Ku Kejar Cinta Mu
PROLOG
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Februari 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
420

Bacaan






LANGIT yang membiru menarik perhatian Aizatul. Cantik, inilah pertama kali dia melihat langit yang secantik ini. Udara segar menampar lembut pipinya yang gebu. Seketika dia mengambil peluang ini untuk menikmati pemandangan yang indah itu. Mata dia katup dengan rapat seketika lalu hidungnya memainkan peranan untuk menghirup segenap udara segar itu. Tenang hatinya apabila melihat pemandangan yang indah ini. Mata di buka lalu kepala ditolehkan ke tepi.

Seorang budak perempuan kecil lingkungan 5 tahun sedang datang ke arahnya. Kelihatan comel sahaja apabila melihat budak datang berlari ke arahnya. Aizatul tersenyum senang lalu pantas bergerak ke arah budak itu. Sesampai sahaja, budak itu menghulurkan senyuman manis buatnya lalu memimpin tangannya untuk pergi ke suatu tempat.

Bunga! Ya Allah, cantiknya… bisik Aizatul dalam hati apabila pandangan matanya dihidangkan dengan pelbagai jenis bunga yang cantik dan segar. Pegangan tangan mereka sudah terlepas, budak kecil itu sudah mula menghilangkan diri semasa Aizatul leka melihat bunga- bunga itu.

Tiba- tiba mata Aizatul menangkap satu bunga yang tersesat tanpa mempunyai sejenis pun dengannya. Bunga ros itu hanya sendirian tanpa bunga ros yang lain. Melihatnya buat Aizatul rasa tertarik untuk mendekati bunga itu. Tetapi kasihan kerana bunga itu kelihatan makin layu daripada bunga- bunga yang lain. Lantas tanpa membuang masa, hidungnya di bawa pada bunga tersebut untuk mencium keharuman bau bunga itu. Setelah kagum dengan kewangiannya, Aizatul mula rasa hendak mengambil bunga itu pulang bersama.

Bunga ros cuba di petik lalu,

“Ouch!” Aizatul mengaduh sendirian apabila jarinya terkena duri bunga ros yang agak tajam. Tiba- tiba pemandangan di situ mula berubah. Semua bunga- bunga yang segar itu mula layu. Langit yang membiru mula menunjukkan warna merah.

Apabila di pandang pada bunga- bunga yang sudah layu, matanya menangkap ada darah yang membuak- buak keluar daripada tanah itu. Aizatul terkejut lantas berdiri dan cuba melarikan daripada suasana itu.

Apabila ditoleh kebelakang, matanya sempat menangkap bunga ros yang tiba- tiba mula menjadi segar. Apa yang terjadi sebenarnya?



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | BAB 1 | BAB 2 |
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku