Deadly Reporter
Bab 5
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 19 Februari 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
309

Bacaan






BMWX5 di parkir di hadapan sebuah kafe Dome.Di sinilah dia bersama rakan-rakannya yang lain selalu menjalankan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak tetapi sekarang dia datang berseorangan.Fikirannya berserabut, penampilan diri yang tidak terurus menampakkan lagi dirinya seperti baru kehilangan isteri.Qamil memesan coklat panas dan satu muffin coklat.Makanan dan minuman yang di pesan hanya menjadi perhiasan meja sahaja, tangannya laju menguis-nguis skrin telefon melihat pelbagai gosip yang sudah tesebar jauh di pelusuk negeri.Perasaan kecewa dan marah bercampur-baur lagi menambahkan kekusutan fikirannya.Hatinya berkecamuk.Di manakah maruah aku sekarang ni? Sampai begini sekali mereka menghina aku.Tak guna kau Maisarah! Kau takkan hidup bahagia selagi aku masih hidup.

Qamil meminum coklat panas.Tiba-tiba antena telinganya ligat berfungsi mencari arah suara makhluk Allah yang sedang asyik mengata dan mengutuk dirinya.Matanya turut meliar mencari tuan punya suara itu.Akhirnya, matanya tertumpu ke arah sekumpulan remaja yang mungkin sedang berlajar lagi.Heboh mereka mengutuk dirinya berdasarkan gosip yang telah tersebar di laman sesawang.Qamil cuba lagi untuk mendengar perbualan mereka itu tetapi salah seorang daripada ahli kumpulan itu sudah mengecam raut wajah dirinya.Seorang dah tengok, yang lain pun turut tengok lah.

Apalagi, Qamil dengan pantas meninggalkan makanan dan minuman yang masih banyak berbaki begitu sahaja.Dia sempat menjeling kumpulan remaja itu, ternyata lagi fakta muka mereka berkerut melihatnya, mereka seakan-akan berbisik antara satu sama lain yang semestinya mengutuk.

Enjin di hidupkan, dengan segera Qamil meninggalkan kafe itu buat selama-lamanya.Dahinya mengeluarkan peluh yang banyak walaupun pendingin hawa di pasang .Badannya sudah menggeletar seperti ternampak hantu, rasa taku terus menyelubungi diri.Semangat sang Badang kian pudar sedikit demi sedikit.Hatta, Qamil pulang ke rumah abangnya untuk mendapatkan nasihat serta perlindungan daripada kakak ipar yang sudah di anggap seperti kakak kandungnya sendiri.kalau pulang ke rumah ibu sudah tentu dirinya akan di leterkan sehingga minggu depan pun tidak tentu boleh habis ke tidak.Rumah abangnya adalah kondominium mewah yang berada tidak jauh dari tempat kerja, hanya mengambil masa lima belas minit untuk tiba ke destinasi yang di tuju.

Kereta di parkir.Langkahnya laju masuk ke dalam lif, tangan kirinya spontan menekan butang nombor lapan belas lalu pintu lif di tutup rapat.Matanya asyik merenung ruangan nombor tingkat yang di paparkan di atas.15...16...17...18.

Ting!

Pintu lif terbuka.Qamil berlari anak ke arah rumah abangnya lantas pintu papan berwarna silver di ketuk kuat walaupun ring bell di sebelah pintu itu terpampang dengan jelas sekali di situ.Suasana di dalam kondominium ini memang sunyi di tambah pula kegelapan yang menyulubungi kawasan itu.Memang jarang melihat budak-budak berkeliaran keluar bermain di sekitar itu seperti kondominium yang lain kerana kondominium ini hanya mampu di miliki oleh orang yang memiliki poket yang tebal bukan kerana diisi oleh keropok tetapi duit ye.

Pintu di buka perlahan melihat kakak iparnya yang memakai apron.Terkejut dia melihat adik iparnya masih belum lagi pergi kerja, tentu suaminya akan mengamuk kerana adiknya tidak datang pada hari ini.Qamil masuk dan duduk di sofa berkulit berwarna hitam.Rasa seperti tidak selesa lalu dia mengubah posisi duduk kepada baring.Ya, ini lebih afdal.

Kakak iparnya bernama Hasnia tetapi Qamil selalu memanggilnya dengan nama singkatan iaitu kak Has.Perempuan itu datang menghampiri Qamil selepas mengunci pintu.Dia bercekak pinggang.

“Awal balik Qamil.”Hasnia bersuara.

Qamil membuka mata yang tertutup dan merenung wajah kakak iparnya.

“Qamil tak kerja hari ni kak, Qamil tak da semangat lah...”

“Pulak.Dah kenapa? Ke pasal gosip yang akak dengar ni...”Senyuman sinis bergayut di bibirnya.Dia menunjukkan surat khabar di tangannya kepada Qamil.

Dengan pantas tangannya menyambar surat khabar yang di pegang oleh kak Has, dia terus pergi ke halaman yang memaparkan gosip artis terkini.Terpampang wajahnya di muka surat itu dan yang paling menyakitkan hati apabila dia membaca tajuk utama laporan itu.’Playboy tak sedar diri’, dia melihat penulis yang menulis laporan itu sudah terang lagi bersuluh Maisarah nampaknya.Terus di lemparnya surat khabar itu jauh ke atas sofa yang bertentangan dengannya.

“Nampaknya kak Has pun dah tahu.Qamil...tak tahu nak cakap macam mana lagi dah.Semua orang pandang Qamil serong kak Has.”Qamil mengeluh panjang.

Hasnia yang melihat keadaan Qamil sebegitu, dia duduk di samping adik iparnya.

“Qamil jangan jadi macam ni.Allah bagi dugaan kat Qamil supaya Qamil berlajar dari kesilapan yang lalu, Qamil kena kuat walaupun perit dan pahit perlu Qamil lalui sebelum mencapai kebahagiaan yang sebenar.”Hasnia memberi nasihat yang berguna untuk memulihkan kembali semangat pemuda itu.

Qamil terdiam.Agak lama juga dia mendiamkan diri sebelum sesuatu perkara terlintas di fikirannya.

“kalau Qamil buat macam mana pun, Qamil tetap di pandang hina kak Has.”

“Ada satu cara.”

“Apa?”

“Mintak maaf dekat semua orang di media sosial atau lebih baik buat satu sidang media dan minta maaf dekat semua orang atas ke salahan Qamil sebelum ini.”Hasnia memilih jalan selamat.

“Okey...Qamil cuba nanti.”

Tiba-tiba hidungnya menangkap bau yang kurang menyenangkan.Terkejut dia melihat kepulan asap sedang berarak memasuki ruang tamu.

“Kak Has! Ada benda terbakar kat dapur tu!” Jeritnya.

Kelam-kabut Hasnia berlari masuk ke dalam dapur yang gelap kerana di tutupi asap tebal yang memenuhi ruang dapur itu.Hasnia merentap alat pemadam api yang tersangkut di luar dapur itu lalu di sembur ke arah api yang sedang marak di dalam kuali.Selepas dia bertarung nyawa tanpa memakai topeng muka di dapur akhirnya api yang marak itu dapat di padamkan jua.Qamil seperti biasa, takutkan api.Dia takutkan api semenjak dia berusia 5 tahun lagi di mana dia pernah mengalami tragedi yang mencemaskan, rumah lamanya telah hangus di jilat api.Dia terperangkap di dalam bilik berseorangan kerana abangnya keluar menghadiri kelas tuisyen.

Api yang marak itu meninggalkan kesan yang masih dapat di lihat sehingga kini.Belakang badannya melecur dengan teruk sekali.Parut yang lama itu cukup membuatkan dirinya fobia terhadap api walaupun api kecil sekalipun.

Hasnia membawa keluar ikan yang sudah hangus.Hitam lagi pahit.Mereka berdua ketawa berdekah-dekah.Entah apa yang lucu sangat melihat keadaan ikan tersebut’[.Suasana yang mencemaskan bertukar menjadi ceria semula.

**********

Deringan telefon telefon berbunyi dengan nyaring sekali.Maisarah menjawab panggilan tersebut tanpa melihat nama yang tertera di skrin telefon itu kerana asyik menjalankan tugas yang masih belum di selesaikan lagi.

“Ha...hello.”

“Hello Mai, aku ni Lya.Urrmm...aku nak kau ambil cuti boleh tak minggu depan?”

“Kenapa pulak?”

“Aku kan nak kahwin tak lama lagi...so, aku nak kau tolong mak ngah apa yang patut.”

“Hisshh, kau punya majlis kahwin, kau uruskan lah sendiri.Apasal aku pulak.”Maisarah memang langsung tidak bersetuju dengan cadangan kakaknya itu.

“Oohh...kurang asam kau.Nak tolong kakak sendiri pun tak boleh ke? Kau memang pentingkan kerja dari keluarga sendiri kan? Menyesal aku ada adik macam kau ni!”Lya menjerit di dalam telefon.

Berdesing telinga Maisarah mendengar jeritan kakaknya seakan-akan pontianak yang kehilangan anak.Naik pekak! Malas Maisasarah hendak melayan karenah Lya yang suka berleter.

“Ha la, Mai mintak cuti dekat Hazy nanti.Okey?”

“Ye lah.Ingat...kalau kau tipu aku, kau ingat batu lesung.Aku akan baling batu lesung kat kepala kau.”Lya memutuskan talian.

Maisarah melemparkan telefonnya di atas meja.Geram betul aku dengan Lya ni.Semua nak kena ikut cara dia ja.Nak je aku lempang muka dia tapi nak cubit sikit pun tak boleh.Gila kau, mau makan penerajang sup bunjut adabi kang.Patah dua batang gigi kat depan tu.Bila senyum nanti nampak empat lima batang gigi ja, comey gitu.

Maisarah menghabiskan laporan berita yang sedang di taip di dalam komputer riba yang berwarna merah jambu.Dia membuat senaman ringkas di tempat duduknya untuk menghilangkan rasa lenguh-lenguh di leher dan di pinggang.Dia mengemas buku serta majalah yeng bersepah di atas mejanya sebelum pulang ke rumah.Hupph! aku makin rajin tau.Terasa bakul di angkut sendiri.Huhuhu.#Takkisah.

**********

Ha! Ha! Ha!

Maisarah dan dua adik sepupunya ketawa menonton rancangan komedi yang sedang di siarkan di kaca televisyen.Maisarah duduk di samping kedua-dua adik sepupunya.Jam menunjukkan pukul 9.45 malam.

Mak ngah keluar dari biliknya kerana mendengar suara mereka bertiga di ruang tamu yang sangat kuat, dia menghampiri mereka bertiga yang saling berpelukan.Langkahnya terhenti apabila dia melihat sebuah kenderaan yang di anggap mewah juga berada di hadapan rumah itu.Mak ngah merenung lama kereta itu tetapi langsung dia tidak nampak seorang pun yang keluar dari kereta itu.Ini menimbulkan rasa risaunya terhadap orang yang berada dalam kereta itu.Along ni ada hutang ke?

Kakinya laju merapati tubuh Maisarah.Dia duduk di sebelah gadis itu lalu berbisik kepadanya mengenai kereta misteri itu.Berubah air muka Maisarah yang seketika tadi ceria dan gembira.Dia bangun dan berjalan menghampiri langsir di sebelah pintu masuk rumah itu, ternyata kereta misteri itu masih di situ.

Maisarah memberanikan diri membuka pintu dan berjalan ke arah kereta itu dengan berkain batik dan baju t-shirt Mickey Mouse berlengan pendek.Itulah baju rasminya setiap kali malam menjelma.Dia mengetuk tingkap kereta itu.

Pintu kereta itu di buka.Maisarah berundur selangkah dua langkah ke belakang untuk memberi ruang kepada pemandu itu untuk keluar dari keretanya.Terbuntang matanya melihat pemuda yang keluar dari perut kereta itu.Qamil!! Macam mana dia tahu aku tinggal dekat sini?

Qamil hanya memberi senyuman manis kepada Maisarah.Dia menyandarkan tubuhnya di kereta BMWX5.

“A...awak, macam mana awak tahu saya tinggal dekat sini?”Ternganga mulutnya.

“Ada masalah ke kalau aku tahu?”Qamil sudah malas melayan perangai yang di buat-buat oleh gadis itu.

Maisarah terdiam.Dia masih lagi tidak percaya lelaki itu datang ke rumahnya.Untuk apa?

Qamil melihat tubuh Maisarah atas bawah.Dia ketawa kecil.

Kau pehal?! Gelak-gelak.Apa yang lawak sangat? Kalau aku pakai seluar dah lama aku bagi flying kick tepat di muka.Biar tersangkut dekat atas pokok kelapa yang tinggi tu.

“Apa yang lawak sangat?”Api kemarahannya mula di petik.

“Memang lokasi perempuan kampung selalu pakai baju macam ni ke?”Qamil menyindir.

Malu pun ada macam nak tempeleng muka mamat miang buluh ni pun ada.

“Biar ah! Yang penting aku pakai baju.Dah...sekarang ni aku nak kau belah! Faham tak?”Maisarah memeluk tubuh.

“Cheer sweet heart.Kita baru nak berkenalan.”Qamil bersahaja.

Berderau darah Maisarah mendengengar kata-kata Qamil sebentar tadi.Berdebar jantungnya.

“Kenal? Kepala hotak kau!”Maisarah mula meninggikan suara.

“Kau ni...manja la.Aku suka.”Qamil makin menghampiri Maisarah.

“Hoi! Aku bukak silat aku nanti.Jangan dekat.”Maisarah berundur dua tiga tapak.Dalam keadaan gelap macam ni pulak kau nak buat hal.

“Kenapa Mai? Kau takut?”Qamil mengangkat kening di sebelah kirinya, langkahnya terhenti apabila di beri amaran oleh gadis itu.

“Ta...”Maisarah berfikir panjang.Kalau aku jawab aku tak takut nanti dia datang lagi dekat.Lebih baik aku elak sebelum masuk perangkap.

“Eh...saya mengantuk.Esok kerja.”Maisarah berjalan memintas Qamil yang masih berdiri di hadapannya.Dari ekor matanya, dia dapat melihat lelaki itu asyik merenung dirinya.Dia berjalan agak laju tapi bersahaja, sampai sahaja di tangga rumah, bajunya di tarik dari belakang.Maisarah menoleh ke belakang , rupanya Qamil yang menarik bajunya.Wuiisshh! dia kejar aku ke? Kenapa aku tak dengar pun dia berjalan tadi.Mesti berjengket la tu.

Maisarah menarik-narik bajunya kembali dari cengkaman Qamil.Hampir tersungkur di buatnya tetapi nasib baik dia sempat berpaut di tempat pemegang di tangga itu.

“Lepas lah!” Maisarah cuba memusingkan badannya tetapi gagal kerana dia takut bajunya yang singkat akan terselak dan menampakkan tubuhnya.Qamil masih tetap menarik bajunya seperti memaksanya berundur merapati lelaki itu.Maisarah mula nak naik segala angin yang ada di dalam tubuhnya.Dia ingin menjerit memanggil mak ngah.

“Mak...”

“Kalau kau jerit, aku culik kau!”Qamil mengugut.Dia menarik gadis itu kembali merapati tubuhnya dalam keadaan membelakangi dirinya.Maisarah hanya akur kerana dia takut Qamil akan membuat apa-apa kepada dirinya.

Hembusan nafas lelaki itu di telinganya cukup mengecutkan perut.Tubuhnya menggeletar.

“kau dengar sini, aku cuma nak sampaikan mesej ni saja.”

“Cakap je lah, tak payah nak tarik-tarik macam ni.”

“Kalau aku lepaskan kau...kau akan belah macam tu ja.Kau ingat aku bodoh?”

“Tak ingat pun awak ni bodoh.”Dalam dok cemas pun masih nak buat lawak? Jadilah macam saya.

“Kalau aku cakap dengan kau sampai esok pun takkan habis.Aku nak bagitau dekat kau yang kau perlu umumkan semua kritikan kau dekat aku tu semua bohong belaka dalam media sosial.”Qamil tidak mahu lagi dirinya di pandang hina seperti ini.Dia berasa dirinya sangat terkutuk malah rakan-rakannya yang lain sudah mula menjauhkan diri daripanya.

“Apasal pula? Awak tu memang playboy, suka mainkan perasaan perempuan.Tak malu ke orang asyik mengatakan awak selama ni?”Maisarah memulakan hujahnya dengan baik.

“Aku nak kau buat macam tu.Tak kira apa pun yang terjadi, tarik balik kata-kata kau dekat aku.kalau tidak kau akan menyesal tak sudah.”Qamil mengugut buat kali kedua.

Pada mulanya Maisarah ingin menjawab kembali ugutan lelaki itu tetapi badannya yang mula terasa leguh memaksa dirinya untuk patuh pada arahan lelaki itu.

“Okey...”Tak semestinya aku nak tarik balik kritikan aku tu.Pegi mamposlah ko nak buat apa!

Cengkaman Qamil mula di leraikan dengan perlahan-lahan.Maisarah meloloskan diri, dia berlari menaiki anak tangga dan terus masuk ke dalam rumah tanpa menoleh ke belakang.Herrgh! Naik muak aku nak tengok muka dia tu.

Pintu rumah di tutup rapat.Selepas mengunci pintu, dia berjalan masuk ke dalam bilik dan menghiraukan soalan mak ngah yang bertubi-tubi di tuju kepadanya.Maisarah tidak mahu memikirkan hal itu lagi, dia mahu memikirkan apa yang ingin di tulis untuk paparan akhbar akan datang.Senyuman terukir di bibirnya.

Dia membuka komputer riba berwarna merah jambu dan mula menaip perkara yang terlintas di fikirannya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab bab 1 | Bab bab 2 | Bab 3 | Bab | Bab 5 | Bab 6 | Bab | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku