Deadly Reporter
Bab bab 1
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 19 Februari 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
328

Bacaan






Maisarah Aqma.Hmm.Cantik Nama.Nak kata tak lawa, muka comey, ayu dan molek gitu.Tapi perangai dia…nauzubillah.Dashat bak hang!!!

“Mai! Tolong teman akak jap.Kita pergi kedai butik Hakim.”Lya anak keempat daripada lima orang adik –beradik.Hanya Lya dan Maisarah sahaja perempuan dalam kelima orang adik-beradik.Ketiga-tiga abang mereka sudah berkahwin dan berpindah berjauhan.

Maisarah turun dengan muka sekupang dah karat.

“Apa? Aku nak buat kerja ni! Malas lah...pergi sendiri jelah.Kau ni memang tak sukakan aku dok senang kat rumah ni, ada ja lah benda yang nak suruh aku buat.”Hisshh! minah satu ni.Pantang segala keturunan belah bapak aku bila ada orang kacau masa aku nak lepak macam ni.Memang susah jumpa spesies nyamuk macam minah ni.Pergi jelah dengan bakal suami dia.Apasal aku pulak yang jadi mangsa.Diorang yang nak kahwin bukan aku, ye dok?

Lya menjegil Maisarah.Berapi juga hatinya apabila adiknya memarahinya dengan membabi-buta sahaja.Oh...kau cakap kat aku ya?

“Kau cakap apa? Ada aku suruh kau pi betulkan jamban? Aku suruh kau temankan aku ja kan? Tak payah nak banyak songeh sangat dan bila aku suruh buat...BUAT JELAH!!!”Lya menjeling tajam wajah Maisarah.Dia mencapai kunci kereta dan menunggu adiknya di dalam kereta.

Naik tercabut cuping telinga aku dengar pekikan suara dia.Pitching tinggi woi! Bergegar jugak aku berdiri atas tangga ni, almaklumlah...rumah papan.Rumah kampung nak katakan.

Tanpa melengahkan masa, Maisarah bergegas keluar dari rumah selepas mengunci segala pintu di dalam rumah.Maisarah masuk ke dalam kereta tanpa mendengus atau merengek seperti budak kecil kepada kakaknya.Kalau buat jugak, pakej leteran sepanjang jalan akan di tawarkan khas kepada saya tanpa sebarang bayaran oleh presiden kelab dan persatuan angkatan wanita mulut pedas iaitu cik Lya Natasya Fadli.

Lya sudah berjalan masuk ke dalam butik Hakim manakala adiknya sedang berada dalam perjalanan ingin menutup pintu kereta.Nampak sangat lembab kalah sloth yang comey tu.

Sejak berada di dalam kereta, matanya asyik tertancap pada skrin telefonnya.Gosip panas.Memang satu gosip pun tidak pernah terlepas dari pandangan mata dan pendengaran telinganya yang tajam seperti lintah.

Ramai rakan sekerjanya menggelarkan dirinya sebagai Deadly Reporter kerana kritikannya yang sangat pedas dan agak lantang pada seseorang artis yang menjadi sasarannya.Boleh di katakan nasib malang kepada orang yang menjadi buruan gosipnya.Tetapi hanya dua orang yang boleh menumpaskan mulut cabai bonya, iaitu mak dan kakaknya Lya.Mereka berdua memang SUPER POWER!

Sebelum itu, adakah anda bijak seperti telefon pintar anda? Macam pernah dengar je kan? Kebijaksanaan anda hanya boleh di jawab oleh diri anda sendiri tetapi kebijaksanaan Maisarah boleh di ukur selepas belakunya peristiwa ini.

Maisarah sedang leka menguis-nguis skrin telefon bimbitnya, dia ingin berjalan masuk ke dalam kedai butik itu.Jarak antara kedai butik Hakim dengan kereta kakaknya hanya di pisahkan oleh longkang kecil.Dengan langkah tertibnya, Maisarah telah tersepak tebing longkang itu.Dengan segala hormatnya dirinya menghempap bumi seperti orang bodoh.Cermin mata yang sudah lama di sangkutkan pada batang hidung mula tercampak jauh ke atas lantai dan senasib juga dengan telefonnya.

Nasib baik hanya dagunya sahaja yang luka.Dia bangun dengan perlahan dan agak lemah, matanya yang kabur meliar mencari cermin matanya.Tangannya juga teraba-raba di atas lantai seperti orang buta yang kehilangan tongkat.Apabila dia hampir mencapai cermin mata, tangannya pula di pijak oleh seorang makhluk Allah yang berbadan gempal menggunakan high heels.High heels! Kau rasa?

Habis semua benda yang tidak ada kena mengenapun di campur aduk dalam sesi ceramah motivasi kepada perempuan yang agak bersalah juga dalam hal ini.

“Woi!! Ulu banat betui! Kau tak nampak ka tangan aku ni?! Buta warna punya minah.”Maisarah menjerit marah kepada perempuan itu.Apa kena mengenalah buta warna dalam hal ni?

Maisarah menggenggam erat tangan yang terasa sakit.Perempuan itu menghampiri dirinya lalu cermin mata dan telefon Maisarah di serahkan kembali.Maisarah agak terkejut dengan tindakan drastik perempuan itu.Tangannya pantas mengambil cermin mata.Dia melihat wajah perempuan itu sungguh cantik lagi mulus, terus hatinya yang berapi sebentar tadi bertukar menjadi sejuk seperti di kutub utara.

Senyuman keinsafan di tunjukkan.Serta merta mulutnya mengeluarkan kata-kata yang berbunga-bunga.

“Maaf ya dik.Tadi akak maki adik cam tu ja.Sorry eh?”Eh terbalik? Sepatutnya perempuan itu yang harus meminta maaf kepada Maisarah bukannya dirinya.Ah! tak kisah la...

Perempuan itu mengangguk perlahan di ikuti senyuman manis mendatang.

“Takkpa kakkk.Adikkk yang salah.”

Ternganga Maisarah mendengar suara perempuan itu.Rupanya bukan adik tapi adik-adik.Nak tergelak pun ada tapi kena coverlah nanti kantoi plak!

“Baiklah kakk, adik pergi dulu yee.” Perempuan yang tak berapa nak tulen tu pun berjalan pergi meninggalkan Maisarah yang tersenyum riang sehingga ke telinga.Terkedek-kedek macam perempuan melayu yang terakhir.

Eee...naik geli woh.Macam-macam zaman sekarang ni.Tetapi senyumannya tidak bertahan lama apabila dia mengambil telefon yang tercampak di atas lantai.Seram sejuk menjelma.Apo nak di kato...iphone aku retak seribu.Mampuih la aku nak hadap minah ni.Huahuahua.Dah la Lya yang beli.Buat pekak jelah.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab bab 1 | Bab bab 2 | Bab 3 | Bab | Bab 5 | Bab 6 | Bab | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku