Suamiku Mr Limited Edition
Bab 3
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 Februari 2017
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
879

Bacaan






" Kau memang nak kena kan, aku tak kira kau minta maaf sekarang" Emir cuba mengawal marahnya.

"Kenapa aku pula aku, bahu kau ok lagi kan?tak patah pun kan?poyo je lebih"jawab Dhia.

Luna yang melihat pertengkaran antara Dhia dan senoirnya mula mengorak langkah ke arah mereka. Pelajar lain yang lalu di situ mula melihat pertengkaran antara mereka.

"Erk senoir, maafkan kawan saya ye. dia tak sengaje tadi tu terlanggar senior"jawab Luna yang senyap sedari tadi.

Emir merenung tepat ke dalam mata Luna. Emir langsung tidak suka orang lain masuk campur dalam urusan peribadinya, meskipun orang itu juniornya.

Aku masih kaku dihadapannya, ya allah kacaknya dia. Tapi sayang, sifat sombong dan bongkak

Tahap gaban tu melebihi ketampanan yang kau ada, hati pun busuk. Aku masih tak faham kenapa kau bersikap macam ni.

"Excuse me?dah habis tenung muka aku nie?dah habis tilik?aku tau aku kacak, tak payah nak renung aku macam nak makan aku. Kali nie aku maafkan kau, kalau kau buat lagi aku cari kau sampai hujung dunia. faham!!!"Emir berlalu pergi bersama rakan-rakannya.

"Faham lah"jerit Dhia selamba.

Aku dan Luna mula bergerak ke kelas. Malangnya nasib aku jumpa dengan jembalang tanah. Geram je aku tengok dia tadi, tak reti berbudi bahasa pula tu. Cakap kasar. Lupakan, banyak lagi benda aku nak fikir selain si jembalang tanah tu.

********

Setibanya di kelas, aku mengambil tempat di sebelah Iqbal, kawan baik aku sejak sekolah menegah. Aku mengeluarkan buku nota dan sebatang pen untuk menulis nota, tidak lupa juga buku rujukan yang sering aku bawa.

"Weh Iq, kau tengokkan bahu aku jap. Ade lebam tak?malang nasib aku, boleh pula terlanggar dengan minah senget"aku mula rasa tidak selesa selepas terlanggar dengan budak junior tadi. Rasa imej aku calar sikit.

"Ok je. Kenape kau nie?masuk kelas je dah kusut. Tak cukup tidur ke bro" Iqbal pelik dengan kawannya yang sorang nie. Putus cinta ke dia?

Emir hanya diam membisu. Malas nak jawab soalan si Iqbal ni, tambah kusut Emir. Dah lah jumpa minah senget hari ni, tambah down mood aku.

Selesai subjek Prof Fizi. Emir dan Iqbal bercadang lepak di cafe tengahari itu. Iqbal memesan makan, sementara aku menunggu di meja tempat biasa kami lepak. Aku mengeluarkan satu bekas makanan yang bewarna ungu cair dari beg galasku. Haruman makanan tersebut mula buat Emir tidak keruan, mana pula si Iqbal ni. Iqbalpun sampai membawa makanan yang Emir pesan tadi.

"Muskk kau makan tu lagi?tak de benda lain ke kau nak makan. Tak bosan ke hari-hari makan tu je, aku pun pelik dengan kau nie Muskk" Iqbal berasa pelik bila setiap kali kami makan, Emir selalu makan benda tu.

Nak tau apa dia?mesti lah keju. Emir memang gila keju, sehari tak jumpa keju rasa macam nak gila. "Tak bosan dan tak akan pernah bosan" ujar Emir.

By the way, mesti korang pelik kan?punya kacak nama aku Emir Arsyad, Iqbal boleh pula panggil muskk. Hahaha, well ada kisah disebalik nick Muskk nie. Iqbal sorang je panggil aku muskk. Member aku yang lain panggil aku Emir. Ada panggil syad. Aku tak kisah sangat, yang penting jangan panggil aku dengan nama pelik dah la.

Emir menikmati makanan tengahariku dengan berselera sekali. Sesekali Emir menoleh ke kanan, matanya tertancap pada satu figura yang sangat dia kenali. Ya, musuh Emir yang baru dia jumpa pagi tadi. Emir tertarik dengan raut wajahnya yang sungguh ayu, putih bersih, wajahnya sungguh menarik di mataku. Senyumannya yang cantik, aduhh. Emir terpana di kala itu. Jantungnya berlari laju selaju Husien Bolt.

"Oii Muskk!!!kau pandang siapa tu sampai aku panggil pun kau tak dengar haa" Iqbal mula dengan perangai lama. Sibuk nak tau sangat. Emir meneruskan suapannya tanpa menjawab soalan Iqbal tadi.

Emir mengalihkan pandangan menghadap Emir. Mahu saja dia bertanya, siapa perempuan yang berani melawannya. Sebelum ini, tiada seorang pun berani memandangnya, apa lagi melawan cakapnya. Emir senioryang paling digeruni di Collageitu.

Iqbal masih tekun menikmati makanannya. Sesekali Emir curi pandang Dhia dari jauh.

“Sudah la tengok anak dara orang. Kang aku cucuk juga mata kau tu Musk” Emir mencebik. Iqbal tergelak melihat rakannya itu. Terhibur hati Iqbal melihat pipi Emir merona merah macam udang rebus. Hati dah tertawan pada anak dara orang yang satu ini.

“Dah, makan cepat. Lepas ni ada class lagi” Emir mencelah. Iqbal pula merengus kegeraman.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku