I LOVE YOU, Miss Hilang Ingatan!
BAB 8
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 19 Februari 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
270

Bacaan






SAIEDON mencari-cari wad yang telah dtempatkan Mak Biah. Setelah jumpa wad tersebut, kakinya terus melangkah masuk dan mencari-cari katil yang ditempatkan wanita tua itu. Mail yang masih terpinga-pinga mengikuti sahaja langkah Saiedon.

Langkah Saiedon terus laju mencari katil Mak Biah. Setelah mencari beberapa katil yang tersusun di wad tersebut, kaki Saeidon terus berhenti di hadapan sebuah katil. Kelihatan Mak Biah masih lemah. Dia masih lagi terbaring dengan matanya sedikit redup.

“Mak!,”

Mail terus meluru ke arah Mak Biah. Mak Biah tersenyum lemah. Dia menyambut pelukan dari Mail itu. Saiedon hanya melihat adegan dua beranak itu. Perlahan-lahan dia mendekati Mak Biah.

“Mak Biah, macam mana boleh jadi macam ni?,” tanya Saiedon perlahan.

Mak Biah hanya mampu tersenyum. Mata redupnya memandang wajah Saiedon yang hitam manis itu.

“Mak Biahh pun tak sedar apa yang berlaku tadi. Sedar-sedar Mak Biah ada dekat sini. Doktor cakap tekanan darah Mak Biah naik. Tu yang Mak Biah pengsan dan jiran-jiran bawa Mak Biah datang sini,” jawab Mak Biah lemah.

“Hmm… Mak Biah tak makan ubat yang doktor bagi ke?,” tanya Saiedon.

Mak Biah melepaskan keluhan yang nipis. Bibirnya cuba untuk tersenyum.

“Mak Biah kadang-kadang lupa nak makan ubat yang doktor selalu beri tu. Yelah, Mak Biah ni dah tua. Adakalanya lupa nak makan. Kalau ingat tu makanlah. Kalau tak ingat tu, biarkan aje,” jawab Mak Biah sambil melihat Mail yang menangis di sisinya.

“Lahh, Mak Biah tak boleh macam tu. Mak Biah kena makan ubat. Kalau tak, macam nilah jadinya. Mak Biah tak boleh anggap hal ni remeh tau. Mak Biah kena jaga kesihatan tu,” pesan Saiedon.

Mak tersenyum. Dia mengangguk.

“Yelah, Saeidon. Mak Biah faham,”

Saiedon hanya tersenyum. Dia memandang Mail yang sedang menangis di sisi ibunya.

“Mail, janganlah nangis macam tu. Kasihan Mak Biah. Dia tak sihat lagi,”

Mail mengesat air matanya. Dia memandang Mak Biah dengan tersedu-sedu.

“Mak janganlah tinggalkan Mail. Mail dah tak ada siapa-siapa lagi dah,” ujar Mail sambil memeluk Mak Biah. Mak Biah cuba menenangkan Mail dengan menepuk-nepuk belakangnya. Suaranya yang lembut cuba memujuk anaknya.

“Mak tak tinggalkan Mail. Mak sihat je ni,” pujuk Mak Biah.

“Mail sayang mak. Mail sayang sangat dekat mak,”

“Ye, mak tahu. Dah, jangan nangis. Malu orang tengok nanti. Mail dah besar kan,”

Mail cuma mengangguk. Pipi Mak Biah diciumnya. Saiedon yang melihat kasih sayang antara dua beranak itu mula rasa cemburu. Alangkah beruntungnya Mail masih mempunyai ibu yang penyayang seperti Mak Biah. Sekiranya arwah ibunya hidup lagi, pasti Saiedon akan lebih menyayangin ibunya berbanding kasih ibunya kepada dirinya. Saiedon cemburu. Cemburu melihat Mail. Tetapi, Saiedon masih lagi rasa bersyukur kerana ALLAH masih lagi mengurniakan seorang nenek kepada dirinya. Sekurang-kurangnya, dia masih lagi ada tempat untuk meluahkan rasa sayangnya itu.

Nurse, beritahulah saya dekat mana ni? Macam mana saya ada dekat sini? Siapa nama saya? Saya tinggal dekat mana? Nurse!,”

Saiedon memasang telinga. Suara itu. Suara itu macam dia pernah dengar. Kaki Saiedon terundur sedikit. Dia cuba memasang telinga demi mendengar dengan lebih jelas arah datangnya suara tersebut.

“Maaflah cik. Kami pun tak tahu. Cik dibawa ke sini pun tanpa membawa apa-apa dokumen pengenalan diri,” pujuk jururawat tersebut.

“Mustahil. Nurse, beritahulah saya. Siapa saya sebenarnya? Macam mana saya ada dekat sini?!,” tanya Sophiea dengan suara yang agak meninggi.

Mata Saiedon terus membuntang. Suara tu! Ya, baru dia ingar. Itu suara perempuan yang membaling kasut ke kepalanya tempoh hari. Lantas, kepala Saiedon berpaling ke arah datangnya suara tersebut.

Alangkah terkejutnya Saiedon apabila melihat figura Sophiea yang berada di katil selang beberapa buah katil dari Mak Biah. Matanya semakin membuntang. Mulutnya sedikit ternganga. Itu… itu perempuan gila tempoh hari! Macam mana dia berada di sini? Kenapa dia boleh ada di sini? Di pekan ini pula tu? Kenapa?

Saiedon ingin menyiasat dengan lebih mendalam. Dia melihat Mak Biah lalu meminta izin keluar dari situ sebentar.

“Mak Biah, Idon nak keluar kejap ye,” ucap Saiedon. Mak Biah tersenyum lalu mengangguk. Saiedon membalas senyuman Mak Biah lalu kakinya melangkah perlahan menuju ke pintu keluar.

Sepanjang langkahnya menuju ke pintu keluar, matanya mencuri-curi pandang figura Sophiea yang masih berada di katilnya.

‘Sah! Tak salah lagi. Itulah perempuan sewel yang baling kasur dekat kepala aku. Tapi, kenapa keadaan dia macam tu? Tak sama dengan masa tu,’ bisik Saiedon di dalam hati. Langkahnya semakin perlahan di saat dia melintasi katil Sophiea. Telinganya mula dipasang dengan rapi untuk mendengar perbualan di antara Sophiea dan jururawat tersebut.

“Nurse, tolonglah saya! Saya tak boleh duduk macam ni. Saya tak tahu siapa saya sebenarnya. Saya anak siapa? Saya orang mana? Saya tak tahu! Tolonglah nurse! Saya gila ke nurse?,” desak Sophiea.

“Maaflah cik. Kami tak boleh buat apa-apa. Kami masih tunggu jika waris cik datang hari ni. Kalau waris cik tak datang sampai esok, barulah kami bawa kes cik ni ke balai polis,” jawab jururawat tersebut dengan penuh sabar.

“Hah?! Kenapa sampai ke balai polis pula? Saya cuma nak tahu identity saya je,” ujar Sophiea dengan matanya bundarnya yang membulat. Jururawat tersebut cuba untuk tersenyum. Dia memandang wajah Sophiea dengan penuh kesabaran.

“Cik sabar ye,” ucap jururawat tersebut dengan senyuman yang ditahan-tahan. Kemudian, dia mula mengatur langkah meninggalkan katil Sophiea. Sophiea masih termangu-mangu. Kepalanya tersenget sambil dahinya berkerut mengingati apa yang berlaku sebelum ini.

Saiedon yang berada di katil beberapa selang dari katil Sophiea cuba menahan jururawat yang merawat Sophiea sebentar tadi. Dia ingin tahu apa yang terjadi pada Sophiea sebenarnya.

“Err… nurse! Maaf, boleh saya tahu kenapa dengan pesakit dekat katil tu?,” tanya Saiedon ingin tahu.

“Maaf, encik kenal ke dengan pesakit tu?,”

Saiedon menelan liur.

“Err… macam kenal,”

“Hmm… pesakit itu mengalami hilang ingatan setelah apa yanag berlaku pada dia malam tadi. Kami sedang tunggu waris dia datang. Masalahnya dia tidak membawa sebarang dokumen peribadi. Jadi, kami tidak dapat menghubungi waris pesakit tersebut,”

“Ohh… macam tu ke?,”

“Hmm… kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu ye,” ucap jururawat tersebut.

“Hah, baiklah. Terima kasih nurse,” ucap Saiedon sambil tersenyum.

“Sama-sama,” jawab jururawat tersebut lalu melangkah pergi meninggalkan Saiedon. Saiedon melihat Sophiea sambil menggigit bibir. Tiba-tiba sahaja peristiwa tempoh hari menerjah ke kotak ingatannya. Masih dia terasa lagi kesakitan dibaling kasut oleh perempuan sewel tersebut. Saiedon tidak dapat maafkan perbuatan wanita itu terhadap dirinya. Perbuatannya itu sangat-sangat memalukan dirinya. Sudahlah kejadian itu berlaku di tempat awam. Ramai orang telah melihatnya. Sehingga Saiedon naik malu untuk pergi ke tempat itu lagi.

Tiba-tiba sahaja bibir Saiedon tersenyum jahat. Matanya semakin mengecil melihat figura Sophiea yang tak ubah seperti orang tidak siuman itu.

“Haih, padan muka kau perempuan. Inilah akibatnya bersikap tidak sopan dengan aku. Rasain lo!,” bisiknya dengan penuh dendam.

*****

PUKUL 1:00 pagi. Mata Saiedon masih lagi terkebil-kebil memandang atap biliknya. Entah kenapa, semakin pagi semakin segar pula matanya itu. Sudahlah esok pagi-pagi dia kena bangun awal untuk pergi mengambil Mak Biahh di hospital. Jika ini berterusan, nampaknya tak sedarlah dia esok pagi.

Saiedon melepaskan keluhan kecil. Fikirannya masih lagi terbayang-bayang akan peristiwa pertama kali bertemu dengan Sophiea dan kejadian di hospital petang tadi. Bayangan Sophiea bermain-main di tubir matanya itu. Sikap Sophiea yang panas baran dan Sophiea yang berada di hospital. Sungguh berbeza sekali. Benarkah dia hilang ingatan? Macam mana itu boleh berlaku? Apa yang berlaku sebenarnya?

“Haish! Yang kau sibuk nak ambil tahu pasal dia kenapa? Bukan ada kena-mengena dengan kau pun,”

Saiedon menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Matanya cuba dipejam. Baru beberapa saat, matanya terbuka kembali.

“Kenapa pejam mata pun nampak muka dia hah? Aduh!,” Saiedon mengeluh keras. Mukanya berkerut seperti baru mengalami mimpi ngeri. Tak boleh jadi ni! Perempuan ni benar-benar menyusahkan hidupnya! Sehingga mata terpejam pun nampak mukanya, Saiedon tidak boleh tahan. Dengan kasar, Saiedon mengambil bantal lalu menekup mukanya agar wajah Sophiea tidak lagi mengganggu lenanya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
SINOPSIS | BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | BAB 4 | BAB 5 | BAB 6 | BAB 7 | BAB 8 | BAB 9 | BAB 10 | BAB 11 | BAB 12 | BAB 13 | BAB 14 | BAB 15 | BAB 16 |
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku