Deadly Reporter
Bab
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 19 Februari 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
329

Bacaan






Mereka berdua menghabiskan minuman yang di pesan sebelum meninggalkan restoran itu dan pulang ke rumah masing-masing.Maisarah memandu kereta Myvinya pulang ke rumah ibu bapanya.Walaupun ibubapa Maisarah telah lama meninggalkan mereka lima beradik sejak 10 tahun yang lalu namun kenangan lama masih lagi segar di setiap sudut rumah itu.Lya sudah berpindah jauh dari perkampungan ini dan duduk serumah bersama temannya di Kuala Lumpur kerana faktor pekerjaan.Kadang-kadang dia akan datang melawat Maisarah dan keluarga ibu saudaranya yang masih menginap di rumah usang itu.

Ibu saudaranya iaitu Rahmah telah kehilangan suaminya sejak lima tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya.Dia mempunyai dua orang anak lelaki yang masih lagi kecil.Rahmah atau panggilan mesranya makngah membanting tulang menyara kehidupan mereka tiga orang anak-beranak.Pada suatu petang, makngah pulang dari sawah padi dan membawa kuih-muih yang di belinya sebelum pulang ke rumah.Dia amat terperanjat apabila tuan rumah itu telah menghalau mereka bertiga beranak dari rumah itu kerana tidak dapat melangsaikan hutang yang tertunggak.Dua anak lelakinya sudah mengemas segala pakaian dan barang keperluan mereka.Makngah terpaksa akur dengan nasib yang sudah di tentukan Allah yang Maha Esa.Makngah dan dua orang anak lelakinya mengheret segala kelengkapan harian mereka pergi ke sebuah pondok yang agak buruk tetapi masih kukuh.Di situlah Maisarah telah berjumpa mereka tiga orang anak-beranak sedang menjamah kuih yang di beli.Dia mengajak ibu saudara dan sepupunya tinggal bersama-samanya di rumah ibubapanya.

Sepuluh bulan telah berlalu.Kini, Maisarah hidup bahagia bersama keluarga ibu saudaranya.Dia berasa gembira apabila dua orang sepupunya iaitu Aniq dan Aqmal dapat hidup dengan selesa seperti mana kehidupannya yang dahulu.Maisarah menyara mereka bertiga walaupun gajinya tidaklah sebesar mana pun.Duit yang halal dan rasa bersyukur kepada Allah S.W.T menjamin kehidupan yang bahagia sekeluarga.Itulah yang selalu di pesan oleh ayahnya Fadli selepas menunaikan solat subuh berjemaah dan kini di terapkan pada diri dua orang sepupunya yang masih lagi kecil agar amalan baik ini terus di amalkan turun-menurun.InsyaAllah kehidupan yang susah walau apapun cabaran yang menimpa, kehidupan kita tetap bahagia.

Tuk! Tuk! Tuk!

“Along bangun! Nak habis dah subuh, cepat bangun!”Makngah berasa hairan kerana anak saudaranya yang selalu di panggil Along sentiasa bangun lebih awal darinya untuk menolongnya membungkus nasi lemak untuk dijual di kedai makan berhampiran.

Tiada jawapan.Di ketuknya lagi tetapi kali ini lebi kuat.

“Along ! Bangun!”Kali ini suaranya amat kuat sehingga dapat memecahkan kesunyian di pagi itu.

Maisarah terkejut jaga.Agak tidak stabil juga keseimbangannya berlari ke arah pintu papan itu.Dia segera membuka pintu, matanya di gosok perlahan.

“Awat...makngah? Bagi along tidur jap dalam lima minit ja.Okey?”Maisarah merengek macam budak kecil.Tak sedar diri dah tua bangka, lagi dok manja-manja.

“Hamboi...pi sembayang subuh.Hari ni kerja kan? Awat yang malas sangat ni?”Makngah bercekak pinggang.

Maisarah menguap sambil mengeliat.Makngah hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat karenah anak saudaranya ini.

“Hmm...jap lagi along pi sembahyang.Along nak pi mandi dulu...”Matanya masih tertutup rapat.

“Jangan melencong tempat lain pulak...”Makngah berlalu pergi.Maisarah dapat merasakannya walaupun matanya masih tertutup.Dia dapat merasakan bunyi lantai kayu lama yang di pijak makngahnya.

Dia menutup kembali pintu, badannya di rebahkan di atas katil.Tidak lama selepas itu, deringan telefonnya berbunyi.Pecah mengantok! Dalam keadaan keadaan marah, dia menjawab panggilan tersebut.

“Hey...! Mai.Kau datang kerja awal hari ni.Jam lapan.Sharp.Penting.”Talian di putuskan.

Maisarah agak bingung sebentar.Sel-sel otak baru nak berhubung kejap.Dia melihat skrin telefonnya.Hazy? Apa yang penting? Aku dah mintak maaf dah dekat semua wartawan semalam.Habis kredit aku.Sampai tak cukup tidur.Nak apa lagi?

**********

Tepat pada jam lapan pagi, Maisarah tiba di tempat kerjanya.Sempat juga dia bersembang dengan Sherry yang sedang minum air teh di tempatnya.Mereka begelak tawa sehingga ke dalam bilik Hazy boleh dengar.Bukan semua rakan sekerjanya tak kenal perangai si Maisarah ni.Kalau boleh sampai ke esok pagi dok bersembang dengan Sherry, dunia nak kiamat ke? apa ke? Semua tu belakang citar!

“Mai, bos panggil.”Kata seorang rakan sekerjanya.

“Dia nak apa?”

“Entah.”Dia berlalu pergi selepas menyampaikan mesej bosnya kepada Maisarah.

Sherry mengerutkan dahinya.Apahal si Hazy nak jumpa Mai pagi-pagi ni?

“Mai, kenapa bos panggil?”Bisiknya.

Maisarah hanya mengangkat kedua-dua belah bahunya serentak berserta pakej muka lembab di berikan.

“Okey lah.Aku pergi dulu.”Maisarah berjalan menghampiri bilik Hazy sebelum di ketuk beberapa kali.

Hazy membuka pintu.Mukanya lain bebenor nampaknya.Maisarah berbisik di cuping telinga lelaki itu.

“kenapa panggil aku?”Hatinya sudah risau.Namun Hazy tidak mengendahkan soalannya itu.Lagi risau di buatnya.Ada polis nak tangkap aku ke? Tak nak!

Maisarah dapat melihat seorang pemuda sedang duduk menghadap kerusi Hazy di hadapan.Soalan berpusu-pusu keluar daripada mindanya.Siapa dia?

Hazy menjemput dirinya duduk bersebelahan dengan pemuda itu.Dia hanya menurutkan sahaja.Maisarah cuba menjeling pemuda itu untuk melihat paras rupanya.Tetapi Hazy lebih pantas memulakan hujah sejurus membatalkan niatnya.

“Mai, saya rasa awak dah kenal kot pemuda sebelah awak tu.”Ucapnya perlahan sahaja.Macam takut.Takut?

Maisarah menoleh ke arah pemuda itu.Terkejut beruk di buatnya tetapi dia menahan perasaan itu.Patutlah Hazy takut, rupanya Qamil.

“Terkejut?”Qamil mula bersuara.

“Entah la, rasanya tak kot.”Mulut tipu tapi hati kata ya, aku memang terkejut.

Hisshh! Minah ni.Pagi-pagi nak panaskan enjin hati aku.Kalau kau ni anak patung, dah lama aku cabut kepala kau tu.Qamil mendiamkan diri.

“Sebenarnya, Mai.Saya nak beritahu awak yang encik Qamil datang ni...”

“Aku nak saman kau.”Bersahaja dirinya berkata begitu.

“Apa?!”

“Eh? Tadi tak terkejut pun.Sekarang baru nak terkejut.”Qamil melihat muka Maisarah yang sudah semakin menjadi-jadi merahnya.

Maisarah merenung tajam wajah Qamil.Eeeeii! aku tumbuk muka kau macam punching bag nanti.Sambal pudina betoi!Tiba-tiba satu perasaan dalam dirinya muncul membuatkan perasaan marah bertukar menjadi cool.Maisarah memberi senyuman sinis kepada Qamil.

“Apahal engkau ni? Gila ke?”Qamil mula cuak melihat wajah gadis itu yang tidak pula marah seperti tadi.

“Kau nak saman aku sebab semalam kan? Kau malu kan? Hmm...tak boleh nak buat apa dah.Semua orang dah tahu perangai kau.Kalau kau nak saman aku pun takkan dapat nak tutup lubang besar yang dah terbuka.”Maisarah memandang tepat ke muka Qamil.Senyuman sinis bergayut di bibirnya.

Makin berapi Qamil di buatnya.Kurang asam kau!

“Kau punya pasal semua jadi macam ni!”Qamil menunjukkan jari telunjuknya ke arah Maisarah.

“Hah! Alihkan tangan anda yang berkuman itu.”Maisarah menyembunyikan mukanya di balik Fail yang di ambil di atas meja Hazy.

Hazy menenangkan Qamil dan Maisarah yang sedang marah.Tak pasal-pasal Hazy pula yang di marah mereka berdua.Dia terduduk diam di kerusi sambil memeluk tubuh, dia melihat sesi tikam menikam lidah antara satu sama lain.

“Enkau punya salah, malulah aku nak hadap muka kawan-kawan aku.Maruah family aku tercalar.”

Maisarah sudah berdiri dari tempat duduknya, punggunnya sudah panas nak duduk sebelah lelaki itu.

“Heh.Kau yang buat hal dulu.Aku sebagai wartawan harus peka benda macam ni.Lagipun apasal kau nak couple dengan artis semua bagai.Memang dapatlah!” Maisarah menengking lelaki itu.

Hazy memang sudah hilang sabar, makin di sabar makin menjadi pergaduhan mereka.Dia berdiri, sekali lagi dia tolong sabarkan mereka berdua tetapi tidak di hiraukan.Macam mencurahkan air ke daun keladi.

“Shut up!” Terkeluar suara gagah perkasanya.Matanya menjegil muka Maisarah.Gadis itu terus diam.Tidak pernah lagi si Hazy ni marahkan aku.Gerun weh.

“Huh.Padan muka.”Qamil mencemuh gadis itu.

“Kau pun satu.Nak salahkan Mai pun tak boleh, dia hanya menjalankan tugasnya sahaja.Habis tu sesedap mulut kau, kau nak saman dia.Salah kau juga.”Dia tidak peduli yang sedang di marahnya ialah anak Dato’ ke? Tan sri ke? Ada aku kisah? Aku sebagai bos, kena pertahankan pekerjanya, tambah-tambah lagi kawan aku.No way! Aku takkan biarkan kawan aku jadi bahan buli.

Qamil juga turut terdiam sama seperti Maisarah.

“Senang korang kahwin lah terus habis cerita.Tak payah nak bising-bising.Kau pun Qamil, umur kau bukan muda.Dah nak dekat tiga puluh dah pun.”Selamba Hazy memberi cadangan yang tidak masuk akal.

“What?!”Kedua-dua orang mereka menjerit terkejut.

“Apa? Betul la.”Senyuman di berikan kepada mereka berdua.

“Tak mungkin itu akan terjadi.”Maisarah mula membebel seorang diri manakala Qamil mendiamkan diri seperti memikirkan sesuatu.

Hazy merenung sahaja muka Qamil itu, tidak senyum atau marah.Fikir apalah si mamat ni?

“Fikir apa tu?”Hazy menegur pemuda itu.

Qamil terkejut kerana perbuatannya sebentar tadi di perhatikan.Malu menjelma.

“Emm, tak...tak fikir apa pun.”Qamil mati-mati berkata dirinya tidak memikirkan apa-apa pun.

Di sudut hati, Maisarah sudah mula mengesan perkara pelik mengenai Qamil itu.Kau jangan fikir nak melamar aku sudah, otak dia ni bukan betul sangat.Kejap nak buat tu, kejap nak buat ni.

“Ye ke?”Meleret sahaja senyumannya.

Maisarah mula tidak senang duduk.Nak sepak jugak muka Hazy ni.Ada ke patut dia bukak tajuk kahwin.kau sendiri pun tak kahwin,nak suruh aku kahwin.Maisarah meminta diri lebih awal sebelum dia bukak tajuk bercinta pulak.Dari sudut matanya, dia dapat melihat Hazy sedang menahan tawa.Kalau aku macam The Rock, dah lama aku cekik dia guna otot-otot kat lengan aku.Macam nak baling ja high heels aku, biar melekat kat dahi dia.Mati tak dan mengucap kang!

Pintu bilik Hazy di tarik perlahan.Dia berjalan dan duduk di kerusi di tempatnya.Tak da mood nak sembang dengan Sherry.Peluh dingin membasahi diri, tangannya menekup muka yang terasa bahang kerana malu.Herrggh! geram aku si Hazy ni.

**********

Keadaan menjadi lengang semula di dalam bilik Hazy.Qamil menoleh ke arah Hazy.Ternyata matanya masih lagi merenung dirinya.Apasal dia ni? Gay ke?

“Kau suka tak dia?”Hazy mula membuka soalan pelik.

“Tak da maknanya.”Qamil membalas.

“Tipu la teeuuw.Aku nampak kau asyik tengok si Mai je masa dia dok membebel sorang-sorang.Kau syok kat dia eh?”Hazy menyandarkan dirinya di kerusi.

“Tak la.”Qamil membuat muka masam.Macam mana dia ni boleh nampak? Haduh, susah lah macam ni.Dalam ramai-ramai gadis yang datang padanya, Maisarah agak manis dan pandai menjaga maruah diri.Tapi tak reti jaga mulut, main lepas je.

“Kau nak tahu tak rumah dia kat mana?”

“Buat apa?”Qamil mula perasan Hazy cuba memperkenalkan gadis itu kepada dirinya.Tak nak aku.Mulut capoi, sebab dia lah aku jadi macam ni.

“Nak tahu ke tak? Dia tak tahu aku bagi tau kau ni.”Hazy mencuba lagi.

Selepas beberapa kali Hazy mendesak diri Qamil, barulah dia rasa ingin mengetahuinya.

“Nak kot.”Qamil tidak pasti jawapannya ini betul ataupun tidak.Bukan aku nak pi rumah dia.Lagi aku elak, lagi tu dia desak aku.Lebih baik aku dengar ja, bukan aku nak pun minah ni.

Lalu Hazy membuka mulut memberitahu alamat rumah Maisarah.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab bab 1 | Bab bab 2 | Bab 3 | Bab | Bab 5 | Bab 6 | Bab | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku