Suamiku Mr Limited Edition
Bab 12
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 Februari 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
832

Bacaan






Emir dan Iqbal sedang duduk di Cafe kampus. Minggu yang sangat memenatkan bagi pelajar tahun akhir. Final exam lagi dua minggu, banyak tugasan yang masih belum disiapkan. Presentation masih banyk yang tertangguh. Emir tersandar lemah di kerusinya. Pelipis diurut berkali-kali. Letihnya hari ni, Emir terbayang katil kesayangannya di rumah. Rasa malas mula menguasai Emir. Kalau dapat peluk bantal busuk pun best juga nie. Emir mula mengelamu, fikirannya menerawang jauh. Wajah seorang yang dirindu mula bermain di mata. Iqbal yang sedang menulis sesuatu pada buku notanya perasan perubahan pada wajah Emir.

Aduh. Dah kenapa kawan aku sorang ni, macam kena sampuk dah aku tengok. Iqbal mengeleng. Emir masih dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya.

"Weh Musk..dah la senyum tu..macam orang gila je aku tengok kau nie la. Asyik-asyik senyum" Emir kalih.

"Kau tak tau penangan orang bercinta Iqbal..rasa macam dunia kau punya" Iqbal mencebik.

Aku tau la kau angau dengan si Dhia tu Musk. Kalau ye pun, siapkan dulu assignmentkau nie. Satu pun tak terusik lagi.

Dhia menuju ke perpustakaan. Niat di hati ingin menjernihkan salah faham antara dia dan Emir. Persoalan yangmasih bermain dalam kotak fikiran Dhia.

Dhia serempak dengan Faiq, classmate Emir. Satu kepala, satu bidang. Dhia menapak ke arah Faiq.

"Assalamualaikum Faiq. Nampak Emir tak?" Dhia cuba beranikan diri bersemuka dengan Faiq. Siapa je yang tak kenal Tengku Faiq Hasif. Playboynombor satu di kampus itu. Segak bergaya. Kacaknya sama dengan Emir.

Faiq kalih. Dhia berasa takut bila melihat wajah itu. Faiq merenung Dhia dari atas sampai bawah. Pelik. Pertama kali aku nampak budak nie, sebelum nie tak ada. Hmm, cantik juga budak nie. Dhia mula rasa tidak selesa

"Sory, aku tak nampak pun dia. Eh jap, kau nie sape?kita pernah jumpa ke sebelum nie?kau awek Emir ke?" Bertubi-tubi soalan yang ditujukan pada Dhia.

Dhia merengus. Sibuk je mamat nie. Aku tumbok kang, baru tau nak diam.

"Tak, kita tak pernah jumpa. Kau tak perlu tau siapa aku. Kau tak ade hak pun nak tau. Next time, mind your own business will ya?" Dhia segera berlalu pergi meninggalkan Faiq. Panas hatinya bila ditanya soalan sebegitu, sibuk jaga tepi kain orang. Dhia menuju ke Cafe kampus.

Dari jauh Dhia terdengar gelak tawa orang yang sangat dia kenali. Dhia melajukan langkahnya. Dhia berdiri di hadapan pintu Cafe. Emir dan Iqbal sedang rancak berbual kosong. Pelajar yang duduk berhampiran meja mereka berasa terganggu dek kerana suara mereka yang boleh didengari sehingga Gunung Kinabalu.

Aduh mamat nie, aku cari dia kat semua tempat. Kat sini rupanya kau menyorok Emir. Dhia menapak ke arah Emir.

Iqbal mula perasan kelibat Dhia. Mula berjalan ke meja mereka. Dengan wajah seperti singa yang ingin menerkam mangsanya. Dhia tersenyum sinis. Iqbal dapat merasakan, sesuatu pasti terjadi sekejap lagi. Iqbal mula tidak keruan.

Tawa Emir berhenti seketika. Pelik dengan kelakuan Iqbal. Wajah Iqbal ditenung, meminta penjelasan. Iqbal hanya memberi isyarat memuncungkan bibirnya. Mata pula masih fokus ke hadapan. Emir tak faham dengan isyarat itu. Alamak. Mati la nak, cik singa nak datang Musk. Pandang la belakang aduhh. Emir masih blurr.

Belum sempat Emir menghadam maksud Iqbal. Dhia sudah berada di belakangnya.

"Hoi Emir Arsyad!!!ikut aku sekarang." Emir terpinga-pinga. Dhia mula menarik lengan Emir lalu menuju ke pondok berdekatan. Tanpa banyak bicara, Emir menurut saja kemahuan Dhia.

"Explain this Emir" IPhone 6milik Dhia bertukar tangan. Emir melihat akaun instagram miliknya. Terpampang wajah Dhia beserta caption yang mengusik hati wanita itu.

"Nie?suka hati aku la nak upload apa pun kat instagramaku. Kau ada masalah?"

"Memang ada. Tu gambar aku kot. Apa maksud kau nie Emir?baik kau cakap. Kalau tak, aku tumbok muka kau kang" Dhia sudah mula hilang sabar. Emir pula masih tersenyum.

"Aku rasa, kau patut tanya mama Izrin. Dah la, aku chau lu" Emir mula melangkah pergi. Dhia masih blurr.

********
Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut pipi mulus itu. Rambut yang panjang berjurai dibiar lepas ditiup angin bayu. Pantai Eden menjadi tempat persinggahan Dhia. Fikirannya masih buntu mencari jawapan yang masih tertanam dalam benak fikirannya. Apa motif Emir memuat naik gambarnya?dan apa kaitan Puan Izrin dalam hal ini?adakah berkait rapat dengan permintaan Puan Izrin untuk mengahwinkannya?Dhia merengus. Mata masih menghala ke laut yang luas terbentang. Airnya yang biru mendamai hati. Sedikit sebanyak mengurangkan gelisah di hatinya.

Suasana petang di taman awam itu sungguh meriah. Gelak tawa kanak-kanak riang bergema sini sana, sepasang suami isteri leka melayan telatah anak-anak mereka mencuri tumpuan Dhia.
Terbayang Emir Arsyad dalam diri lelaki itu, manakala wanita itu pula adalah dirinya. Bersama dua orang anak. Dhia tersenyum sendiri.

Dhia kembali memandang laut di hadapan. Dhia melangkah meninggalkan pantai Eden. Namun belum sampai empat langkah, telefon pintarnya berbunyi minta diangkat. Punat hijau ditekan.

"Helo, assalamualaikum. Kenapa ma?" Kedengaran suara puan Izrin di hujung talian.

"Dhia kat mane?kenapa tak balik lagi?dah lewat nie" Puan Izrin mula mengeluarkan suara merdunya. Dhia menarik nafas.

"Dhia otw balik dah nie ma, jap lagi Dhia sampai. Lagi satu, ada hal yang Dhia nak tanya mama. Tunggu Dhia balik ok"

"Ok sayang. Cepat balik. Mama tunggu, assalamualaikum"

"Ok ma. Waalaikumsalam" Panggil dimatikan. Dhia segera menuju ke tempat letak kereta. Enjin dihidupkan. Dhia segera memecut keretanya menuju ke rumah. Dia harus mencari jawapan. Jawapan yang menentukan masa hadapannya. Fikiran masih menerawang di udara.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku