Kau Yang Ku Tunggu
Bab 12
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 Mac 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
453

Bacaan






Salam Mat,

Kenapa masih tidak mahu membalas e-mel saya? Ini entah kali yang ke berapa e-mel saya kepada awak. Untuk kesekian kalinya saya mohon maaf kerana menolak permintaan awak. Walau pun awak menyepi, doa saya tetap bersama awak.

Mr. H masih mengejar saya. Tengahari tadi sejambak bunga lagi saya terima di tempat kerja. Mr. H belum berputus asa lagi rupanya. Kelakarkan, ramai lagi gadis cantik di luar sana yang ingin berdamping dengannya tetapi saya yang melarikan diri ini juga dikejarnya. Saya sudah letih dengan semua ini.

Walaupun ada banyak perkara yang ingin saya ceritakan pada Mat tetapi... entahlah kali ini terasa amat berat untuk saya luahkan... Apa-apa pun terima kasih Mat kerana masih sudi mendengar luahan rasa saya.

Salam dari sahabatmu,

ChubbyMonster

Mat mengulang baca e-mel tersebut beberapa kali, Mat menghela nafas yang panjang. Setelah hampir sebulan, baru kini Mat berkesempatan membuka kotak e-melnya.

“Kesian awak, maafkan saya. Bukan saya sengaja buat awak tertunggu-tunggu. Saya mahu awak turut merindui saya sebagaimana saya merindui awak. Apa yang merunsingkan awak sekarang? Dapat saya rasakan awak sembunyikan sesuatu.” desis hati Mat.

“Awak memang tidak secantik Nasha Aziz atau Neelofa tetapi bagi saya keayuan dan kelembutan wajah awak mendamaikan. Paling manis apabila awak tersenyum. Saya jatuh hati kerana senyuman awak ditambah pula dengan lesung pipit sebelah pipi kanan, comel sangat. Jangan terlalu merendah diri, ChubbyMonster a.k.a Nur Aisyah Rosman.” bisik Mat sendirian.

Mat terus membuka e-mel kedua dari Aisyah, hati Mat terus kaku sebaik sahaja selesai membaca e-mel tersebut. Satu keluhan panjang keluar dari mulut Mat.

Salam Mat,

Saya akan bertunang tidak lama lagi, pilihan mak dan abah. Mungkin berkat restu orang tua, saya akan bahagia… doakan kebahagian saya…

ChubbyMonster

Perkhabaran ringkas dari ChubbyMonster meranapkan impian Mat. Hatinya yang penuh dengan bunga-bunga harapan kini terkulai layu kehampaan. ChubbyMonster yang telah lama bertakhta di hati kini bakal dimiliki orang.

Matsengkek kecewa. Segera Mat menekan tanda pangkah di sudut kanan skrin komputer menutup peti e-melnya dan mematikan komputernya walaupun masih banyak lagi e-mel kiriman ChubbyMonster yang masih belum dibacanya. Alangkah elok jika semudah itu dia boleh memangkah ChubbyMonster dari hatinya dan memadamkan ChubbyMonster dari fikirannya.

Lapan tahun memendam rasa, kini Mat dapat rasakan laluannya semakin sukar untuk menghilangkan perasaan rindu dan kasih yang terpendam selama ini. Jauh di lubuk hati Mat berdoa agar Allah akan melorongkan ikatan mereka walaupun Mat tahu harapannya semakin tipis.




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku