Semua aku lakukan demimu
Bab
Genre: Cinta
Kategori: Cerpen
Paparan sejak 03 Mac 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)
816

Bacaan






Saat pena ini menari mencoretkan luahan isi yang terpendam di hati ketahuilah oleh dirimu betapa aku terhiris dengan sikapmu. Apakah hanya aku yang harus beralah pada semua yang berlaku. Sedangkan kau terus dengan kekuasaan serta egomu untuk mempertahankan kesalahan yang kau sendiri cetuskan antara kita.? Sampai bila?

Aku juga punya maruah, punya harga diri. Tidak untuk selamanya aku patut beralah pada dirimu. Cinta yang aku berikan padamu bukanlah untuk dipersendakan, jauh sekali untuk dipermainkan.

Bila mana diri ini menerimamu dengan ikhlas, mengapa saat itu juga kau mempermainkan hati dan perasaan ini. Kau menduakan aku, katamu itu sekadar teman. Namun lain yang aku rasakan. Dia, bukanlah sekadar teman buat dirimu. Ku tahu dia lebih pada itu dalam hatimu. Bila aku bertanya. Jawapan yang kau berikan.

******

“ Maafkan abang. Abang mengaku abang salah.” Tunduk memandang lantai. Haris tidak mampu menatap wajah sekujur tubuh yang berdiri di hadapannya kini.

“ Sampai hati abang buat Tina macam ni. Apa salah Tina. Tak cukup ke kasih sayang yang Tina curahkan pada abang selama ni. Tak cukup ke kesetiaan yang Tina berikan pada abang hingga sekarang.? Kenapa abang? Kenapa Tina yang harus menjadi mangsa keadaan ni?” Sebak. Namun setitik air mata jernih pun tidak terluah dari kolam matanya yang berkaca.

Hatinya menangis. Jiwanya memberontak. Namun curahan itu hanya bersemadi dalam hati. Tidak terdaya untuk diluahkan dengan lontaran kata-kata apatah lagi dari bisikan hati.

“ Cukup Tina. Semua kasih dan sayang yang Tina berikan pada abang sehingga ke hari ini sudah lebih pada cukup. Abang bersyukur kerana Tina sudi menerima abang, sudi menjadi permaisuri hidup abang. Tapi…Ahhh..”

Haris sudah mati kata-kata untuk diluahkan. Dia sendiri keliru dengan perasaan yang bermain di jiwanya kini.

“ Abang. Abang tahukan betapa Tina sayangkan abang?” Pertanyaan Tina dibiarkan sepi oleh Haris. Dia tidak mampu lagi untuk berkata-kata.

Perasaannya berkecamuk.

“ Abang. Diam bukan jalan terbaik untuk selesaikan sebuah masalah seperti ini.Abang, tolonglah bersuara. Tolonglah abang. Jangan buat Tina macam ni.” Tina merayu. Menatap anak mata Haris yang sayu ketika itu.

“ Tina…” Keluh Haris.

Betapa beratnya perasaan dia kini. Kenapa dia harus menghadapi kesulitan perasaan seperti ini. Haruskah dia melukan hati gadis ini semata-mata memuaskan keinginanya sendiri. Di manakah kebahagiaan sebenarnya yang dia cari. Betulkah dia harus meneruskan niatnya menurut kata hatinya.

“ Abang. Bersuaralah. Jangan seksa Tina macam ni.”

” Maafkan abang Tina..” Pinta Haris sebelum melangkah pergi meninggalkan Tina sendirian menahan kesedihan.

Jauh anak mataku mengekori langkah Haris sehingga tubuh itu hilang dari pandangan matanya. Akhirnya air mata Tina tumpah jua ke pipi.

” Sampai hati abang buat macam ni pada Tina.” Detik hati Tina teresak-esak menahan sebak.

******

“ Haris...”

Haris berpaling.Terpandang raut wajah seorang wanita. Sembab wajahnya. Seperti sedang menahan satu kesakitan yang berat.

Irma melontarkan senyuman. Terkesan kesakitan dari calitan senyuman itu.

“ Duduklah.” Haris mempersilakan Irma duduk di bangku kerusi kayu di Taman Tasik Permaisuri Cheras.

“ Kau sihat?” Itu soalan pertama yang Haris soalkan setelah sekian lama mereka hanya membatukan diri melayan perasaan masing-masing.

“ Aku seperti mana yang kau lihat sekarang Haris.”Jawab Irma.

“ Kau pulak macam mana?” Giliran Irma pula bertanya. Sudah lama dia menunggu saat ini. Bertemu dengan Haris. Dia rindukan jejaka ini. Bagaimana harus dia luahkan rasa rindu ini pada Haris? Ahhh…

“ Aku Alhamdulilah. So far, so good. Macam nilah. Tak ada yang berbeza sangat. Still sama macam dulu-dulu.”

Irma tertawa kecil. “ Macam dulu-dulu.? Pasti banyak kenangan yang tersimpan dalam hati kau kan?”

Irma cuba mengingatkan Haris. Tentang kenangan-kenangan waktu dahulu. Kenangan antara dia dan Haris.

“ Tapi itu hanya tinggal kenangan Irma. Tak mungkin akan berulang kembali.” Tangkis Haris perlahan. Dia tidak mahu lagi mengungkit kisah-kisah lama. Biarlah semua itu berkubur dalam hati sahaja.

“ Namun kita masih mampu untuk mengenangnya bukan?” Pancing Irma tidak berputus asa.

Haris hanya tersenyum. Tidak menidakkan, tidak juga mengiakan kata-kata Irma.

“ Dan kita juga mampu untuk mengungkai kembali kenangan itu menjadi satu kenyataan Haris.” Luah Irma perlahan. Namun masih sempat hinggap di telinga Haris.

“ Apa maksud kau Irma.?” Soal Haris tertanya-tanya maksud sebenar kata-kata Irma.

“ Haris. Terus terang aku bagitahu kau. Aku tak pernah bahagia dengan kehidupan aku kini. Aku cuba untuk melupakan kau, namun bayangan kau terus bermain di fikiran aku. Aku tak dapat lupakan kau Haris.” Terluah juga isi hati Irma petang itu. bersaksikan unggas-unggas yang menyanyi-nyanyi. Pohon-pohon melambai lembut..

“ Irma. Apa kau cakap ni. Kau sedar tak yang kau sudah menjadi milik orang. Tak lama lagi kau akan berumah tangga. Kau jangan main-main Irma.”

“ Aku tak main-main Haris. Aku tahu kau juga rasa seperti apa yang aku rasa. Kau cuba tunjukkan yang kau bahagia. Tapi sebenarnya kau masih tidak dapat melupakan aku kan?”

Haris menggeleng-gelengkan kepalanya.

“ Kau jangan menipu diri sendiri Haris. Aku tahu isi hati kau.”

Desakan Irma cuba menjerat hati dan perasaan Haris. Memang dia sayangkan Irma. Dan sukar untuk dia lupakan Irma. Namun..

Bagaimana dengan dia?

******

“ Aku tak sangka dia boleh buat kau macam tu. Aku rasa bersalah pada kau. Kerana aku menyuruh kau menerima dia. Maafkan aku.” Pinta Maisarah diselubungi perasaan bersalah.

“ Untuk apa kau minta maaf. Sudah suratan semua ini berlaku pada aku. Kalau kau tak suruh aku terima dia pun. Mungkin aku tetap akan menerimanya.” Aku menyangkal kata-kata Maisarah. Maisarah tidak harus disalahkan. Sebagai teman pastinya dia ingin melihat kebahagiaan sahabatnya.

“ Kau fikirlah yang terbaik untuk diri kau Tina. Aku akan sentiasa menyokong setiap keputusan kau.” Nasihat Maisarah memberi sokongan kuat.

” InshaAllah Mai. Aku cuba.”

Namun itu beberapa hari yang lepas. Kini..

“ Apa yang harus aku lakukan?”Tangisan itu mencurah. Bagai air hujan yang mengalir.

Sesuatu yang sudah diduga. Kau turut mempersendakan cinta yang aku berikan padamu.

Kau tak ubah seperti lelaki-lelaki yang aku kenali dulu.

“ Tak guna kau terus bersama dia. Hanya kekecewaan yang kau dapat. Sampai bila kau nak memberi cinta pada orang yang terang-terang memainkan perasaan kau.?” Marah Maisarah geram.

Tina sedar semua kata-katanya benar. Untuk apa dia terus bersama dengan orang yang telah memainkan perasaannya. Dah nyata lagi terang, Haris memang ingin memainkan perasaan Tina.

Lama Tina mendiamkan diri sambil melayan perasaan ini . Segalanya keperitan dan kesedihan diluahkan melalui tangisanku kini. Maisarah turut bersimpati pada Tina. Namun apalah dayanya. Kalau diikutkan hati Maisarah ingin sahaja dia bertemu Haris. Mohon penjelasan lelaki itu tentang hubungan ini. Namun dihalang Tina dan sebagai kawan dia harus menghormati keputusan Tina.

“ Bagilah masa untuk aku memikirkan semua ini.” Terus terang sukar untuk Tina melupakan Haris. 

Walaupun marah, syukur Maisarah memahami isi hati ini. Dari belakang dia terus memberi sokongan padu apa jua keputusan yang akan diambil aku kelak.

“ Aku nak kau fikir baik-baik. Ini demi masa depan kau.Kalau sudah suratan dia bukan untuk kau terimalah seadanya Tina.”

“ Aku faham. Tapi aku belum cukup kuat untuk semua ini.” Luah Tina dalam sendu menahan tangis.

“ Biarlah kau rasa kekecewaan itu sekarang sebelum lebih banyak kekecewaan yang kau terpaksa tanggung untuk masa depan.” Ujar Maisarah terus memberi nasihat.

Tina mengiakan kata-kata Maisarah.. Berikan aku kekuatan Ya Allah.

Terima kasih teman.

******

Perubahan yang aku lakukan sedikit menyedarkan dirimu betapa aku lakukan semua ini kerana mu. Kau melayani aku sepenuh hatimu. Saat itu kau membahagiakan aku hingga aku rasa akulah wanita bertuah kerana memiliki cintamu.

Namun..ini bukan untuk selamanya. Keputusan yang telah ku ambil, tak akan berubah dengan sikap dirimu kini. Boleh aku katakan apa yang kau lakukan ini sudah terlewat untuk merawat kembali kelukaan di hati ini.

“ Tina..”

Aku berpaling. Merenung wajah insan yang aku sayangi hingga kini.

“ Tina apa khabar?”

“ Alhmdulilah.” Tina hadiahkan sebuah senyuman buat dirinya. Walaupun hati ini masih lagi terguris, namun dia cuba bertenang. Tidak mahu kalah pada perasaan sendiri.

Oh Tuhan.. Hanya Kau yang mengetahui betapa beratnya bebanan perasaan yang terpaksa aku tanggung kini. Oh Tuhanku, kepadaMu ku pohon ampun doa restu, lindungilah daku yang tidak berdaya di bumiMu ini.

“ Abang apa khabar?” Giliran Tina bertanya. Tina cuba mengawal suara, takut-takut getaran sayu tangis yang tersekat di dada keluar tanpa diundang.

“ Alhamdulilah. Abang sihat.” Jawab Haris ringkas.

Diam. Lidah kelu untuk berbicara. Masing-masing melayan perasaan sendiri.

“ Erm…Tina..” Panggil Haris bersuara gugup.

Tina hanya diam.Menanti reaksi Haris seterusnya.

“ Terima kasih kerana sudi jumpa abang petang ni.” Ucap Haris. Dia tahu sejak kejadian beberapa bulan lepas Tina seolah-olah mengelakkan diri darinya. Usah kata ingin ajak keluar, Haris call pun Tina tidak menjawab. Hanya mesej yang menjadi penghubung antara mereka berdua. Itupun cuma beberapa keping sebelum Tina mengelakkan diri. Alasannya nak masuk tidur. Penat dengan kerja-kerja di pejabat.

“ Sama-sama abang. Sebenarnya Tina pun ada hal nak bincang ngan abang.” Ujar Tina berterus terang.

“ Emm apa dia Tina. Kalau boleh abang tahu.” Soal Haris tidak sabar menanti.

Aku mengukir secarik senyuman. “ Sabar abang. Tina datang ke sini atas permintaan abang untuk berbincang dengan Tina. Jadi elok rasanya abang yang mulakan dulu.” Tenang aku membalas.

Haris terdiam seketika. Mengeluh resah. Mencari kekuatan untuk bersuara. Dia harus meluahkan semua rasa yang membelenggu diri.

“ Tina…sebenarnya..

“ Haris.”

Mereka berpaling serentak.

“ Irma. Apa kau buat kat sini?”Haris tersentak. Kehadiran Irma petang itu tidak diduga.

Irma diam. Wajah Haris direnung dalam. Beberapa saat kemudian, ekor matanya beralih pula pada seraut wajahku.

Tina ukirkan senyuman buat Haris.

Tiga pasang mata kini bertaut dalam sebuah pertemuan. Haris serba salah. Niatnya untuk meluahkan perkara sebenar terhenti tanpa dipinta.

Dia hairan mengapa Irma harus hadir antara dia dan Tina hari ini. Bukankah?

“ Tina. Maafkan abang. Abang tak jemput Irma datang ke sini. Pertemuan ini memang abang atur hanya untuk kita berdua.” Haris cuba mempertahankan diri sebelum diserang dengan tuduhan dariku.

“ Abang. Tina yang jemput Irma datang ke sini.” Ujarku berterus terang.
Haris tersentak. Bulat matanya memandangku. “Tapi kenapa?”

“ Dalam surat ini Tina sudah coretkan semua isi hati Tina. Tina harap abang faham. Tina minta diri dulu. Assalamualaikum.”

Haris menyambut surat yang dihulurkan aku sebelum kaki ini melangkah berlalu dari situ. Meninggalkan dirinya bersama Irma. Surat itu dibuka perlahan. Segera anak mata Haris membaca isi surat tersebut..

******

Buat insan yang di sayangi…

Coretan ini ku tulis bukanlah kerana aku benci padamu, namun kerana sayang aku lakukan semua ini untukmu..

Terimalah dia seadanya. Jagalah dia seperti mana kau menjaga nyawamu sendiri.

Akan ku kalungkan doa buat dirimu. Ikmal Haris..

Ketahuilah semua yang aku lakukan ini demimu insan yang aku sayangi.

Haris menunduk ke lantai. Mengempal kertas putih tersebut.

“ Tina. Kenapa begitu cepat kau membuat keputusan. Abang sayangkan Tina. Abang ingin Tina bersama abang melayari bahtera hidup ini.”

“ Abang.”

“ Sudahlah Irma. Bukankah aku sudah bagitahu kau yang pilihan aku adalah Tina. Aku tetap memilih Tina. Itu keputusan aku.” Haris bangun melangkah tanpa memandang ke belakang.

“ Kalau abang pilih Tina kenapa abang tak berpaling pada Tina?”

Haris segera berpaling seraya mendengar suara itu.

Aku mengukir sebuah senyuman indah buat Haris.

Dari jauh Irma melambai ke arah aku dan Haris. Sebelum sempat aku melangkah Irma sudah menarik tanganku. Mohon agar aku tidak meneruskan langkah itu.

Irma nak aku mendengar sendiri pengakuan dari Haris. Mulanya memang aku menolak namun anak mata Irma yang berkaca saat itu memaksa aku membatalkan niatku.

Selepas mendengar luahan itu hatiku sebak. Rupanya masih ada cinta di hati Haris buatku. Ketika itu juga Irma menyentuh pipiku sambil tersenyum sebelum mengatur langkah meninggalkan aku dan Haris.

Dan hari ini bertarikh 25 JUN 2016 hati kami bertaut dalam satu ikatan yang sah..

“ Tina sayangkan abang. Terima kasih kerana memilih Tina.”

“ Sama-sama sayang.Abang juga mencintai Tina. Sepenuh hati abang. Kehilangan Tina dari hidup abang walau hanya seketika sudah cukup membuat hati abang tidak keruan. Semoga sayang akan selamanya menjadi peneman abang di dunia dan di syurga nanti.” Terserlah keikhlasan di balik ukiran senyuman itu.

“ Sayang.” Haris merenung tepat ke mataku.

“ Ketahuilah olehmu sayang. Semua yang abang lakukan hanyalah untuk sayang.”

Aku tersenyum riang. Mendakap indah kenangan bersama insan yang ku sayangi..Ikmal Haris..



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku