Deadly Reporter
Bab bab 2
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 19 Februari 2017
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
282

Bacaan






Maisarah masuk ke tempat kerjanya seawal 10 pagi.Awal sangat! Dalam perjalanan dia menghampiri tempatnya dia sudah dapat mengecam sekujur tubuh yang sedang menyandarkan diri di meja kayu.Ya! Bos aku Hazarul A.K.A. Hazy.Maisarah meletakkan beg sandangnnya di atas meja yang di penuhi kertas-kertas serta majalah yang tidak tersusun rapi.Memang tikus pun boleh buat rumah tangga di mejanya.

Hazy melihat Maisarah seperti mahu menelannya hidup-hidup.Maisarah pula hanya melakukan lakonan yang meletop dan boleh menang pelbagai anugerah khas buatnya iaitu anugerah pelakon buat-buat bodoh tahunan.Jelingan maut Hazy hanya dib alas dengan senyuman.Maisarah duduk di atas kerusi sambil kakinya di silangkan, dia tidak mengendahkan jelingan maut lelaki lembut itu.

“Ehemm…awal datang cik Maisarah? Bagus betul lah dapat pekerja rajin macam awak ni, kalau ada ramai pekerja macam awak ni kan bagus.Boleh memajukan syarikat saya ni lagi, betul tak?”Sindir Hazy.

Maisarah tersenyum, walaupun dalam hati gunung berapi sedang memberi tanda-tanda ingin memuntahkan lahar yang panas.Hmm…sabar Mai sabar.

“Macam mana la aku boleh pilih kau jadi pekerja aku.Dah lah pemalas, lembab tahap apa pun aku tak tau la ko ni.”Lelaki itu masih mahu lagi menyindir Maisarah.Tidak puas hati.

Ha! Ni yang nak aku dengar sangat ni! Bila masa yang aku malas dan lembab.Setiap hari aku datang awal, ko cakap aku lembab.Bila aku datang lambat, kau kata aku lembab dengan malas.Tak pernah sehari pun aku ponteng kerja tau tak.Kepala hotak kau! Ada salah skit, nak mengamuk.Memang mak nyah ni nak kena gosok lidah dengan aku ni.

“Cik Hazy…ooppss! Encik Hazarul…saya memang tak pernah culas tau.Kalau saya lembab, tak da lah hari-hari cerita saya asyik masuk akhbar ja.Jangan cabar saya, saya boleh tulis hinaan awak terhadap saya sepanjang saya berkerja dengan awak ni dalam akhbar.Nama awak boleh jadi busuk macam air longkang.Syarikat awak boleh muflis dengan drsatik sekali.What do you thing?”Maisarah berleter panjang kepada Hazy yang merupakan bosnya sendiri.

Hazy terdiam seketika.Dia berfikir dua kali untuk membalas kembali kata-kata pedas gadis itu.

“Next time, if you late again, you’ll fired”Hazy berlalu pergi tanpa sebarang kata.

Maisarah tersenyum puas.Huh! baru kau tahu langit tinggi rendah.cari pasal lagi dengan aku.Kalau kau buat lagi, aku memang akan balas habis-habisan.Gua tak bagi can kat lu bro!

***********************

Maisarah menyiapkan tugasnya.Dia perlu menyiapkan penulisannya untuk di hantar dan di siarkan di dada akhbar nanti.Dia menulis gosip panas yang menjadi bualan ramai terutama sekali gosip mengenai hubungan seorang artis perempuan yang bernama Fina telah di ganggu oleh seorang pemuda semasa melangsungkan majlis hari jadinya.Ramai yang mengatakan pemuda itu memiliki ramai gadis tidak kira artis mahupun tidak.Semuanya dia sapu bersih.Nak kata tiap-tiap hari wajahnya masuk di dalam akhbar, sekejap dengan perempuan tu, kejap dengan perempuan ni.Laki kaya…memang macam tu ke?

Maisarah mengomel seorang diri.

“Hoi!!”

“Mak kau hijau!” Maisarah dengan pantas menekup mulutnya.Tidak pernah dia melatah.Habis satu ofis dengar suaranya.Mukanya sudah bertukar menjadi merah .

Sherry ketawa berdekah-dekah.

“Haiyoo! Mai.Melatah apa lu ni? Dah tua ke?” Sherry mengusik Maisarahyang sedang mengurut dadanya dengan laju.

“Amoi.Lu ni banyak cakap woh.Gua mati, hidup lu tak senang tau! Gua kacau lu nanti.” Maisarah membalas kembali.Jantungnya masih berdegup dengan kencang.

“Mai saya gurau je la…”

Maisarah menjeling tajam kepada Sherry.

Namun Sherry bijak mengubah topik perbualan mereka sebelum dia akan di ceramah khas oleh Maisarah.

“Mai.Kita kena pergi satu sidang media lagi.”

“Hmm…”Matanya masih lagi tertancap pada skrin computer riba.

Sherry berasa tidak dirinya tidak di hiraukan.

“Kau tahu pasal apa? Pasal Qamil dan Dayan pula…” Sherry tersenyum.

Terhenti jari-jemarinya menaip berita di dalam komputer riba.Maisarah melihat Sherry dengan muka serius seperti tidak percayakan kata-kata rakannya sebentar tadi.

“Yes dear, it’s true.”Sherry mengiakan kebenaran itu.

“Bengang betul la aku dengan mamat ni! Aku tulis pasal dia dengan Fina pun tak habis lagi, dia buat hal pulak dengan Dayan. Jantan tak guna betui!” Marah memang tak terkata, gila mamat ni.Setiap hari tukar awek ka? Ingat apa? Pampers pakai buang.Kalau aku dapat si miang buluh ni, memang makan tak habis aku basuh otak dia.

“Tu lah…aku pun dah tak larat nak hadap muka si Qamil tu.”Sherry turut bersetuju dengan pendapat Maisarah tentang lelaki itu.

Maisarah mengeluh.

“Tak pa aku bincang dengan Hazy pasal benda ni.”

Sherry mengangguk tanda setuju.

Selepas menaip lengkap cerita di dalam komputer.Jari-jemarinya di letup-letupkan.Kepala di pusingkan kerana terasa lenguh di bahagian itu.Dia bangun dan berjalan mendekati bilik Hazy.Pintu bilik di ketuk, namun tiada jawapan.Di ketuk lagi, pun tak jawab.Hisshh! lembut ni buat apa? Sembang dengan mak nyah lain lah tu.Aku terajang jugak pintu ni melayang telepek dekat muka dia.Ha…baru senang nak jumpa.Bukak-bukak pintu dah nampak muka dia.Hidung kat bawah, mulut kat atas.

Maisarah tidak berputus asa, dia cuba mengetuk sehingga hampir berlubang pintu di buatnya.

“Jap, jap.”

Baru dengar lembut ni.Tak korek telinga kot.Nak buat tembok pun agak-agaklah, jangan buat tembok guna taik telinga ko.Bahlul.

“Heh…kau nak ape?”Hazy mengelap peluh di kepalanya menggunakan sapu tangan yang berwarna merah jambu.Orang jenis lembut, kalau tak guna warna lembut memang tak sah.

Berkerut dahi Maisarah memikirkan apa yang bosnya lakukan sehingga mengeluarkan peluh yang begitu banyak.Buka pendingin hawa pulak tu.Pelik.Dia melihat bosnya atas bawah.

“Kau nak apa? Nak mintak naik gaji? Sorry.Memang takkan berlaku.”Selamba sahaja Hazy mengata Maisarah tanpa rasa bersalah.

Maisarah mengangkat kening.Apa yang lembu ni dok merapu sakan nih? Aku tak cakap apa-apa pun.Puiihh!

“Hazy kau buat apa sampai berpeluh macam ni?” Maisarah memikirkan benda yang bukan-bukan.Hazy adalah rakan yang agak rapat juga ketika di zaman persekolahannya dahulu.Mereka berdua masing-masing akan berlagak seperti bos dan pekerja apabila berada di tempat kerja supaya para pekerja yang lain tidak mengesyaki bahawa mereka berdua adalah sahabat yang sangat akrab.

“Aku tengah buat push-up.Nak jadi gagah sikit.”Hazy tersipu-sipu malu manakala Maisarah ternganga mendengarnya.Biar betul? Kau dah insaf ke? Alhamdulillah kau ada hati juga nak jadi gagah untuk perempuan.Nampak macho juga.Huhuhu.

Eh apa aku mengarut? Sudah! Hentikan segala kemungkaran ini.Pemikiran aku masih suci.Astaghfirullahhalazim.

“Okey…aku nak bincang sikit pasal team kitorang.Aku tak nak jadi pemburu gosip dah.”

Hampir tersembur air Nescafe Latte yang baru di teguk.Terbuntang matanya mendengar penjelasan daripada Maisarah.

“Kau biar betul? Kau macam permata tau dalam syarikat ni.”

“Aku bukan nak berhenti, aku nak suruh kau cari team lain untuk gantikan tempat kitorang.”Jelas Maisarah lagi.

“kenapa?”

“Aku dah muak.Setiap kali aku upload berita gosip, wajah Qamil selalu ada.Aku tak boleh la…bosan!”

Hazy ketawa kecil.

“Tapi kau lah yang paling bagus tulis pasal gosip ni.Tolonglah kau macam tulang belakang syarikat ni dah.”Hazy cuba memujuk.

Maisarah terdiam seperti memikirkan sesuatu.

“Okey, macam ni.Korang akan dinaikkan gaji sikit je tak banyak.Kalau banyak bankrupt lah aku.Hehehe.”

“Aku tak nak naikkan gaji…aku okey.Cuma tulah…bosan.”Maisarah berasa serba-salah apabila Hazy ingin menaikkan gajinya.

“Lama-lama okey lah tu.”Hazy memberi senyuman manis kepada Maisarah.

Daripada kau cakap lama-lama lebih baik kau cakap berpuluh tahun.Memang dah lama sangat aku hadap muka lelaki tu sebab tulah aku bosan.

Maisarah membalas kembali senyumannya.Kakinya laju melangkah keluar bilik lelaki itu dengan hati yang hampa.Harapan yang menggunung tidak kesampaian.Hmm…tak pelah.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab bab 1 | Bab bab 2 | Bab 3 | Bab | Bab 5 | Bab 6 | Bab | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku