Suamiku Mr Limited Edition
Bab 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 Februari 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
655

Bacaan






Jam menunjukkan 6.30 pagi. Terlihat susuk tubuh yang lena diulit mimpi di katilnya.

"Kringg kringggg" kedengaran jam lonceng berbunyi mengejutkan puteri 'sleeping beauty'yang masih terbaring di katil bersaiz queen itu.

"Aduh, memekak pula jam ni, cubalah bagi aku tidur kejap" Dhia mengomel sendiri.

Tok tok tok!!

Kedengaran bunyi pintu diketuk dari luar.

"Dhia bangun, dah pagi ni, kamu tak ada class ke pagi ni?"

"ya mama, Dhia dah bangun ni, kejap lagi Dhia turun ya mama" jawab Dhia.

Aku termangu sendiri. Lalu berfikir sejenak.

"class?,aku ada class ke pagi ni?.

Eh jap, aku ada presentationpagi ni, subject Prof Siti Singa tu. Jam 8, sekarang jam 6.30, OMG!!!!!dah lambat ni"

Dhia bergegas ke bilik air untuk mandi.

Selesai bersiap, Dhia menuju ke meja makan dan breakfast bersama papa, mama dan abang serta kakaknya.

**********
Dari sini bermulanya kisah Misi mencari 'Suami Limited Edition' Dhia Kaisara

Siapa aku? Meh kita berkenalan, aku Tengku Dhia Kaisara Tengku Azhar Mokhtar. 22 tahun dan seorang siswi. Brutal tapi penyayang.

"Dhia!!! tunggu lah aku"

"Siapa pula kacau aku nak sembang ni, aduh" Dhia menoleh ke belakang. Luna kawan baik
a.k.a bff merangkap classmate Dhia berlari ke arah Dhia.

"Dhia, aku nak cite something kat kau ni"terang Luna.

"Apa dia Luna Arweena?kau ni kalau tak bergosip 1 hari tak sah kan" Dhia masih dengan lagaknya.

"Ada lah, nanti aku story kat kau. Sebelum tu, aku ada benda nak bagi kat kau ni. Nah" bekas makanan bewarna ungu itu diberikan pada Dhia.

"Wahh!!!! thanks Luna, macam tau je aku nak makan benda ni, sayang kau Luna" Dhia memeluk rakannya.

"Welcome Dhia, aku tau kau kan hantu rempeyek, dah jom gerak nanti lambat masuk kelas" mereka pun berlalu dan menuju ke dewan kuliah. Suasana di dewan kuliah itu sungguh sunyi, hanya kedengaran suara Prof Siti. Pelajar lain tekun mencatat nota yang diberikan Prof Siti, tidak kurang juga ada yang sibuk bermain telefon. Pelajar perempuan bergosip tanpa memperdulikan Prof Siti di hadapan.

Dhia serta Luna memberikan sepenuh perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh Prof Siti, tahun terakhir sebelum menggenggam segulung ijazah. harus fokus dan lupakan perkara lain. Fokus!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 |
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku