Deadly Reporter
Bab 3
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 19 Februari 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
218

Bacaan






Maisarah Aqma duduk di kerusi yang di sediakan.Sherry merupakan jurugambar manakala aku pula tukang tanya dan tulis.Tiba-tiba nak terkencing pulak.Masa ni la kau nak buat hal, minum air berkodi-kodi tadi tu la nak terkencing.Ambik ubat!

“Mai.Lu mau pergi mana? Nak start dah ni.” Sherry mengerutkan dahinya.

Maisarah berhenti di hadapan pintu dewan itu.Dewan yang serba mewah itu telah di tempah untuk menempatkan sidang media yang akan berlangsung tidak lama lagi.Dia menoleh ke arah Sherry yang berdiri beberapa tapak darinya.Namun, jawapan yang di cari oleh Sherry tidak di jawab.Maisarah berlalu pergi meninggalkan Sherry di belit seribu satu soalan.

Niatnya ingin menemani rakan setugasnya tetapi kerana kekangan masa, dia terpaksa meneruskan kerjanya yang belum di langsaikan lagi sebelum tetamu mereka tiba.

**********

Dengan kelajuan seratus kuasa kuda, Maisarah memecut masuk ke dalam tandas dengan selamat.Rasanya para wanita yang sedang touch-up di depan cermin tadi pun nak melayang kerana terkena ribut taufan yang di bawanya.Selepas membuang apa yang patut, Maisarah keluar sambil membetulkan baju dan rambut.Usai mencuci tangan, dia keluar dari tandas dengan keriangan hati seperti kanak-kanak Ribena.Terkinja-kinja macam kera pun ada juga.

Sedang dia menikmati angin sepoi-sepoi bahasa di luar bangunan, Maisarah di rempuh kuat sehingga menyebabkan badannya tidak dapat mengawal keseimbangan lalu rebah ke bumi namun tangannya lebih pantas menahan mukanya.Kalau tidak mukanya akan menjadi seperti kek lapis yang terjatuh di atas lantai.Hadoi...bergegar otak aku.Kerbau mana pulak rempuh aku ni? Maisarah bangun dengan lemah.Matanya liar mencari suspek utama.

Matanya tertancap pada seorang pemuda yang baru sahaja melintas di hadapannya.Pemuda itu memberi senyuman sinis, ala-ala memerli.Dia berlalu pergi sambil di dikuti oleh seorang gadis di belakangnya.

Oh...Qamil rupanya, barulah hamba nampak tingkah lakunya berupa seperti SETAN!! Mangkuk bertingkat punya mamat.Dia boleh tolak aku macam tu ja? Kau ingat kau kaya, kau bagus sangat? Pirraahh! Tunggu kau.Mendidih hati Maisarah seperti air yang menggelegak.

Maisarah masuk ke dalam dewan dengan muka yang merah padam.Malu dan marah.Dia memang tidak mahu datang kembali ke dewan itu tetapi di sebabkan pekerjaannya dan rakannya di sana sedikit sebanyak mengubati perasaan yang terluka.Hupphh! terluka apa? Parah dah pun.

Sidang media di mulakan setibanya Qamil dan Dayan duduk di meja hadapan menghadap para wartawan yang laparkan gosip.Sidang media ini berlangsung dengan baik sekali kecuali Maisarah.Dia merasakan dirinya kini berada di kaki gunung berapi yang ingin meletus.Perdebatan antara Maisarah dan Qamil menjadi tumpuan ramai di dalam dewan itu.Sherry menekup mukanya yang terasa malu kerana sikap rakannya yang tidak berapa nak malu itu.Maisarah tidak langsung memberi peluang kepada wartawan yang lain untuk menanyakan soalan.

“Hoi...Maisarah! Bagi pulak kitorang tanya pulak asyik engkau ja.”Seorang wartwan lelaki bangun dan membantah perlakuannya yang pentingkan diri sendiri.Bila satu dah membantah, semua pun nak membantah la.Sherry juga turut memujuk Maisarah agar dia memberi peluang kepada yang lain untuk bertanyakan soalan.Maisarah akur, lagipun dia sudah penat bercakap dalam jangka masa yang lama.Kebas habis lidahku ini.

Berpeluh Qamil dan Dayan di buatnya.Lega apabila mereka terlepas dari soalan yang menduyun, berbisa dan tanpa henti.Maisarah hanya meminta Qamil menjawab satu lagi soalan.

“Qamil, kenapa awak selalu mengganggu anak dara orang eh? Kalau jumpa yang seksi je...semua nak kebas.Tak bosan ke? Atau tak de kerja?”

Woh! Ni memang biadap, ingatkan budak skema macam dia ni tak tahu bab-bab soal menyoal tapi dia pula yang paling hebat.Okey, okey fokus...jawab soalan dengan tenang.Seperti biasa...

“Ini urusan peribadi saya.Rasanya awak tak perlu tahu.”Qamil berlagak cool.

“Nampak sangat awak nak elak soalan saya.Kenapa ya?”Maisarah tersenyum.Ha...tau nak gelabah.

Qamil buntu, disuruhnya Dayan untuk membalas soalan itu tetapi pandangan blur tahap dewa di tonjolkan.Macam mana ni? Macam mana ni?

“Emm, siapa kata saya suka ganggu anak dara orang? Saya tengah cari calon isteri yang sempurna.Itu ja.”

Maisarah memberi senyuman sinis.

“That’s all you have?”

Kelu lidah Qamil.Peluh jantan sudah membasahi pipinya.Gelabah tak payah cakap.Dia cuba senyum namun tidak berjaya.

“Dah ada calon isteri?” Maisarah bertanya lagi.

“Masih mencari.”

“Takkan masih mencari? Berpuluh perempuan yang awak kawan, takkan satu pun tak melekat? Pelik.Atau memang jenis playboy macam awak ni suka mainkan perasaan dan hati perempuan?”Pedas kali ini bidasannya.Memang sudah menyampah aku dengan mamat ni.Setiap kali di tanya, jawapan yang sama juga di ulangi.Sampai bila? Sampai tua baru nak insaf? Memang kena buku denga ruas lah!

Qamil berasa malu tetapi juga marah.Ya, marahnya kian membuak.

“Siapa awak nak judge saya! Ini urusan peribadi saya.Ini cara aku nak kenali hati perempuan yang aku inginkan.That’s my business!”Qamil bangun daripada tempat duduknya.Walaupun beberapa pengawal peribadinya menahan dirinya dari meninggalkan sidang media yang masihbelum habis lagi, namun dia tetap beredar dari situ.

Maisarah tersenyum puas.Sherry masih bingung melihat kelakuan rakan karibnya.

Ramai wartawan yang memarahi dirinya kerana telah melukakan hati si Qamil itu.What? seperti yang di janjikan satu soalan.Satu soalan untuk menamatkan segala pembohongan lelaki itu.Maisarah bangun dan meninggalkan sekumpulan manusia yang masih mengamuk kerana sikapnya yang pentingkan diri sendiri di dalam dewan itu.Bersahaja dirinya.

Sherry mengemas segala peralatan yang di bawa.Kakinya laju mengejar Maisarah yang sudah berada di pintu kereta Myvi.

**********

Mereka berdua singgah di restoran Mamak yang selalu menjadi pilihan utama mereka.Air milo ais di teguk dengan pantas.Maisarah terlalu dahagakan air setelah sekian lama berperang mulut dengan si Qamil itu.Sherry hanya memesan teh tarik namun air itu langsung tidak di usik.Dia membisu, tangannya menongkat kepala dan pandangannya di buang di persekitaran restoran itu.

Maisarah mengesan perubahan sikap Sherry yang selalunya gembira setelah mereka berdua pulang dari mana-mana sidang media yang diadakan.

“Kenapa Sherry?” Maisarah bersuara dengan suara yang serak-serak basah.

Sherry memandan kosong muka Maisarah.

“Apa yang kau dah buat ni?”Sherry bersuara.

“Maksud kau?”

“Kau tak bagi peluang langsung dekat wartawan lain dan kau telah buat Qamil marah.That’s not our points.Kita kena professional, nanti tak pasal-pasal nama kau pula yang masuk akhbar.Di kecam habis-habisan.Kau nak ke macam tu? Syarikat kita yang malu tau.”Panjang lebar Sherry menjelaskan kepada Maisarah agar kesalahannya tidak di ulangi lagi.

Maisarah terdiam.

“Aku minta maaf...”

“No! Aku nak kau minta maaf kepada semua wartawan yang datang tadi.”Sherry mendesak Maisarah.Kesalahannya memang tidak boleh di maafkan.

“Tapi macam mana?”

Sherry memberi senyuman.

“Jangan nak suruh aku habiskan kredit aku...”Maisarah menggelabah.Dia sudah dapat mengagak apa yang ingin di beritahu oleh rakannya.

“Bagus lah kalau kau dah tahu, aku bagi senarai nombor mereka nanti ya!”Sherry kembali ceria.Teh tarik yang sudah sejuk di teguk dengan senang hati.

Melopong Maisarah.Habis lah aku...!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab bab 1 | Bab bab 2 | Bab 3 | Bab | Bab 5 | Bab 6 | Bab | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku