SEGI CINTA
Bab 4
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 21 Februari 2017
Boleh follow saya di: Blog : karyapenaputra.blogspot.com Wattpad : PenaPutera Jangan lupa nilaian dan komen. Selamat membaca!
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
318

Bacaan






SETELAH selesai semuanya, Syuhada melangkah keluar dari situ. Dia berdiri di luar bilik menunggu melihat peserta yang lain sedang berbual dengan keluarga mereka. Ada juga yang sedang berbual dengan peserta-peserta lain. Syuhada mengambil keputusan untuk melangkah jauh dari mereka semua.

Perasaannya lega kerana dia telah selesai ujibakat. Tapi, dia tetap tidak berpuas hati kerana dia merasakan apa yang dia berikan masih tidak cukup. Semua tugasan yang diberi bukannya senang untuk dilakukan. Tapi, Alhamdulillah jugalah sebab dia boleh melakukannya walaupun dirasakan ada kekurangan.

Entah dapat atau tidak, dia serahkan semuanya kepada Ilahi. Hanya Dia tahu apa yang terbaik untuknya. Tapi, harapannya agar dia diterima. Memang itulah impiannya sejak dari kecil. Dia benar-benar mahukan pekerjaan itu.

Bila sudah banyak perkara yang tersimpan di hati, dia ingin saja luahkan kepada seseorang. Lantas, wajah ibunya bermain di layar fikiran.

Dia mengeluarkan telefon bimbit dan menghubungi ibunya.

“Assalamualaikum, ibu.”

“Waalaiakumusalam. Macam mana? Semuanya berjalan lancar? Atau ada apa-apa masalah?”

“Tak adalah. Cuma, nak beritahu ibu semuanya dah habis. Tinggal tunggu keputusan saja.”

“Jangan risau. Kalau ada rezeki nanti, adalah. Tapi kalau tak ada, jangan nak kecewa pula. Masih banyak lagi peluang untuk kamu cuba. Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya.”

“Terima kasih ibu untuk nasihat itu,” ucap Syuhada. Dia lega kerana dia mempunyai seorang ibu yang memahaminya. Sekurang-kurangnya, hatinya kini menjadi sedikit bersemangat selepas semua semangatnya tadi digunakan.

Tiba-tiba, Syuhada baru terfikir sesuatu. Dia mengerling jam di tangannya. Sudah pukul dua belas tengah hari. Habislah… Adik-adiknya di sekolah. Dia pula lupa mahu menyampaikan kepada Salina untuk meminta tolong mengambil adik-adiknya pulang.

Sudahlah sekolah adik-adiknya jauh dari rumah. Kalau mereka pulang berjalan kaki, tak kenayadibuatnya?

“Alamak! Ibu, macam mana ini? Syuhada lupa nak beritahu Salina ambil adik-adik di sekolah. Sekarang dah pukul dua belas.”

“Kamu tak perlu risau pasal adik-adik kamu. Ibu tahu hati kamu itu dah gelisah saja, semua benda kamu lupa. Ibu dah telefon Salina suruh ambil Nurul dengan Amirun. Kejap lagi, baliklah mereka itu.”

Syuhada berasa lega apabila masalah tersebut selesai. “Terima kasih banyak-banyak tau, ibu. Kalau tak, mesti membebel Amirun dan Nurul pasal Syuhada terlupa tentang mereka.”

“Kamu nak balik ke sekarang ini?”

“Haah. Tak ada apa dah yang nak dibuat. Balik teruslah. Tapi, kalau ibu nak kirim apa-apa, beritahulah. Boleh Syuhada belikan masa perjalanan balik nanti. Ada tak?” soal Syuhada.

“Bila kamu dah cakap macam ini… Ibu teringinlah nak makan roti yang ada jual di bakeri baru buka itu. Katanya sedap. Boleh tak kamu tolong belikan?”

“Baiklah. Nanti Syuhada belikan. Ada apa-apa lagi?”

“Tak ada apa-apa dah. Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam.”

Sejurus talian dimatikan, Syuhada menapak ke lobi.

“Eh, itu Haiqal!” Kedengaran sayup-sayup suara teruja itu daripada beberapa orang yang melalui lobi itu. Syuhada melihat ke arah pintu masuk bangunan KLBS. Oh, itu rupanya yang mula menjadi bualan beberapa orang.

Eh? Haiqal? Bukankah lelaki itu pelakon terkenal di Malaysia? Megat Haiqal. Oh ya. Pelakon itu juga DJ untuk radio KLBS Cool FM untuk slot Relaks Pagi yang ke udara pukul tujuh pagi tadi sehingga pukul sepuluh. Tak sangka dia dapat berjumpa salah seorang pelakon terkenal di Malaysia.

Kalau Nurul tahu, cemburu habis dia. Pasal kakaknya jumpa pelakon lelaki popular Malaysia.

Syuhada memandang ke arah lain. Dia ternampak pula salah seorang wartawan yang juga meluru masuk lalu menuju ke arah kaunter pertanyaan. Dia kenal wartawan itu. Syuhada kan salah seorang penonton tegar semua slot berita di KLBS.

Nama wartawan pun dia kenal. Punyalah fanatik dengan siaran berita.

Wartawan itu Wan Arif. Semua laporannya begitu menarik. Paling dia terkesan, dengan laporannya tentang kes judi dan maksiat yang semakin berleluasa di Malaysia. Malah, wartawan itu dikenali dengan keberanian. Sanggup menyamar menjadi pelanggan di tempat perjudian paling berbahaya di Malaysia sehingga dapat diberkas pihak polis.

Punyalah hebat wartawan lelaki itu.

Sedang dia merenung wartawan itu, kelihatan salah seorang pembaca berita KLBS lalu sambil sedang bercakap melalui telefon. Itulah Anas Hakim. Pembaca berita yang mempunyai suara lelaki yang boleh buatkan semua wanita jatuh hati. Penyampaiannya juga menarik. Buatkan Syuhada kagum dengan lelaki itu. Pembaca berita lelaki yang terbaik!

Untungnya dia hari ini. Mulalah membayangkan situasinya bekerja di sini. Pasti berjumpa dengan banyak orang yang popular. Hesy! Niat kena betul. Jangan nak fikir mengarut. Tak ingat apa yang jadi tadi?

Sebab niat tak betul untuk jadi seorang pembaca berita, Tuhan bagicash awal-awal.

Baik dia balik sebelum angannya meninggi.

Namun, baru sahaja Syuhada mahu meninggalkan kawasan itu, tiba-tiba sahaja dia terjatuh. “Oh mak kau!” Syuhada melatah. Kakinya terseliuh. Dia mengurut-urut kakinya. Aduh, malunya mahu tengok sekeliling. Mukanya ditundukkan saja. Takut nak tengok reaksi orang lain. Sudahlah kuat dia melatah. Malunya… Apalah kata orang. Mesti dia diketawakan.

“Awak okey tak?”

Kedengaran tiga suara lelaki di telinga Syuhada. Syuhada mendongak ke atas.

Kali ini jantungnya berdegup kencang. Wajah ketiga-tiga lelaki yang memandangnya, buatkan dia benar-benar terkejut.

Megat Haiqal, Wan Arif, dan Anas Hakim.

Tiga lelaki itu… sedang memandangnya!

Apa yang perlu dia lakukan?

-Bersambung pada Rabu hadapan-



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Prolog | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 |
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku