Suamiku Mr Limited Edition
Bab 7
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 Februari 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
617

Bacaan






"Tunggu, Dhia Kaisara!!!"

"Maaf, aku tak de masa nak jumpa kau. Aku tak kenal kau siapa, so baik kau berambus" marah Dhia. Dia benci, muak dan tak ingin bersemuka dengan lelaki yang pernah menoreh hatinya sehingga luka. Lelaki yang pernah bertakhta dihati dan menyayanginya sepenuh hati. Namun semua musnah disebabkan penipuan yang Syafiq cipta untuk kepentingan sendiri.

Bahagia terasa bila bersama Syafiq. Rasa selamat dan nyaman setiap kali bersama Syafiq. Dhia akui, nama Syafiq masih terukir di hatinya hingga saat ini. Namun, semua musnah saat penipuan lelaki itu terbongkar satu per satu 2 minggu sebelum majlis pernikahan mereka.

Airmata Dhia laju mengalir di pipi mulusnya. Tak sangka dia akan berjumpa lagi dengan lelaki bernama Syafiq Dinie.

Tanpa Dhia sedari. Emir ralit merenungnya sedari tadi. Sungguh Emir tidak faham apa yang berlaku pada Dhia sebetulnya, namun hatinya sayu melihat airmata gadis itu. Rasa bersalah mula menyentuh tangkai hatinya. Dhia mengesat airmata yang tersisa dipipi mulus itu.

"Dhia kau ok tak?Aku minta maaf la marah kau tadi. Tak sengaja. Maafkan aku ea?" pinta Emir.

Dhia berpaling tanpa menjawab soalan Emir. Dia perlukan ketenangan saat ini. Lagi pula, malu kalau Emir nampak dia sedang menanggis. Tak brutal la bro.

Emir menghidupkan enjin kereta lalu memecut laju di atas jalan tar itu. Malas rasanya hendak melayan Dhia.

"Assalamualaikum.Aunty Izrin, Emir dah sampai nie. Nie haa Dhia". Tanpa menghiraukan Emir. Dhia masuk terus mendaki anak tangga menuju ke biliknya.

"Waalaikumsalam. Haa Emir dan sampai?terima kasih la tolong aunty. Jemput la masuk, kita minum dulu" Ujar puanIzrin. Rasa bersalah pula meminta Emir mengambil Dhia di hospital. Kalau bukan sebab meeting pagi, pasti dia sudah mengambil Dhia.

"Eh tak pe aunty, lagipun Emir ikhlas. Emir terpakse balik sekarang aunty. Kejap lagi ada kelas" Tukas Emir.

"La yeke. Yelah, hati-hati bawa kereta tu"

"Baik aunty. Emir balik dulu. Assalamualaikum" Pamit Emir. Emir mula menapak ke arah keretanya, lalu keluar dari perkarangan rumah Dhia.

******************************
Selesai makan malam. Dhia terus masuk ke biliknya. Sudah seminggu dia bercuti, assignment banyak yang belum siap. Pasti kena marah dengan pensyarah-pensyarahnya. Aduh, parah nie. Dhia mula duduk di meja belajar. Pelbagai buku-buku nota, buku rujukan dibeleknya. Banyak tugasan memanggilnya untuk disiapkan. Now, fighting!!!

Dhia tekun menyiapkan tugasannya. Kedegaran pintu biliknya diketuk dari luar. Dengan rasa malas, Dhia mula melangkah ke arah pintu. Baru saja pintu dibuka, wajahnya diketuk beberapa kali. Abang sulungnya tidak sedar kerana ralit bermain dengan IPhone 7 miliknya.

"Along!!!sakit tau tak!!!" bergema banglo dua tingkat itu dengan jeritan Dhia. Kuat gila, mahu pecah gelas kaca koleksi mamanya. Silap haribulan, teliga pun boleh berdarah macam nie.

"Allah. Sory Dhia, along tak sengaja. Along ketuk pintu banyak kali, Dhia tak buka so along ketuk la lagi. Tak tau pula 'ter' ketuk muke Dhia. Hahaha" Ujar abang sulungnya. Dah la ketuk muka orang. Boleh pula dia gelakkan kita. Sakitnya hati. Dhia mencebik.

"Nie along nak tanya, nak ikut along balik kampung tak hujung minggu nie?jumpa nenda?" Soal Hazry.

Dhia berfikir sejenak. Rinduya pada nenda. Lama tak balik kampung. Lagi pun, aku nak cari 'dia' lama menghilang. Rindunya nak bertepuk tampar dengan kau Ad.

"Dhia cepat la bagi jawapan. Along malas la tunggu nie"

Dhia memberikan renungan maut pada Haziq.

"Ok. Dhia ikut tapi takkan kita je. Angah dengan achik tak ikut sekali ke?mama dengan papa?"Soal Dhia lagi.

"Itu nanti along tanya diorang. Dah, pergi sambung belajar. Jangan nak menghadap cite Korea je" Ujar Haziq lalu melangkah keluar menuju ke tingkat bawah.

Ad!!!tunggu aku tau. Aku datang..yeayyyyy.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 |
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku