Ku Kejar Cinta Mu
BAB 1
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Februari 2017
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
288

Bacaan






Siti Aizatul Hasni Binti Datuk Mahmud, merupakan anak tunggal kepada Datuk Mahmud yang terkenal dengan perusahaan syarikat perumahan. Nama yang agak klise dan tak voguepada pandangan orang, mungkin. Tetapi itulah nama yang sudah tertera pada my kadnya. Syukur kerana diberi kesempatan untuk memiliki nama yang telah diberikan oleh seorang bapa. Hidup mewah, sentiasa dilayan bak puteri raja oleh papanya sendiri membuatkan makin lama jiwa mudanya makin memberontak. Hidup dalam sangkar diselaputi emas tidak dapat memberikan sepenuh kebahagaian pada dirinya. Lantas, diri memikirkan cara yang terbaik untuk terbang bebas tanpa pantauan sesiapa pun.

“Papa, Aiza nak pergi hangoutdengan kawan boleh?” minta izin Aizatul sewaktu mereka sedang makan malam bersama- sama. Pada waktu ini, mereka boleh berkumpul dengan lengkap kerana tiada tekanan kerja yang boleh mengganggu Datuk Mahmud untuk meluangkan masa bersama dengan keluarganya.

Datuk Mahmud pandang wajah Aizatul buat seketika lalu dia menyambung kembali makan. Aizatul setia menunggu jawapan yang positif daripada papanya. Matanya sudah dikelip- kelipkan beberapa kali dengan harapan Datuk Mahmud mengizinkannya. Beberapa minit kemudian, Datuk Mahmud menjawab.

“Boleh” dan saat itu Aizatul terasa seperti mahu lompat kijang sahaja apabila mendengar keizinan itu. Yahoo! Boleh hangout tanpa ganggu sesiapa pun! Kalau orang gembira, mungkin mereka akan taburkan bunga. Tetapi disebabkan di dalam rumahnya tiada bunga, jadi dia tabur nasi pun bolehlah. Dalam mimpi.

Yes! Terbaiklah papa. Thanks, ni yang sayang papa lebih ni.” bab melobi, Aizatul nombor satu. Sehari tak melobi, tak sah hidupnya.

“Tapi dengan syarat, bawak Pak Jamil sekali.” kata- kata itu sudah menhancurkan impian Aizatul. Baru sahaja nak merasakan kebebasan, rupa- rupanya masih belum tercapai lagi. Sampai bila hidupnya perlu dipantau oleh seorang lelaki? Pak Jamil tu dah tua tahu tak? Dari dia kecil, sampailah dah besar hanya Pak Jamil sahajalah yang menjadi mangsa peneman shopping.

Muka Aizatul sudah berubah monyok. Rasa tak ada semangat nak makan dah. Pinggan yang masih penuh dengan lauk dia tolak ke hadapan tanda protes. Protes nak makan. Dia yakin, lepas dia buat macam ni nanti mesti papanya akan pujuk dia balik. Lepas tu, mesti papa akan izinkan dia untuk pergi hangout dengan kawan- kawannya tanpa Pak Jamil. Percayalah! Mesti termakan umpan punya.

Datuk Mahmud pula hanya buat endah tidak endah sahaja dengan perangai Aizatul itu. Tahulah dia bahawa puterinya itu sedang melancarkan misi mogok. Malas dia hendak melayan hal kecil itu kerana baginya keselamatan anaknya lebih penting daripada melayan mogok. Sesal- sesal dahulu daripada sesal kemudian, kata- kata itu dia pegang.

“Aik, cepatnya kamu habis makan?” tegur Mak Salbiah dengan pelik apabila melihat tubuh kecil itu berlalu masuk ke dapur untuk membasuh tangan.

“Mogok dengan papa” jujur Aizatul walaupun Mak Salbiah itu sekadar orang gajinya sahaja. Buat apa hendak menipu? Dia dengan Mak Salbiah ibarat isi dengan kuku. Rapatnya mereka seperti anak dengan ibu sahaja dek kerana sudah di asuh oleh wanita tua itu semenjak dia kecil.

Papa dan mamanya sudah bercerai sejak dia bayi lagi. Walaupun mereka sudah tidak mempunyai ikatan antara suami dan isteri, tetapi ikatan antara anak dengan ibu tidak pernah papanya pisahkan. Kerap juga mereka berjumpa sewaktu dia masih kecil. Tetapi selepas sahaja mamanya melangsungkan perkahwinan dengan seorang duda anak satu, terus sahaja mereka jarang berjumpa. Kekangan masa menguruskan keluarga baru menyebabkan mamanya kurang mempunyai masa untuk bersama dengannya. Tetapi semua itu tidak menjejaskan Aizatul pun selepas sahaja dia menginjak dewasa.

Mak Salbiah hanya mampu geleng kepala sahaja apabila mendengarnya. Itulah Aizatul, seorang gadis yang manja. Dia akan cuba lakukan apa sahaja untuk capai impiannya walaupun impiannya itu hanya sekecil hama. Apa yang penting, kepuasan itu ada.

“Lah, Merajuk lagi? Sekarang ni merajuk pasal apa pulak?”

Aizatul tersengih seperti kerang busuk sahaja apabila mendengarnya. Merajuk dan Aizatul memang tidak dapat di pisahkan sejak dia kecil lagi. Tambah- tambah lagi sejak kes dia pernah kena gastrik, dia pasti senang nak dapatkan apa sahaja melalui cara mogok makan ini. Hehe.

“Sekarang ni Aiza merajuk pasal hangout. Aiza dari dulu lagi teringin nak keluar sama- sama dengan kawan. Tapi papa kedekut sangat, asyik kena keluar dengan Pak Jamil je. Pak Jamil tu dah tua, tak maulah Aiza.” Muncung sedepa sudah naik apabila mengenang akan hal itu.

“Hurm… Yelahkan, siapalah kita ni. Hanya orang tua je” sampuk Pak Jamil yang dari tadi hanya memasang telinga sahaja. Mula dah Pak Jamil kita hendak buat drama pukul 10 malam.

“Eh? Sejak bila Pak Jamil ada dekat sini?” sedap merajuk punya fasal sehingga diri sendiri tidak sedar akan kehadiran orang lain.

“Pak Jamilkan dah tua. Manalah Aiza nak nampak” sengaja Pak Jamil buat suara seakan berjauh hati dengan Aizatul, padahal tidak pun. Sekadar bergurau untuk memeriahkan suasana sahaja.

Mak Salbiah sudah tersenyum senang apabila melihat kelakuan suaminya itu. Maklum benar dia akan perangai satu suaminya ini. Suka bergurau dengan orang sehingga disenangi oleh orang lain. Tetapi gurau berbataslah.

“Eh? Eh? Mana ada. Aiza tak bermaksud pun nak sakitkan hati Pak Jamil. Aiza cuma kesian je. Pak Jamilkan dah tua. Mesti penat ikut Aiza ke hulu ke hilir. Maklumlah, orang perempuan ni kalau shopping selalunya tak ingat dunia.” Terang Aizatul panjang lebar. Fuh! Confirm inilah explanation yang paling terbaik sekali dia pernah bagi.

“Jadi Pak Jamil jangan merajuk. Nanti Mak Sa lari sebab orang tua kalau merajuk nampak tak hensem.” Sambung dia lagi. Ceh! Melobi kau.

Mak Salbiah sudah tergelak kecil apabila mendengarnya. Tak fasal- fasal namanya terbabit sekali.

“Tak adanya Mak Sa nak lari. Kalau dah tak hensem tu memang tak hensemlah Pak Jamil kau tu. Dah tak payah nak membodek kami. Kami bukannya boleh bagi apa- apa pun” Mak Salbiah cuba memberhentikan perbualan yang panjang ini. Nanti kalau dia biarkan dua orang ni bercakap, sampai ke subuh tak habisnya.

Aizatul hanya tahan gelak sahaja apabila melihat muka cemberut Pak Jamil itu. Taulah dia, pasti hati tua itu rasa sakit hati apabila mendengar isterinya sendiri cakap dia tidak hensem. Haha, caiyalah Mak Sa. Mak Sa dan Pak Jamil betul- betul sweet couple pada abad ini. Thumbs up!

“Okaylah, Aiza naik atas dulu. Nak sambung mogok sambil sorok- sorok makan dekat atas” pamit Aizatul. Pak Jamil dan Mak Salbiah hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja. Hendak di beri nasihat, Aizatul jenis orang yang tak makan nasihat. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Semuanya sia- sia sahaja.


MOGOKmakan yang di sangka mampu tundukkan Datuk Mahmud hanya sia- sia sahaja. Datuk Mahmud sudah kebal dengan segala jenis protes Aizatul. Dulu, mungkin iya. Tetapi selepas sahaja tahu Aizatul bukannya jenis betul- betul buat mogok makan, dia terus jadi kebal. Tidak mahu layan kerenah kebudak- budakkan Aizatul lagi. Nanti Aizatul jadi terlalu manja walaupun Aizatul sudah tersedia manja sejak dia tatang Aizatul bagai menatang minyak yang penuh. Apa yang Aizatul mahu, semuanya diberikan. Bukan tidak sayang, tetapi kerana sayanglah dia lakukan semua ini. Aizatul adalah satu- satunya anak yang dia ada. Harta yang paling berharga sekali.

“El! Apa aku nak buat ni?” Mengadu Aizatul setelah kawannya, Ku Eleena mengangkat panggilannya itu.

“Woi, apa ni? Bagi salam pun tak. Main terjah je. Intro mana, intro?” Bebel Ku Eleena. Mahu terkejut dia kalau tiap- tiap hari macam ni. Kusss semangat dia sekejap. Kucing parsi yang baru sahaja beberapa bulan lepas di beli di usap dengan lembut. Cambel, boleh mati mak kalau layan kawan mak lagu ni tau. Cambel nanti jangan buat mak macam ni ye? Sempat dia titipkan nasihat melalui hati ke hati. Ceh! Macam kucing tu faham je. Dengar pun tak.

“Yelah, yelah. Assalamualaikum wahai tuan puteri Ku Eleena.” Perli Aizatul dengan niat bergurau sahaja. Ku Eleena menjawab salam tersebut.

“Hah, kau nak cakap apa tadi? Sambung balik”

“Macam mana aku nak sambung balik? Mood aku nak mengadu gila- gila dah terbang jauh. Jap bagi aku masa.” Eh! Budak ni… Ada yang kena starlight dengan aku. Silap hari bulan aku selam kepala dia dalam sinki, bebel Ku Eleena dalam hati.

“Cepat, cepat. Masa anda tinggal beberapa minit sahaja lagi sebelum kaunter luahan perasaan di tutup.” Sengaja Ku Eleena buat begitu. Kalau di biarkan, parah dia nak menunggu lama. Dia ni ada banyak kerja tau tak? Kerja melayan kucing. Kan, Cambelku comel?

Mulut Aizatul sudah muncung sedepa apabila mendengar ayat Ku Eleena itu. Eeee… Nenek kebayan ni kedekut masa betullah. Aku tahulah masa itu emas. Cis, kedekut tahi hidung masin betul punya kawan.

“Yelah, yelah. Aku cerita ni. Kau tau tak papa aku tak benarkan aku keluar sengsorang. Uwaaa… Rasa nak menangis guling- guling je.” Cerita Aizatul sambil baring meniarap memeluk bantal busuknya itu. Kakinya sudah dihempaskan berkali- kali ke atas katil bagi melepaskan rasa tak puas hati. “Aku mogok tak makan 3 hari pun tak jadi kut. Pastu bila aku tanya papa why tak kasi aku keluar sengsorang. Papa cakap, Aiza tu perempuan. Bahaya keluar sorang diri, kalau jadi apa- apa macam mana? Getik hati aku dengar.” sambung dia lagi. Sesekali dia meniru gaya papanya bercakap tadi.

Ku Eleena tergelak apabila mendengar cerita Aizatul. Ni mesti pak Mahmud sudah tahu anaknya mogok makan olok- olok. Mana taknya, bila tak dapat sesuatu je mesti nak mogok makan. Tapi gastriknya tak pernah kena lagi selepas pernah kena gastrik. Aizatul ni nampak je berani, tapi lepas pernah kena gastrik mogok tak mahu makan seminggu terus sahaja jaga pemakanan. Siap buat simpanan makanan lagi di mana- mana. Di bilik usah cakaplah. Dia ada almari simpanan makanan sendiri. Setiap pagi Mak Sa akan bekalkan makanan dalam almari tersebut supaya tak habis.

Ku Eleena sudah menggelengkan kepalanya dengan perangai kebudak- budakkan Aizatul. Walaupun kadang- kadang muak sikit dengan perangai gedik itu, tapi dari matanya Aizatul tetap ada sisi yang baik. Mungkin disebabkan anak tunggal menyebabkan dia menjadi manja. Selalu diberikan apa sahaja yang dia mahu.

“El! Apa ni gelakkan aku.” Pipi Aizatul sudah dikembung kempiskan beberapa kali kerana sakit hati dengan perangai Ku Eleena. Menyesal pula bercerita dengan Eleena ni. Dia ni suka sangat gelakkan aku. Huhu.

“Okay, okay. Merajuk pulak minah ni. Hah, jadi kalau papa kau tak kasi kenapa kau bagitahu aku?” soal Ku Eleena, pelik. “Kalau setakat nak bagitau sebab tak jadi pergi tu, baik kau bagitahu dekat group whatapps je. Senang.”

Ish! Aku panggil lembab kang, kena marah. Kawan aku ni baru kenal aku sebulan dua bulan ke? Bebel geram Aizatul dalam hati.

“Lambat pickuplah kau ni. Aku cerita kat kau ni mestilah aku nak jalan penyelesaiannya. Apadah budak ni.” Ku Eleena sekadar tersenyum di sana. Budak degil memang macam ni. Dah agak dah sebenarnya apa yang Aizatul nak minta. Tapi sengaja buat- buat tak tahu. Suka sangatlah langgar larangan papanya itu. Lepastu apa- apa hal semuanya nak mengadu, minta tolong, merengek dengan dia. Haih, macam aku pulak kakak dia.

“Hok aloh, senang sangat nek. Hang pi lah belajar seni pertahanan diri. Mudah dot com dot my betul soalan kau tu. Itupun tak boleh fikir ke?” Aizatul sudah tersengih lebar apabila mendengar idea bernas Ku Eleena itu. Pandai gak kawan aku ni. Mesti lepas aku belajar seni pertahanan diri papa boleh lepaskan aku tanpa pantauan Pak Jamil. Yahuuuu! Rasa nak menari joget lambak je sekarang ni.

“Sayang kau El. Nanti jangan lupa kasi kiss night daripada aku dekat Cambel tau. Muuuuuuah” Amboi, panjang betul harakat muah tu. Happy punya fasal.

Talian dimatikan lalu diletakkan telefonnya di sebelah bantalnya. Yes! Yes! Lepas ni kena cari tempat belajar petahanan diri lepastu minta Pak Jamil berkomplot rahsiakan benda ni. Hehe, sebab aku tahu mesti nanti papa tak izinkan. Lepas aku habis belajar baru aku bagitahu. Bagus! Bijak juga cik Aizatul yang cantik kebaboom ni.

Yosh! Mari kita tidur sekarang supaya esok bertenaga untuk mencari tempat belajar. Misi membebaskan diri berjalan esok!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | BAB 1 | BAB 2 |
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku