Suamiku Mr Limited Edition
Bab 4
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 Februari 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1081

Bacaan






Tasik Cempaka

Dhia termenung sambil menikmati suasana pagi di tasik itu. Suasana pagi, ramai yang berjoging di kawasan Tasik Cempaka ni disebabkan pemandangan di tasik ini tersangat lah indah. Berbagai kemudahan sudah tersedia untuk pengunjung. Lokasinya juga tidak jauh dari kawasan perumahan Dhia. Dia sering berkunjung kesini untuk menghilangkan stress.Sudah hampir 3 jam Dhia di situ. Dia mula bangun dari duduknya. Saat itu, Dhia terlihat seorang kanak-kanak sedang menanggis. Timbul perasaan kasihan dan menuju ke arah kanak-kanak itu.

"Hai adik, kenapa nangis nie?hmm?adik jatuh ke?" Dhia berasa kasihan melihat kanak-kanak itu. Sesat ke dia?kena tinggal mak dia kot?ke dia anak terbiar?, bermacam-macam soalan bermain dalam benak fikirannya.

"Aizs jatuh. Sakit!!!" ujarnya. Aku mula rasa tidak keruan, risau kalau ada tulang yang patah atau cedera parah. Ditambah dengan tangisannya yang kuat seakan hari nak banjir. Aku berfikir sejenak.

"Shuhh, jangan nangis ea. Akak bawa adik pegi klinik. Tahan sikit ea dik, adik kan kuat" Dhia mengusap pipi Aizs lantas membantu kanak-kanak itu untuk bangun. Niat di hati ingin membawa Aizs ke klinik untuk merawat lukanya. Sedang Dhia ingin bangun untuk bantu Aizs, seorang jejaka terlebih dahulu mendapatkan kanak-kanak itu darinya. Dhia tergamam. Dia!!!

Aduhhh kenapa dia perlu ada dalam masa macam ni. Apa malang betul nasib aku terjumpa dengan si jembalang tanah ni, rosak planaku nak tolong adik ni. Kacau moodje.

"Kau jangan sentuh adik aku. Faham!!!" Emir mula memberi amaran padaku. Emir mula mendekati adiknya.

"Aizs ok tak?luka tak?sakit kat mana?macam mana boleh jatuh nie?" jelas terpancar kerisauan pada wajahnya. Adik sendiri kan, memang la risau. Kalau orang lain dah lama dia biar je kot.

Dhia berundur ke belakang untuk memberi ruang pada Emir untuk membantu Aizs bangun.

"Aku just nak tolong je, salah ke?" Dhia mula tak puas hati. Aku punya lah baik nak tolong adik dia, dia pula kerek sangat. Poyo je lebih. Kalau tak nak aku tolong tu cakap je, tak payah nak bagi warning bagai. Sakit pula hati kite nie.

"Aku boleh bawa adik aku pegi klinik. Kau tak payah nak tunjuk baik sangat depan aku. Aku tak suka, faham?"

"Eleh, aku tolong tak nak pula. Lantak kau la. Chau" Dhia ingin pergi dari sini. Sakit hati tengok muka mamat ni, poyo lebih. Tak sampai 10 minit, Dhia berpatah balik ke arah Aizs.

"Akak pegi dulu ea Aizs. Jaga diri tau, jangan lupa suruh abang Aizs hantar pegi klinik. Kang teruk nanti susah. Tata Aizs" Dhia mula mengorak langkah menuju ke tempat letak kereta. Dari kejauhan dia melambai tangan pada Aizs. Emir pula masih lagi merenungku tajam. Kesah apa aku. Lets go home baby, yeahhh.

**********
Enjin kereta dimatikan. Dhia mula menapak masuk ke rumah. Kelihatan abang-abangnya serta kakak tersayang sedang berkumpul di ruang tamu. Dhia mula mendaki anak tangga menuju ke bilik. Baru saja Dhia melangkah ke anak tangga kedua, nama Dhia dipanggil oleh abang sulungnya untuk turut serta bersama mereka.

"Dhia, meh duduk dengan along angah andachik. Ada gosip baru tau" ujar Hazry.

Dah sudah. Gosip pula dah, aku paling malas nak dengar gosip mosip ni. Bukan boleh pecaya sangat pun, kadang-kadang boleh bawa fitnah. Adehhh, merepek pula aku ni.

"Gosip apa along?cepat la bagitau, Dhia nak naik atas rehat" jawab Dhia.

"Dhia mesti suka. Ni pasal Dhia tau, along nak bagitau ke tak ea..hmmm" along nie, main tarik tali pula. Bagitau jela, ada juga yang makan penumbuk satgi.

"Sebenarnya kan, Dhia.." kata-kata Hazry terhenti disitu.

"Dhia!!!pergi mane dekat nak jam 12 baru balik?joging berjam-jam. Pegi mandi, mama dengan papa ada benda nak bincang dengan Dhia" statementPuan Izrin buat aku rasa tak sedap hati la. Kenapa ea?setahu aku, minggu ni aku tak buat salah pun pelik.

Abang-abangku tersegih melihat Dhia. Senyuman penuh makna yang tersirat. Achik pula leka membaca novel yang baru dibelinya semalam. Apakah yang telah terjadi agaknya?kenapa aku sorang je tak tahu ni. Parah macam nie. Aku malas nak fikir panjang, aku mula mendaki anak tangga menuju ke bilikku.

Emir membaringkan dirinya atas katil bersaiz king itu. Terasa bestnya bila dapat baring, damai dan tenang je hati. Mujur hari ini cuti, kelas pun tak ada. Emir memejamkan mata. Bayangan seseorang melayari kotak fikirannya. Dhia Kaisara, gadis yang sering berada dalam mimpiku. Emir seperti pernah melihatnya sebelum ini.

Emir mengeluarkan IPhone 7 dari kocek seluar. Mula menaip nama Dhia dan mulakan pencarian. Sekali cuba saja, segala maklumat mengenai gadis itu menarik perhatiannya. Cara senyumannya seperti seorang yang sangat dia kenali. Seorang yang sangat bermakna dalam hidupku. Namun terpisah atas sebab tertentu. Jauh di sudut hati, aku sangat merindukan gadis itu. Emir menapak ke almari pakaian lalu mencapai sekeping gambar dan baring semula ke katilnya. Emir meneliti setiap inci wajah itu. Tersangat la comel. Emir tersenyum melihat gambar itu, baru saja ingin memejamkan mata. IPhone miliknya mula berbunyi menandakan panggilan masuk. Punat hijau ditekan.

"Weh bro, assalamualaikum" Iqbal memberi salam.

"Waalaikumsalam Iq, haa kau nak pe nie?aku baru nak tidur" ujar Emir.

"Lepak jom, aku bosan duduk rumah. Umi dengan walid aku outstation" Iqbal memang kaki lepak. Dari zaman sekolah sampai masuk Uni sama juga.

"Ok la, sent aku locationkau. Nanti aku pegi sana"

" Ok set bro" kedengaran mood Iqbal ceria seperti kanak-kanak ribena.

Aku bangun dari katil lalu menuju ke bilik air.

********

Dhia menuruni anak tangga. Kaki diatur menuju ke dapur.Dhia tertarik dengan bau masakan Puan Izrin. Harum sehingga menusuk ke kalbu. Dhia memang jenis yang kuat makan, tambah lagi bila ada sambal belacan, adehh tak keruan jadinya.

“Mama. Nak Dhia tolong apa-apa tak?” Dhia menawarkan diri membantu Puan Izrin. Puan Izrin tersenyum. Rajin pula putri bungsunya malam ini.

“Tolong mama susun pinggan boleh?” Ujar Puan Izrin sambil tersenyum pada Dhia. Dhia mengganguk laju.

Selesai menyiapkan juadah makan malam. Dhia mengambil tempat di hadapan Hezriq. Banyak sungguh Puan Izrin masak malam ni, lain macam pula. Tengku Mokhtar mengetuai bacaan doa, Dhia hanya diam sedari tadi.

" Ma, tadi mama nak cakap apa kat Dhia?" Dhia memulakan bicara. Hazry, Hezriq dan Dafisya hanya diam menikmati makanan mereka.

" Macam nie Dhia, papa dan mama bercadang nak kawinkan Dhia" terang Puan Izrin.

Dhia diam tak berkutik. Kaku, tergamam, terkejut. Semua perasaan bercampur-canpur. Ayam masak merah kegemarannya terasa tawar ditekak. Apa yang Dhia rasakan saat nie, susah untuk diungkapkan. Seperti batu besar menghempap kepala. Dhia tidak percaya dan dia tak mahu percaya. Mungkin ini hanya mimpi. Ya mimpi.

"Apa ma?kawin!!!big Noma. Dhia muda lagi kot. Dhia tak nak!!!" Dhia memberontak. Dia tak mahu kahwin dalam usia yang terlalu muda. Tidak, ini semua tak patut berlaku.

" Dhia kena terima. Mama dah tetapkan calon yang sesuai untuk Dhia" mama tetap dengan keputusannya. Tak ku sangka, masa muda ku masih panjang. Aku tidak mahu akhiri dengan kawin awal.

Tanpa memperdulikan semua orang yang berada di situ. Dhia berlari menuju ke biliknya lalu mencapai kunci kereta kesayangannya. Dhia bergegas menuju ke pintu utama. Puan Izrin mendekati anak bungsunya lantas menggenggam erat tangan Dhia.

“Dhia, jangan macam ni sayang. Kita bincang elok-elok. Jangan buat keputusan terburu-buru”Puan Izrin cuba memujuk puteri kesayangan. Tengku Mokhtar cuba memeluk anak bungnya itu namun Dhia menepis dengan kasar.

Dhia berlari selaju yang mungkin bersama linangan airmata. “Dhia, jangan pergi dik. Dengar cakap along ni” Hazry cuba membantu namun Dhia tidak memperdulikan kata-katanya.

Sebuah kereta Range Rover meluncur laju ke arahnya.

“Dhia!!!”

Dhia berpaling. Cahaya yang terang menyukarkan pandangannya untuk melihat.

Pinpin!!!

Dhia tergamam. Kereta itu melulu ke arahnya. Dhia cuba mengelak namun terlambat.

Prakk!!!

Dhia terasa tubuhnya terpelanting. Dhia cuba untuk bangun tapi tidak berjaya. Cecair pekat bewarna merah mengalir di kepala. Dia rebah, rebah disitu dan semuanya menjadi gelap.





Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku