Suamiku Mr Limited Edition
Bab 10
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 Februari 2017
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
922

Bacaan






Bab 10

Dhia baru saja balik dari berjogging. Semput pula jogginglama-lama. Sejak baik dari kemalangan, hari ini first timedhia jogging.Bermula di Taman Perdana sehingga ke Tasik Avenue. Berakhir di Teluk Sapphire. Rasa puas berjogging sejauh itu. Nak sehat la katakan.

Dhia menuju ke dapur. Fridgedibuka lalu menyambar sebotol air mineral spretzer. Penutup dibuka lalu meneguk air itu dengan rakus. Haus siot. Dah la panas, masak mak.

Puan Izrin sedang membaca surat khabar di ruang tamu sambil menonton tv. Matanya fokus terhadap isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia serta luar negara. Ingat lelaki je ke yang nak up to date?wanita pun apa kurangnya. Tambahan lagi, zaman sekarang ramai wanita telah menceburi bidang keusahawanan. Sama hebat setanding kaum adam.

Tengku Zaidah pula sibuk mengait baju. Style ala ala orang putih yang duduk disebelah tingkap sambil mengait. Tangan kanan cekap memasukkan benang, sementara tangan kiri ligat menyematkan simpulan benang tersebut.

Mengait merupakan hobi utama Tengku Zaidah. Semua baju sejuk serta scarf dibuat dihadiahkan kepada anaknya dan rakan rapat serta jiran yang tinggal bersebelahan rumah.

Dhia menapak ke ruang tamu. Kemudian duduk bersebelahan puan Izrin. Tengku Zaidah memberi isyarat mata kepada menantunya. Puan Izrin mengangguk lalu menyimpan surat khabar tersebut di atas meja kaca. Volumetv direndah.

"Papa mana ma?Dhia tak nampak pula. Along angah dengan achik mana"? Soal Dhia. Sunyi je rumah. Kelibat abang serta kakak tersayang tiada. Encik Azhar pun sama.

"Papa pergi rumah pak samat. Ada hal katanya. Along dengan angah pergi dusun nenda. Nak petik buah rambutan. Teringin nak makan katanya. Mengalahkan orang mengidam. Achik ada kat atas. Baca buku kot. Dhia meh duduk sebelah mama" Puan izrin menepuk tempat duduk disebelahnya. Dhia segera mengambil tempat di sebelah puan izrin.

"Dhia. Mama dengan nenda ada perkara penting nak bincang dengan dhia. Please pay attention " Ujar puan izrin.

Perkara ini harus diselesaikan segera. Tak elok rasanya melambat-lambatkan hajat orang.

"Dhia setuju tak kalau kawin dengan calon pilihan nenda?nenda dah lama nak satukan kamu berdua, cuma masa tidak mengizinkan" Ujar Tengku Zaidah.

"Dhia kan masih belajar lagi nenda. Lagi pun, Dhia anak bungsu. Along angah dengan achik tak kawin lagi. Tak nak la langkah bendul" Dhia mula protesdengan permintaan nenda. Muda lagi kot nak kawin. Ingat nie zaman jepun ke kena kawin awal. Eh, zaman jepun makan ubi kayu. Ah lantak la.

"Along dah ada calon. Tinggal nak bawa jumpa mama je lagi. Angah pula, katanya nak tunang dengan gadis pilihan dia. Achik tu masih searchinglagi. Dhia dah ada calon. Pihak sana pun dah setuju. Tinggal nak tau keputusan Dhia je" Terang puan izrin. Tersenyum melihat muncung anak bungsunya. Nak bangkang la tu.

"Tapi dhia tak habis belajar lagi. Ada lagi setahun baru graduate" Tukas dhia.

"Dhia. Nenda nak sangat tengok dhia naik pelamin sebelum nenda menutup mata. Sayang nenda tak" Tengku Zaidah menyusun strategi.

Langkah pertama seperti membuahkan hasil. Dhia diam tak berkutik. Puan izrin serta Tengku Zaidah masih menunggu jawapan.

Dhia merengus. Hati berbelah bagi sama ada ingin mengikut kemahuan sendiri atau memuaskan hati nenda untuk bersetuju berkahwin dengan calon nenda.

Dengan rasa kecewa, sedih serta pilu. Dhia mengangguk bersetuju dengan keputusan nenda. Berkahwin dengan lelaki bukan pilihan hati amat pahit untuk ditelan.

Tengku Zaidah dan puan izrin tersenyum akhirnya. Merasa juga melihat cucu yang satu ini kahwin.

"Baik la. Nanti mama beritahu pihak lelaki untuk menghantar rombongan merisik. Terima kasih Dhia sebab tak kecewakan nenda dan mama" Puan izrin mengusap lembut pipi anaknya.

"Same mama. Dhia naik dulu"

Dhia mendaki anak tangga lalu menuju ke biliknya. Rasa kecewa saat ini. Sungguh tak sangka. Dirinya akan menjadi isteri orang.

********

Emir Arsyad sedang duduk bersendirian di balkoni. Kelas habis awal hari ni. Tak ada perkara hendak dibuatnya, Emir termenung berseorangan ditemani gitar kesayangan.

Jauh termenung teringatkan 'si dia' yang jauh di mata. Walau pun begitu, berasa dekat di hatinya. Angin petang menambah rasa damai di hati.

Aku rindu kau Dhia. Tiga hari tak buli kau, aku jadi tidak keruan. Cepat balik Dhia. I need u

Bunyi pintu dikuak dari luar. Wajah puan Ainon menyapa pandangan Emir. Puan Ainon tersenyum lebar lalu duduk bersebelahan anak terunanya. Emit pelik melihat tingkah puan Ainon, senyum saja sedari tadi.

"Emir..mama ada benda nak discuss dengan Emir. Tapi tunggu papa balik dulu ea. Along dengan angah sekali" Pelik mama aku hari nie. Tak pernah serius macam nie. Mesti ada maunya. Tapi apa ea?Emir masih tertanya-tanya.

"Kenapa ma?Emir ada buat salah ke?" soal Emir lagi.

"Tak la, tunggu semua ada. Lepas makan malam nanti mama bagitau, bukan sekarang. Surprise!!!" puan Ainon sengaja bertarik tali dengan soalan anaknya. Hatinya sedikit tercuit dengan tingkah anak bungsu kesayangan itu.

Mana boleh bagi tahu sekarang. Tak surprisela namanya.

"Yela wahai Tengku Ainon" ujar Emir.

Puan Ainon melangkah keluar dari bilik tersebut. Emir masih ligat berfikir mengenai perkara yang hendak disampaikan oleh puan ainon.

Mata ditala ke depan. Tangan mula memetik gitar memainkan lagu bait-bait cinta. Fikiran mula menerawang ke tempat lain. Mata dipejam rapat. Muncul wajah seseorang yang sangat dirindui. Emir menarik nafas sedalamnya.

8.30 Malam

Keluarga encik Borhan sedang menikmati makan malam. Suasana sunyi menyelubungi ruang makan tersebut. Emir masih setia menanti kejutan dari puan Ainon. Mata masih menatap wajah si ibu yang sedang makan.

Puan Ainon sedar akan renungan itu berdiam diri.

Hazry mula perasan dengan tingkah adik bungsunya. Seperti ada agenda yang tersembunyi.

"Oi dik, asal kau tengok mama macam tu?nie mesti ada mau dengan mama nie" Ujar Hazry sambil memandang Emir. Tangan kanan masih ligat menambah lauk di ke pinggannya.

Emir mencebik. Wajah abang sulung ditenung tajam, setajam mata pedang katana. Ke situ pula along nie. Sibuk je.

"Mana ada la long..ada la hal dengan mama. Mama je tau. Along apa tau?tau makan je" Emir sengaja menaikkan marah Hazry. Suapan dilajukan.

"Dah!!!lepas makan nie, kumpul kat ruang tamu..mama ada perkara nak bincang" Ujar puan Ainon lalu membawa pinggannya ke dapur. Setelah itu, puan Ainon membawa pinggan kotor ke singki. Mak yam turut membantu.

Encik Borhan sedang membaca surat khabar. Puan Ainon menghidangkan teh serta kuih. Abang-abang Emir sibuk dengan telefon masing-masing.

"Emir Arsyad. Dengar baik-baik dengan apa yang mama nak cakap. Abang?ain start ea?" Encik Borhan mengangguk. Puan Ainon duduk sebelah suaminya. Hazry dan Hezriq mula menumpukan perhatian.

"Mama dah buat keputusan. Papa dengan mama dah setuju nak kawinkan emir dengan anak bungsu kawan mama. Emir pun kenal anak dia. Emir akan bernikah sebulan dari sekarang. Segala persiapan kawin, barang hantaran, kad jemputan, wedding planer,baju serta dewan mama dan kawan mama akan uruskan. Emir tak boleh bangkang, protes ke mogok ke tak boleh. I've made up my mind. No excuseEmir Arsyad. Tu je mama nak inform" Panjang lebar penjelesan puan Ainon. Emir kaku. Tidak menjangkakan ini surprise puan Ainon kepadanya. Kecewa.

Hazry yang mendengar kenyataan itu terkejut beruk. Aku yang bujang nie pun masih mencari. Dia pula dah nak kawin. Tak ada angin tak ada ribut.

"Wah mama, along pun tak kawin lagi. Adik dah nak kawin dulu" Hazry mula memcelah.

Puan ainon merenung Hazry. Mama tak habis cakap, menyampuk pula.

"Hehe sory mama. Sambung ma" Hazry menayang giginya yang tersusun cantik. Hezriq menunjukkan tumbs uppada along. Padan muka kena marah. Hahaha

"Tapi ma, Emir belum habis enjoy hidup bujang. Study tak habis. Mama buat keputusan tanpa tanya Emir?sampai hati mama"

"Maafkan mama sayang. Mama buat semua nie bersebab. Emir akan tahu juga nanti. Emir sayang mama tak?"

"Mesti la mama"

"Kalau macam tu..please terima keputusan mama" Puan Ainon berpura-pura sedih. Sekali sekala bodek anak sendiri tak salah.

"Okey la ma, apa saja untuk mama. Emir rela bekorban, Emir sayang mama" Emir pasrah dengan keputusan mamanya. Namun, hati sudah memasang niat untuk kenakan bakal menantu puan ainon.

Puan Ainon tersenyum lebar.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku