Kau Yang Ku Tunggu
Bab 4
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 Mac 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
541

Bacaan






Aisyah membuka kotak e-melnya. “Huh, tak ada lagi.” keluh Aisyah.

“Mana kau pergi Mat, sudah hampir dua minggu engkau masih lagi tak balas e-mel aku. Selalunya dua atau tiga hari sekali pasti ada e-mel dari engkau.” Aisyah berdialog sendiri.

“Isk... lamanya Mat merajuk kali ini, sebab aku tolak permintaannya untuk berjumpa ke? Selalunya okey walau aku tolak. Alahai... nak kena pujuklah pula... ini yang aku menyampah... tak dapat e-mel dari Mat rasa macam tak syok pula.” omel Aisyah lagi.

“Baca e-mel Matsengkek ke?” tegur Sarah yang baru keluar dari biliknya.

“Mana ada... aku tengah buat kerja la…” kata Aisyah sambil tangannya pantas menekan butang tetikusnya membuka salah satu lukisan susun atur bangunan yang berada di komputer ribanya itu.

“Ehh… kau ada plan nak ke mana-mana hujung minggu ni?” tanya Aisyah menukar topik perbualan mereka. Aisyah malas hendak mendengar usikan Sarah berkenaan Matsengkek lagi.

“Tak ada, kenapa? Nak ajak aku teman jumpa Matsengkek? Nak, nak, nak… aku pun teringin nak jumpa dia. Orang yang dah buat kawan aku angau.” usik Sarah yang teruja sambil duduk di sofa di sebelah Aisyah.

“Eh... Minah ni cakap baik sikit ye. Bila masa pula aku angau. Engkau tu yang over excited nak jumpa Mat.” sindir Aisyah yang geram melihat perangai nakal sahabatnya itu.

“Perangai kau macam inilah yang buat aku malas nak kongsi cerita dengan kau, tau tak?” rungut Aisyah lagi.

“Relakslah, orang bergurau pun tak boleh ke?” Sarah menenangkan Aisyah yang sudah menarik muka masam. Sahabatnya itu kalau sudah merajuk makan masa untuk memujuknya. Sarah hairan kenapa Aisyah terlalu sensitif jika diusik pasal Matsengkek. Suruh jumpa, menolak. Bila Mat menyepi mulalah berperangai sensitif begini.

“Dah berapa lama Mat tak contact engkau?”

“Hah!”

“Jangan buat-buat terkejutlah, aku kenal engkau dah lama. Kalau Mat lama tak hantar e-mel kat engkau, macam ginilah perangai engkau. Angin satu badan.”

“Mana ada.” Aisyah menafikan tuduhan Sarah.

“Mari sini aku tengok inboxengkau.” Sarah menghulurkan tangan untuk mencapai komputer riba Aisyah.

“Hoi!” Aisyah menepis tangan Sarah. “Yalah, dah hampir dua minggu.” Aisyah tidak mampu berdalih lagi.

“Kan aku dah kata.” kata Sarah dengan bangga.

Aisyah menjeling dengan perasaan geram.

“Alah, dia sibuklah tu. Kau pun jurutera macam dia, takkan kau tak faham kehidupan dia. Kalau masa sibuk tu, nak makan pun tak sempat. Betul tak?” Sarah menyedapkan hati rakannya itu.

“Mungkin juga, ataupun mungkin dia merajuk dengan tolakan aku.”

“Engkau dah tahu jawapannya. Apa lagi, pergilah jumpa. Tak payahlah engkau angau macam ni.”

“Aku tak angaulah. Bila masa pula aku angau?” Aisyah bertanya dengan muka ketat.

“Yalah, engkau tak angau.” Sarah mengalah apabila melihat perubahan wajah dan nada suara Aisyah.

“Bila nak jumpa Mat?” tanya Sarah selepas beberapa ketika sambil mengalih pandangannya dari television kepada Aisyah.

“Belum masanya. Nantilah.” jawab Aisyah perlahan.

“Suka hati engkaulah.” kata Sarah menggeleng memandang rakannya. Luaran lembut tapi hati keras macam batu.

“Tadi kau kata hujung minggu ini kau tak pergi mana-mana, betul ke?” tanya Aisyah mengerling rakannya sekilas.

Sarah mengangguk.

“Jom teman aku balik kampung... mak aku telefon suruh balik kampung minggu ni. Sebenarnya aku malas, kitakan baru minggu lepas balik. Tapi mak aku tu suruh juga aku balik, ada hal penting nak bincang katanya.” kata Aisyah tanpa memandang ke arah Sarah. Hati Aisyah masih membengkak dengan kata-kata Sarah tadi.

“Jom temankan aku, aku malas nak drive sorang-sorang...” pujuk Aisyah sambil berpaling memandang Sarah apabila tidak sebarang respon diterima dari Sarah. Sarah tersenyum apabila melihat Aisyah mencuit lengannya. Sengaja Sarah tidak menjawab ajakan awal Aisyah tadi, jika Sarah menjawab terus pasti Aisyah akan menyambung rajuknya. Sarah faham benar perangai rakannya itu.

“Apahal pula mak kau suruh balik?”

“Entah. Mungkin Ijam nak cepatkan majlis kahwin dia kut, tak jadi tunggu dua tahun lagi.”

“Boleh juga, aku nak ambil baju yang aku tempah kat Kak Yam bulan lepas. Hari itu aku tanya tak siap lagi. Boringlah asyik pakai baju yang sama.” jawab Sarah sambil mencapai majalah Wanita yang berada di sebelah Aisyah.

“Baju lagi. Kau ni tiap-tiap bulan tempah baju, baju yang berlambak dalam almari tu pun tak terpakai. Ini engkau tempah lagi.” leter Aisyah

Sarah ketawa, “Suka hati akulah. Duit aku. Ada aku minta duit engkau?”

“Memanglah bukan duit aku, tapi aku rasa kalau duit tu kau simpan pasti tiap-tiap tahun kau boleh pergi Mekah.”

“Cakap sajalah kau jealous.” kata Sarah yang langsung tidak terkesan dengan nasihat Aisyah.

“Sudahlah malas aku nak layan sikap boros kau tu, aku nak pergi sembahyang dulu.”




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku