Suamiku Mr Limited Edition
Bab 11
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 Februari 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
698

Bacaan






Dhia termenung sorang diri di meja belajar. Seminggu berlalu. Sejak balik dari kampung nenda, Dhia tidak senang duduk apabila dirinya akan menjadi isteri orang. Dhia sendiri tidak tahu siapakah gerangan bakal suaminya nanti. Tinggi ke?kacak?bergaya?poyo atau kerek?sudah seminggu perasaan resah dan gelisah berkampung di hati.

Mujur hari ini kelas petang. Dhia bermalas-malasan atas katil. Liat sungguh nak bangun kalau kelas petang. Dhia mengambil IPhonenya lalu duduk bersila. Teddy beardipeluknya erat. Screen lock dibuka lalu menekan aplikasi instagram.

Mata yang separuh sedar itu menjadi segar apabila terbaca status Emir. What!!!like seriously?no!!!!

"im getting married with her. Hope she can accept me for who I am.. Sincerely love u Dhia Kaisara"

Terpampang wajah Dhia sedang menulis di sebuah meja berbentuk cendawan. Senyum jelas terukir di bibir mungil itu.

Nombor Emir ditekan. Tak kan aku kena kawin dengan dia. Masak aku macam ni. Jaga kau Emir Arsyad!!!

"Hello, Emir Arsyad!!!apa maksud kau?asal kau upload gambar aku kat ig kau haa?"

"Kalau ye pun bagi la Salam dulu. Tak menyempat" Ujar Emir.

Dhia merengus. Sabar je la dengan dia ni.

"Assalamualaikum en Emir. Pe maksud kau pasal status kat ig tadi"

"Tu?saje..nak tengok reaksi kau macam mana" Ujar Emir selamba. Hati dah berdebar bila terdengar suara pujaan hati. Lembutnya suara.

"Ish..hate u Emir" Punat merah ditekan. Emir saje nak cari pasal dengan aku.

Dhia berasa geram dengan Emir. Mahu saja muka kacak tu ditenyeh dengan cili.

********
Dhia mematikan enjin kereta lalu menguncinya. Langkah dibuka menuju ke dewan kuliah. Luna dan Aryana sudah berada di tempat duduk masing-masing. Dhia menapak ke arah kawan baiknya.

"Dhia!!!rindu kau weh. Lama tak nampak, kau balik kampung lama sangat. Ada orang tu kan rindu kau" Ujar Luna. Luna masih Ingat saat Emir bertany mengenai kawan baiknya itu.

Meski pun Luna tidak mengetahui bahawa Dhia bakal berkahwin. Namun, Luna dapat merasa Dhia menyembunyikan sesuatu darinya.

Dhia yang baru melabuhkan punggung merengus. Belum sempat dia menarik nafas. Luna sudah menanyakan soalan KBAT itu. Hati pula masih sakit memikirkan Emir yang sengaja membuat onar.

"Aku balik seminggu je, tak kan kau dah rindukan aku kot. Chill babe. Haa sape yang rindu aku tu?kacak tak?" Ujar Dhia. Luna tersengih seperti kerang busuk.

Luna sudah mengagak. Pasti Dhia bertanya mengenai lelaki yang merindukan dirinya. Dhia masih setia menunggu jawapan Luna. Ish kenapa kawan aku nie. Macam kena sampuk dah, asyik tersengih je dari tadi. Bahaya nie. Dhia mendekatkan bibirnya ke telinga Luna.

"Luna!!!kau kena sampuk ke?aku tanya nie"

"Opocot mak kau. Dhia!!!"

Dhia tergelak melihat kawan baiknya. Luna mencebik. Merajuk la tu. Hahaha, alahai Luna.

"Haa tu muncung tu. Nak bagi aku ke?boleh aku sangkut hanger kat situ. Kebetulan baju aku tak kering lagi" Dhia suka mengenakan Luna. Kelakar rasanya.

"Merajuk la macam nie. Dhia jahat, tak nak kawan" Luna duduk di tempatnya. Tangan pula disilangkan. Bibir jangan cakap la. Macam muncung itik.

Dhia ligat mencari idea untuk memujuk Luna. Tak boleh jadi nie. Kalau dia merajuk. Boleh meroyan aku, sunyi la hari aku kalau tak buli dia. Prof Zaf kejap lagi nak masuk. Aduh

"Luna jangan la merajuk. Aku ada beli donut tau tadi, kat Big Apple. Kau nak tak?"

Dhia tersenyum melihat senyuman Luna. Umpan dah mengena. Luna memandang Dhia.

"Mesti la nak. Favoriteaku tu" Ujar Luna.

"Nanti aku bagi kau k. Dah jangan merajuk lagi. Haa sape rindu aku tu?" Soal Dhia.

"Emir la. Senior kesayangan kau tu" Terang Luna. Terkejut beruk Dhia. Mata Luna direnung tajam. Tak kan la mamat poyo tu rindu aku.

Apa yang dia nak nie. Tak boleh jadi nie. Aku mesti cari jawapan. Dhia memandang Luna. Dhia ingin bertanya mengenai Emir, namun Prof Zaf telah masuk. Aduhh, kacau la Prof Zaf nie.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku