LOVE YOU, Miss Hilang Ingatan!
BAB 15
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 19 Februari 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
331

Bacaan






SOPHIEA menuruni satu-persatu anak tangga menuju ke dapur. Pandangannya terus mati di meja makan. Nampaknya sarapan untuk pagi itu telah tersedia. Kelihatan lempeng kelapa dan sambal tumis ikan bilis telah tersedia di atas meja. Begitu juga seteko teh panas dan dua cawan bercorak bunga. Dengan perlahan, Sophiea menarik kerusi lalu punggungnya dilabuh perlahan ke atas kerusi tersebut. Pandangannya terus ke kerusi yang selalu diduduki Saiedon. Nampaknya Saiedon sudah keluar awal pagi tadi. Jika tidak, selalunya muka dia dah muncul dulu di sini.

“Ros, makanlah. Kenapa ditenung je lempeng tu,” tegur Nek Miah dari arah singki. Kakinya perlahan-lahan melangkah mendekati meja makan. Kerusi ditarik lalu Nek Miah duduk di atas kerusi tersebut.

Sophiea tersentak. Mata bundarnya memandang wajah tua Nek Miah.

“Err…,”

“Idon dah keluar pergi kebun lepas subuh tadi. Katanya nak ambil Mail dulu, lepas tu nak petik buah manggis yang baru berbuah. Ros cari Idon ke?,” tanya Nek Miah sambil tersenyum menampakkan sebaris gigi palsunya.

Mata bundar Sophiea membesar di saat disoal Nek Miah. Beberapa ketika, kepalanya digeleng perlahan.

“Err… tak,” jawab Sophiea lalu melarikan pandangannya itu.

“Oh, nenek ingat Ros cari Idon. Eh, makanlah. Sejuk nanti lempeng dengan sambal tumis tu. Tak sedap nanti. Ambil Ros. Makan-makan,” sekeping lempeng kelapa diletak ke atas pinggan Sophiea. Nek Miah menyenduk dua sudu sambal tumis ikan bilis tersebut lalu diletaknya di tepi lempeng kelapa. Begitu sayang Nek Miah terhadapa Sophiea sehingga makanan pagi itu pun Nek Miah mengambilkannya untuk dirinya. Sophiea melihat lempeng serta sambal bewarna merah itu. Mukanya sedikit berkerut melihat makanan yang berada di hadapannya itu.

‘Apa ni?,’ bisiknya. Sejujurnya, ini kali pertama dia melihat makanan seperti ini. Sama ada dia baru melihatnya ataupun memori mengenai makanan ini telah hilang. Sophiea tidak pasti.

Sophiea melihat Nek Miah menyua lempeng yang dicicah sambal ke dalam mulut. Sophiea melihatnya lalu mempelajari cara makan makanan tersebut dari Nek Miah. Lempang tersebut dicerai sedikit lalu dicicah ke dalam sambal tumis ikan bilis tersebut. Kemudian, lempeng itu disua ke dalam mulut. Mulutnya mula mengunyah perlahan lempeng tersebut. Matanya terus membesar disaat makanan tersebut sebati ke dalam mulutnya.

‘Sedap!,’

Sophiea mencicah lagi lempeng tersebut dengan sambal tumis lalu disua ke dalam mulut dengan lahapnya. Tak sangka, ada juga makanan sesedap ini dunia ini.


SAIEDON memberhentikan lorinya di hadapan rumah Mail. Kelihatan rumah Mail masih lagi tertutup. Dahi Saiedon berkerut di saat melihat rumah Mail yang masih tertutup itu. Handbreak ditarik. Enjin lori dimatikan lalu Saeidon membolos keluar dari lorinya. Saiedon memandang kiri dan kanannya. Basikal Mail masih lagi tersadai di tepi rumah. Selipar yang selalu dipakai Mail masih lagi ada tersusun di rak kasut. Mana pula perginya Mail? Selalunya waktu-waktu seperti ini, muka dia sudah muncul dulu di hadapan rumah.

“Assalammualaikum! Assalammualaikum, Mail!,” ucap Saeidon seraya memandang pintu dan tingkap rumah Mail.

“Assalammualaikum!,”

Kedengaran bunyi tapak kaki menapak perlahan ke muka pintu. Dalam beberapa saat, pintu yang agak usang itu dibuka dari perlahan.

“Waalaikummussalam. Saiedon, lama ke kamu tunggu? Maaf, Mak Biah baru bangun ni,” ucap Mak Biah lemah. Walaupun keadaan dirinya masih lemah, bibirnya tetap mengukir senyuman untuk Saiedon.

“Idon… Idon baru sampai ni. Err… Mak Biah tak sihat ke? Mail mana? Tak nampak pula dia pagi ni. Selalunya, pagi-pagi lagi dia dah ada dekat depan rumah. Dia tak sihat ke Mak Biah?,” tanya Saiedon ingin tahu.

“Mail… malam tadi dia tak tidur jaga Mak Biah. Tu, dia baru nak tidur. Mak Biah tak sampai hati nak kejutkan dia. Hmm… Idon, boleh tak kalau hari ni Mail tak ikut Idon pergi kebun? Mak Biah kasihan pula tengok Mail letih jaga Mak Biah sepanjang malam tadi. Kalau kamu izinkanlah,” pinta Mak Biah dengan wajah sedikit pucat.

“Eh, tak pelah Mak Biah. Idon tak kisah pun. Idon boleh je kerja sorang-sorang. Ni, Mak Biah sihat tak? Mak Biah nak Idon bawakan Mak Biah pergi hospital tak?,”

“Tak pelah Idon. Mak Biah dah makin sihat dah ni. Lagipun, Mail dah bagi Mak Biah makan ubat, jaga Mak Biah malam tadi. Alhamdulillah, Mak Biah dah makin elok. Terima kasih ye Idon sebab bagi Mail cuti hari ni,”

“Betul ni Mak Biah dah sihat? Eh, tak payahlah Mak Biah ucap terima kasih pula. Idon tak buat apa pun. Lagipun kasihan Mail. Dia pun tak cuti lagi sepanjang bulan ni. Tak pelah, Idon bagi dia cuti. Kalau dia nak datang kerja, datang je. Idon tak kisah. Lagipun, Idon boleh handle semua ni,” jawab Saiedon sambil tersenyum.

“Terima kasihlah nak ye,” balas Mak Biah turut menghadiahkan senyuman kepada Saiedon.

“Sama-sama. Mak Biah, saya pergi dulu ye. Lewat dah ni. Nanti kirim salam Mail. Mak Biah jaga diri ye. Assalammualaikum,”

“Idon tak nak masuk dulu ke?,”

“Tak pelah Mak Biah. Lewat dah ni. Lain kali je. Assalammualaikum,”

“Yelah. Waalaikummussalam. Hati-hati,” pesan Mak Biah. Saiedon tersenyum. Dia terus melangkah mendekati lorinya. Nampaknya hari ini dia bekerja keras sedikit memandangkan Mail tidak dapat datang membantunya. Tapi tak mengapalah, kasihan Mail. Dia harus berehat. Sudah lama dia tidak mengambil cuti. Rajin budak tu. Tak pernah membantah. Saeidon cukup suka dengan Mail walaupun kadang-kadang penyakit nakalnya datang dan menyakat budak itu.

Saiedon menggeleng sambil tersenyum. Dia melangkah naik ke dalam lorinya lalu menghidupkan enjin dan memandu lorinya ke kebun.

*****

“ENCIK RYAN,” panggil Daniel yang baru sahaja masuk ke dalam pejabat Ryan.

“Hah, Daniel. Ada apa?,” tanya Ryan yang ketika itu sedang sibuk dengan kerjanya yang berlambak di atas meja.

“Err… Dato’ Mursyidd dan Datin Rasyiqah dah balik. Dia nak jumpa encik,”

“Hah?!,” membuntang mata Ryan melihat Daniel. Kerjanya tertangguh seketika.

“Bila mereka sampai?,”

“Hmm… tengah hari tadi,”

Muka Ryan berubah cuak. Mukanya berkerut memikirkan apa yang harus dia jawab jika Dato’ Mursyidd dan Datin Rasyiqah bertanya tentang ketiadaan Sophiea. Inilah yang dia takutkan selama ini. Dia tiba-tiba jadi buntu.

“Bila mereka nak jumpa saya?,” tanya Ryan.

“Sekarang Encik Ryan,”

Mata Ryan terpejam. Aduh, apa yang harus dia buat? Ceritakan hal sebenar? Oh, tidak! Pasti dirinya dipandang buruk oleh mereka berdua. Ryan menarik nafas. Nak tak nak, dia harus hadapi juga kedua-dua ibu bapa Sophiea itu.

“Baiklah. Sediakan kereta,”

“Baik Encik Ryan,” akur Daniel. Lantas, kakinya terus melangkah meninggalkan pejabat Ryan.

Ryan tersandar di kerusi. Tangannya diletak di atas dahi. Harap-harap nasib akan menyebelahi dirinya. Ryan mula berharap.


DENGAN yakin, Ryan Shauqie melangkah masuk ke dalam banglo tiga tingkat untuk bertemu dengan kedua ibu bapa Sophiea. Dia harus nampak yakin supaya mereka berdua tidak mengesyaki kehilangan puteri mereka.

Kelihatan figura Mak Jenab sedang berdiri di sisi pintu menunggu kedatangan Ryan. Mukanya kelihatan sedikit serba-salah tatkala berdiri di situ.

“Maaf, Encik Ryan. Mak Jenab tak tahu yang Dato’ dan Datin balik hari ni. Mereka tak beritahu apa-apa pun pasal hal ni. Maafkan Mak Jenab ye Encik Ryan,” ujar Mak Jenab serba salah.

“Tak pe Mak Jenab. Bukan salah Mak Jenab. Dato’ dan Datin dekat mana?,”

“Terima kasih Encik Ryan. Dato’ dan Datin tengah tunggu Encik Ryan dekat bilik bacaan,”

“Baiklah. Terima kasih ye Mak Jenab,” ujar Ryan dengan senyuman nipis.

“Err… Encik Ryan!,” langkah Ryan terhenti tatkala namanya dipanggil Mak Jenab. Ryan menoleh dan memandang wajah Mak Jenab.

“Ye?,”

Mak Jenab menelan liur. Bebola matanya meliar kiri dan kanan. Sepertinya pertanyaan itu nanti didengar oleh orang lain.

“Ma… macam mana dengan Cik Muda? Macam mana kalau Dato’ dan Datin tanya pasal Cik Muda nanti?,” tanya Mak Jenab separuh berbisik.

Ryan menelan liur. Pandangannya dilarikan dari memandang wajah Mak Jenab.

“Hmmm… Mak Jenab jangan risau. Tahulah saya nak cakap apa dengan Dato’ dan Datin nanti,” jawab Ryan cuba menenangkan Mak Jenab. Mak Jenab hanya mengangguk perlahan kepalanya. Mungkin jawapan yang diberikan oleh Ryan telah menenangkan sedikit kerisauan di hatinya itu.

“Baiklah Encik Ryan,”

“Saya naik atas dulu ye,” ujar Ryan besertakan senyuman yang manis. Mak Biah membalas senyuman Ryan itu. Kepalanya diangguk tanda faham.

Kaki Ryan terus melangkah menuju ke bilik bacaan di tingkat dua. Setapak demi setapak dia menaiki anak tangga. Di dalam hatinya sudah tidak tenang. Jantungnya jangan cakaplah. Bagai mahu tercabut tangkai jantungnya itu. Tapi Ryan tetap tayang muka tenangnya. Dalam situasi ini, dia tidak boleh melatah. Apa yang akan berlaku, dia harus hadapi dengan tenang-setenangnya.

Langkahnya terhenti di hadapan pintu bilik bacaan tersebut. Nafasnya ditarik perlahan. Pandangannya redup melihat tombol pintu bilik bacaan itu. Perlahan-lahan tangannya memulas tombol pintu. Dengan langkah yang sedikit yakin, Ryan melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.

“Hah, Ryan! Lama tak jumpa. Come!,” sapa Dato’ Mursyidd dengan gembira. Tubuh Ryan dipeluk dengan erat. Bibirnya mengukir senyuman yang lebar untuk Ryan. Ryan membalas pelukan dan senyuman daripada Dato’ Mursyidd itu. Tapi tidak selebar senyuman Dato’ Mursyidd. Hanya senyuman nipis yang mampu diberikannya.

Aunty,” sapa Ryan sambil menundukkan sedikit kepalanya.

“Ryan! Duduklah,” pelawa Datin Rasyiqah dengan senyuman yang ceria. Ryan membalas senyuman Datin Rasyiqah itu. Perlahan-lahan punggungnya dilabuh berhadapan dengan Datin Rasyiqah.

“Lama tak jumpa Ryan. Ryan sihat?,” tanya Datin Rasyiqah.

“Sihat Aunty. Uncle and aunty sihat?,”

“Sihat. Cukup sihat. Uncle panggil kamu datang sini sebab ada sesuatu uncle ingin beritahu Ryan,” jawab Dato’ Mursyidd dengan senyuman nipis terukir di bibir.

Kening Ryan terjungkit sedikit. Mukanya mula cuak mendengar kata-kata daripada Dato’ Mursyidd itu. Bebola matanya mula memandang wajah Dato’ Mursyidd dan Datin Rasyiqah. Kelihatan Dato’ Mursyidd memandang wajah isterinya dengan senyuman penuh makna. Begitu juga Datin Rasyiqah.

“Err… apa dia uncle?,”

“Macam ni. Esok uncle and aunty dah terbang balik ke Jerman. Lagi dua bulan, kami akan balik ke sini semula dan terus menetap di sini. Uncle and aunty bercadang, lepas kami balik sini semula kami nak satukan Ryan dan Sophie. Uncle and aunty nak nikahkan kamu berdua. Macam mana? Ryan setuju tak?,” aju Dato’ Mursyidd terus menikam tepat ke dalam wajah Ryan.

GULP! Ryan menelan liur. Ini petanda tidak baik. Betul-betul tak baik. Lagi dua bulan Dato’ Mursyidd dan Datin Rasyiqah terus tinggal di sini? Bermakna dalam masa dua bulan itu dia harus mencari Sophiea semaksimum yang boleh. Aduhai, peluh dingin sudah merecik di dahi. Bebola mata Ryan terus meliar ke kiri dan kanan. Tiba-tiba sahaja otaknya beku.

“Ryan?,” panggil Datin Rasyiqah.

Ryan tersentak. Pandangannya terus mendarat di wajah Datin Rasyiqah.

“Ye?,”

Datin Rasyiqah tersenyum melihat respons daripada bakal menantunya itu. Nampaknya Ryan benar-benar terkejut dengan cadangan mereka berdua.

“Jauh Ryan termenung. Ryan setuju tak dengan cadangan uncle and aunty tadi?,” tanya Datin Rasyiqah.

“Hah? Err… ye! Ye, Ryan setuju,” jawab Ryan tersenyum nipis.

Datin Rasyiqah dan Dato’ Mursyidd saling berpandangan. Senyuman gembira lantas terukir di bibir masing-masing.

“Alhamdulillah. Nampaknya kita dah kena sibuk mulai hari ni,” seloroh Dato’ Mursyidd.

“Yelah bang. Tak sabarnya saya. Akhirnya Sophie dan Ryan akan bersatu juga. I can’t wait that day!,” tambah Datin Rasyiqah teruja.

Ryan cuba tersenyum. Dadanya sudah berdebar hebat. Apa akan berlaku jika Sophiea tidak dijumpai sepanjang dua bulan nanti? Apa yang harus dia beritahu kepada Dato’ Mursyidd dan Datin Rasyiqah? Apa?

“Eh, baru uncle perasan. Dari tadi uncle and aunty balik, uncle and aunty tak nampak pun Sophie. Mana dia?,” tanya Dato’ Mursyidd.

ZUPP! Adrenalin Ryan mula aktif. Mukanya sudah berpeluh dingin. Jantungnya sudah berdegup tidak senada. ‘Alamak! Apa patut aku jawab ni?,’

“Err…,” Ryan menggaru batang tengkuknya.

“Sebenarnya, Sophie… Sophie… dia ada pertandingan dekat luar. Softball. Dalam seminggu juga pertandingan tu berlangsung. Dia baru berlepas semalam. Sorry uncle, aunty. Ryan tak sempat nak beritahu uncle and aunty pasal tu,” auta Ryan.

Sorry uncle, aunty. Ryan terdesak!,’ bisiknya.

“Ohh, tak pelah. Ryan dah jaga Sophie sepanjang uncle and aunty tak ada pun dah cukup baik. Terima kasih ye Ryan tolong jagakan Sophie untuk uncle dan aunty,” percaya Dato’ Mursyidd.

Ryan, mudah sahaja mendapat kepercayaan daripada Dato’ Mursyidd dan Datin Rasyiqah. Mereka berdua mempercayai Ryan sehingga memberi tanggungjawab sepenuhnya di bahu Ryan untuk menjaga Sophiea. Dato’ Mursyidd dan Datin Rasyiqah tidak risau sekiranya Ryan menjaga Sophiea. Hal ini kerana Ryan telah berkawan dan menjaga Sophiea sejak mereka kecil lagi. Oleh sebab itu, apa yang dikatakan Ryan dipercayai mereka bulat-bulat.

Ryan hanya tersenyum menerima kata-kata percaya daripada Dato Mursyidd. Syukur, kerana Dato’ Mursyidd mempercayainya.

“Hmm… apa kata kita bincang mengenai hari wedding nanti? Bincang awal tak salahkan?,” cadang Datin Rasyiqah teruja.

“Eh, boleh sangat. You’ve great idea sayang,” puji Dato’ Mursyidd. Datin Rasyiqah sudah malu-malu kucing tatkala dipuji oleh suaminya itu. Ryan hanya mampu tersenyum melihat gelagat kedua ibu bapa Sophiea itu. Jika ikutkan hatinya, mahu sahaja dia tinggalkan bilik itu dengan segera. Tapi, tidak sopan dan menimbulkan syak wasangka pula nanti. Mahu tak mahu, Ryan terpaksa menurut serta perbincangan tersebut dengan hatinya tidak tenang.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
SINOPSIS | BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | BAB 4 | BAB 5 | BAB 6 | BAB 7 | BAB 8 | BAB 9 | BAB 10 | BAB 11 | BAB 12 | BAB 13 | BAB 14 | BAB 15 | BAB 16 | BAB 17 | BAB 18 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku