Suamiku Mr Limited Edition
Bab 8
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 Februari 2017
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
842

Bacaan






Hari ini hari pertama Dhia melangkah masuk dewan kuliah selepas seminggu 'bercuti' di hospital. Saat dia melangkah masuk, semua pelajar lain berasa pelik. Masing-masing terkejut melihat penampilan Dhia hari ini. Nak kata muka cacat tak. Hidung senget pun tak. Make up tebal?jauh sekali. Dhia rasa simple je. Ahh, lantak la, yang penting niat dihati nak belajar.

Dhia mengambil tempat disebelah Luna dan Sakura. Sakura?bunga Sakura?hahaha. Sakura ialah rakan Dhia semasa di sekolah menengah dulu. Sama seperti Luna dan yang lain. Kenapa nama dia Sakura?dia ada campuran jepun sikit keluarga sebelah mama Sakura.

Besides, nenek Sakura suka bunga Sakura, sampai nama cucu pun jadi Sakura.

Dhia memandang kerusi di sebelah. Kosong. Aryana dan Sophia mesti tak hadir hari ini.
Dhia mengeluarkan pen dan buku nota. Another day begin.

"morning class, hari ini saya akan adakan kuiz. So be prepare" Ujar Prof Siti. What!!!aku tak bace satu apa pun lagi. Tidakkkkk!!!

********
"Weh musk, hari nie lepak mana?" Soal Iqbal.

"Kita lepak rumah aku la. Study group kat rumah aku. Aku tak de mood keluar hari nie" Jawab Emir. "Iqbal, aku nak pergi cafe jap. Haus pula tekak aku"

"Ok bro"

Dalam masa yang sama Dhia and the geng sedang berbual di satu sudut. Selesai membayar minuman, Emir menapak mendekati Dhia serta yang lain. Idea jahat mula terlintas di fikirannya. Jaga kau Dhia Kaisara.

Emir melangkah ke arah Dhia. Riak diwajah Emir tenang sekali, setenang air di muara. Dhia dan rakannya berasa pelik dengan kelakuan Emir, something going to happen. Rapat dan semakin dekat. Emir berselisih bahu dengan Dhia dan sengaja langgar bahu gadis kecil molek itu. Minuman yang belinya tumpah terkena baju Dhia yang dipakainya. Dalam masa 5 saat, perang dunia ke tiga bakal bermula.

Dhia memberi pandangan maut. Habis lah Emir Arsyad lepas nie. Dhia berpaling ingin melihat siapa yang sengaja menempah maut dengannya. Panas hati bila melihat gerangan si dia.

"Hoi jembalang. Kau sengaja cari pasal dengan aku kan. Kau memang nak rasa penumbuk aku gamaknya" Dhia melulu menerpa Emir. Panas. Ya panas hatinya bila baju kesayangannya kotor terkena cappuccino ais.

"Opsss. Kena baju kau ea?sory la. Aku memang sengaja. Best tak mandi cappuccino ais aku?hahaha" Emir puas. Ya puas mengenakan Dhia. Berjaya membalas perbuatan Dhia sebelum ini. Sedang dia ingin berlalu pergi, bahunya ditolak dengan kasar.

Dhia pantas melarikan diri dan menuju di sebuah pondok. Tak guna kau Dhia. Nak lari sangat kan Dhia. Emir bertindak mengejar Dhia. Sehingga tiba di pondok itu. Dhia menarik nafasnya. Lama tak jogging. Kaki pun dah sakit. Masak lah aku. Asal dia kejar aku pula nie. Tidak!!!

Emir mengambil tempat di sebelah Dhia. Tak keruan Dhia dibuatnya. First time kot duduk rapat dengan lelaki. Selain abang-abangnya serta Syafiq. Aduh. Asal jantung nie berdebar semacam pula. Rilex Dhia. Dia orang juga.

"Kau saja cari pasal dengan aku kan. Tangan kau nie besi ke?sakit siot bahu aku nie kau tolak" Emir masih mengurut bahunya. Minah nie manusia ke alien. Kuat gila dia tolak. Aku yang lelaki nie pun tak tahan. Dhia masih menahan rasa.

"Sape suruh kau tumpahkan minuman tu kat baju aku?kureng betul" Hujung bajunya disental sekuat hati. Rasa sakit di hatinya tak dapat dibendung lagi. Ke mana saja dia pergi, Emir pasti ada. Jodoh kah?atau hanya kebetulan. Hmm.

Emir merenung tepat ke mata Dhia. "Kau sedar tak Dhia. Kau cantik di mata aku. Sebab tu aku suka kacau kau" Renungan Emir menambahkan lagi debaran di hatinya. Sabar Dhia, jangan gugup kantoi la kalau dia nampak. Aduhh. Jantung berhenti la buat aku nervous. Mama tolong Dhia!!!

"Erk. Pe kau merepek nie?baik kau jauhkan muka kau, kalau tak. Aku conteng muka kau" Dhia mengacah-acah pen di wajah Emir. Senyum pula, aku serius nie. Senyum buat apa?geram je dengan mamat nie la. Dhia masih dengan gaya menggugutnya. Emir pula?langsung tak takut. Masih merenung wajah Dhia. Aduhh, comelnya kau Dhia. Kaku lagi, sampai bila nak habis nie.

Iqbalmencari kelibat Emir. Berasa bosan menunggu si empunya badan tak muncul-muncul. Iqbal mengambil keputusan untuk mencari Emir. Selesai mengemas buku-buku rujukan serta tugasan yang berselerak di atas meja, iqbal mula melangkah keluar.

Dari kejauhan, iqbal ternampak kelibat Emir sedang duduk dibawah pondok bersama seorang gadis. Makwe Musk ke?setahu aku, dia tak pernah ade makwe lepas putus dengan Maya. Iqbal berjalan menuju ke arah dua merpati sejoli itu.

Bengang pula aku, Musk pergi beli air ke masak air nie?dah 30 minit aku tunggu, batang hidung pun tak muncul lagi. Naik kematu dah punggung aku tunggu si Musk nie. Dia boleh pula berasmara dana kat bawah pondok nie. Nak kena nie, tunggu kau Musk.

Sedang dua manusia itu merenung antara satu sama lain. Iqbal senyap2 berjalan ke arah mereka. Tunggu..1 2 3..

"Hoi!!!korang buat apa nie?" Iqbal pelik melihat kawan baiknya terkial-kial dek kerana sergahannya. Iqbal ternampak gadis di sebelah Musk. Macam pernah nampak tapi kat mana ea?perasaannya kuat mengatakan yang dia pernah melihat gadis itu sebelum ini.

Iqbal duduk di sebelah Emir. Beg sandangnya diletakkan di atas meja cendawan itu. Gadis itu ditenung lama.

Dhia membalas renunggan Iqbal. Matanya tertancap pada jam tangan yang dipakai Iqbal di tangan kanannya. Itu, jam yang pernah Dhia hadiahkan pada Iqbal sewaktu hari lahirnya. Meskipun umur Iqbal pada ketika itu masih belum mencapai 18 tahun ke atas. Dia berharap agar Iqbal menyimpannya dan memakainya apabila dewasa nanti. Iqbal begitu gembira dengan pemberian Dhia padanya.

"Iqbal Fahim?is that u?" Soal Dhia. Sungguh dia tidak percaya. Iqbal Fahim, kawan sepermainannya sewaktu tadika. Berbagai memori tercipta sewaktu kecil bersama lelaki itu.

Nama yang akan diingati walau sebanyak mana pun rakan yang pernah berkawan dengannya, lelaki itu tetap berada di hati. Rindu mula bertamu. Namun mereka terputus hubungan semasa Iqbal dan keluarganya berpindah ke Johor. Shingga kini, Dhia masih mencari sahabatnya itu.

“Jam yang kau pakai tu. Aku pernah bagi jam sebiji macam tu kat kawan aku, nama dia Iqbal. Iqbal Fahim. Kau Iqbal Fahim kan?”

"Ya sye Iqbal Fahim. Sye kenal awak ke cik adik?" Soal Iqbal. Pelik, macam mana cik nie boleh kenal aku?aku kenal dia pun tidak. Hot sangatkah aku sampai dia kenal aku?Iqbal ligat berfikir. Macam mana dia boleh tahu nama aku pula ni?pelik minah ni.

"Dhia Kaisara. Aku Dhia Kaisara, kau tak kenal aku Iq?kita kawan masa tadika dulu. Tadika Sayangku?ingat tak?aku pernah hadiahkan jam tu kat kau. Kau tak ingat ke Iqbal?"

"Dhia?Tengku Dhia Kaisara?seriously?is that u my girl?" Soal Iqbal. Rasa teruja bila tahu nama gadis itu. Tiada siapa tahu, bertapa dia rindu pada gadis itu. Ya, sahabatnya yang dia paling sayang. Rasa syukur tidak terhingga bila berjumpa kembali dengan gadis itu. Lama dia mencari sahabatnya itu. Selepas berpindah ke Johor, Iqbal berasa murung kerana hilang satu-satunya kawan baiknya. Namun tidak lama selepas itu, Emir datang sebagai rakannya. Sehingga sekarang persahabatan mereka semakin akrab.

"Yes it's me Iq. Rindu kau Iqbal. Mana kau menghilang haa, penat tau aku cari kau" Dhia mula meluahkan rasa rindu yang terbuku di hatinya.

Iqbal mengambil tempat di sebelah Dhia. Mereka mula berbual. Bertepuk tampar sama seperti waktu tadika dahulu. Emir seperti tidak wujud antara mereka.

Emir geram. Dirinya seperti tidak wujud. Hampeh punya kawan, jumpa kawan lama terus lupa aku. Merajuk la macam nie. Kacang lupakan kulit betul. Emir mengeluarkan IPhone dari kocek seluar lalu screenlock dibuka.

Sedang Dhia teruja berbual bersama Iqbal. IPhone 6 miliknya berbunyi. Dhia mencari IPhone miliknya lalu menekan punat hijau.

"Hello, waalaikumsalam mama. Dhia baru habis kelas. Kenapa ma?"soal Dhia. Kedengaran suara Tengku Izrin mula cemas.

"Cepat balik Dhia. Nenda sakit"

"Apa ma!!!serius!!!"

"Ye sayang. Mama tunggu kat rumah. Lepastu balik kampung. Yang lain semua dah ada. Tunggu Dhia je, cepat sikit Dhia" Perasaan cemas mula bertandang.


P/S Dear Lukmanul Hakim..tq 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku