul di sebalik Mak Biah. Dengan baju t-shirt yang berkolar, berjalur-jalur biru dan putih, dia mula keluar dengan wajahnya yang gembira.

“Mak, Mail pergi pekan dengan Abang Idon ye. Mak jaga diri baik-baik tau!,” pesan Mail lalu mencium tangan ibunya. Mak Biah hanya mengangguk. Kepala Mail diusap-usap dengan penuh kasih dan sayang.

“Mail pun jangan susahkan Abang Idon ye. Kasihan Abang Idon nanti,” pesan Mak Biah pula. Mail hanya mengangguk. Lalu, kakinya mula menyarung selipar.

“Saya pergi dulu ye Mak Biah. Assalammualaikum,” ucap Saiedon.

“Baiklah. Waalaikummussalam,” jawab Mak Biah perlahan.

Kelihatan Saiedon dan Mail mula menaiki lori putih milik Saiedon. Saiedon mula menghidupkan enjin. Dalam beberapa saat, kedengaran Saiedon menurunkan handbreak lalu lorinya dipandu keluar dari rumah Mak Biah.

Mak Biah masih setia di muka pintu. Mata tuanya mengiringi perjalanan lori Saiedon sehingga hilang dari pandangannya. Setelah lori Saiedon sudah tidak kelihatan, barulah Mak Biah masuk ke dalam rumah dan menutup rapat pintu rumahnya itu.

*****

SETIBANYA Saiedon dan Mail di pekan, mereka terus meluru ke kedai yang menjual menjual tilam. Pelbagai jenis dan saiz tilam terjual di kedai tersebut. Saiedon rambang mata. Semuanya cantik-cantik dan selesa. Apapun harga tilam tersebut, Saiedon tak kisah. Asalkan ia mampu memberi keselesaan kepada neneknya apabila tidur nanti. Jadi, neneknya tak perlulah tidur di tilam buruk itu lagi.

Setelah berpuas hati memilih tilam yang selesa untuk neneknya, Saiedon dan Mail terus pergi ke destinasinya seterusnya pula, iaitu kedai yang menjual selimut dan bantal. Kelihatan Mail begitu teruja apabila mengikuti Saiedon berbelanja di pekan. Saiedon tidak kedekut orangnya. Dia juga berbelanja untuk Mail dan Mak Biah. Mereka berdua sudah ibarat ahli keluarganya sendiri. Buat apa berkira dengan ahli keluarga sendiri. Rezeki itu takkan lari. Rezeki itu harus dikongsi. Itulah prinsip hidup Saeidon.

Sedang mereka berdua sibuk memilih selimut dan bantal, tiba-tiba kedengaran telefon bimbit Saiedon berdering menandakan ada panggilan masuk. Dengan rasa sedikit tersentak, Saiedon lantas meraba poket seluarnya lalu mengeluarkan telefon bimbitnya. Di skirn telefon bimbitnya, kelihatan nombor tidak dikenali masuk ke dalam panggilan tersebut. Dengan teragak-agak, Saiedon menekan punat hijau lalu melekapkan telefon bimbitnya di telinga.

“Assalam….,”

“Assalammualaikum, Saeidon! Ni Pak Jamal ni. Pak Jamal nak beritahu yang Mak Biah masuk hospital. Baru tadi dia masuk hospitalnya. Nanti kau bawa Mail pergi jumpa mak dia ye. Itu je Pak Jamal nak beritahu kau. Okey, assalammualaikum!,”

“Err… terima kasih Pak Jamal. Waalaikummussalam…,”

Tutt… talian diputuskan. Fuhh, laju betul orang tua ni bercakap. Tak sempat dia nak menjawab terus dimatikan taliannya. Saiedon menggeleng kepala. Kemudian, mukanya berubah pucat. Cepat-cepat matanya memandang Mail yang sedang seronok memilih selimut tidak jauh darinya.

“Mail, dah jom kita pergi bayar. Lepas tu kita pergi hospital cepat,” ujar Saiedon terburu-buru. Selimut yang berada di tangan Mail diambilnya. Begitu juga dengan selimut yang dipilihnya. Lalu, kakinya laju melangkah menuju ke kaunter bayaran. Mail yang terpinga-pinga melihat sikap Saiedon turut mengikuti langkah lelaki yang dianggap abang itu.

“Ke… kenapa kita nak pergi hospital bang?,” tanya Mail dengan muka yang keliru.

“Jangan banyak tanya. Ikut je,” jawab Saiedon acuh tak acuh. Mail mengerutkan mukanya. Dahinya digaru tidak gatal. Dalam beberapa saat, dia memandang wajah Saiedon yang sedang sibuk menunggu bil bayaran selimut terbabit.

“Hospital?,”



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
SINOPSIS | BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | BAB 4 | BAB 5 | BAB 6 | BAB 7 | BAB 8 | BAB 9 | BAB 10 | BAB 11 | BAB 12 | BAB 13 | BAB 14 | BAB 15 | BAB 16 | BAB 17 | BAB 18 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku