DIA, GERIMIS...
Bab Prolog
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 03 Mac 2017
Pernah menulis kisah ini dalam bentuk cerpen, " Jun, I Love You!" Ini versi novel pula. Terima kasih atas sokongan dan maafkan atas segala kekurangan.
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)
598

Bacaan






Prolog

AMYLIA! “

Seruan itu langsung aku tidak endah. Hayunan kakiku semakin kencang. Anak mata dibiarkan meliar ke kiri ke kanan. Cemas.

“ Dia sudah pergi!”

Kakiku terpasung demi mendengar bicara itu. Anak mataku membesar. Hati masih lagi tidak mahu percaya. Bawah bibir diketap sementara tangan dikepal. Berusaha menahan rasa yang sedang bergelojak di hati.

“ Dia sudah pergi. “

Ayat itu diulang lagi.

Ah! Perit rasa hatiku ketika mendengar ayat itu. Tanganku segera naik ke dada. Kenapa?! Kenapa dia pergi secara tiba- tiba? Tanpa menjelaskan apa- apa!

“ Dia sudah pergi. Kau tak lihat ke rumah dia tadi yang sudah kosong?”

Diam. Aku memilih untuk tidak menjawab.

“ Kau baliklah. Hari dah nak hujan.”

Afizul muncul di pandangan mata ketika aku mengalihkan badan, menghadapnya. Riak wajah lelaki itu tidak seperti biasa aku lihat. Dia resah. Peluh ketara mengalir di wajahnya yang merah- padam. Mungkin dia risau melihat keadaanku.

“ Dia pergi ke mana?” Aku bertanya tanpa mengendahkan nasihatnya. Sekonyong- konyong aku merasakan angin mula menyapa kulit muka. Di luar sedar, aku menengadah muka. Mendung. Dada langit kelihatan muram dan gelap. Seakan memberi amaran yang hujan bakal turun sebentar lagi.

Afizul tidak segera menjawab. Hanya anak matanya terpaku merenung ke arah wajahku. Fikirannya sukar aku mahu meneka. Ada terbias rasa simpati di anak matanya.

“ Dia tidak datang sekolah sejak seminggu yang lalu. Adakah kau tahu apa yang berlaku kepada dia? Sekarang, dia ke mana? Kenapa tiba- tiba sahaja…” Bicara aku mati. Badanku mengeras. Fikiran bercelaru.

Seketika, minda aku cuba mengimbas kembali apa yang berlaku. Kami sudah terputus hubungan selama seminggu. Panggilan tidak berjawab. Mesej juga tidak berbalas. Dan secara tiba- tiba, Afizul datang memberitahuku, dia sudah berpindah rumah! Apa yang sudah berlaku? Soalan itu aku tanya berkali- kali kepada diri sendiri. Tapi hingga sekarang, aku masih tiada jawapan.

“ Aku minta maaf, Amylia. Aku tidak tahu.” Afizul menggeleng- gelengkan kepalanya.

Sedetik. Dua detik. Di antara kami sepi. Tiada satu bicara yang keluar dari bibir. Bingung masih bertamu di hati.

Di saat itu, terasa air hujan menitis secara tiba- tiba. Menyapa lembut dan dingin. Sedikit demi sedikit, ia semakin lebat.

“ Mari! Kita berteduh dulu di rumah aku.” Afizul segera menjulur tangan. Namun, cepat sahaja aku menepis. Aku membangkang tindakannya.

“ Nanti kau sakit!” Nada suara Afizul meninggi. Keras.

“ Biarkan aku!”

Rahang Afizul aku lihat terketap- ketap. Mungkin dia marah pada kedegilan aku.

“ Biarkan aku sendiri.” Aku ulang lagi bicara itu sambil pantas aku kalih badan, membelakangkannya. Dalam titisan hujan, perlahan air mata aku mengalir.

Raziq… kau di mana?



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku