Suamiku Mr Limited Edition
Bab 5
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 Februari 2017
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
814

Bacaan






Hospital Cambridge

Tubuh Dhia diusung ke unit kecemasan. Beberapa orang doktor bergegas memeriksa Dhia."Keadaan pesakit sangat teruk doktor. Kita perlu lakukan sesuatu" kata jururawat itu. Keadaan Dhia sangat tenat. Dhia cedera parah di kepala, tangan kiri juga patah.

Dhia kehilangan banyak darah dan memerlukan penderma darah dengan segera. Sementara itu. Doktor Arie,doktor yang bertanggungjawab ke atas kes Dhia sibuk membuat persiapan untuk pembedahan Dhia. Beberapa orang jururawat turut membantunya dalam persiapan tersebut. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Tubuh Dhia mula diusung menuju ke bilik pembedahan disertai dengan beberapa doktor lain dan dua orang jururawat untuk membantu doktor Arie.

Suasana dalam bilik pembedahan tersebut sunyi dan hanya ditemani dengan bunyi mesin. Doktor tersebut melakukan kerja dengan kadar pantas kerana nyawa sangat penting.

Tengku Izrin sudah terduduk di kerusi. Airmata yang cuba ditahan akhirnya gugur juga. Esakan tangisnya mula bergema di ruangan itu. Sungguh bukan ini yang dia mahukan. Apa yang berlaku begitu mengejutkan bagi Tengku Izrin. Hasratnya menyampaikan berita perkahwinan Dhia bertukar tragedi hitam.

Hazry hanya diam membisu ditempatnya. Melihat Dhia dalam keadaan seperti itu sungguh menyayat hati. Dafisya hanya termenung, Hezriq pula masih cuba mengawal riak wajah, namun dalam hati tiada siapa yang tahu sayu hatinya.

Dafisya menghampiri mama tersayang. Jelas tergambar rasa kesal pada wajah Tengku Izrin.

“Ma, sabar ea. Dhia akan selamat..Insha Allah” Ujar Dafisya. Airmatanya laju mengalir di pipi mulus itu.

Hanya Tengku Izrin, serta tiga lagi anaknya sedang menunggu, suaminya Tengku Azhar Mokhtar tak berada disitu kerana outstation di Australia.

Tengku Izrin menyesal dengan keputusannya untuk mengahwinkan Dhia. Dia tahu keputusannya itu terburu-buru dan tanpa meminta persetujuan dari Dhia, Rasa bersalah yang menggunung terhadap anak kesanyangannya itu. Sekaligus dia telah menyebabkan anak bungsunya kemalangan. “Ya Allah, selamatkan lah anakku Dhia” Getus hatinya dan berharap moga anak kesanyangannya itu selamat dari segala macam kemungkinan, Tengku Izrin telah membuat keputusan agar berita mengenai perkahwinan itu ditangguhkan dahulu sehingga Dhia sembuh. Dari kejauhan Doktor Arie mula melangkah keluar dari bilik pembedahan tersebut serta beberapa doktor yang lain. Tengku Izrin menapak mendekati Doktor Arie.

"Macam mana dengan keadaan anak saya doktor?dia selamat kan?tak cedera teruk kan?tell me the truth doctor. Please, Im begging u" airmata mula membasahi pipi Tengku Izrin.

"Anak puan selamat. Cuma luka di kepala serta tangan kirinya patah. Selain itu, semuanya baik saja. Alhamdulillah" jawan Doktor Arie.

"Saya minta diri dulu puan. Banyak lagi pesakit yang perlu saya periksa"

"Baik doktor. Terima kasih" Doktor Arie mengangguk laju melangkah pergi.

**********

"Emir!!!turun kejap, ade benda Ibu nak bagitahu nie" laung Tengku Ainon. Apa lah yang anak terunanya buat agaknya, asyik terperap je dalam bilik mengalahkan anak dara lagaknya. Setahunya, anak terunanya yang seorang ni suka keluar lepak dengan kawan-kawannya. Namun beberapa hari ini tak keluar pula, terkadang Tengku Ainon pelik dengan Emir yang suka berubah seperti angin.

"Ye Ibu?kenapa panggil Emir nie, ada hal penting ke?" soal Emir.

"Cepat tukar baju, teman Ibu pergi hospital. Ibu nak melawat anak kawan Ibu, dia kemalangan tadi. Ajak papa kamu tak dapat, dia kan tengah meeting sekarang" ujar Tengku Ainon.

"Sape bu?"soal Emir lagi. Emir berasa pelik. Siapa pula kemalangan ni, semua suadara Tengku Ainon sehat saja. Malah baru berjumpa semalam.

"Jangan banyak cakap. Pergi tukar baju sekarang, ibu tunggu kat luar" ujar Tengku Ainon. Emir bergegas mendaki anak tangga lalu menuju ke biliknya. Setelah selesai, Emir turun dan munuju ke pintu utama, terlihat Tengku Ainon sedang ralit menekan sesuatu pada Iphone 6 tersebut. Emir menghidupkan enjin kereta,

Tengku Ainon mengambil tempat di sebelah pemandu manakala Emir duduk di kerusi pemandu. Lykan Hypersport milik Emir meluncur laju di atas jalan raya.

Sebaik tiba diperkarangan hospital, Emir keluar bersama Tengku Ainon. Tengku Ainon mencari kelibat sahabatnya itu, Tengku Izrin. Dari kejauhan terlihat Tengku Izrin melambai ke arah teman baiknya, Tengku Izrin mendapatkan sahabatnya. Rindu mula bertamu dalam hati, sudah lama tidak bertemu. Kekangan masa serta kesibukkan yang melampau membataskan mereka untuk berjumpa dan meluangkan masa bersama. Setelah belasan tahun, baru hari ini mereka berjumpa. Sebelum ini hanya mampu bertanya khabar melalui telefon sebelum adanya Facebook, Skype dan Whatsapp, namun teknologi canggih telah merapatkan lagi hubungan mereka berdua. Mengenai hal perkahwinan anak-anak mereka juga telah ditetapkan sejak dahulu lagi. Mereka berhasrat untuk menyatukan anak-anak mereka satu hari nanti. Hal ini hanya mereka yang tahu dan masih dalam perancangan.

“Rin, macam mana boleh jadi macam ni?” Soal Tengku Ainon.

“Panjang ceritanya Ain. Kita bincang kat cafe je, boleh?”Sungguh, bukan ini yang dia mahukan. Tengku Izrin cuba menenangkan diri. Tengku Ainon mengangguk tanda faham.

“Emir, ibu dengan Puan Izrin nak pergi cafe jap. Emir tolong tengokkan Dhia boleh?kejap lagi ibu datang” Ujar Tengku Ainon.

“Baik la ibu, jangan lambat pula”

“Ye ibu pergi kejap je, kamu nie”

Emir berdiri tepat menghadap pintu wad vvip itu. Nak masuk ke tak?masuk ke tak ea?aduh. Masuk jelah.

Emir mula melangkah masuk ke ruangan itu. Dihadapannya terbaring satu susuk tubuh yang masih tidak sedarkan diri. Emir menapak ke arah katil tersebut lalu duduk di kerusi bersebelahan katil Dhia. Wajah polos itu direnung sedalamnya.

"Muke kau nie macam pernah nampak tapi kat mana ea?" Emir bermonolog sendiri. Ya, dia pernah melihat wajah itu. Setelah beberapa minit termenung, Emir teringat kisah pergaduhannya dengan seorang budak junior. Emir tersenyum sendiri apabila teringatkan peristiwa itu. Peristiwa di mana hatinya mula berdebar bila bertemu dengan empunya badan.

"Budak nie yang langgar aku hari tu. Garang tapi comel" getus hati Emir. Emir mula menilik setiap inci wajah tersebut. Cantik dan putih. Ala-ala cina tapi macam orang putih pun ada, kacukan kot.

“Boleh tak aku jadi suami ‘limited edition’ kau?kalau kau sudi lah” Emir bermonolog sendiri. Emir teringat perbualan Dhia dengan Luna . Dia tidak sengaja terdengar perbualan tersebut sewaktu dalam perjalanan menuju ke perpustakaan.

Di waktu itu, Dhia dan Luna sedang mengulangkaji pelajaran di sebuah pondok berdekatan dengan cafe kampus. Dhia sedang sibuk menyiapkan assigment manakala Luna mencatat nota. Luna merenung wajah Dhia. Mak ai. Serius sungguh dia buat kerja, senyuman pun tidak.

“Oi Dhia, jangan la serius sangat buat kerja. Nanti anak raja pun lari sebab tengok muka kau” Ujar Luna, sengaja mengenakan rakan baiknya. Dhia mencebik.

“Peduli apa?ada aku kisah?tak kan..”

“Dhia, kau tahu tak. Kak Mia kan dah kawin minggu lepas, kacak siot suami dia. Suami dia kan sweer je, susah tau nak jumpa suami macam tu sekarang. ‘Limited edition’ sangat. Dhia merenung Luna. “‘Limited edition’?hahaha. Wujud ke?” Dhia geli hati bila Luna bercakap mengenai ‘suami’.

Of course la wujud. Satu hari nanti kau mesti tangkap cintan punya dengan dia, tengok la nanti Tengku Dhia Kaisara” Ujar Luna sambil tersenyum sinis.

Ting ting!!!

Bunyi mesej masuk menyentak lamunannya. Setelah lama merenung wajah Dhia, Emir terlelap sambil menggenggam erat tangan Dhia.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku