Suamiku Mr Limited Edition
Bab 9
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 Februari 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
699

Bacaan






Hospital Permai

Tengku Zaidah masih berada di wad kecemasan. Suasana sunyi sepi ketika itu. Beberapa orang doktor serta jururawat keluar masuk dari wad tersebut.

Kelibat puan Izrin , suami serta anak-anaknya akhirnya kelihatan. Wajah puan Izrin basah dek kerana menanggis. Tergambar kerisauan di wajah encik Azhar, Dhia dan abang-abangnya serta kakak tidak keruan. Bimbang memikirkan keadaan Nenda tersayang. encik Azhar menuju ke kaunter pertanyaan.

"Nurse, pesakit bernama Tengku Zaidah ditempatkan di bilik mana ya?" Soal encik Azhar. Rasa simpati terhadap isterinya, sedari tadi tidak berhenti menanggis. Sayu hatinya melihat keadaan isteri tersayang.

"Encik ahli keluarga pesakit ke?"

"Ya nurse, saya anak pesakit. Tengku Azhar. Boleh saya tengok Ibu saya?"

"Maaf encik. Tengku Zaidah masih dalam wad kecemasan. Doktor sedang merawat Ibu encik. Encik sila tunggu sebentar ea" Jawab jururawat itu.

"Baik. Terima kasih nurse"Ujarpuan Azhar.

Setelah 1 jam menunggu. Pintu wad kecemasan dikuak dari dalam. Muncul seorang doktor muda, berusia dalam linkungan 20 an. Stethoscopeterletak kemas di kot doktornya. Nametagdigantung poket sebelah kiri. Mula berjalan menghampiri encik Azhar dan Isterinya.

"Erm doktor. Nie ahli keluarga Tengku Zaidah." Ujar jururawat itu. Doktor Sharizan berpaling memandang encik Azhar.

Doktor Sharizan dan encik Azhar berjalan menuju ke satu sudut untuk berbincang. Puan Izrin berasa pelik dengan kelakuan dua orang itu. Ke mana pula laki aku nie. Bincang la kat sini, perlu ke pergi tempat lain. Aduhh, lantak la. Puan Izrin malas hendak fikir mengenai itu. Tengku Zaidah yang penting sekarang. Risau.

"Begini Encik Azhar. Ibu encik tak mengalami kecederaan yang serius, cuma luka di lutut saja. Nasib baik tak parah, kalau tak Ibu encik mungkin mengalami keretakkan pada tulang di bahagian kaki"

"Macam mana boleh jadi macam nie doktor?" Soal encik Azhar.

"Ibu encik jatuh tangga. Tapi mujur tak tinggi sangat. In sha Allah dalam dua tiga hari boleh balik dah. Lepas nie Ibu encik saya pindahkan ke wad VIP" Ujar doktor Sharizan.

"Baik. Terima kasih banyak doktor" lega rasanya. Rasa syukur yang tidak terhingga apabila Tengku Zaidah hanya mengalami kecederaan ringan.

Pintuwad Orkid diketuk perlahan lalu dibuka dari luar. Kelihatan Tengku Zaidah sedang diperiksa oleh jururawat yang bertugas. Tengku Zaidah tersenyum melihat anaknya. Selesai tugas, jururawat tersebut beredar keluar memberi ruang kepada keluarga itu .

"Nenda!!!Dhia rindu. Nape buat Dhia risau?" Dhia memeluk Nenda tersayang. Rindu menggunung terhadap Nenda tecinta. Rasa menyesal tidak balik lebih awal melawat Nendanya. Along, angah serta achik tersenyum melihat gelagat adik tersayang. Manja sungguh dengan Nenda ya.

Sejak kecil. Dhia adalah cucunya yang paling dekat serta manja dengan Tengku Zaidah. Diusap lembut belakang cucu kesayangan itu. Tengku Zaidah tersenyum. Lahai manjanya cucu Nenda. " Nenda tak pape la. Sikit je nie, esok baik la. Rindu cucu-cucu Nenda nie. Meh peluk Nenda, along angah achik meh" Tengku Zaidah mendepakan tangannya.

Hazry, Hezriq dan Dafisya masih berdiri kaku. Tengku Zaidah berasa pelik

“Laa, nape nie?tak nak peluk nenda ke?” Dhia kalih memandang abang-abang serta kakaknya.

"Merajuk la Nenda, Dhia sorang je yang Nenda manjakan. Along angah dengan achik tak pun" Gumam Hazry. Berpura-pura merajuk. Angah dan achik dah buat meluat dengan along mereka. Ngadenye.

"Bonda, macam mana boleh jatuh tangga nie?risau Az" Tanya encik Azhar.

"Tak sengaja la Azhar. Bonda salah pijak kot" Bohong Tengku Zaidah. Kalau la anaknya tahu yang dia jatuh sebab pening, pasti anaknya itu berasa risau. Dia tidak mahu susahkan anak serta menantunya.

Hanya tinggal encik Azhar dan isterinya di wad itu. Anak-anaknya pergi ke kantin. Lapar katanya.

Tengku Zaidah menyuruh anak serta menantunya duduk. Perbincangan bermula.

"Dah bincang dengan Dhia pasal rancangan nak satukan dia dengan anak teruna Ainon?" Tanya Tengku Zaidah, perkara itu harus di segerakan. Kalau lama-lama melepas. Sudah lama menyimpan niat untuk menyatukan mereka.

Puan Izrin merenung suaminya. Perkara ini belum dibincangkan lagi. Dhia juga belum bersedia meyandang status isteri. Encik Azhar mencebik. Aku juga kena. Bini aku nie saja nak kenakan aku. Dah la soalan susah. Encik azhar menarik nafas, cuba mencari kekuatan.

"Belum lagi bonda. Kan Dhia baru baik dari kemalangan. Lagi pun, dia tak bersedia lagi"

"Bonda tau tapi mesti di segerakan. Bonda risau, bonda tak sempat tengok dia naik pelamin" Ujar Tengku Zaidah. Dia ingin melihat cucu-cucunya berkahwin sebelum menutup mata.

"Tak pe bonda. Bila bonda dah baik, kita bincang hal nie kat rumah. Ajak Dhia sekali. Sekarang bonda rehat dulu ya?" Tengku Zaidah mengangguk. Puan Izrin menyelimutkan mak mertuanya.

Malam itu Dhia berkeras untuk menjaga nendanya di wad. Tengku Azhar membiarkan saja anaknya itu. Tau benar Dhia degil nak dengar cakap orang. Abang serta kakaknya pulang kw rumah bersama Tengku Azhar dan isterinya.

********

Emir dan Iqbal baru saja habis class. Mereka menuju ke cafe. Lapar la katakan. Habis membayar makanan, mereka menuju ke sebuah meja.

Kelihatan Luna, kawan baik Dhia. Aryana dan Sakura sedang menjamu selera. Emir mencari kelibat Dhia namun tiada. Hampah. Rindu rasanya ingin mengusik gadis itu. Rindu?OMG!!!sejak bila aku rindu dia nie. Parah macam nie.

"Oi Musk. Pehal kau nie, lain macam je. Macam angau pun ade. Rindu Dhia ke?" Iqbal giat mengusik kawan baiknya. Sejak Dhia muncul, senyuman tidak pernah lekang di bibir Emir. Mungkin hatinya sudah terisi. Dhia, si pencuri hati Tengku Emir Arsyad.

"Aku ok la. Maybe aku penat je" Tukas Emir. Mencuba sedaya upaya untuk menutup rasa gusar di hatinya. Iqbal mencebik. Tidak puas hati dengan jawapan Emir.

Kalau dah suka tu mengaku jela. Nak sembunyi pula. Silap orang la kau Musk. Kau boleh tipu aku tapi kau tak boleh tipu perasaan kau. Iqbal meneruskan suapannya.

Selesai mengisi perut. Emir menapak ke arah Luna and the geng.

"Korang. Mane Dhia ea?asal dia tak datang?" Soal Emir. Risau. Sudah 3 hari tidak datang. Batang hidung pun tak nampak.

Luna tersentak dengan soalan Emir. Terkejut dengan kedatangan Emir secara tiba-tiba. Aryana dan Sakura memandang satu sama lain. Terkejut mak.

"Dhia balik kampung. Katanya Nenda dia sakit. Senior rindu dia ea?" Soal Luna. Geli hati melihat wajah Emir. Merah macam udang rebus. Malu bila ditanya soalan sebegitu. Alahai Dhia. Nasib kau la kalau dapat bakal suami pemalu macam ni. Pemalu ke?hmmm.

"Tak la. Ma..ne ade. Aku tanye je, tak salah kan?dah aku balik dulu. Assalamualaikum" Emir berlalu meninggalkan Luna.

Malu pula bila ditanya macam tu. Iqbal pula tak habis-habis ketawakan aku. Hampeh punya kawan. Backup aku pun tak.

Dhia keluar. Jogging katanya. Tengku Zaidah sudah dibenarkan pulang.

"Izrin bonda nak bincang pasal Dhia. Bonda tak nak tunggu lagi. Bonda rasa, bonda nak percepatkan majlis tu. Satu bulan dari sekarang" Ujar Tengku Zaidah. Tak nak bertangguh lagi. Teringin hendaknya melihat Dhia bersanding. PuanIzrin terkejut dengan keputusan mak mertuanya. Terpaksa la diikut kan. Tapi risau bila teringat anak bungsunya. Antara anak dan mak mertua. Siapa harus diutamakan?pening.

"Baik la bonda. Nanti Izrin bincang dengan Dhia"



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku