Suamiku Mr Limited Edition
Bab 6
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 Februari 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
335

Bacaan






Cahaya mentari yang menyinar mengganggu tidur Dhia. Sakit matanya apabila cahaya matahari mula memancar. Dhia bangun dari pembaringann. Terasa asing, seperti bukan biliknya.

Bau ubat menusuk masuk ke rongga hidungnya. Pandangan dikalih ke hadapan, semua serba putih. Rasa sakit mula menjalar di tangan. Dhia bepaling ke kiri, alangkah terkejut dia apabila terlihat Emir menggenggam erat tangannya Dhia merengus

"Eh, siapa pula dia nie?siap genggam tangan aku nie. Nak kena mamat nie"

Dhia mengoncang bahu lelaki itu sekuat hatinya. Geram punya pasal.

"Hmmm, kejap la mama. Emir penat nie, bagi Emir rehat dulu" ujar Emir. Tangan Dhia masih berada dalam genggamannya.

"Bangun la!!!suka

berasa malu dengan perbuatannya itu. Dia menunduk malu, aduh macam mana boleh kantoi kau je kan pegang Turun naik nafas Dhia menahan marah. Tunggu masa saja hendak meletus.tangan aku. Aku tumbuk jugak kau nie kang"

"Erkkk..sory tak sengaja" Emir ni. Kan dia dah marah Emir, padan la dengan muka kau.

Pintu dikuak dari luar. Wajah puan Izrin dan puan Ainon menghiasi pandangan mata Dhia. Siapa pula sebelah mama nie?tak pernah nampak pun sebelum nie?Dhia mula berpaling ke arah lain. Sakit hatinya masih belum sembuh lagi.

"Dhia. Kenalkan nie kawan mama, Tengku Ainon. Yang kat depan Dhia tu anak dia. Tengku Emir" terang Puan Izrin.

Dhia mengukir senyuman plastik.

"Panggil mama Ainon pun dah cukup. Tak payah la bertengku-tengku nie"ujar Tengku Ainon.

Emir memberikan ruang untuk mereka berborak. “Ibu, Emir nak pergi surau kejap. Nak solat” Ujar Emir. Puan Ainon keluar sebentar kerana ingin menjawab panggilan telefon. Kini tinggal puan Izrin dan Dhia yang berada dalam bilik itu.

Puan Izrin buntu hendak memulakan bicara. Dhia hanya merenung ke luar jendela. Puan Izrin mula menarik nafas dan mula bicara.

"Dhia sayang, mama minta maaf. Mama tau mama salah. Mama tak fikir perasaan Dhia. Mama tangguhkan dulu perkahwinan Dhia. Bagitau mama keputusan Dhia kalau dah bersedia nanti. Ok sayang?" Puan Izrin berasa lega. Dapat meluahkan rasa yang terbuku di hati. Sayangnya dia pada Dhia.

"Nanti Dhia fikir mama. Dhia minta maaf sebab buat mama risau. Dhia cuma sedih"

"it's ok sayang. Mama maafkan. Mama yang salah. Oh, lupa bagitau. Papa tak dapat datang, flight papa delay. Esok papa balik tengok Dhia" Ujar Tengku Izrin. Sememangnya suaminya selalu sibuk tapi tak pernah lupa tanggungjawab sebagai ayah kepada anak-anaknya.

"Dhia rehat ea?mama nak keluar sekejap"

"Ok ma"

Dhia menarik selimut hingga paras dada. Buntu memikir kan hal itu. Tanpa sedar, dia tertidur.

**********
Seminggu sudah berlalu. Aku dibenarkan keluar hari ini. Tak sabar nak masuk kelas. Senangnya dalam hati. Yeayyyyy.

Papa tak dapat ambik, sibuk dengan meeting. Mama janji nak jemput aku balik hari nie. Cepat la sampai mama, tak sabar nak balik ni.

Kedegaran pintu dibuka.

"Ma cepat la. Dhia dah siap nie"

"Cepat sikit. Aku tak de masa nak tunggu lama-lama" Kata Emir.

"Mama aku mana?asal kau yang ambik aku?" Tanya Dhia. Emir hanya buat muka toya. Malas layan perangai Dhia yang mengalahkan budak kecik. Kalau tak puan Ainon yang suruh, tak de punya dia nak menjemput Dhia.

"Jangan banyak cakap. Kau nak balik ke tak haa?"

"Nak la, tak kan kena duduk wad lagi"

"Kalau nak, cepat kemas baju kau. Aku tunggu kat kereta. Kau lambat seminit je, aku tinggalkan kau" nada tegas mula kedengaran.

Malas betul la ikut mamat nie. Baik balik naik teksi lagi bagus. Hadap muka dia boleh muntah aku.

Selesai mengemas. Dhia bergegas keluar menuju ke tingkat bawah. Emir sedang menunggunya saat itu. Mujur Emir telah menjelaskan bil hospital. Puan Ainon yang baik hati ingin membayar bil hospital ku, walau dah banyak kali mama menolak. Puan Ainon tetap ingin membayar. Mujur puan Ainon baik hati.

Dalam keadaan yang serba kelam kabut. Dhia terlanggar seseorang.

"Err, sorry encik. Saya tak sengaja terlanggar encik. Saya nak cepat nie. Encik ok ke?"

"Saya ok. Sikit je nie, tak pe. Saya maafkan awak"ujar lelaki itu.

Saat lelaki itu terpandang Dhia. Timbul perasaan rindu. Rindu pada seseorang. Wajahnya seperti orang yang dia sayangi.

Begitu jugak Dhia. Terkejut dengan apa yang dilihatnya.

"Dhia?Dhia Kaisara?" tanya lelaki itu.

"Bukan. Encik salah orang, saya pergi dulu"

"Tunggu dulu, Dhia Kaisara!!!"



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 |
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku