LOVE YOU, Miss Hilang Ingatan!
BAB 9
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 19 Februari 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
756

Bacaan






KELIHATAN Saiedon sudah berada di muka pintu sambil mengikat tali kasutnya. Nek Miah yang pelik dengan penampilan Saeidon mula mendekati cucunya itu. Jarang sekali Saiedon memakai pakaian yang kemas-kemas seperti ini. Selalunya dia hanya berpakaian selekeh sahaja. Itu pun hanya pergi ke kebunnya sahaja. Pasti pagi ini Saiedon ingin pergi ke sesuatu tempat yang penting. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya di sebelah Saeidon.

“Pakai lawa-lawa ni nak pergi mana Idon? Nak pergi jumpa girlpren ke?,” tegur Nek Miah tiba-tiba.

“Eh, nenek! Sejak bila nenek ada dekat sini? Tak perasan pun Idon,” jawab Saiiedon sambil menyudahkan ikatan tali kasutnya yang terakhir.

“Baru je ni. Tulah kau. Nenek duduk dekat sini pun tak perasan. Kamu betul-betul nak jumpa girlpren ea,” usik Nek Miah dengan senyuman yang mekar di bibir.

“Eh, nenek ni. Ke situ pulak. Idon manalah ada girlpren nek. Siapalah nak Idon yang cuma kerja kebun ni. Perempuan zaman sekarang ni materialistik tau nek. Materialistik! Jaranglah jumpa perempuan yang tak gilakan harta. Kalau macam tulah gamaknya, Idon tak kahwin sampai tua pun, Idon rela nek,”

“Hish, kau ni! Mulut tak ada insurans betul. Tak baik cakap macam tu tau. Dalam dunia ni, tak semua perempuan macam tu. Mesti ada yang tak gilakan harta macam kamu cakap tu. Eh, nenek tanya lain, kau terpesong pulak menjawabnya. Kau nak pergi mana ni Idon sebenarnya. Menggaru kepala nenek memikirkan kau nak pergi mana ni,” tanya Nek Miah lagi.

“Hahaha, Idon tak nampak pula nenek menggaru kepala. Nenek ni, loklak je lebih. Tak de, Idon nak pergi hospital ni ha. Nak ambil Mak Biah. Hari ni dia dah boleh keluar,” jawab Idon sambil tersengih.

“Hah?! Biah masuk hospital? Bila? Kau tak bagitahu nenek pun,”

“Amboi, over suspens pulak nenek ni. Semalam. Idon nak bagitahu nenek, tapi tengok nenek dah tidur awal malam tadi. Tak sempat Idon nak bagitahu,”

“Haish, kau ni Idon. Balik malam-malam memanglah nenek dah tidur. Takkan kau nak suruh nenek jadi burung hantu pula. Ni, nanti kirim salam dengan Biah. Kasihan Biah. Kau tengok-tengokkan dialah. Tolong dia apa yang patut. Kasihan dia Don,” ujar Nek Miah risau.

“Yelah nek. Nenek janganlah risau sangat. Mak Biah dah elok sikit dah tu. Ni pun Idon dah lambat dah nek. Kasihan Mak Biah tunggu Idon. Idon pergi dulu ye nek. Nenek tu jaga diri baik-baik. Jangan buat benda berat-berat pula. Makanan untuk tengah hari Idon dah masak dah. Nanti nenek boleh terus makan. Jangan lupa makan ubat pula. Nanti nenek pula pengganti Mak Biah dekat hospital,” seloroh Saiedon.

“Hish, kau ni. Ke situ pula. Dah pergi cepat ambil Mak Biah. Kasihan Mak Biah dah tunggu kau tu,”

“Hehehe… Idon gurau jelah nek. Merajuk pula. Idon pergi dulu tau. Nenek jaga diri dekat rumah. Assalammualaikum,” ucap Saiedon lalu mencium tangan Nek Miah.

“Yelah, waalaikummussalam,” jawab Nek Miah sambil mata tuanya melihat Saiedon mula meninggalkannya.

“Nenek, jangan lupa makan ubat tau,” pesan Saiedon di atas lori.

“Hah yelah,” jawab Nek Miah. Saiedon menghadiahkan senyuman kepada Nek Miah sebelum lorinya meninggalkan perkarangan rumah. Nek Miah hanya melihat sahaja lori Saiedon meninggalkan perkarangan rumah sehingga bayangan lori Saiedon hilang dari pandangan.


RYAN SHAUQIE melangkah masuk ke dalam banglo tiga tingkat milik Sophiea. Niatnya datang ke banglo tersebut adalah untuk bertemu dengan Mak Jenab, pembantu rumah paling lama yang bekerja di situ. Baru setapak kakinya melangkah, kelihatan figura Mak Jenab muncul dari ruang dapur.

“Encik Ryan!,”

Langkahnya langsung laju mendekati Ryan.

“Encik Ryan, macam mana dengan Cik Muda? Diaorang dah jumpa ke?,” tanya Mak Jenab ingin tahu.

Mata Ryan jatuh ke bawah. Kedengaran satu keluhan nipis dilepaskan.

“Hmm… Mak Jenab. Saya datang sini cuma nak beritahu Mak Jenab, jika ada apa-apa panggilan daripada Sophiea masuk ke dalam rumah ni atau kalau Sophiea balik, Mak Jenab cepat-cepat telefon saya ye,” ujar Ryan perlahan.

Dahi Mak Jenab berkerut sedikit. Matanya mencerlung ke dalam wajah kacak Ryan. Kata-kata Ryan cuba dicernanya.

“Mak… maksud Encik Ryan? Cik Muda masih tak jumpa lagi?,”

Ryan hanya mengangguk. Wajah penuh kerisauan tidak dapat disembunyikan lagi.

“Kita semua bersabar ye. Doa yang baik-baik. Mereka sedang buat kerja mereka. Harap-harap kita dapat jumpa Sophiea tak lama lagi. Hmm… Mak Jenab ingat ye. Kalau ada apa-apa panggilan daripada Sophiea ataupun dia dah balik, beritahu saya secepat mungkin. Dan… tolong jangan beritahu dato’ dan datin. Saya tak nak mereka risau. Tolong ye Mak Jenab,” pinta Ryan lembut.

Mak Jenab mengesat air matanya. Dia cuma mengangguk perlahan.

“Baiklah Encik Ryan. Kalau Encik Ryan tahu sesuatu pasal Cik Muda, Encik Ryan beritahu Mak Jenab ye,”

“Baiklah Mak Jenab. Mak Jenab jangan risau sangat ye. Saya pasti tak ada apa-apa berlaku pada Sophiea. Percayalah,” pujuk Ryan cuba menenangkan Mak Jenab walhal hakikatnya dia sendiri begitu risau berkenaan dengan keselamatan Sophiea. Tiada langsung berita mengenai Sophiea. Apatah lagi keberadaannya. Mereka semua tidak tahu. Hati Ryan tidak tenang. Selagi Sophiea tidak dijumpai, hatinya tidak tenang.

“Baiklah, Encik Ryan,”

“Hmm… kalau tak ada apa-apa lagi, saya pergi dulu ye,”

Mak Jenab hanya mengangguk. Ryan tersenyum nipis. Lalu, dengan perlahan langkahnya mula diatur meninggalkan banglo tersebut.


“MAK BIAH, semua dah siap?,” tanya Saiedon kepada Mak Jenab. Mak Jenab tersenyum. Kepalanya diangguk perlahan.

“Baiklah macam tu. Mail, bawa mak pergi ke lori abang dulu. Nanti abang menyusul kemudian. Abang Idon ada hal kejap,”

“Baiklah Abang Idon,” akur Mail.

“Idon… Idon nak pergi bayarkan bil Mak Biah kan,” tanya Mak Biah tiba-tiba.

“Eh, taklah Mak Biah. Idon betul-betul ada hal nak selesaikan,”

“Kalau macam tu, Mak Biah pergi kaunter pembayaran dulu ye,”

“Mak Biah… Mak Biah tak payah bayar dah. Bil hospital Mak Biah percuma je,” bohong Saiedon walhal urusan yang ingin diselesaikan adalah bil hospital Mak Biah.

Dahi Mak Biah berkerut sedikit. Mata tuanya memandang wajah Saiedon dengan ragu-ragu. Serta-merta Saiedon tersenyum cuba menutup pembohongannya itu.

“Mak Biah jangan risau. Hospital ni kecualikan harga bagi warga-warga emas macam Mak Biah ni,” tipu Saiedon lagi.

“Betul ke ni?,” tanya Mak Biah.

Saiedon tersenyum dan mengangguk laju.

“Ye, betul. Mail, bawa mak pergi ke lori abang dulu ye. Kejap lagi abang ikut,” ujar Saiedon kepada Mail.

“Baiklah abang,”

“Mak Biah, Mak Biah pergi dulu ye,” kata Saiedon kepada Mak Biah pula. Mak Biah hanya tersenyum seraya mengangguk. Sesaat kemudian, Mail mula memimpin tangan ibunya menuju ke luar wad dan ke tempat parking seperti dikatakan Saiedon.

Saiedon tersenyum melihat mereka berdua. Kemudian, matanya mula meliar di sekitar katil Mak Biah jika ada apa-apa barang yang tertinggal. Setelah yakin tiada barang milik Mak Biah tertinggal, kakinya mula mengatur langkah keluar dari wad tersebut.

Sebelum kakinya melangkah keluar dari wad, sempat lagi matanya mengerling ke arah Sophiea yang sedang termenung jauh di katilnya. Tiba-tiba perasaan kasihan mula mencucuk jiwa lelakinya. Kasihan, tiada sesiapa pun yang datang dan melawat Sophiea. Mungkin warisnya betul-betul tidak tahu di mana keberadaan Sophiea. Ah, lantaklah! Bukan urusan aku pun. Desis Saiedon. Malas dia ambil pusing pasal perempuan yang pernah memalukan dirinya itu. Biarlah dia di situ. Sampai tua dia di situ pun Saiedon tak kisah. Bukan hal aku! Cebik Saiedon lalu kakinya melangkah laju meninggalkan wad tersebut.


SEPANJANG perjalanan Saiedon ke rumah Mak Biah, fikirannya tak habis-habis memikirkan Sophiea. Jiwanya tiba-tiba tidak tenteram.

‘Macam mana kalau perempuan tu tinggal di hospital sampai ke tua? Kasihannya! Tapi… tak salahkah kalau aku pura-pura menjadi waris dia? Bukan orang tahu pun. Dia pun hilang ingatan. Kad pengenalan semua tak ada pada dia. Hilang. Ini pun satu kerja mulia juga kan? Hmm… jadi bolehlah aku balas dendam dengan dia. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Heh, disamping buat kebajikan, kita boleh membalas dendam. Hmm,’ omel Saiedon di dalam hati. Hatinya sudah mula merangka satu rancangan jahat. Bibirnya pula tidak henti-henti dari tersenget menahan ketawa jahat. Sekiranya Mak Biah dan Mail tiada di sini, sudah terbahak-bahak agaknya dia ketawa. Tetapi dia menelan dulu ketawanya itu untuk petang nanti.


“MAK BIAH, kalau ada apa-apa, Mak Biah telefonlah saya. Insha ALLAH, nanti saya akan datang tolong. Dan… Mak Biah jangan lupa makan ubat. Penting tu,” pesan Saiedon setelah menghantar Mak Biah di hadapan rumah.

“Yelah Saiedon. Terima kasih banyak-banyak ye Saiedon sebab dah hantar Mak Biah balik, dah tolong Mak Biah. Terima kasih ye nak,” ucap Mak Biah.

Saiedon tersenyum. Dia menunduk sedikit kepalanya.

“Tak ada apa-apalah Mak Biah. Itu menjadi tanggungjawab saya juga. Mak Biah pun dah macam mak Idon. Hmm… Mak Biah, kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu ye,” ucap Saiedon sopan.

“Yelah,” jawab Mak Biah sambil tersenyum.

“Assalammualaikum,”

“Waalaikummussalam,”

*****

MATA bundar Sophiea melihat wajah doktor dan jururawat yang sedang merawatnya. Sesekali kedengaran keluhan kecil dilepaskan.

“Doktor, bila saya boleh keluar?,” tanya Sophiea selamba.

Doktor lelaki itu melihat Sophiea lalu menghadiahkan senyuman yang manis.

“Cik dah ingat siapa diri cik?,” tanya doktor lelaki itu dengan lembut.

Sophiea hanya menggeleng. Matanya masih lagi melekat di wajah doktor muda tersebut.

“Hmm… kalau macam tu, cik kena tunggu lagi dalam beberapa hari ni. Mungkin waris cik akan datang dalam beberapa hari ni,” jawab doktor tersebut lalu memberi laporan kepada jururawat yang berada di sebelahnya.

Mata Sophiea menjeling wajah doktor tersebut. Kali ini keluhan yang dilepaskan agak kasar. ‘Waris! Waris! Waris! Sampai bila nak tunggu waris aku datang sini. Entah-entah aku dah tak ada waris kot. Aku ni anak yatim piatu. Sebatang kara. Siapa tahu. Kan?,’ gumam Sophiea.

“Doktor, saya rasa saya ni sebatang kara. Sebab tu tak ada langsung waris saya yang datang sini,” ujar Sophiea tiba-tiba.

“Cik dah ingat ke?,”

Sophiea mencebik. Kepalanya digeleng-geleng.

“Hmm… kalau macam tu, cik tunggulah dalam beberapa hari ni lagi ye. Bersabar!,” ucap doktor itu dengan senyuman yang lebar.

Haish! Sophiea mencebik. Bersabar? Boleh matilah dengan sabar dia tu! Aku dekat sini dah macam orang gila tahu! Orang gila! Bentak Sophiea di dalam hati. Matanya masih lagi menjeling wajah doktor tersebut.

“Ros! Maaflah, abang lambat datang jenguk Ros! Ros sihat? Ros ada sakit dekat mana-mana tak?,” terpa Saiedon tiba-tiba.

Membuntang mata Sophiea melihat dirinya diterpa oleh lelaki tidak dikenalinya. Dia melihat figura lelaki tersebut dengan muka yang terkejut beruk. Begitu juga doktor dan jururawat yang berada di situ.

“Ro… Ros?,” ucap Sophiea dengan kepala yang tersenget.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
SINOPSIS | BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | BAB 4 | BAB 5 | BAB 6 | BAB 7 | BAB 8 | BAB 9 | BAB 10 | BAB 11 | BAB 12 | BAB 13 | BAB 14 | BAB 15 | BAB 16 | BAB 17 | BAB 18 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku