Suamiku Mr Limited Edition
Bab 2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 Februari 2017
Penilaian Purata:
(6 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1397

Bacaan






"ok, class dismiss.Jangan lupa submit assignment kamu minggu depan, no excuse jumpa lagi" Prof Siti beransur meninggalkan dewan kuliah.

Habis kelas, aku dan Luna menuju ke cafe untuk mengisi perut yang kosong. Aku dan Luna memilih menu kemudian membayar makanan tersebut di kaunter, lalu duduk di sebuah meja yang berada di hujung memandangkan meja itu saja yang kosong.

"Weh Dhia, aku ada benda nak cite kat kau ni" Syifa memulakan bicara. Aku tayang muka toya, malas nak dengar gosip ni, lagipun bukan dapat duit.

"Dhia, kau tau tak ada.." Luna teruja bercerita mengenai sesuatu.

Sedang Luna sibuk menyampaikan gosip, aku terpandang seorang lelaki yang cukup semuanya kacak, bergaya, mata yang biru sebiru air laut, hidung mancung persis Aaron Aziz, eh mancung ke?lantak lah, bibir merah bak delima. Ditambah dengan senyuman yang menawan, mampu mencairkan hati setiap wanita yang melihatnya. Aku terpana.

Pap!!!

"Haa, macam tu lah Dhia. Dhia?kau dengar tak aku cakap apa?Dhia?"

"ye, aku dengar lah. Aku tak pekak lagi ni" Dhia masih ralit memandang lelaki misteri itu sehingga hilang dari pandangan matanya.

"Ish kau ni, bazir air liur aku je lah. Kau tak fokus pun apa yang aku cakap, dah tu asyik tengok orang lain. Hampeh punye kawan" Luna geram kerana Dhia langsung tak fokus pada ceritanya.

Haish Luna ni, merajuk la pula. Susah nak pujuk ni, hmmm. Aku berfikir sejenak. Dapat idea.

"Luna, jom la balik aku penat lah. Kita balik ea, jangan la merajuk, malam ni kita keluar nak tak?aku belanja kau makan pizza nak? Dhia buat muka comel dengan harapan Luna berhenti merajuk.

"Ok, kalau macam tu aku nak makan banyakkkk, biar duit kau habis, dah jom balik" Syifa menarik lengan Dhia dan mula meninggal cafe tersebut.

*******

"Haish, kenapa lah aku tak boleh lupakan dia ni, asyik teringat je kat dia. Parah dah kes aku ni. Malam ni outing dengan Luna la pula,baru nak rehat, padan muke kau Dhia oii siapa suruh ajak Luna, kan dah susahkan diri sendiri" getus hatinya.

"Ya Allah!!!dah jam 7.30 aku dah lambat ni. Luna mesti marah punya. Parah" 

Dhia bergegas ke bilik air. Selesai membersihkan diri, Dhia memilih untuk mengenakan t-shirt hitam, cardigen hitam dipakai. Dipadankan dengan seluar jeans hitam. Rambut yang panjang dibiar lepas. Dhia membelek dirinya di hadapan cermin. Cantik juga aku ni kan. Hahaha.

Setelah bersiap, aku segera mencapai kunci kereta ku dan menghidupkan enjin.

Mahsuri Cafe

Setelah sampai ke restoran kegemaran Luna, aku mula mencari kelibat Luna. Aku terpandang kelibat seseorang yang aku kenal.

"Assalamualaikum Luna, dah lama sampai?

"Eh tak la, baru 30 minit aku tunggu kau kat sini, lama gila kau sampai. Perut aku dah berkeroncong tau tak?"

"Sory la, jalan jam tadi. Kau dah orderbelum?"tanya Dhia.

"Belum, kau tolong orderkan ea, aku nak pegi washroom jap"

Sedang Dhia sibuk membelek buku menu tersebut, datang seorang jejaka bersama 3 lagi rakannya lalu duduk di meja hadapan mereka.

Selesai memesan menu, Dhia bermain dengan IPhone 6 yang baru dibelinya sebulan yang lalu. Luna yang baru balik dari Washroom mengambil tempat dihadapannya.

Luna perasan sikap Dhia yang mula rasa tak selesa sejak tadi. Lalu menegur rakanya itu.

"Oii Dhia, asal kau ni?lain macam je aku tengok, nampak hantu ke?siap berpeluh pula tu"

"Aku ok je, mungkin sini panas kot, aku ok je ni jangan risau" jawab Dhia sambil memandang ke arah 4 jejaka tadi. Tanpa disedari, lelaki itu merenung Dhia dengan pandangan mata yang tajam, kalah tajam mata pedang samurai doh. Dhia yang perasan akan hal itu mula melarikan pandangannya ke tempat lain.

Setelah habis menjamu selera, Dhia dan Luna membuat pembayaran dan mula berlalu pergi dari cafe tersebut tanpa menghiraukan jejaka idamannya.

*******

Adelaide Collage

Aku dan Luna baru sahaja habis kelas acct. Mereka mengorak langkah menuju cafekampus. Sedang aku sibuk membetulkan rambutku yang kusut, aku terlanggar bahu seseorang. Alamak, dia ke?. Mampus la aku,mana aku nak sembunyi ni.

Lelaki itu menuju ke arah aku dan action.

"kau buta ke haa!!aku yang kacak ni kau tak nampak?sakit tau tak bahu aku. Kau nie orang ke besi?" marah lelaki itu.

"Well aku tak sengaja kot, marah macam aku dah letupkan rumah dia pula"getus hatiku.

"Hey kau, kau tu jalan tak guna mata, ada hati nak tuduh aku pula. Kau sibuk sangat pasal bahu kau asal?bahu kau tak patah riuk pun kan?macam la kau tu kacak sangat, kucing aku lagi kacak la dari kau"Aku cuba untuk mengawal marahku.

"Ish, nasib baik kau ni perempuan. kalau tak, dah lama aku tumbuk muka kau tu" 

"Kau berani ke nak tumbuk aku?huh. Lelaki tak sedar diri, ada hati nak tumbuk aku" Dhia semakin berani menambahkan lagi api kemarahan Emir. 

"Kau perempuan, kau ni kan memang nakkk...



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku