Deadly Reporter
Bab 6
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 19 Februari 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
322

Bacaan






Beberapa pramugari berpakaian seragam sedang berjalan keluar dari perut kapal terbang yang baru sahaja mendarat di lapangan terbang Kuala Lumpur selepas tiga hari menetap di Amsterdam.Salah seorang daripada kumpulan pramugari itu berpecah dan mengambil haluan sendiri lalu mengatur langkah keluar melalui pintu utama KLIA.Perempuan yang berkacukan Melayu-Cina mengheret bagasi yang berat bersama.Kulitnya yang cerah bersama paras rupa yang begitu menawan serta potongan badan yang menarik cukup memukau mata kaum lelaki yang melihatnya.

Itulah Julya Nur yang baru menjangkau usia 22 tahun.Beberapa butang baju di buka untuk membenarkan udara yang dingin mengeringkan ruangan tubuhnya yang agak berpeluh dan panas.Perbuatannya itu telah menarik berpuluh pasang mata lelaki yang nakal tidak kira muda ataupun tua di luar pintu lapangan terbang tersebut.Dia yang berdiri di sebelah bagasi yang berwarna kelabu mengipas-ngipas dirinya membuatkan rambut yang berada di paras bahu mengerbang lembut.Ini lagi menyerlahkan penampilan dirinya seperti seorang juara Miss Universe.

Beberapa minit kemudian kereta Lamborghini Veneno berhenti betul-betul di hadapannya.Pintu di sebelah pemandu di buka, menampilkan seorang lelaki yang kira-kira berumur 40-an menghampirinya dan mengambil beg bagasi di sisinya.

“Ayah, kenapa ambil Jul lambat...panas tahu tak?” Rungutnya sambil memeluk tubuh.

“Dah, dah.Kita balik, mama kamu masak special di rumah.Your favourite food girl.”Kata ayah kepada Julya iaitu Syed Ahmad.

“Humm...”Julya memuncungkan bibir berwarna merah jambu.

Kedua-dua orang mereka masuk ke dalam kereta lalu kereta Lamborghini itu memecut laju dan mengeluarkan bunyi deruman enjin yang kuat.

Sesampai di rumah banglo tiga tingkat, Julya bergegas ke dapur lalu bersalaman dengan mamanya yang bernama Nur Amelia yang kini telah memeluk islam selama tiga puluh tahun yang lalu.Dia melihat pelbagai jenis juadah yang terhidang di atas meja yang boleh mengecurkan air liur sesiapa sahaja yang melihatnya.Tanpa membuang masa, Julya duduk di meja makan tanpa terlebih dahulu menjemput kedua ibubapanya sekali.Pinggan yang tersusun di atas meja segera di capai dan menyedok sepinggan makaroni asam pedas kegemarannya.Walaupun kedengaran masakan itu agak pelik namun itulah citarasanya yang suka mencuba perkara baru.

Ibunya datang dan duduk bersama setelah memanggil ayahnya datang makan sekeluarga.Niat baik seorang isteri terhadap suaminya sudah hancur berkecai setelah beberapa kali dia memanggil suaminya tanpa sahutan atau jawapan lanjut.Marahnya kian membara tetapi dia perlu bersabar kerana tugas seorang isteri menjaga suami sungguh mencabar dan kadang-kadang dia perlu melayan karenah pelik yang di tunjukkan.Amelia mencuit bahu Julya, dia memberi isyarat supaya anak perempuannya itu pergi menjenguk ayahnya dan memanggil dia makan bersama.

Arahan itu di patuhi dengan segera Julya melangkah pergi dari meja makan.Dia merapati ayahnya yang sedang khusyuk membaca surat khabar.Tangan kirinya menyentuh lembut bahu ayahnya seiring dengan itu wajah Syed Ahmad menoleh ke arahnya.Terpamer senyuman yang kelat.

“Ayah baca apa?”

“Nak tahu ke?”Syed Ahmad mengusik.

Julya ketawa kecil.

“Nak!”

Syed Ahmad menyerahkan senaskah surat Khabar kepada anaknya, lantas di sambut mesra oleh Julya.Dia membaca ruangan sama yang di baca oleh ayahnya, ternyata perkara itu mengerutkan dahinya sehingga bertembung kedua-dua keningnya.Syed Ahmad hanya berdiri sahaja di hadapan Julya.

“Ah...”Ternganga mulutnya.

“Jul tak sangka kawan Jul jadi macam ni, dia tak sejahat ni ayah.”Julya memandang muka Syed Ahmad dengan penuh persoalan yang membelit pemikirannya.

“Entah, manusia sentiasa berubah Jul.Dah la kita jangan bincang lagi soal perkara ini.Mari kita makan.”Syed Ahmad mengusap kepala anaknya dengan penuh mesra selepas itu dia pergi menyertai isterinya yang sudah bersedia menemaninya makan.

Tak mungkin, tak mungkin Qamil boleh jadi macam ni.Ada orang fitnah dia ni.

Julya ingin mengetahui perkara yang sebenar, kakinya laju melangkah ke arah beg tangan di sofa.Telefon segera di capai tanpa berlengah lagi, dia menghubungi rakannya Qamil.

“Hello...”

“Hello, Qamil.Ini Jul...Julya.Remember?”

“Oh Yeah remember.Kenapa telefon? Jarang gila awak telefon saya.”

Julya terdiam seketika.Dia seperti mencari jalan untuk mengatur rancangan.

“Umm...Kita kena jumpa.Saya ada perkara yang mustahak nak jumpa awak.”Julya menggigit ibu jari.

“Okey.Bila?”

“Petang dalam pukul 3.Kita jumpa dekat Starbuck?”

“Okey, i’ll be there soon.”Talian di putuskan segera.

Senyuman jelas terpapar pada riak wajahnya.Julya segera naik ke bilik untuk mandi dan bersiap sebelum berjumpa dengan kawan lamanya itu.

**********

Cepat-cepat Qamil berlari anak ke arah kafe StarBuck yang tidak jauh dari situ.Dia melangkah masuk ke dalam kafe itu, matanya meliar mengenal pasti bentuk tubuh Julya yang sudah hampir lima tahun mereka tidak berhubung.Teragak-agak Qamil mencari di tambah pula dengan nafas yang tercungap-cungap kerana penatnya masih belum hilang.

“Hey, Qamil.Saya di depan mata awak ni.”Julya berdiri di sebelah Qamil.

Qamil memohon maaf atas kelewatannya dan kerana dia tidak dapat mengenali paras rupa temannya itu.Dia segera duduk di kerusi manakala Julya tolong memesan cappuccino yang menjadi minuman kegemaran Qamil.Selepas membayar harga minuman itu, Julya terus duduk bertentangan dengannya.Segera Qamil menyambar minuman itu dan minum dengan rakus sekali sehingga kemarau dahaga yang di alami dapat di hilangkan.

Julya membetulkan duduknya di atas kerusi, bajunya di perkemaskan sebelum memulakan perbualan antara mereka berdua.

“So, Qamil.Apa cerita awak sekarang?”Julya memulakan bicara.

“Biasa.”Sambil membetulkan cermin mata hitam yang tersangkut di batang hidungnya.

“Biasa? Takkan biasa je, mesti awak ada masalah lain ni.Cuba cerita.Saya dapat tahu gosip tentang awak dalam surat khabar tadi tau?”Senyuman sinis bergayut sakan di bibirnya.

Qamil mengeluh panjang serta memeluk tubuh.

“Cerita pasal apa pulak?”

“Umm, cerita pasal awak ugut seorang wartawan untuk menarik balik kritikannya kat awak.Kalau dia tak buat macam tu, awak culik dia.Betul ke semua ni?Explain to me.”Serius wajahnya kali ini.

Lagi sekali Qamil mengeluh panjang, pandangannya beralih sekejap ke kiri sekejap ke kanan.Menampakkan dirinya dalam keadaan keresahan.

“Se...sebenarnya memang betul pun.”keluhan terus menerus menguasai perbualan mereka berdua.

“What?! Really?”Julya menjegilkan matanya kerana terkejut dengan kebenaran itu.

“Ya, saya dah tak tahan dengan dia tu.”

“But, why?”

“Salah ke saya couple dengan ramai artis perempuan? Bukan saya yang terhegeh-hegeh dekat diorang semua tu, diorang yang datang nak minta couple dengan saya.Saya pun On je lah.Perempuan tu main tuduh je.”Qamil menghentak meja dengan penumbuknya.Semua pelanggan di dalam kafe itu tersentak lalu merenung tajam ke arah Qamil kerana ketenteraman mereka di ganggu oleh bunyi bising yang di hasilkan olehnya.

Qamil berdehem beberapa kali untuk menghilangkan rasa malu yang di alami.Julya menenangkan kemarahannya yang sedang membuak-buak.

“Huh...”Julya merasai kesedihan dan kekecewaan yang di alami.

Mereka mendiamkan diri dalam jangka masa yang agak lama.Terdengar suara para pelanggan yang berbual dengan rakan mereka.Hampir habis minuman yang di sedut Julya, tiba-tiba muncul satu idea yang terlintas di fikirannya.

“Ha! Qamil.I’ve got an idea!”

Hampir tercabut jantung Qamil mendengar jeritan gadis itu secara tiba-tiba.

“Apa?” Terpacul satu daripada beribu-ribu soalan di dalam fikirannya.

“Mula-mula nak jayakan misi ini...you mesti jadi boyfriend saya.Nak?”

“Ha...awak pun nak couple dengan saya?” Terpempan Qamil mendengar kata-kata gadis itu.Gila ke apa? Aku dah tak sanggup nak merana lagi tanggung malu.

“Macam ni...saya ada rancangan nak balas dendam dekat perempuan yang awak benci itu.”Jelas Julya.

Dia juga mengatakan bahawa dirinya akan menjadi seorang artis tidak lama lagi, dia mahu meninggalkan kerjaya sebagai seorang pramugari kerana dia sudah tidak mahu menyembunyikan bakat yang terpendam untuk menjadi seorang pelakon yang di simpan sejak kecil lagi.Dalam pada itu dia mahu memasang perangkap kepada gadis itu kerana sikapnya yang terlalu lantang mengkritik orang lain tanpa sebab yang kukuh.Dia mahu lihat kehebatan gadis itu mengkritik dirinya selepas mengumumkan Qamil telah menjadi teman lelakinya nanti.Julya mahu diri perempuan itu menanggung malu yang teramat sangat seperti Qamil menanggung perasaan itu selama ini.

“Apa awak setuju dengan rancangan saya?”Julya mengajukan soalan.

Qamil tertunduk memikirkan hal itu.Dia memejamkan mata memikirkan baik buruk hal itu sebelum mengeluarkan kata putus.

“Sayaaa...setuju.”

Ternyata wajah Julya sangat gembira mendengar jawapan akhir daripada Qamil.Jangan risau Qamil, aku akan bantu kau balas dendam dekat perempuan gila kuasa tu.

“Jangan risau Qamil, selepas beberapa minggu nanti saya akan berlakon dalam satu drama dan saya menjadi watak utama.Saya akan bergelar seorang artis, bila nama saya semakin naik dalam industri ini, kita akan jayakan rancangan ni bersama.Ini takkan ambil masa yang lama, cuma awak perlu bersabar dahulu.”Julya menjanjikan rancangannya ini dengan penuh bersemangat.

“Okey, saya pun dah tak sabar sangat nak jalankan rancangan ni.You better make this right, okey?”Qamil mempamerkan senyumannya sehingga ke telinga.

“Ha, inilah semangat yang di cari.Kita tengok perempuan ni boleh tahan ke idok?”

Ketawa kedua-dua sahabat lama itu berdekah-dekah sehingga mereka menjadi tumpuan mata para pelanggan yang datang ke situ.Tanpa segan silu, perbualan mereka semakin lama semakin kuat.Semua orang merenung tajam ke arah mereka berdua yang kurang adab itu.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab bab 1 | Bab bab 2 | Bab 3 | Bab | Bab 5 | Bab 6 | Bab | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku